Assalamualaikum sahabat..!!
Puisi ni khas hamba pertaruhkan untuk pertandingan sajak sempena Sambutan Maulidur Rasul..doakan usaha hamba kali ini diiringi kejayaan (^_^)
Lipatan sejarah melangkau zaman
Edaran muda mengimbau silam
Di benak fikiran kemas tersulam
Terukir di hati terpalit dalam
Gema alunan jauh membisik
Bunyian kompang kunjung merisik
Arakan selawat dipandang asyik
Bergetar jiwa sanubari terusik
Jalinan sifat Qudawatun Hasanah
Beroleh ujian pantang mengalah
Tegar tidak berkalih arah
Membimbing bersama Quran dan Sunnah
Rasulullah maudud ikutan
Pimpinan terpuji jadi panduan
Gelisah baginda umat ditiggalkan
Terkusut minda terubah haluan
Rincian perihal Nabi kita
Punyai tekad cita nan mulia
Ke arah pembangunan bangsa
Akhirat kelak puncak jayanya
Hati nan kelam kerusuhan
Kembali damai diisi ketenangan
Melihat nun jauh perarakan
Tulus buat Rasul junjungan