Tuesday 31 January 2012

PENDAM_Shahir

Assalamualaikum sahabat...

   Agak terkilan pula hamba kali ini dek tidak dapat menukarkan lagu di halaman hamba ini...gusar juga di hati andai sahabat kian bosan melayani halwa telinga yang sama bila berkunjung ke sini...

  Setelah terjumpa hamba dengan lagu yang terkena terus terlekat di jiwa..maka mahulah hamba memperdengarkannya..namun apakan daya bila lagu baharu ini belum lagi ada dalam senarai lagu yang ditawarkan...huhuk (T.T)




Aku yang mengejar bayang
Cinta kian terbiar
Terpendam kata tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Aku yang mengejar bayang cinta

p/s : sungguh mendalam setiap garis liriknya

Monday 30 January 2012

En. Abang Saifuddin

Assalamualaikum!!

   Seronok tidak berwalang lagi hamba bila mendapat pensyarah yang baru..Bukan saja suka berpuitis dalam menutur wacana..malah asalnya juga tidak disangka..jauh terbang dari Sarawak rupanya..Gayanya bagai kena pula dengan hati hamba..tidaklah sabar pula menanti waktu bersemuka lagi dengannya.

Meninggalkan anak didik
Ditangisi pemergian
Tetapi aku belum mati
Membawa jauh diri dan hati
Menghadapi kelas yang baik rupa sebegini
Masih bermain dengan kata-kata
Penuh berbunga warnanya

( En. Abang Saifuddin)  

Sunday 29 January 2012

Hujan Pembawa Rahmat

Assalamualaikum sahabat...!!

 
   Mahu pula hamba kongsikan ilmu yang baru hamba perolehi tentang hujan bersama sahabat-sahabat hamba yang berkunjung ke halaman hamba saban hari tanpa jemu (",)

   Buat pengetahuan sahabat semua...Setiap titisan hujan yang membasahi segenap inci bumi Allah ini disertai rezeki dan diiringi malaikat...Ulamak juga senantiasa berpesan agar apabila hari hujan..kita digalakkan membaca Al-Quran

   Sebelum membaca Al-Quran kita disunatkan pula untuk memberi salam kepada malaikat Mikail yang selalu saja melaksanakan tugas sebagai penyampai rezeki yang diberi olehNya buat kita semua

Saturday 28 January 2012

Can't Get It

Assalamualaikum sahabat hamba yang senantiasa dalam limpah rahmat Yang Esa

   Cuma kali ini pinta hamba dari kalian..berikanlah sedikit pandangan dari kata-kata yang hamba peroleh ini..Agak lama hamba tenung..hamba hayati..tapi bermacam makna yang datang membuatkan jawapan menjadi tidak pasti hingga menimbulkan rasa tidak puas hati..


p/s : Sudilah kiranya sahabat meyakinkan siratan kata ini...

Kunci Hatiku

Kusimpan semua kisah hati
Lebih baik mungkin bersendiri
Sudah banyak kasih dari Illahi
Nanti saja perihal duniawi


Masih ralat mengenali diri
Ingin dulu menabur budi
Menilai kasih aku perolehi
Itulah bekalan nan abadi


Akanku serahkan segenap jiwa ini
Saat tiba masa kemudian hari
Kiranya ada yang sudi
Sayangku berikan setulus sanubari


Dirinya aku akan nanti
Terima daku tanpa secalit sangsi
Doaku dulu dan kini
Itulah suamiku hingga syurga firdausi





Rapikan simpanan kunci
Ditinggalkan jangan kelak dicuri
Walau lama tetap aku menanti
Dirimu takdirku dari Tuhan Yang Mengasihani



Thursday 26 January 2012

Hamba terkena kali ke-6!!

Assalamualaikum!!

   Hamba ingatkan sudah tamat permainan ni tapi masih wujud lagi..Jadi demi sahabat baik hamba, Cikgu Kancil..maka hamba terjebak lagi kali ini..dan nah ini peraturannya..hamba juga hampir terlupa..hehe.....


   Ini pula soalan yang diajukan dari sahabat hamba...

Siapa idola anda?
Hamba jadikan ayahanda hamba sebagai idola mengejar cita-cita...

Apa sebabnya anda memilih dia menjadi idola anda?
Walaupun ayahanda hanya guru mengaji al-Quran di kampung tetapi dirinya sabar meneledani setiap muridnya yang pelbagai karenah hingga kebanyakkannya berjaya khatam sebelum sekolah menengah

Pandangan anda mengenai negeri Sabah?
Sabah pada hamba negeri yang damai..teringin pula mahu menikmati ketenangan di sana 

Tempat yang paling cantik pernah anda kunjungi?
Pada hamba..tempat yang sejuk mata memandang semuanya cantik..apa lagi andai lamannya dihiasi sawah padi..nyaman je rasa hati


Nama tempat paling pelik pernah anda dengar atau lihat?
Sudah terlalu banyaklah nama tempat yang pelik hamba dengari dan lihat sendiri...huhu...

Kereta impian anda?
Hamba peminat kereta CRV


Rumah impian anda?
Lebih kurang macam ni la...halaman yang bertatahkan kehijauan alam


Negara yang anda ingin lawati?
Teringin sekali hamba ke Mekah dan Madinah...menatap indahnya ukiran masjid di sana..terutamanya Masjid Nabawi


Kenalkan Kancil satu blog yang paling baik?
Sahabat hamba yang selalu berkunjung ke halaman hamba semuanya baik..

Mengapa pilih blog tersebut?

Tidaklah hamba tahu yang mana paling baik sebab kesemuanya memang terbaik (^_^)

Jika ada lima bintang, kamu bagi blog Kancil berapa bintang?
Hamba bagi halaman tuan hamba full marks..heheh

   Ini pula soalan hamba untuk sahabat yang singgah membaca di sini..andai sudi..jawablah di ruangan 'bermadah pujangga" tu ek (^_-)

1) Serabut ke idak halaman hamba ni?
2) Sahabat bagi pendapat cket boleh tak tentang halaman hamba?
3) Teruk ke penulisan hamba?
4) Sahabat ada cadangan tak tentang cara hamba menukil ni?
5) Apa pandangan sahabat tentang hamba dan halaman?
6) Siapa antara sahabat yang meminati CRV seperti hamba?
7) Tuan hamba sukakan kereta yang berwarna...?
8) Bagaimana pula dengan rumah idaman kalian semua?
9) Warna pilihan rumah impian tuan hamba?
10) Kenapa tuan hamba memilih warna tu yer?

Wednesday 25 January 2012

RABU yang tidak berkata-kata...

Assalamualaikum sahabat hamba (^_^)

Hanya mahu berkongsi tentang Kuasa Yang Maha Pencipta alam semesta


Tuesday 24 January 2012

Kusimpan Amarahku

Pujukan terendah dek rajuk
Bekukan diri penunjuk

Terkunci peti nan suara
Elak dari mencerca

Sembunyikan serangan
Disimpan senjata peperangan

Diam mencari lapangan
Mengharapkan gerangan ketenangan

Beransur amarah berjalan
Jejaknya saja yang ditinggalkan


"Sikap pemarah adalah musuh utama akal"

--> Saidina Ali bin Abi Talib <--

Monday 23 January 2012

Hamba Sedang Bercuti!!

Assalamualaikum!! 

Tidak sempat pula hamba menukil sebarang bicara
Sibuk bercuti bersama keluarga
Harap semua sahabat sedang bergembira
Bersama keluarga tercinta (^_-)

Thosai Tisu di As-Salam
Penat main

Anak-anak buah

Nana si kecik


Laman ALAMANDA
p/s : Doakan keselamatan hamba sekeluarga selamat pulang ke kampung esok hari

Saturday 21 January 2012

Salam Malamku

Sang malam umpama mengerti
Salamku tiba di tangkai hati
Tidak lama juga aku menanti
Kemudian dia keluar dari bersembunyi
Sangkaku telah dia pergi
Rupanya masih setia berdiri
Menunggu jawapan belum kupasti
Sayang jiwaku kental kini
Takku buahkan pisang kedua kali
Cukuplah lama merana sendiri





Thursday 19 January 2012

Sang Malam

Ku biarkan sapaan sang malam
Lihatku bintangnya kelam
Menyepiku tidak berbalam
Betul mungkin hidupnya sudah suram
Suratan hatiku sudah terselam
Tidakku salahkan Pencipta alam
Masa menghakis cinta yang mendalam
Lampau pernahku simpan dendam
Moga angin malam sampaikan salam
Dampingkan dirinya bahagia nan tersulam

