Thursday 21 February 2013

Baucer Buku!


Assalamualaikum sahabat...

   Alhamdulillah "lappy" hamba masih bernyawa walau keadaannya dikatakan tenat oleh sang doktor..menurut doktor sakitnya tak dapat diubati..dan inilah antara masa kami bersama sebelum jangka hayatnya tamat dek penyakit kronik yang digelar "motherboard"..oleh itu hamba reda dan terima suratan-Nya...

   Sebelum terlebih kata, maka baiknya hamba meneruskan ujaran bermula dengan topik utama iaitu baucer buku 1 Malaysia..Alhamdulilah jua dek sudah pun hamba dan sahabat lain menerimanya..namun banyak persoalan yang berligar sahaja tanpa jawapan...namun akan hamba nyatakan salah satu sahaja kemusykilan antara seribu itu dek risau pula nukilan kali ini meleret panjangnya..huhu

   Majlis penerimaan tadi telah dirasmikan oleh seorang YB dan hamba berada antara salah satu pihak yang menjayakan majlis tersebut beriktan jawatan hamba kini di tempat pengajian..Berikutan itu, kami di pihak penganjur hanya maklum bahawa hanya dua pihak media sahaja yang akan hadir semasa majlis berlangsung..tetapi pada kelangsungan majlis siang tadi, kami dikejutkan dengan kehadiran hampir semua media yang tersohor seperti TV3, RTM, METRO, Berita Harian, Utusan, dan lain-lain lagi...

   Ketika menguruskan kedudukan pihak media di dalam dewan, kami diberitahu bahawa ada di antara mereka yang tidak memerlukan tempat duduk di dalam dewan...Maka bertanyalah kami kenapa mereka berbuat sedemikian..dan mereka menyatakan bahawa mereka sudah pun hafal skrip YB terbabit dek beliau akan menggunakan skrip yang sama bagi majlis-majlis sebegini..

   Tetapi perkara yang lebih mengejutkan ialah....pihak YB sendiri yang menjemput pihak media yang lain untuk hadir bersama dalam majlis perasmian dan pembahagian baucer buku kepada kami..huhuk..apa pendapat sahabat??



p/s : Syukur sangat kerana segala kerja yang rumit dipermudahkan-Nya..Alhamdulillah.....

Monday 18 February 2013

Mesej Terakhir Hamba

Assalamualaikum sahabat..

   Amatlah sayu hati hamba kala menukil entri ini dek mungkin menjelang beberapa lama kemudian barulah hamba akan muncul kembali di halaman ini..Lebih sayu lagi hamba terpaksa berpisah dengan "lappy" (laptop) kesayangan hamba ini buat seketika..beberapa perkara perlu dikemaskini dan dibaikpulih dek "lappy" ini kurang sihat belakangan ini..huhuk (T.T) Sakitnya amatlah tenat ekoran melibatkan masalah dalaman....

   Maka perlulah hamba menghantarnya kepada pakar..mungkin buat beberapa hari atau minggu..nauzubillah...musim tugasan sudah tiba dan masalah yang tidak sepatutnya ini pula melanda..semoga "lappy" ini tidak berlama di sana..Amin.....


p/s : Doakan "lappy" hamba yer sahabat...

Saturday 16 February 2013

Header Dari Sahabat Alif

Assalamualaikum sahabat...

   Seminggu berada di kampung bagaikan dua jam..huh! (-.-") ..dan disebabkan itulah tidak hamba berkesempatan memperbaharui entri di halaman hamba ini..tambahan pula dengan internet yang kurang memberangsangkan di hari-hari hujan...

   Maka belum sempatlah lagi hamba mengkhabarkan kepada sahabat mengenai hadiah yang hamba peroleh daripada Sahabat Alif yang baik hati (^_^)..sangat terharulah hamba dek beliau sanggup bersusah payah mencipta header baharu buat hamba yang daif ini...


   Comel sangat-sangat..!! Terima kasih yang amat sangat buat Sahabat Alif..doa hamba semoga sentiasa sukses dalam setiap bidang yang diceburi sahabat (^_-) amin.....

Monday 11 February 2013

Doodle dari Sahabat Alif

Assalamualaikum sahabat...

   Terlalu lewat untuk hamba menukil sesuatu, namun hamba cekalkan jua mata dek terlalu teruja dengan berita memperoleh doodle baharu daripada Sahabat Alif yang sememangnya kreatif tak dinafikan lagi...

   Apatah lagi doodle rekaan Sahabat Alif kali ini memang menepati citarasa hamba selain permintaan lama itu dipenuhi..iaitu permintaan hamba untuk mendapatkan doodle bermata hitam (*_*) ..walau agak lama menunggu giliran, tetapi hamba sangat berpuas hati dengan hasil kerja Sahabat Alif yang tersangatlah hebat!!


p/s : Andai sahabat lain berminat, bolehlah minta dengan Sahabat Alif ..begitu juga dengan tempahan template seperti hamba ini..Sahabat Alif setia membantu (^_-)

Thursday 7 February 2013

Aktiviti Sepanjang Minggu

Assalamualaikum sahabat...

   Seperti yang telah hamba war-warkan, semester ini hamba dikejar dek masa yang singkat dengan tugasan nan pelbagai..ini antara aktiviti minggu lepas dan minggu ini..uhuhuk! (>.<)

TERAPI HIDRO
Sesi memanaskan badan
Permulaan aktiviti

TERAPI FISIO
Taklimat mengenai Terapi Fisio
Salah satu daripada kaedah terapi
Bersama sahabat seperjuangan Tarian & Nasyid (^_^)

TERAPI ALTERNATIF 
Taklimat mengenai Burung Unta
Burung Unta jantan yang cantik (^_-)
Sahabat baik!
Dapat sijil keberanian..hehe

LATIHAN PERMAINAN TRADISIONAL
Rakan sahabat sebagai jurulatih
Permainan konda-kondi
Masing-masing berminat nak turut serta dalam pertandingan..
keliru nak pilih peserta..huhuk!
   Alhamdulillah selesai kesibukan minggu ini sebelum bermulanya cuti Tahun Baru Cina usai kelas esok hari..hehe...Walaupun sibuk dikejar masa, namun keseronokan dalam proses pembelajaran sangat terasa kerana aktiviti yang dijalankan dapat mentarbiyah diri hamba sendiri untuk menjadi seorang guru yang berjaya kelak..syukur sangat diberi peluang menjalankan aktiviti-aktiviti ni (*_*)

p/s : Maaf tidak dapat menukil panjang kerana malam ini hamba punya latihan teater muzikal pula sempena Perasmian Karnival Permainan Tradisional nanti.....

Monday 4 February 2013

"2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away"

Assalamualaikum...

   Alhamdulillah sempat juga hamba sertai GA yang dianjurkan Sahabat Remy..sangka hamba sudah terlepas tarikh yang ditetapkan penganjur dan kecewalah hati dek tidak dapat menyertai GA sahabat yang baik hati ini..Namun syukur yang amat sangat kerana Sahabat Remy sanggup bertandang ke halaman hamba semata-mata untuk mengkhabarkan bahawa hamba sudah tersalah faham..hehe...rupanya tarikh tutup adalah pada bulan Februari (*.*)

Klik banner untuk ke halaman penganjur!!

   GA yang dianjurkan sahabat hamba ini tidak terlalu rumit..dengan itu, hamba seru semua pembaca nukilan hamba ini untuk turut serta dalam GA Sahabat Remy..tak rugi sahabat ikut serta..malah rugi kiranya tidak turut sama memeriahkannya...

p/s : Sahabat Remy antara sumber inspirasi hamba terus menukil di halaman

Saturday 2 February 2013

Anekdot Musim Bunga

Assalamualaikum sahabat hamba (^_^)

Gembira tak berkalang kata
Mahu hamba menggambarkan rasa
Bahawa hidup ini sedang berbunga musimnya
Walau masa ini terhad sahaja
Cukup abadi kukuh kenangan dibawa

   Seawal 8 pagi, hamba mula mengejutkan sahabat-sahabat hamba untuk ke latihan senamrobik sempena Karnival Permainan Tradisional yang bakal dianjurkan pihak kami sendiri. Usai sarapan bersendirian, sahabat  lainsudah mula berkumpul di perkarangan yang dijanjikan.

   8.30 pagi bermula sesi latihan yang diketui oleh pemilik halaman ini (penat berlatih sendirian pada malamnya belum hilang..huhuk!). Latihan diselang-selikan dengan rehat dan bergurau senda dek sudah lama kami tidak berkumpul bersama (minggu ini tidak dapat pulang kerana hari esok kami perlu menghadiri aktiviti wajib anjuran negeri ini..maka beberapa individu yang kerap pulang turut ada bersama).

   Latihan tamat pada jam 9.45 pagi. Memberi peluang kepada diri sendiri dan sahabat lain bersiap untuk ke kedai makan seberang jalan sana. Sesi pinjam dan mencuri basikal buat sementara bermula apabila masing-masing malas untuk berjalan kaki ke sana (masih ramai yang tidak punya kenderaan itu).

   Jam 10  pagi kami mula bergerak ke tempat makan sehinggalah jam 11 pagi. Masing-masing teruja dengan suasana begini. Berkumpul, borak, makan, gelak, dan yang penting bersama-sama. Lama tak meluangkan waktu bersama melainkan waktu formal. Suasana ini sangat dirindui!


p/s : Selesai makan, kami ke taman permainan kecil yang ada di sini. Bermain buaian, gelongsor dan banyak lagi. Seolah dunia ini milik kami. Seperti kanak-kanak berusia awal 6 tahun yang baru mula mengenali dunia tanpa getir. Indahnya dunia musim bunga! (^_^)

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail