Friday 29 June 2012

Halaman Bakal Ditinggalkan

Assalamualaikum buat sahabat hamba (^_*)

   Permulaan semester ni sangat mencabar bagi hamba dek kerja pada awalnya sudah bertimbun..dan hujung minngu ini hamba akan terlibat dengan Perkhemahan Pengakap untuk kenaikan pangkat sebagai penolong pemimpin di sekolah kelak...Walaupun bakal penat di hujung minggu ni, hamba masih sangat berharap agar segala pembelajaran dapat dijadikan pengalaman di hari muka sebagai guru.

   Masih banyak perkara yang hamba perlu pelajari untuk lengkapkan diri sebagai seorang pendidik...Semoga segala urusan dipermudahkan Yang Esa..Doakan juga keselamatan hamba sepanjang perkhemahan ni..

"Selamat tinggal halaman buat beberapa hari
Maafkan hamba terlalu tidak mengendahkan kehadiran "kamu" kini
Akan hamba pulang dengan banyak nukilan nanti
janganlah gundah jangan gelanakan hati.."


p/s : Menambahkan vitamin "H" (hitam) yang sedia ada waktu bersukan

Wednesday 27 June 2012

Segmen Dari Jiakreatifelt : Header Dulu Hingga Kini Yang Terbaik

Assalamualaikum...

   Dek kekangan masa dan tidak sempat menyertai segmen yang dianjurkan setelah dijemput oleh sahabat Kancil..Maka hamba dengan sukarelanya mengundi tiga "header" milik halaman berikut sebagai pilihan hati hamba....

Alynn
Sahabat Kancil


this is me~kinara kinatara~cumey saje~
Kina

Jom mengundi sama...!!

   p/s : Hamba bukan undi sahabat Kancil sebab ambil hati ek..ni disebabkan motif "header" beliau dengan nama halaman sangat logik dek akal fikiran hamba (^_*)

Friday 22 June 2012

Mencari Solehah

Assalamualaikum sahabat hamba...

  Permulaan semester kali ni yang penuh keberkatan daripada-Nya ditambah seri lagi dengan Sambutan Bulan Penghayatan Islam di tempat pengajian hamba buat kedua kalinya..Maka hamba telah menghadiri ceramah mengenai "Mencari Solehah" pada sebelah malam yang memperihalkan tentang bagaimana untuk menjadi muslimah yang solehah...

   Mukaddimah yang dibicarakan penceramah ialah mengenai kecantikan seseorang individu yang bukan terletak pada rupa tetapi hati..Arakian itu janganlah memandang seseorang dari luaran sahaja...apatah lagi cuba menghakimi sifat seseorang melalui fizikalnya...

   Perkara yang diutamakan pula ialah hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta yang perlu dijaga lebih dari seorang kekasih..Maka tidak terkecuali mengenai solat dan aurat..Perlulah bagi seorang muslimah untuk mengetahui tentang batas perhubungannya dengan insan yang digelar lelaki dek rangsangan lelaki bermula dari matanya...

   Sesungguhnya terlalu banyak yang mahu dikongsi..tapi biarlah kita perbaiki sedikit demi sedikit dari hari ke hari kerana kita tidak mengenali diri sendiri..tapi Allah Maha Mengetahui setiap inci peribadi..

Perbaiki dan hiasilah hati...!



Monday 18 June 2012

Pendorong Kala Mula

Alunan seruan solat
Mengembalikan roh ke jasad
Canggung dudukku masih ralat
Mimpiku tadi lama bagai berabad

Ibarat sedang berlawan
Sisa airan mata kugosok perlahan
Memulangkan kantuk yang tertahan
Jenuh disisih hasutan syaitan

Inilah hari pertama
Cubaku untuk sempurna
Mahuku hijrah dari kisah lama 
Biar tampak indah nan purnama

Tuah ayam nampak di kaki
Tuah sendiri kuserah pada Illahi
Doaku panjat setingginya pada Ya Rabbi
Agar segenapnya senantiasa diberkati

Gembiranya badan tak bertualang
Senyuman tidak berganjak pulang
Harapkan kegagalan tidak menghalang
Rupanya emas kudapat penuh di dulang 

Alhamdulillah..
Aku lulus dengan cemerlang!!

Sujudku syukur pemberian Yang Esa
Memberiku nikmat bahagia senantiasa
Kesempatan gembira walau sementara
Moga usahaku terus membara!!

p/s : Permulaan kuliah yang menyeronokkan (^_^)


Saturday 16 June 2012

Semester Bakal Bermula!

Assalamualaikum sahabat..

   Alhamdulillah segalanya selesai dan semester baru harapnya dapatlah hamba memperoleh ketenangan dalam menimba ilmu yang masih kurang...semoga seminggu yang berlalu dapat hamba jadikan tauladan dan pengalaman yang berguna sepanjang hidup walau kumpulan kami tidak mendapat sebarang pingat dek berlaku beberapa masalah teknikal di sana...Syukur juga sebelum ke Perlis, hamba mendapat keputusan lulus bagi ujian motor..maka berlapang dadalah hamba kini (^_^)


p/s : Masih kelesuan dek kepenatan dan selsema

Thursday 7 June 2012

Cebis Kemalasan


Singkapan langsir di jendela
Mengundang bayu petang
Tika mentari masih gah menyala
Seperti tidak mahu pulang

Badan yang masih bermalasan
Berpulas-pulas menahan kepanasan
Mahu saja bangkit dari pembaringan
Tapi fikiran tetap menahan

Sekejapan saja pintuku sudah diketuk
Terencat lamunan nan suntuk
Bilar habis segala kantuk
Nasibku tidak terhantuk

Berkerutan lapisan jelas di dahi
Istighfarku panjang pada Illahi
Mohon dilindung segala yang dimungkari
Agar aku sentiasa diberkati

Panggilan latihan sudah kedengaran
Persiapan siaga aku perlahankan
Anggapku tidaklah perlu berkejaran
Kelak letih bermain lompatan

Lantas ingatan lama menerkam
Kenangan kecil jelas terakam
Berlompatan hingga awan bertukar hitam
Sudahnya tidurku lena sebelum tibanya malam

Indahnya saat cilik dulu
Hanya berseronok selalu
Tiada masalah yang menganggu
Sayang waktu itu telah berlalu...

p/s : Maaf buat sahabat dek kesibukan hamba belakangan ini menambahkan sawang di halaman

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail