Assalamualaikum sahabat..!!
Puisi ni khas hamba pertaruhkan untuk pertandingan sajak sempena Sambutan Maulidur Rasul..doakan usaha hamba kali ini diiringi kejayaan (^_^)
Lipatan sejarah melangkau zaman
Edaran muda mengimbau silam
Di benak fikiran kemas tersulam
Terukir di hati terpalit dalam
Gema alunan jauh membisik
Bunyian kompang kunjung merisik
Arakan selawat dipandang asyik
Bergetar jiwa sanubari terusik
Jalinan sifat Qudawatun Hasanah
Beroleh ujian pantang mengalah
Tegar tidak berkalih arah
Membimbing bersama Quran dan Sunnah
Rasulullah maudud ikutan
Pimpinan terpuji jadi panduan
Gelisah baginda umat ditiggalkan
Terkusut minda terubah haluan
Rincian perihal Nabi kita
Punyai tekad cita nan mulia
Ke arah pembangunan bangsa
Akhirat kelak puncak jayanya
Hati nan kelam kerusuhan
Kembali damai diisi ketenangan
Melihat nun jauh perarakan
Tulus buat Rasul junjungan
fuuh... dasat ayat -ayatnya... kosa kata yg tak pernah guna pun ada... tp masih boleh faham :)
ReplyDeleteInsya Allah ada rezeki menang la tuu
kagum hamba membaca nukilsan puisi ini.. Kanda memang pandai mengatur dan menyusun setiap kata... semoga berjaya ya Enor...
ReplyDeleteselamat pagi yang ceria
penuh putis
ReplyDeletegood luck.
ReplyDeletebell pun tak mampu buat puisi camnie..huhu
good luck 3no...
ReplyDeletesemoga berjaya..jangan takut dan jangan fikir banyak...kenyakinan sentiasa berada di dalam diri kamu...
keri ikhwan : itulah yang hamba harapkan..masih boleh difahami si pembacanya =)
ReplyDeleteGen2Merah : terima kasih sahabat seperjuangan =)
ReplyDeleteLYAfrina : hamba juga harapkan moga puisi ini dapat pengiktirafannya =)
ReplyDeletebiela bell : tuan hamba cubalah dulu..mana tahu ada yang terpendamnya
ReplyDeleteKancil 8349 : terima kasih juga buat sahabat Kancio sebab selalu meyakinkan rinci kerja hamba
ReplyDeletesebak membaca perenggan ke-4..gelisah baginda umat ditinggalkan..
ReplyDeleteapa pun puisi ni memang menarik..kagum dengan hasil nukilan tuan hamba :)
semoga berjaya ye!
Dylla Abas : alhamdulillah..dapat juga pembaca hayati puisi ni =)
ReplyDeleteterima kasih buat sahabat Dilla
sokongan daripada kami untuk sahabat kami
ReplyDelete