Tuesday 17 January 2012

Tolonglah Jangan



Kalau tak mampu mencintai 
Jangan pernah sentuh hati seseorang
Kalau tak mampu setia
Jangan pernah mengukir janji
Kalau tak mampu menggenggam hubungan
Jangan pernah beri harapan
Kerana hati manusia itu 
Terlalu bernilai untuk disakiti
Terlalu mahal untuk disia-siakan
Dan terlalu berharga untuk dihancurkan

p/s : hamba juga buntu kewujudan puisi ini dalam simpanan..sungguh mencurigakan

Monday 16 January 2012

Penuhi Teruja Milik Aku

Isilah segenap liang di hatiku
Kembalikan rasa teruja milikku dulu
Layangkan haruman dibenakku
Alirkan gusaran ragu
Eratkan pegangan kalbu
Yakinkan aku dengan takdirMu


"SEGMEN NASZ : AKU DAN RAKAN-RAKAN BLOGGERKU"

Jom klik banner untuk turut serta
   Sudah beberapa purnama jugalah hamba tidak menyertai mana-mana segmen sehinggalah En.Nasz, sahabat hamba yang sering berkunjung ke sini sendiri yang menganjurkannya...Maka itu hamba perlulah mencerekakan cerita yang dipanggil blogreview salah seorang sahabat hamba...

   Dengan ini hamba dengan bermurah hatinya telah memilih sahabat hamba yang selalu meninggalkan kata-kata hikmah dan pendapatnya di halaman hamba tanpa diminta..Sahabat hamba ini digelar Keri Ikhwan yang terkadang agak terus-terang dalam menyampaikan seuatu pengajaran dan teguran terhadap karenah manusia di duniawi ini..

   IlusiDunia

   Jemputlah ke halaman sahabat hamba nan seorang ini..Sahabat hamba ini tak lokek ilmu berkongsi ilmu duniawi mahupun untuk bekalan di akhirat nanti..terkadang ada juga si empunya halaman akan berpuisi dalam menyampaikan maksud di hati...tapi tuan hamba sekalian harus ingat tag line sahabat hamba ni sebelum terjah ke halamannya..huhu..
"Awas! Ada kaitan dengan orang yang masih hidup dan yang akan mati"

Sunday 15 January 2012

Inilah Pengajaran


Kertas bertulis itu ditiliknya berkali
Andai mata dia tajam seperti belati
Mungkin sudah tembus barangkali

Kocakan riak di wajahnya tak terduga
Pelipis tak jemu digaru berulang olehnya
Sukar benarkah tugasan dia?

Tamat satu baris terkarang
Fikirannya mula terbang melayang
Pemerhatian dia mula berlaku curang

Kembali dia berpijak pada bumi yang nyata
Itulah pengajaran buat dia
Jangan malu bertanya pada siapa-siapa

Tegak duduknya mula terkilas
Jemarinya berhempas pulas
Curahan dari akalnya sungguhlah culas

Sekian tamat segala nukilan
Senyuman terukir tanda meraikan
Terusir sudah segenap kepenatan

Friday 13 January 2012

Makan-makan (2)

Assalamualaikum sahabat!!

   Dua minggu sebermulanya semula kehidupan hamba sebagai pelajar..sudahlah genap dua minggu hamba di tanah orang yang sememangnya agak jauh dari kampung halaman hamba...Maka rindulah hamba akan makanan di negeri Cik Siti Wan Kembang nun yang jauh di mata...

   Bila bercerita tentang makanan..biasanya sahabat di sekeliling sini pasti membuat garisan muka yang membuatkan hamba agak terkilan untuk berkongsi rasa teruja..Kata mereka..makanan di negeri hamba agak pelik bunyinya..

   Jadi apa pula kata tuan hamba yang sedang membaca?? Ini satu darinya..percik perut (lembu)..hehehe......

percik perut

Anggapan

"Jangan anggap murid itu tidak berwajah
Jangan menganggap murid itu tidak bernama"

p/s : apa kata tuan hamba?

Wednesday 11 January 2012

RABU yang tidak berkata-kata...

Assalamualaikum buat gerangan sahabat yang bertandang tanpa jemu (^_^)


Bebas Akhirnya

Penjara demikian lama ternganga
Tapi..akhirnya kebebasan ketawa
Dilangkahi kesumat sekerikil agama
Nah..yang menuduh tahulah akibatnya!
Wahai korapan di atas sana
Kebenaran tetap mekar tanpa bajanya

Ku pinjam sebait luhur katanya
Mencorak lontaran ujarku kali ini

Monday 9 January 2012

PATAH SERIBU_Shila Amzah

Assalamualaikum dan selamat malam!!
Alangkah baik andai dia tahu lagu ni dituju khas buat dirinya...



Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Patah seribu hatiku
Bila mengenang segala yang kita bina bersama
Haruskan ku lupa engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relaku
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkan dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kn ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua
Hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskan ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga diriku
Pergilah...

Sunday 8 January 2012

Tanah Gersang

Gerimis di tanah gersang
Bagai rahmat dari Tuhan
Nikmat yang sukar dibayangkan

Masa mahu dihentikan sejenak
Ingin dirakam untuk diingat
Akan disimpan di benak

Awan gelap yang hadir
Umpama melindungi nasib takdir
Menenangkan racauan fikir

Segmen Siapakah Nama Saya?

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Klik banner ek (^_^)
   Setelah ditag oleh sahabat hamba, Keri Ikhwan...maka hamba dengan hati yang senang turut serta dalam segmen yang kiranya sudah agak lama hamba tidak turun padang ini..huhu..Terima kasih juga pada empunya segmen yang memiliki halaman yang tersangatlah comel...

   Beberapa minit yang memakan masa hampir setengah jam..tidaklah hamba mahu membuang masa lagi termenung ke luar tingkap seorang diri di malam hujung minggu..maka fikir hamba mungkin nama ini yang sesuai dek kecomelannya itu...
"Cuty Mia"
   Kartun tu meningatkan hamba pada anak buah kesayangan hamba bernama Damia...muka yang bulat dan comel..Cuty pula untuk menambah kecomelan semasa menyebut  nama Mia tu..ce tuan hamba sebut dengan muka yang agak comel..mesti terasa diri sendiri pon comel kan..heheh (hamba tengah merapu ke ni??)

   Maka di sini hamba perlu mentag dua orang sahabat hamba..dan inilah yang menjadi pilihan......Tuan PuteriDylla Abas...hehe...

DAMIA

Friday 6 January 2012

Lagu Klasik

Assalamualaikum sahabat hamba...

   Serasanya tidak cukup sepuluh jari mahu hamba memohon ampun kerana terabaikan halaman hamba ini dek kesibukan sebermulanya kehidupan seseorang yang perlu mendahulukan mencari ilmu di perantauan ni..

   Kelapangan ini..teringat pula hamba dengan cerita klasik yang satu ni..satu lagunya terlekat di hati hamba dek keunikan muzik..kesantunan suara dan yang paling penting..liriknya mengusik jiwa hamba..Maka hamba perdengarkan.....



Thursday 5 January 2012

Jodoh

Jodoh itu rahsia Allah Swt..
☻♥☻
/█\ /█\
.||. ||.
SEKUAT mana kita setia ツ
... ... SEHEBAT mana kita merancang ツ
SELAMA mana kita menunggu ツ
SEKERAS mana kita bersabar ツ
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita ツ

•.♥• Jika ALLAH SWT Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama Kekasih Kita..Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥•

p/s ; sumber Laman Muka Buku

Monday 2 January 2012

Negeriku

Comelkan
doodle
APIT
Selamat tinggal negeriku...
Banyak masa yang tidak terluang denganmu...
Sunggu damai nikmat ditanahku...
Rincisan hujan menyubur tiap hidupan Tuhanku...
Angin petang tak jemu melempar sukma bayu...
Sayangnya petang terakhirku bersamamu...
Pasti bakal digamit rindu...

Sunday 1 January 2012

Ini bukan cerita muka buku
Tapi cerita muka baru
Huru-hara azam diciptakan
Entah dilaksana atau bukan
Lembaran lama ditinggal termengah
Hadir yang baru tak segan menjengah
Semangat baru mencorak warna
Bakal pudar di akhir cerita
Itu lumrahnya
Begitulah sentiasa
Akan diulang
Bakal juga dilupakan


 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail