Showing posts with label Kiasan Seorang Hamba. Show all posts
Showing posts with label Kiasan Seorang Hamba. Show all posts

Friday, 17 January 2014

Aku Bukan Milik Aku

Wajahnya kusingkapkan perlahan
Belaiku penuh keayuan
Hujung jariku menyentuh rembesan
Menghilangkan segala daki kotoran

Keluhku terhambur dalam diam
Sunyi menggamit isi alam
Hanya kipas riang berdendang

Lama jemari tidak menari

Bercanggung rambongkan puisi di hati
Jasad didodoi sibuknya duniawi
Bekalan fardhu yang harus dilengkapi

Maafkan aku penghuni maya
Jasadku hanya satu
Sama jua hatiku
Berbeza dengan nafsu

Berkias dalam bait puisi

Satu dari nafsu beribu
Namun bukan itu keutamaanku
Kerana aku milik Allah Yang Satu


p/s : Makan masa juga memaknakan rasa ini dek terlalu lama meninggalkan hamparan taman di hati...lagi teruja sekaligus terkilan membaca nukilan lama yang jauh berbeza hebat lakarannya...Seorang insan sepatutnya berubah kepada yang lebih baik tetapi sebaliknya pula berlaku pada nukilan hati hamba (T.T)

Friday, 13 September 2013

Mingu Belajar Sambil Berjimba

Assalamualaikum semua (^_^)

 Mari bersenam elak obesiti,
Ingat sunnah semasa makan;
Tenang damai berbunga di hati.
Penyeliaan minor langsai  dilaksanakan.

   Lama hamba fikirkan nak siapkan serangkap pantun dek sudah berkarat memandangkan sudah lama tidak hamba nukilkan sebarang pantun mahupun puisi..huhu...Alhamdulillah berjaya juga meluahkan rasa hati melalui puisi tradisional ni...heheh

   Syukur kepada Yang Esa dek terlangsainya penyeliaan subjek minor hamba tadi pagi, iaitu Pendidikan Jasmani Tahun 4..lega yang amat sangat kerana hanya tinggal lagi satu penyeliaan major yang tidaklah seperit penyeliaan minor di aliran perdana dan yakni di kelas paling akhir...tapi Alhamdulillah berakhir dengan senyuman jua (^_^)

   Minggu ni hamba namakan minggu berjimba-jimba dek dua kali keluar sekolah untuk membawa murid-murid Pendidikan Khas menjalankan terapi sempena UPSR yang berlangsung..pada hari Selasanya murid dibawa ke IPG bagi Terapi Fisio, Terapi Alternatif, dan Terapi Hidro..hari Khamis pula murid dan cikgunya sekali jalankan Terapi Fisio melalui permainan boling...hehhe


Bath tab untuk si kecik sahaja yer..hihi
Terapi Hidro
Terapi Alternatif
Kenangan di IPG
Photo: Nak main boling..jom2
Terapi Fisio - boling
p/s : Guru Pendidikan Khas dianggap satu pekerjaan yang mudah tapi hanya Allah yang tahu.....belum cuba belum tahu

Sunday, 28 July 2013

Andainya Aku Tak Setia

Andai aku tidak setia
Mudah bagiku bernafas di dunia
Tidak lagi memikirkan cinta lama
Tak pula berserah pada takdirnya

Mungkin aku sedikit berusaha
Mencari cinta yang direda Dia
Agar bisa kuterjemah cinta pada jalan-Nya
Menghalalkan hubungan dua jiwa

Indahnya cinta
Baik khabar dari rupa
Sekali terluka
Sakitnya lama terasa

Doaku pada Sang Pencipta
Hilangkan sedikit rasa setia
Supaya masih ada tersisa
Buat suami yang selayaknya


p/s : Hamba sering mempersoalkan..mengapa sahabat-sahabat hamba yang tidak setia memperoleh jodoh yang baik dan berakhir dengan hubungan yang halal.....Adakah mungkin hamba juga perlu begitu?? (T.T)

Sunday, 7 July 2013

Runtuhan Sebuah Ukhuwah

Kusangka sudah temui sahabat sejati
Rupanya hanya mimpi di siang hari
Firasatku mengatakan dia teman suka dan duka
Rupanya dia senang bertandak kalaku terluka

Hatiku menidakkan keburukannya
Jasadku membutakan perlakuannya
Sehingga menular sakit di dada
Meriaskan rasa tersinggung bermaharaja
Meruntuhkan ukhuwah yang dibina

Kucari khilaf sebuah hubungan
Agar dapat disimpul semula ikatan
Namun tidak daya aku lakukan
Andai hanya bertepuk sebelah tangan

Kudidik sabar pada diri
Kerana aku bisa hidup bersendiri
Membiarkan rasa menyakitkan itu pergi
Walau tanpa teman sejati

Photo

Monday, 3 June 2013

Hentikan Gurauan

Jangan memberi harapan kiranya engkau tak mampu
Jangan menabur janji kiranya tak daya kau penuhi
Malah dakianku makin tinggi dan tinggi
Cukuplah kisah duka
Hentikan singkapan cinta dusta

Andai tanpa bukti di hadapan mata
Ibarat berkata tanpa suara
Yakni tak bisa untuk kufaham dan cakna
Erti kasihmu yang luhur atau berbisa

Hentilah mencarik sulaman jahitan
Kerana hatiku pulih hanya pada luaran
Sakit pedih hanya aku rasakan
Degupan rindu masih padamu seorang


p/s : tahniah buat sahabat hamba yang baru sahaja bergelar isteri

Photo: alhamdulillah...dengan sekali lafaz...


Monday, 25 March 2013

Nokhtah Cinta Mereka

Cerita duka yang aku dengari
Membuat fikiran tidak berdiam sesekali
Mengenangkan nasib kakak sendiri
Sehingga sendiri termimpi-mimpi

Saat berjumpa
Tika bertemu mata
Tampak luarnya amat tenang
Aku tahu dalamnya bergenang

Perginya bakal suami menghadap Illahi
Langsung tidak diketahui
Hingga saat jenazah dikebumi

Datang insan yang baik budi
Mengkhabarkan berita meluluhkan hati
Sanggupnya keluarga sang lelaki
Tidak merestui hubungan hingga ke mati

Hinggalah segalanya lenang
Alisnya juga kontang
Datang pula ujian

Tuduhan dari sana
Bukan calang peritnya
Menggauli maruah dan keluarga

Aduhai manusia yang bijaksana
Janganlah menyeksa orang yang tiada
Jangan memedihkan luka sedia ada
Cukuplah tamat kisahnya di dunia

Sampai di sini sahaja cinta mereka
Tidak perlu lagi segala usaha
Menghapuskan rasa cinta yang ada
Kerana cinta yang setia 
Akan sampai ke syurga
Walau berjuta halangannya

p/s : Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah...

Thursday, 14 March 2013

Khabar Itu

Sedang aku menyusuri perjalanan
Terpukul daku dek angin nan kencang
Menerbangkan sejuta tabir kelapangan
Mendamparkan khabar ragu kerisauan
Kerana kematian itu bukan mainan

Bila ombak menampar tepian
Riak megah pecah berderai
Nyawa badan terpisah terlerai
Sekali mara berkali tergadai

Perginya mereka sempurnakan bakti
Masih tenang dikepung rapi
Bagai berpaut pada dahanan sepi
Menanti rapuh retak berkeping

Ingin sekali kuterbang tinggi
Dan aku selalu juga bermimpi
Tentang sebuah kehidupan abadi
Penuh tenang penuh harmoni
Tanpa dendam tanpa benci
Tiada fitnah tiada caci...


p/s : Dari hamba yang hanya mampu berdoa...

Saturday, 2 February 2013

Anekdot Musim Bunga

Assalamualaikum sahabat hamba (^_^)

Gembira tak berkalang kata
Mahu hamba menggambarkan rasa
Bahawa hidup ini sedang berbunga musimnya
Walau masa ini terhad sahaja
Cukup abadi kukuh kenangan dibawa

   Seawal 8 pagi, hamba mula mengejutkan sahabat-sahabat hamba untuk ke latihan senamrobik sempena Karnival Permainan Tradisional yang bakal dianjurkan pihak kami sendiri. Usai sarapan bersendirian, sahabat  lainsudah mula berkumpul di perkarangan yang dijanjikan.

   8.30 pagi bermula sesi latihan yang diketui oleh pemilik halaman ini (penat berlatih sendirian pada malamnya belum hilang..huhuk!). Latihan diselang-selikan dengan rehat dan bergurau senda dek sudah lama kami tidak berkumpul bersama (minggu ini tidak dapat pulang kerana hari esok kami perlu menghadiri aktiviti wajib anjuran negeri ini..maka beberapa individu yang kerap pulang turut ada bersama).

   Latihan tamat pada jam 9.45 pagi. Memberi peluang kepada diri sendiri dan sahabat lain bersiap untuk ke kedai makan seberang jalan sana. Sesi pinjam dan mencuri basikal buat sementara bermula apabila masing-masing malas untuk berjalan kaki ke sana (masih ramai yang tidak punya kenderaan itu).

   Jam 10  pagi kami mula bergerak ke tempat makan sehinggalah jam 11 pagi. Masing-masing teruja dengan suasana begini. Berkumpul, borak, makan, gelak, dan yang penting bersama-sama. Lama tak meluangkan waktu bersama melainkan waktu formal. Suasana ini sangat dirindui!


p/s : Selesai makan, kami ke taman permainan kecil yang ada di sini. Bermain buaian, gelongsor dan banyak lagi. Seolah dunia ini milik kami. Seperti kanak-kanak berusia awal 6 tahun yang baru mula mengenali dunia tanpa getir. Indahnya dunia musim bunga! (^_^)

Saturday, 19 January 2013

Bersabarlah...

Assalamualaikum sahabat...

Walau sebaik mana tingkah pada manusia
Belum tentu diri dihargai mereka
Lebih pedih bila dicemuh sahaja

Mungkin saat itu kita mula berputus asa
Tapi ingatlah senantiasa
Allah Yang Maha Mendengar ada bersama
Susah-senang kita tidak dilupa

Manusia itu bakal terima padahnya
Dan kita teruskanlah usaha
Berbuat baik sesama manusia
Mungkin balasannya bukan di dunia
Tapi bekal itu kelak dibawa ke syuga

Halang rasa amarah merajai jiwa
Senyumlah kerana itu penawar duka
Biarkan aliran jernih merawat luka
Andai itu bisa mengundang bahagia



p/s : BERSABARLAH WAHAI HATI...

Sunday, 13 January 2013

Dari Tingkap Hati

Kala hati mula menjengah dari tingkap kusamnya
Mata membentangkan hamparan ketidakjujuran
Fikiran mengembleng rencana keraguan
Pengalaman meniup ancaman rencam

Tiada yang lebih mengerikan
Melain sifat lelaki yang kurang dimengerti

Pada kaumnya cinta itu boleh dibahagi
Konon mengikut sunnah berpoligami
Sedangkan sempurna sifat si isteri

Padah jua percaya akan cinta
Maruah tercalar pada sang buaya
Sekadar memaknakan erti setia

Apa ada pada kasih nan suci
Jika hati yang bakal kuberi ini
Bakal jua dihancuri dan disakiti
Seperti yang pernah aku lalui

Masih tegar pedihnya hingga kini
Hilang dayaku untuk rawatinya lagi


Monday, 31 December 2012

Ke Jalan Ilmu

Tahun yang bakal diakhiri
Langsungnya meriah sekali

Tapi kali ini
Aku hanya ditemani
Perjalanan panjang dan sunyi
Dingin hujuan nan tak terperi

Hatiku merintih sepi
Aku gagal walau nekad berkali
Kenangan lama harus pergi
Agarku kecap bahagia kembali


p/s : Saat yang lain menunggu detik 12..hamba berhempas pulas di dalam perut bas..
Doakan hamba selamat sahaja tiba di tempat pengajian esok hari yer semua...



Tuesday, 25 December 2012

Mengharap Pendusta Itu

Sudahlah kau berdiri
Sia saja usahamu menanti
Hatiku terlalu disimpan rapi 
Kuncinya sudah lama dicuri

Berulang kubaca pesanan darimu
Hatiku resah diulit pilu
Jikalau benar kau masih menunggu

Rembesan cecair pada matamu
Jauhnya tempias hingga ke pipiku
Dan kubiarkannya dialir bayu
Meresap ke jiwa yang sedia ngilu

Senja dan malam berganti
Aku pasti
Hati ini masih begini
Tidak akan dicuri
Tidak akan diberi
Untuk dikhianati oleh pendusta janji

Jauh dilubuk hati
Aku masih mengharapkan kamu

Janganlah hanya menunggu
Datanglah segera padaku
Kembalikan kepercayaanku dulu
Pasti terlerai kusut dan rindu


Monday, 17 December 2012

Aku Masih Begini

Aku masih sendiri
Dan selesa begini
Bukan terlalu memilih
Bukan jua tidak dipilih
Tapi sengaja aku menyisih
Kukuburkan saja perihal ini

Lemparkanlah semua kata
Sedangkan hatiku belum terbuka
Dek dasarnya tersimpan sisa

Sayang itu masih ada
Apatah lagi parut luka lama
Tegar aku diganggu bayangan
Entah bila bakal menghilang
Makin rancak mengusik kenangan

Apa yang aku harapkan
Pergilah segala ingatan
Agar nafasku terhambur tenang
Tiadalah hidup bercangkaliwang

Astagfirullah'alazim...
Terduduk kaku beristghfar panjang


p/s : Jiwaku rencam dek kosong berlamaan
dan alunan zikir mengembalikan kedamaian..

Thursday, 13 December 2012

Renungilah Hati

Amat mudah bagi dirimu
Menyenarai panjangkan tiap satu salah lakuku
Sedangkan tak termuhasabah oleh kamu
Walau satu kelemahan pada dirimu

Betul ibarat pepatah
Kuman di seberang laut nampak
Gajah di depan mata tidak terlihat

Entah bila mahu dikau ingatkan sendiri
Agar perbanyak renungi diri
Jangan terleka dengan hati
Kelak rosak sebuah institusi suci
Yang digelar barat sebagai famili
Dek lidahmu nan lancang tak terperi

Thursday, 29 November 2012

Terabai

Assalamualaikum sahabat..

Bukan tidak mencuba
Malah kerap kali juga
Tapi tidak terlawan dek daya
Bertawakkal sahaja jalannya
Tiap kali berpeluang
Fikiran sendiri yang mengabaikan
Apatah sibuk yang bermacam
Ibarat punya anak kecil keliling pinggang
Adakalanya tak tersalahkan orang
Sendiri patut bijak merencanakan
Hingga halaman menjadi rencam
Pada sawang nan tumbuh bagai berbulan
Terimalah huluran kemaafan
Kiranya telah diabaikan

p/s : Maaf dek mengabaikan halaman ini berikutan kelajuan internet berkurangan di musim hujan...


Monday, 19 November 2012

Maafkan Aku

Assalamualaikum sahabat...

Calitan warna yang hilang itu
Mendebarkan sukmaku

Aku biarkan kau pergi begitu...
Tergamaknya aku!!

Tungkus-lumusku
Tak berbaloi dengan waktu
Peritku mencari penggantimu
Inilah balasan lakuku padamu

Kiranya bisa di undur detik waktu
Tidakku leraikan kasih itu

p/s : Terdelete antivirus laptop...huhu


Friday, 5 October 2012

Kita Hanya Hamba-Nya



Senangnya kau meludahkan kata itu
Tanpa menoleh sedikit di sekelilingmu
Bahkan kau meneruskan langkah 
Dengan segaris senyum sinismu

Terlupa aku akan kedudukanmu
Hidup senang itu asal kamu
Gah tak terkata kehidupanmu nan lalu
Sedangkan kampung sahaja asalku

Fikir aku
Kita milik Allah
Sama saja di mata DIA
Iman pembeza kita

Firasatku..fikirmu lain
Megah milikmu tak tertanding
Sebangga mungkin menunjukkan gading

Ingatlah wahai manusia
Hebatkah kamu jika dibanding Yang Maha Pencipta

Asal kita sama dari tanah jua
Bukan api tidak pula cahaya
Allah Maha Adil Maha Saksama

Maka bersyukurlah kita
Dengan nikmat dunia yang sementara
Tak usah kau mengata mencerca
Kerana kita hanya hamba DIA

Friday, 28 September 2012

Takdir Penentu

Aku yang semakin hilang
Bertebaran ditiup angin kencang
Tak terkesan di tanah nan gersang

Bukan tidakku sudi
Tidak juga kusanggupi
Dek tiada lagi secebis memori

Pergilah bergembira
Pergilah berbahagia
Aku mahu sendiri sahaja

Hatiku tertutup rapi
Ruang ini bakal didiami
Hanya untuk si suami


Monday, 17 September 2012

Tak Tergapai

Rasa yang bertandang ini
Menyedarkan aku masih punyai hati
Datangnya menyentuh sanubari
Sekian lama jauh menyepi

Aduhai..
Setelah kunjungnya kembali
Terlupaku akan fitrah insani

Tak mampu kugapai pelangi
Hanya dapatku pandang menjauhi
Sirna warnanya yang menghiasi bumi

Aku berpegang pada takdir Illahi
Kerana janji-Nya pasti ditepati


Saturday, 1 September 2012

Jangan Berani Bertandang

Selama aku bernafas
Selama itu aku perlu menggalas

Setiap saat yang berdetik
Tiap kali itu juga rasa turut berkutik

Mainan iblis ini sangat mengujikan
Senjataku hanya sabar dan iman

Harapku bekalan ini senantiasa tajam
Agar dapatku hapuskannya sekali tikam

Dan ia tidakkan berani lagi berhadapan
Dengan hatiku bak sekental pahlawan!

p/s : Kenapalah kerap amarah ini bertandang

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail