Tuesday, 28 February 2012

Urusan Pertama

Assalamualaikum..!

Setelah dua minggu penat hamba menjalani kesibukan..usailah sudah urusan pertama hamba..yang berkehendakkan hamba dan ahli tarian membuat persembahan pada Karnival Permainan Tradisional 

Inilah Tarian Zapin Malaysia (raptai)
video

p/s : Masih berbaki satu persembahan setelah lagi satu persembahan terpaksa ditolak dengan alasan yang kukuh dek kesibukan yang melampau

Monday, 27 February 2012

Banyaknya Urusan..!!

Assalamualaikum sahabat...

Maafkan hamba dek membiarkan halaman ini terus bersawang...bukanlah hamba sengajakan melainkan urusan yang tak berhenti kunjung tiba...dan inilah urusan yang terbaru hamba terima hari ini..huhuk...!


Friday, 24 February 2012

Cita Yang Utama

Dahulukan kerja
Jangan bersahaja
Kelak terbinasa
Syaitan bersuka-ria
Sendiri merana

Terus berusaha
Tidak berputus asa
Hingga berjaya
Tergapai cita
Nantikan bahagia


p/s : Alhamdulillah dek sempat menyiapkan tugasan pertama walau hamba sibuk dengan latihan tarian sepanjang seminggu


Wednesday, 22 February 2012

Huru-hara



Langkahku payah
Gerakku berubah

Tenangkan kerja
Tariku beraja

Sibuknya amat
Keadaannya gamat

Urusan dicermat
Mohonku selamat!

Tidakku kaya
Tapiku bakal berjaya

Monday, 20 February 2012

Animated Header, Static Header, Watermark & Transparency Watermark

Assalamualaikum...


'Animated Header' - header bergerak tetapi mempunyai kualiti grafik yang rendah kerana format GIF yang tidak support warna-warna tone yang rich.


'Static Header' - header biasa tetapi memiliki tona warna yang lebih cantik.

'Transparency Watermark' - untuk kegunaan peribadi.

'Watermark' - juga untuk kegunaan peribadi.

Sunday, 19 February 2012

Rutin Hujung Minggu

Assalamualaikum sahabat hamba..!!

   Sebeginilah biasanya rutin pelajar di hujung minggu...huhuk! Sahabat pula macam mana..?

Saturday, 18 February 2012

Antara Dua Sujud

Assalamualaikum semua sahabat (",)

   Perkongsian kali ni mahu hamba perihalkan tentang doa duduk antara dua sujud semasa kita solat..tidaklah kita sedar terlalu banyak kelebihan disebaliknya...

Rabbighfirli --> Tuhanku, ampuni aku
Warhamni  --> Sayangi aku
Wajburnii   --> Tutuplah aib-aibku
Warfa'nii    --> Angkatlah darjatku
Warzuqnii  --> Berilah aku rezeki
Wahdinii    --> Berilah aku petunjuk
Wa'Aafinii  --> Sihatkan aku
Wa'fuannii --> Maafkan aku

Friday, 17 February 2012

Alhamdulillah..!!

Assalamualaikum... (^_^)

   Tidaklah dapat hamba mahu gambarkan perasaan hamba saat ada yang tampil mendeklimasikan puisi hamba dalam perhimpunan bulanan para pelatih guru bersama barisan pensyarah...sangka hamba puisi hamba terpilih untuk diperdengarkan kepada ramai...

   Tapi sebelum tamatnya majlis...sekali lagi nama hamba dipanggil untuk naik ke pentas kerana digelar mengungguli pertandingan mereka puisi sempena Sambutan Maulidur Rasul..Alhamdulillah kerana puisi Rinci Lipatan Islam mendapat pengiktirafan...

I
I
I
I
I
v

   p/s: Inilah kata orang berpengalaman..belum cuba belum tahu..Alhamdulillah...Terima kasih pada sahabat yang senantiasa menyokong dan memberikan hamba inspirasi

Wednesday, 15 February 2012

RABU yang tidak berkata-kata...

Assalamualaikum..!!

Yang terindah untuk didengari 
Tiada lain hanya nama sendiri
Maknanya menggambarkan peribadi
Itulah budi itulah hati...

Tuesday, 14 February 2012

Segmen Sahabat Alif

Assalamualaikum sahabat..!!

   Dek kerana hamba ini tidaklah kreatif dalam melukis..maka hamba cuba juga untuk menolong sahabat hamba..Alif Ismail..untuk mempromosi segmen yang dianjurkan...

Segmen Seni : Make Over Me Contest

Entri Melekat 2012


Anda seorang yang kreatif, berimaginasi tinggi serta mempunyai bakat melukis yang terpendam???

curahkan segalanya dalam segmen:

"Make Over Me Contest 2012"





Hadiah Utama:
1. Wang Tunai / Top-up RM50.00
2. Satu Karekter Doodle Istimewa
3. Sijil Pemenang

Hadiah Kedua:
1. Wang Tunai / Top-up RM20
2. Satu Karekter Doodle Istimewa
3. Sijil Pemenang

5 Hadiah Saguhati
Karekter Doodle Istimewa
Sijil Penyertaan



Bagaimana???? anda dapat lihat dengan jelas gambar hamba Allah di atas tu??? apa tunggu lagi, serlahkan bakat anda dengan menyertai segmen ini. Jangan risau, penilaian BUKAN bergantung kepada kepakaran semata-mata tetapi, ke-KREATIFAN anda adalah keutamaan yang DIBURU..!!!!

""Segalanya boleh berlaku dengan kuasa imaginasi anda!!""

klik di sini untuk sumber gambar original


TARIKH TUTUP: AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN



Syarat-syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada semua warganegara malaysia yang mempunyai bakat dan kreativiti dalam melukis.

2. Kaedah lukisan adalah bergantung kepada anda samada ingin menggunakan teknik tradisional (lukisan tangan) ataupun teknik moden (menggunakan software komputer). Ingat, kepakaran bukan yang dicari, tetapi kreativiti anda dalam mengolah gambar tersebut yang DIUTAMAKAN..!!
3. Seperti biasa anda perlu membuat satu entry dan menampal poster diatas (link kan ke entry ini) beserta hasil karya agung anda kemudian tinggalkan link penyertaan anda di bahagian kotak komen entry ini.

3. Pertandingan akan dibatalkan andai peserta kurang dari 20 blogger (jadi, anda perlulah mengajak rakan-rakan blogger seramai yang boleh..)

4. Pertandingan ini hanya menggunakan gambar yang dibekalkan di link ini dan bukan gambar anda, saudara-mara anda atau rakan-rakan anda ye. 

5. Segala keputusan pengadilan tidak boleh dipertikaikan...

Apa tunggu lagi??? serlahkan kreativiti anda sekarang juga!!!!!!!!


MEMBURU IMAGINASI

Rinci Lipatan Islam

Assalamualaikum sahabat..!!

   Puisi ni khas hamba pertaruhkan untuk pertandingan sajak sempena Sambutan Maulidur Rasul..doakan usaha hamba kali ini diiringi kejayaan (^_^)

Lipatan sejarah melangkau zaman
Edaran muda mengimbau silam
Di benak fikiran kemas tersulam
Terukir di hati terpalit dalam

Gema alunan jauh membisik
Bunyian kompang kunjung merisik
Arakan selawat dipandang asyik
Bergetar jiwa sanubari terusik

Jalinan sifat Qudawatun Hasanah
Beroleh ujian pantang mengalah
Tegar tidak berkalih arah
Membimbing bersama Quran dan Sunnah

Rasulullah maudud ikutan
Pimpinan terpuji jadi panduan
Gelisah baginda umat ditiggalkan
Terkusut minda terubah haluan

Rincian perihal Nabi kita
Punyai tekad cita nan mulia
Ke arah pembangunan bangsa
Akhirat kelak puncak jayanya

Hati nan kelam kerusuhan
Kembali damai diisi ketenangan
Melihat nun jauh perarakan
Tulus buat Rasul junjungan

Monday, 13 February 2012

Saya Tersenarai dalam 1,000 blog terhebat

Assalamualaikum semua!!

   Seusai semua segala kerja hamba malam nan dingin ni..sempatlah hamba menyertai segmen seorang sahabat baru yang telah datang bertandang ke halaman hamba..Maka tersuratlah hamba dijemput oleh tuan empunya segmen untuk turut sama dan hamba dengan rela hatinya.....

  Jika tidak salah ingatan hamba..hamba ini pengguna blog design.. Maaflah andai salah dek hamba ini cepatlah lupa perihal ini..huhu..ampun yer tuan segmen (^_-)
Klik banner ek untuk turut sama


Saturday, 11 February 2012

Inikah Namanya Sekolah

Inikah keadaannya
Gamat sekali gema suara
Ibarat pasar bukanlah rimba
Wadah perkongsian criteria bersama

Kuluman senyum menempis kekalutan
Diusik ramai dialukan kedatangan
Semacam guru baru mendapat sambutan
Sedangkan hanya datang meneman

Jengahan si baju putih tak terendah
Fikir mereka mungkin gundah
Tertanya gerangan siapakah
 Manis saja tiadalah marah

Tiada busuk tiadalah nanah
Jangan mencuit kunci amarah
Terbuka langkah berkalih arah
Ketahuan kelak baranku pantang mengalah


p/s : Menyibukkan diri di sekolah ganti kakanda hamba secara tidaklah sengaja... 

Friday, 10 February 2012

Penat Melampau (=.=")

Assalamualaikum... 

Saat ni tidak dapatlah hamba menaip terlalu panjang dek keletihan yang melampau..doa hamba moga sahabat sihat-sihat saja dan selamat bercuti...

Ini la punca keletihan hamba

Thursday, 9 February 2012

Adaptasi Pantun Lama

Assalamualaikum...

Inilah pantun yang menghilangkan kantuk kala dalam kelas daripada pensyarah hamba..Encik Abang Saifuddin...

Siakap senohong,
Gelama ikan duri;
Bercakap bohong,
Lama-lama jadi menteri.

p/s : tapi bila difikirkan memang ini pantun yang bermakna..hehhe

Wednesday, 8 February 2012

RABU yang tidak berkata-kata...

Assalamualaikum...

..Inilah situasi hamba..


Atau mungkin masih terkawal dek mampu lagi menyusun segalanya agar tidak sebegitu rupa jadinya..

Monday, 6 February 2012

SEGMEN PENGOMEN TEGAR BY FYQA COMEL

Assalamualaikum!!

Setelah sekian lama tudak bersegmen..maka kali ini hamba sedikit lapang untuk menyertai dan menyokong sahabat di halaman (^_^)

Klik banner ke halaman Anak Munsyi
   Halaman sahabat baru hamba ni tersangatlah kemas..tidaklah berserabut seperti halaman hamba ini..huhu..kalau tuan hamba idak percayakan hamba..apa salahnya tuan hamba pergi menapak sendiri di halamannya dan lihat sendiri..

Jadi jomlah sama-sama kita membantu sahabat hamba yang masih baru berhalaman ni!!


Sunday, 5 February 2012

Buat Rasul Kita

Bunyian kompang dibawa angin
Berselang selawat pada Rasul akhir zaman
Tanda baginda bugar diingatan

Mulusnya bayu menghulur kedamaian
Menyenangkan hati nan kepingin ketenangan

Iri melihat jauh perarakan 
Telus buat rasul yang junjungan

Saturday, 4 February 2012

Maulud Nabi

Assalamualaikum!!

Semoga sahabat hamba senantiasa berada dalam limpah rahmatNya (^-^)

Salam Maulidur Rasul buat semua
Moga ingatan kita tak lekang pada baginda




Sambutan Maulidur Rasul 2011

Friday, 3 February 2012

Kewajipan Jumaat

Dalam kesibukan di jalan
Ramai yang tidak lupa akan kewajipan
Meneruskan suruhan Tuhan
Meninggalkan yang terlarang
Syukur masih ada calon imam
Membimbing keluarga pada kebenaran

Thursday, 2 February 2012

Sibuknya Jalan!

Hujan renyai tidak dapat menghalang
Arus kesibukan di hamparan jalanan
Semua memecut seperti ada sesuatu direncanakan
Tersangat penting untuk disegerakan
Timbul tanda tanya gerangan pekerjaan
Hingga jalan itu tiada langsung masa lapangan

gambar hiasan semata-mata (",)

Wednesday, 1 February 2012

RABU yang berbicara...

Assalamualaikum buat semua sahabat hamba..!!

Perkongsian kali ini 
Mahu mewar-warkan kepada lelaki 
Tentang hati..
Seorang wanita yang bakal dinobat isteri..
Cubalah selami..
Jangan hanya menyepi..
Nanti sendiri diketepi..

I
I
I
I
I
I
V

Tak Tersia Berlibur

Sia-sia tidak menglibur diri
Tak terbuang tidak masa sekejap tadi
Tersiap tidak kerja bertimbun tinggi
Tergugat tidak dek berpuas hati

Kerja masih ada
Masa masih ada

Peluang bukan selalu
Rezeki bukan menentu

Mainan pentas seperti terabdi
Terngiangkan lontaran diksi intonasi
Pengalaman jarang dilalui setiap hari
Kenangan tidak akan berulang lagi



p/s : pulang dari pementasan Teater Keliling _ Pernikahan Perak

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail