Monday 28 November 2011

Kasih Anak Pada Ayahanda Mereka

Assalamualaikum sahabat hamba semua  (^_^)

   Maka kali ini mahu pula hamba kongsikan reaksi anak-anak bila mendapat tahu tentang ayahanda mereka yang sememangnya menghidap penyakit kencing manis..dan telah dikhabarkan oleh orang yang mahir dalam sains perubatan yang dikenali sebagai doktor bahawa ayahanda mereka berkemungkinan mendapat sakit pada buah pinggangnya....

   Inilah ucapan anak terhadap ayahanda kesayangan mereka..masing-masing punya cara tersendiri..sengaja pula hamba selitkan juga kerjaya mereka..manalah tahu bidang mereka berkaitan dengan kata-kata mereka ini..

ALONG (arkitek) :
---> Nanti makan ubat yang kami adik-beradik beli yang harga RM200+ tu je..duit takde masalah untuk semua tu..kami adik-beradik boleh tanggung..jangan makan ubat bukan-bukan..

KAK WAN (Cikgu Pen.Khas)  :
---> Dah lama dah orang cakap..jangan ikut sangat cakap doktor tak bertauliah kat kedai..kena jumpa doktor di hospital tu untuk sahkan tentang penyakit ni..sekarang ni makan dah nak kena jaga..malam makan yang ringan-ringan je..hari-hari kena minum air barli tau..

CHIK (cikgu Sains &Maths) :
---> Boleh tak makan malam tapi sebenarnye kalori pada sekeping roti lebih banyak dari sepinggan nasi..kawan orang yang ada kencing manis pernah tanya doktor..tapi janganlah ikut sangat cakap doktor yang tak bertauliah lagi..

KAK NGAH (cikgu Seni & Sej) :
---> Itulah..orang cakap jaga makan minum tak nak dengar..doktor cakap apa lagi? Sepanjang cuti ni..anak bongsu kena pastikan pemakanan semua dijaga..pegang amanah arwah mak..

ALANG (cikgu BI) :
---> .................. <lebih banyak mendengar>

KAK NIK (cikgu Muzik & BM) :
---> Jaga la kesihatan tu..orang ni jauh...

K-RU (berniaga) :
---> Jangan la makan benda yang bukan-bukan..dah la memang ada penyakit..dapat penyakit lain pulak..

UDA (cikgu BM) :
---> Risau la dengan kesihatan tu..tak sabar nak balik rumah..jaga makan minum..harap takde benda buruk yang berlaku pulak nanti..

SI BONGSU :
---> Jangan makan lagi dah benda bukan-bukan..minum air yang dalam plastik pon jangan..tidur tu letak kaki tinggi sikit..malam-malam jangan makan berat sangat..tapi..err....orang eh dipertanggungjawabkan jaga makan minum semua tu..?? jadi misi la cuti-cuti ni ek?? huuu....

p/s : Marah dan tegur tu kerana sayang..dan inilah kerisauan anak-anak yang takut kehilangan seorang bapa setelah kehilangan ibu yang dicinta...

Sunday 27 November 2011

Hijrah Hati

Kata cinta darimu melukakan hatiku...
Sejak dari dulu
Hingga tiada sekelumit rasa
Dirimu masih menyeksa hatiku...

Hati ini juga mahu berhijrah...
Akhir doaku sebelum berundurnya sang mentari
Moga dapat aku lupakan dirimu dalam diri ini

Bila kala sudah terbenam matahari
Kupohon dariNya agar berikan aku kekuatan dan ketenangan diri
Agar kuperoleh segalanya lebih baik dari hari semalam yang meracau memori...

Telah kutanamkan azam baru
Akanku lupakanmu 
Walau dalam doaku...
Ini tekadku!

Jangan khabarkan lagi padaku 
Tentang pemergianmu
Pasti nanti hanya merampas senyuman di bibirku
Kerana bahagia masih belum kutemu

Maafkan aku andai aku terlalu ego dalam mencintaimu.....
Bukan dirimu tidak tahu kenapa kubiarkan kita sama merindu

Biarkan masa mengubati pilu
Mungkin dirimu bukan untukku
Begitu juga dengan diriku.....

p/s : Salam Tahun Baru Hijrah  (^_^)

Saturday 26 November 2011

Follower Ke-100

Assalamualaikum sahabat yang sering menapak di halaman hamba
Alhamdulillah sahabat hamba di halaman kian bertambah dan mencecah jumlah 104 kesemuanya!!
Maka hamba berbesar hatilah untuk memperkenalkan sahabat baru hamba ni...

Klik di bawah tau andai mahu ke halaman sahabat baru hamba (^_-)

Izzati Zolkifli


Sahabat Ke-100


p/s : Selamat malam semua!

Friday 25 November 2011

JUMAAT yang tidak berkata-kata

Assalamualaikum (^_^)
Tidak dapatlah hamba selalu meluangkan masa di halaman hamba ini dek kelapangan masa hamba bila mana berada di kampung..
Hamba berasa amat kerugian kiranya masa cuti hamba tidak diluangkan bersama keluarga...


p/s : Seronok jugak makan di luar dengan keluarga..lebih banyak masa untuk diluangkan bersama..yer dak?? ( tidaklah susah-susah memasak..hehe )

Thursday 24 November 2011

Oh Diri...!

Kenapa seperti tidak mengenal diri sendiri kini
Selalu fikiran tidak sepakat dengan hati
Firasat sudah tidak sehaluan dengan naluri
Tindakan tidak sekata dengan gumam sendiri

Apa lagi yang tidak melengkapi
Bagaimana baru nanti dipenuhi
Bila saat itu akan dihadapi
Dimana mungkin dapat dicari

Wednesday 23 November 2011

Segmen: Jom Blogwalking Bersama Eiqa Azra..

Maka telah hamba ditag oleh Cik Diadiba dan hamba dukarelanya..eh silap..sukarelanya menyokong sahabat di halaman...
Ditambah lagi dengan banner tuan empunya segmen yang sangat menambat hati hamba

Klik banner ke halaman tuan segmen
Bagi memenuhi syarat..dengan ini hamba dengan semulus hati mentag sahabat hamba...

p/s : Ni blogwalking sambil redah banjir ni..huhuk...

Tuesday 22 November 2011

Diendoi Dingin Hujan

Suramnya hari
Menggigilkan jemari
Membekukan pemikiran
Menahan alis yang berbalam

Siraman hujan
Bunyi guruh dikejauhan
Tamparan angin kencang
Gelapnya dunia ibarat malam

Seperti endoi sedang berdondang
Menerbangkan jiwa kian melayang
Tautan mata menghampiri kelayuan
Mengendahkan segala kekusutan

Empuknya tilam
Semesra gebar bersulam
Fikiran menjadi diam
Berpindah ke lain alam

Monday 21 November 2011

Aja Aja Fighting Skuad Bola Malaysia!!

Assalamualaikum sahabat hamba yang bertapak di Tanah Melayu kita semua (^_^)
Doodle ni APIT punye...
   Dek demam Sukan Sea ke-26..hamba juga terbawa-bawa untuk mengetahui perkembangan pungutan pingat atlet tanah air kita...dan paling membanggakan mestilah sukan nombor satu di dunia..bola sepak! Lebih menambah rasa bangga..adanya pemain Kelantan sebagai tonggak utama iaitu penjaga gol..Maka tak lain tak bukan Khairul Fahmi Che Matlah orangnya (*o*) mata bling-bling

Bukan hebat sebarang hebat,
Sukar dicari paras si gantang;
Mengalir semangat dari kerabat,
Darahnya dari Cik Siti Wan Kembang.



p/s : sama-sama kita alunkan semangat demi maruah negara!

20.11.2011

Assalamualaikum dan selamat malam buat sahabat yang sudi bertandang ke halaman hamba (^_^)

   Mungkin ramai yang tidak sedar akan keunikan tarikh hari ini...walhal tarikh 11.11.11 diagung-agungkan..sedangkan ada sahabat hamba yang bercerita mengenai kebangkitan anak iblis pada hari yang dijulang itu..Nauzubillah.....

   Maka sempena tarikh 20.11.2011 ini..hamba nukilkan sebuah puisi buat sahabat tentang.....


"CINTA"

Cinta itu buta
Tak mengenal usia
Tidak juga pada rupa
Tapi hanya pada hatinya

Andai cinta itu datang dari hati
Sayang pasti meruapi sanubari
Kasih sudah tidak dapat disingkapi
Hanya gurindam rindu yang memahami

Cinta ibarat mawar yang berduri
Keindahan yang pasti melukai 
Walau parah hatinya dijahanami
Tapi cinta tetap disanjungi

Barangkali sakit itu bahagia
Bukan derita diseksa
Sedangkan bergelumang sakit yang dirasa
Seperti cinta itu boleh merawat segalanya


p/s : Mood terumbang-ambing di rumah dek rasa kehilangan yang tidak diketahui punca

Sunday 20 November 2011

CANDID TIME CONTEST

Nak join x?? Klik banner ek
Maka inilah contest kedua yang hamba turut serta secara rasminya selepas conteng-conteng

Inilah gambar yang hamba pertaruhkan...


   Terlalu banyaklah gambar hamba yang telah dicandid oleh sahabat hamba...namun yang ini menjadi pilihan hati dek kenangan bersama arwah sahabat hamba yang telah pergi setahun yang lepas..

   Saat ni kami bersama meluangkan masa di hujung nan minggu...serasa baru sahaja arwah pergi meninggalkan hamba dan sahabat...Moga arwah sentiasa dicucuri rahmatNya...

Dan ini pula sahabat yang hamba ingati saat ni

p/s : Tidaklah hamba harapkan kemenangan..cuma mahu mengabdikan kisah silam

Jom join BLOGLIST nurulAuni tahun 2011

Assalamualaikum sahabat...

   Alhamdulillah segalanya sudah pon tamat..termasuklah jugak MuET yang berakhir tengah hari semalam..dan hamba sudah bertapak di negeri Cik Siti Wan Kembang kesayangan hamba ini dengan selamat walau malam tadi hamba terpaksa harungi kesejukan malam dek hujan yang tidak mahu berhenti mencurahi tangis...

   Sebelum hamba melelapkan mata semula..sempat jugak hamba menjenguk halaman hamba yang sudah mula dinaiki sawang ini...

   Maka adalah seorang sahabat hamba yang menjemput hamba untuk sertai segmennya dan hamba berbesar hati kerana empunya segmen sendiri sanggup memecah duli ke teratak usang hamba ini...

Cantikkan banner empunya segmen ni..jomlah sertai jugak!

Klik pada banner ek untuk ke halaman yang empunya

p/s : Maaf andai terlalu panjang membebel.....


Friday 18 November 2011

Dipermudahkan DIA...

Assalamualaikum sahabat yang sudi berkunjung ke halaman hamba dan senantiasa menyokong hamba
Alhamdulillah.....
selesai sudah segalanya

Syukur Ya Allah..
Engkau permudahkan pekerjaanku
Dengan rahmat dan restuMu

Indahnya ujian bila aku bersamaMu
Tenangnya kesabaran dengan keberkatan dariMu
Bagai satu nikmat dalam setiap nafasku
 "Apa jua nikmat yang kamu peroleh, maka ia datangnya daripada Allah." 

(QS. an-Nahl: 53)

Wednesday 16 November 2011

Setenang Hari Petang

Alunan jam menggangu lena lagi
Lalu kukatup mata bersama bunyi
Tenangnya cuaca petang ini
Jadikan aku seorang musafir mimpi

Jam semakin berani bersuara
Bangkitlah tuanku!
Mungkin tu katanya
Berpulas aku mengendahkan dia

Bermalasan kubangun melepaskan kantuk
Membetulkan simpuhan si dara duduk
Menyingkap tirai membenarkan laluan cahaya
Mencari matahari yang berlindung dibalik awan sana

Suasana ini seperti pernah kulalui
Cuma berbeza tempat dan negeri
Waktu itu aku masih tidak mengerti 
Tentang dunia yang realiti

Bangunku berjalan meninggalkan lamunan
Membersih anggota menghadap Tuhan
Usainya rukun aku menadah tangan
Meminta supaya dimudahkan perjalanan

Kembali aku mengintai pelangi
Sedangkan gerimis juga bersembunyi
Menerawang menggamit memori
Anak kecil yang tidak mengendahkan duniawi

Petang sebegini
Dia pasti berlari-lari
Melompat ke sana-sini
Ceria menyanyi bersama lembutnya bayu di pipi

Anak itu sentiasa tenang
Walau melihat ibu berwajah garang
Sayangnya dia meninggalkan permainan
Tika mentari juga sudah mahu pulang


Hamba terkena kali ke-5!!

Assalamualaikum pada sahabat yang sudi mengunjung halaman hamba (^_^)

Hati sedang bersenang gembira,
Tag bertandang tidaklah murka.

Apakan daya ntah malang atau untung hamba selalu ditag ini..huhu...

TERMS & CONDITIONS:


1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER

6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.


Andai ingin ketahui tentang hamba..jenguklah  Hamba terkena kali ke-2 yer...Dan inilah jawab hamba...maaf sebab hamba tidaklah berapa pandai bahasa penjajah ini dan hamba tukarkan soalan sahabat hamba ini dengan Google Translate (boleh la eah macam ni..hee)

1 - Siapa pelakon yang anda benar-benar benci? mengapa?
---> Pelakon  yang agak seksi dan lupa akan hukum Allah s.w.t...


2 - Jika anda perlu untuk memilih antara gf / bf dan persahabatanmana satu yang anda pilih?

---> Maka jawab hamba persahabatan..Andai suami lain pula ceritanya...

3 - Apakah memori manis yang anda tidak akan lupa?
---> Terlalu banyak memori lepas yang manis..kenangan pada hamba walau pahit..semuanya manis


4 - Adakah anda suka seksi gadis / anak lelakimengapa?

---> Suka seksi gadis atau anak lelaki?? huh?? (geli hati pulak hamba dengan translator....) Setelah merujuk semula soalan asal maka...lelaki seksi tu macam mana ea...??


5 - Apakah pendapat anda mengenai "seksualiti Merdeka"?

---> Dekatlah sudah dunia dengan hari pengakhirna yakni akhirat

6 - Siapakah orang yang paling menjengkelkan dalam hidup anda?
---> Manusia yang penuh kepura-puraan...


7 - Berapa banyak kali anda jatuh cinta?

---> Sudah dua kalilah hamba terjatuh dalam cinta...


8 - Jika anda bertemu dengan Siti Nurhaliza, apakah anda akan memberitahunya??

---> Bahagia tak sebenarnye kahwin dengan warga emas?? (marah Siti nanti pada hamba)

9 - Apakah rakan yang anda suka?
---> Apakah rakan?? huhu... Hamba suka berkawan dengan yang ikhlas bersahabat dengan hamba...


10 - Apakah perkara yang paling tidak masuk akal bahawa anda telah dilakukan dan menyesal?

---> Anda telah dilakukan?? hurmmm....?? Mungkin hamba menyesal sebab selalu sahaja hamba tidak mendenagar kata arwah ibu hamba ketika hayatnya...Hamba bukanlah sesiapa yang mampu menilai manusia dari mata kasar hamba


11 - Apa yang anda fikir saya?

---> Hamba bukanlah sesiapa yang mampu menilai manusia dari mata kasar hamba

Kesibukan hamba dengan peperiksaan bakal tamat esok hari dan hamba tidak dapat mentag sahabat lain...Jadi barangsiapa yang berminat untuk menjawab soalan hamba..Maka silalah jawab di ruangang komen..Hamba sangat alu-alukan.....

1) Hati tuan hamba dimiliki siapa?
2) Siapa yang paling tuan hamba sayang?
3) Tuan hamba selalu rindukan keluarga atau si dia?
4) Lagu apa yang tuan hamba anggap sangat menyentuh jiwa?
5) Kenapa? dari soalan 4
6) Mengapakah tuan hamba diulit sayu, sebak atau duka?
7) Menangiskah tuan hamba tika berdoa?
8) Apa perasaan tuan hamba waktu hujan membasahi bumi?
9) Bagaimana kiranya perihal yang bisa membuatkan tuan hamba terguris?
10) Dimanakah tempatnya tuan hamba meluahkan kesedihan hati?
11) Apakah tindak tanduknya andai tuan hamba mahu hiburkan lara di jiwa?

~Hamba mengharapkan jawapan dari tuan hamba sekalian~

p/s : Maafkan Google Translate..huuu....

Tuesday 15 November 2011

Mata Berkedip??

Assalamualaikum...
   Alhamdulillah dapat jugak hamba menjawab soalan dalam dewan tadi dengan jayanya walau masa main-main lagi banyak dari mentelaah buku..huhu.....

   Berbalik hamba pada tajuk salasilah asal...maka sudah dua harilah mata hamba berkedip tidak sudah..bermacam cara jugalah hamba usahakan menghilangkan rasa bergerenyet ini tapi dapatan hamba hanya mata makin berair dan sedikit pedih..huuu.. (T.T)

   Selalunya bermacam-macamlah ujian daripada Yang Maha Kuasa tika sibuk menjalani ujian duniawi ni...dan hamba hanya mampu meredhai dan meledani ujian ni dengan tenang...sabar itukan sebahagian daripada iman (-.-") ---> (-_-) senyum paksa...

   Tidaklah juga hamba membisukan diri dek ketidakberjayaan menghilangkan kegedikan pada mata hamba ini..maka sibuklah si mulut ni menanyakan orang kampung sekeliling hamba mengenai mata berkedip..
Maka inilah jawapan yang hamba dengari.....

PAGI 
Hamba : Kenapalah mata berkedip eh?
Salju   : Mata kiri ke kanan?
Hamba : (orang tanye dia..kita dapat soalan balik) 
             Mata kiri...
Salju   : Something yang buruk nak berlaku biasanye..
----------> Maka sepanjang hari hamba tidak duduk senang memikirkan sesuatu yang tidaklah kita manusia dapat meramal..doa hamba hanya jangan Dia apakan keluarga serta ayahanda hamba...

PETANG
Hamba : Mata berkediplah dari pagi lagi...
Bulan : Ada orang rindu tu..
Hamba : (baru semalam hubungi ayahanda) 
            Kalau dirindu tu mata belah kiri ke kanan?
Bulan : Dua-dua pon sama
Hamba : (siapa punya angkara ni buatkan mata hamba 
            berkedip..hurmm..)
----------> Maka sayulah pulak hamba dek rasa terganggu dengan kenangan lalu yang membuahkan Kulupuskan Ingatanku ni...

   Pagi nan indah hari ini mengaburkan sakit hati dek mata kiri..sepulangnya hamba dari dewan barulah hamba sedari yang mata sudah tidak bergerak-gerak lagi...Terlintaslah fikiran hamba mencari punca saintifik pula dari bacaan...tekunlah hamba merewang ke sana-sini hingga melenguhkan seluruh sendi..mencari dan terus mencari dan dapat!

   Rupanya orang sains kata ini namanya Myokimia...adalah beberapa puncanya yakni tekanan, kelesuan, ketegangan mata, kafein, alkohol, kekeringan mata, ketidakseimbangan nutrisi & alergik...Maka hamba muhasabah balik diri hamba...
1) Tidaklah terlalu hamba tertekan
2) Tidak pernah pula hamba kelesuan
3) Mungkin mata sudah tegang dek "kerajinan mentelaah"
4) Sehari sekali maka wajiblah nescafe
5) Maka mintak dijauhkan dengan minuman memabukkan itu...
6) Sudah lama juga hamba meninggalkan kaca mata dek kurang selesa memakainya..hehe
7) Tidak disangkal pemakanan hamba tidak terkawal
8) Hamba pernah ada alergik eah?? (o.o")

   Arakian...boleh juga akal cetek hamba ini menerima pandangan orang saintis dek ada punca penyakit Myokimia pada diri hamba.....legalah hamba dari segala racauan fikiran yang bermacam sebelum ni...

   Nasihat hamba pada diri..janganlah hidup dalam keraguan dan kebimbangan kerana itu hanya permainan syaitan yang melalaikan..
Nauzubillah.....

Doa Rasulullah s.a.w:
Ya Allah, tidak adalah sebarang petanda, tetapi yang ada ialah pergantungan kepada-Mu, tiadalah yang baik selain kebaikan dari-Mu, dan tidak ada yang layak disembah melainkan-Mu."
 p/s : Salju& Bulan bukanlah nama sebenar...

Hamba terkena kali ke-4!!

Maka terkenalah lagi hamba dengan sahabat hamba, Cikgu Kancil...Keterlanjuran itu..ini syaratnya seperti biasalah.....


Rules Of This Game
1. Post this rules
2. Write 11 thing about yourself
3. Answer the question that the tagger have set for you
4. Create 11 new question for the people you have tagged to answer
5. Choose 11 blogger to be tagged and link then on the post
6. No tag back


Tentang diri hamba yang tidak seberapa pula..rujuk sini yer ---> Hamba terkena kali ke-2

Setelah itu...masuklah pula sesi bersoal jawab antara hamba dan En.Kancil :

1. Kereta idaman anda?
---> Hamba teringin sekali memilik kereta berjenama Honda...yang mana blom pasti..hamba macam berangan nak yang paling latest keluarannya.. (huhu...angan-angan lebih dari realiti je...)


2. Kalau datang ke Semporna, pulau mana yang nak pergi?
---> Hamba kurang tahu tentang pulau di Semporna..mintak tunjuk ajar En.Kancil..boleh tak?? (hamba ke tuan hamba ler yang patut jawab ni...hee...)


3. Berikan nama penuh sekolah rendah anda bersertakan tahun sekali?
---> Hamba mecari ilmu di Sek.Keb.Machang Satu (1) sebermula tahun 2008 hinggalah 2003 (btol la ni kot..huhuh)


4. Cinta pertama anda ketika usia berapa tahun?
---> Cinta pertama hamba walaupun monyet-monyet...pada usia hamba emm.......... (form 4 umut berapa ek?? lupa pulak hamba)


5. Blog yang anda cemburukan?
---> Halaman tuan hambalah hamba cemburui disebabkan keramaian peminat setia tuan hamba (hamba salah seorangnya..hehe..)


6. Follower anda yang paling cool?
---> Pada hamba semua sahabat hamba 'cool'..tapi En.Nasz ni hamba agak kagum sebab memiliki banyak idea untuk menulis pada halamannya..sehari boleh dikatakan lebih dua entri yang dikeluarkan ( En.Nasz kira ditag yang kena jawab soalan hamba nanti yer..hihhi...)


7. Apa universiti impian anda?
---> Tidak pernah pula hamba memasang impian sebegitu..hamba hanya fikirkan hanya mahu menjai pendidik..maka mana-mana universiti atau institut pengajian yang ada menawarkan jurusan pendidikanlah impian hamba


8. Tempat pelancongan yang mana paling menarik anda pernah pergi?
---> Pada hamba..semua tempat menarik andai di samping keluarga hamba...merekalah yang membuatkan pelancongan hamba lebih bermakna


9. Nama guru yang masih kamu ingat dalam ingatan kamu? (max 5 orang)
---> Cikgu Osman (BM,UPSR)...Teacher Mahani (BI,UPSR)...Cikgu Zainuddin (Maths,UPSR)...Cikgu Hayati (Sains,UPSR)...Ustaz Deraman (KAFA sekolah rendah)... (kesemua guru hamba masih ingat sebab tanpa mereka siapalah hamba)


10. Beg sekolah kamu bertahan berapa tahun?
---> Daya ingatan hamba nampaknya semakin kurang..huhu..tapi yang hamba ingat beg hamba memang bertahan laman sehinggakan terkoyak dan berapa kali jahit sehinggalah sebtolnya rosak barulah hamba belikan lain (tidak sukalah hamba membazir duit ayahanda hamba dek perkara remeh)


11.Sejak bila anda mengenali blog Kancil 8349?
---> En.Kancil antara sahabat hamba yang paling awal hamba kenali..maka hamba mula mengenali tuan hamba seawal hamba mula berhalaman


Selesai sesi soal dan jawab tadi..maka inilah soalan hamba kepada En.Nasz, Amalina & Aisha..hehe

1) Tuan hamba bersekolah rendah dimana?
2) Pengalaman pahit sekolah rendah tuan hamba?
3) Tuan hamba pernah bercinta monyet tak masa sekolah rendah?
4) Bagaimana prestasi akademik tuan hamba ketika sekolah rendah?
5) Tuan hamba terlibat aktif tak dalam kokurikulum sekolah rendah?
6) Besar ke tidak beg sekolah tuan hamba di bangku sekolah rendah?
7) Tuan hamba antara mangsa buli ke orang yang suka membuli waktu sekolah?
8) Berapa wang belanja tuan hamba tika sekolah rendah?
9) Selalu tak tuan hamba membawa bekalan makan dari rumah semasa sekolah rendah?
10) Waktu sekolah rendah..tuan hamba pernah bawa air selain air kosong tak? Teh ke..Milo ke...??

p/s : Doakan kejayan hamba esok dalam dewan peperiksaan!

Monday 14 November 2011

Kulupuskan Ingatan

lama kupandang
memutikkan rasa 

dia membisu
menghayati kata

pantas gerak tanganku
cuba menghapus kenangan

tapi dia..
masih antara dua

hatiku bagai diseksa
sebak menggila

dia yakini diri
melupuskan ingatanku

dan aku
palitkan rasa dia

di sini
kekalnya pasti!


Sunday 13 November 2011

"GIVEAWAY SIMPLE : KEYCHAIN DARI PADANG BESAR"

Andai berminat..klik pada banner

Sungguh licin tangan dan kaki,
Kerana Bedah orangnya berada;
Ingin keychain untuk dimiliki,
Walau sudah hamba pun ada.

Mengail keli di atas titi,
Sambil berdiri betulkan celana;
Sendiri beli berpuas hati,
Yang akan diberi lebih bermakna.

Marilah cepat goyangkan kaki,
Majlis meriah dengan irama;
Andai dapat hamba miliki
Itulah hadiah blogger pertama

Hamba terkena kali ke-3!!

Anak kucing berbulu-bulu,
Terimalah peraturannya dahulu.

  1. You must post these rules
  2. each person must post 11 things about themselves in their journal.
  3. answer the question that tagger set for you in their post.And create  eleven new questions for the people you tagged to answer.
  4. you have to chose 11 people to tagged and link them on the post.
  5. go to their page and tell them you have tagged him/her
  6. no tag back !7.
  7. no stuff in tagging section "YOU ARE TAGGED IF YOU READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.

Bukan liat bukan malas
Cuma hamba kurang suka menglipur hal diri
Andai  kepingin tahu
Tuan hamba jenguk sini -----> Hamba terkena kali ke-2!!

Inilah diri bukanlah kaya,
Terimalah dari hamba sahaya.

1. tarikh lahir bila?
---> Lahir hamba pada hari pertama bulan keempat dalam tahun seribu sembilan ratus sembilan puluh satu

2. dah berpunya ke belum?
---> Hamba kepunyaan Allah s.w.t...juga masih milik ayahanda hamba...

3. pernah kena saman?sebab?
---> Secara realitinya blom pernah tapi hamba dapat saman tika masuk Pertandingan Lalulintas Shell tahun 2002..huuhuh

4. ciri2 pasangan yang kamu inginkan
---> Maka rujuklah disini ===> Ciri Lelaki Yang Aku Idamkan

5. tujuan kamu buat blog
---> Sebagai tempat hamba luahan madah

6. impian kamu yang belum tercapai
---> Semestinya membina masjid bersama insan yang blom hadir dalam hidup hamba dan itu entah bila

7. siapa lebih penting?kawan atau lover?
---> Pada hamba..tengok juga pada tahap kelamaan sesuatu hubungan itu..contohnya hamba percayakan sahabat hamba berbanding ex hamba dek hamba kenali sahabat hamba lebih lama dari dirinya

8. tentang kamu yg org lain tak tau?
--->Hamba ini bukanlah jenis mudah digeletek dek kurang hormon geli itu mungkin...tapi ada jugaklah hormon tu di satu tempat...iaitu rahsia ler..orang lain mana mungkin boleh tahu..hehe

9. masih study or kerja?
---> Terang-terangan hamba ini blom menjadi pendidik..maka masih belajarlah hamba ini

10. sehari berapa kali kamu makan?
---> Pada bilangan yang sepatutnya..2x untuk makanan berat dan berkali-kali pula makanan sampingan..Tapi kepenatan membuatkan hamba kurang selera makan

11. masa jawab soklan nie dah solat ke belum?
---> Semestinya sup bunjut adabilah hamba sudah solat dek jam yang sudah menunjukkan pukul berapa ini..andai solat tahajud..terpaksalah hamba tedur terlebih dahulu..yer dak??


Hamba hunus soalan berbisa,
Biar mereka pula rasa.

 Ini terbitan khas buat...

1) Tuan hamba  selesa bersama keluarga atau rakan?
2) Berapa usia tuan hamba?
3) Pada tuan hamba, wajarkah ibu bapa garang dengan anak-anak?
4) Tahukah tuan hamba akan beza tegas dan garang?  ada beza ke ek??
5) Apa ciri ibu yang tuan hamba mahukan?
6) Pendapat tuan hamba..ibu atau bapa patut lebih garang?
7) My Father My Hero..btol ke ni tuan hamba??
8) Pernah tak tuan hamba terfikir mahu larikan diri dari rumah?
9) Kenapa ??  dari soalan 8
10) Tuan hamba pula mahu mempunyai ciri-ciri ibu yang macam mana dalam diri sendiri? 

p/s : harap tuan hamba sekalian juga sabar meneladani soalan yang bakal dihadapi..
~Selamat malam~




 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail