Friday, 11 November 2011

Hamba terkena kali ke-2!!

Arakian ditag oleh sahabat hamba..maka terpaksa relalah hamba melayani setiap soalan mengikut terma dan syaratnya..huhuk..

 Rules

1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back.
7. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.


Sekali undang-undangnya dalam bahasa penjajah kita pulak..dan bagai digertak..fikiran hamba terketar-ketar memikirkan perkara apa yang patut hamba tebarkan bersama di sini yang segalanya memperihalkan tentang diri hamba......

1) Hamba 3nogr33ny (urmm...boleh eah macam ni??)
2) Samaran hamba Hanis / Noor / Eno / Mc Noor / Cik Su / Farhanis... ( ada lagi tak ek?)
3) Hamba guru pelatih
4) Bakal mendidik anak-anak istimewa
5) Hamba anak ke-9
6) Minat hamba menari
7) Hamba suka bersukan
8) Hijau sebagai kegemaran
9) Kuning bukan kesukaan
10) Rasa nak pengsan menglipur lara diri sendiri 

Usai itu..mulalah hamba merentas soalan daripada En.Junk...

1. Siapa nama cinta pertama kamo?
---> andai cinta monyet..Fazuanlah jawapannya...andai cinta manusia..Irwanlah orangnya

2. Kalo anda ada duit sejuta, kemana kamo nak habiskan duit tu?
---> teringin sekali hamba mahu ke Tanah Suci bersama ayahanda hamba...dan selebihnya akan hamba belanjakan untuk memenuhi kehendak diri dan orang yang hamba sayangi...termasuklah mereka yang bernasib agak malang

3. Binatang ape yang korang paling takut?
---> hamba takut dengan binatang yang boleh membawa maut semacam berbisa dan bergigi taring

4. Bahagia tak dgn GF/BF sekarang?? jujur ye!!!
---> tanpa cinta manusia..hamba masih bahagia dengan cinta Yang Maha Kuasa

5. Dah brape lama korang kapel?? 
---> hamba dan Yang Maha Pengasih sudah lama bercinta..cuma hamba sahaja yang seakan baru sedar cinta Dia lebih dari segalanya

6. Bila nak kawin??
---> sesudahnya tiba jodoh hamba yang sebetulnya hadir dalam hidup hamba dan kedudukan ekonomi hamba sudah stabil

7. Nak bulan madu brape lama?
---> tidak pulak terlintas di fikiran hamba..mungkin jugak tidaklah terlalu lama memikirkan bebanan sebagai guru kelak yang tidak boleh tidak hamba mengabaikan anak didik terlalu lama

8. kalo kamo diberi kebenaran untuk bunuh orang, sape orang pertama anda nak bunuh? hahaha
---> disebabkan tidak terlintaskan sesiapa...maka tuan hambalah calonnya

9. Beri sebab kepada soalan no 8.
---> menyebabkan hamba terjebak dalam soalan bermacam bagai ini

10. Ape yang best sgt smpai korang berblogging ni??
---> sahabat hamba yang kenalkan hamba dengan dunia berhalaman ni dan hamba pula petagih yang tegar terhadap aktiviti ini dek rasa kesukaan yang melampau

11. Kenapa korang tak komen blog aku? haha..
---> tuan hamba jangan tipu tau..hamba komen ler..ce tuan hamba tengok balik..hehe.....

Belum selesailah tugasan hamba kali ini tanpa mengemukakan semula beberapa soalan kepada...Queen Teratai, Faaeinz & Gen2Merah..hehe..jangan marah ea...

1) Apa warna kegemaran tuan hamba?
2) Kenapa tuan hamba suka akan warna tu?
3) Bagaimana boleh tuan hamba terjatuh cinta pada warna tu?
4) Siapakah inspirasi penulisan tuan hamba di halaman atau blog?
5) Bila tuan hamba selalu mendapat curahan fikiran untuk menulis setiap kalinya?
6) Siapakah penulis kegemaran tuan hamba di halaman sesawang?
7) Siapa pula penulis yang tuan hamba disukai dalam novel, majalah, atau seumpama dengannya?
8) Kenapa tuan hamba suka akan penulisan seperti penulis yang digemari?
9) Penulisan hamba ini pada pandangan tuan hamba..bagaimana yer? Ikhlaskan diri tau...
10) Sudi tak kiranya tuan hamba memberi pendapat bagi penambahbaikan penulisan hamba??

p/s : Terima kasih hamba hulurkan pada orang yang mentag dan orang yang ditag
Moga ukhuwah antara sahabat di halaman makin erat dek aktiviti soal-menyoal ni...

18 comments:

eiela said...

haha dok gelak-gelak saya membacanya.. saya pun kena jugak tag nih belum buat lagi.

thembikai merah said...

saya suke jwpn no lima akak ..

3no gr33ny said...

eiela : ooo..xpe..nanti hamba juga mahu nengok jwpn tuan hamba t..heheh

3no gr33ny said...

thembikai merah : hamba jwb seikhlasnya

Junk said...

hehe.. tq sudi jwb.. hamba nak larikan diri dulu ye... takut kena bunuh la.. hahahhaa

3no gr33ny said...

Junk : hehe..hamba gurau saja..

CikGu Ma said...

salam ziarah...cikgu yea?? saya pun seorang cikgu yg masih belajar menjadi cikgu ^^,

Faaein Talip Roy said...

Aduhai tuan hamba..

Kenapakah mengetag hamba ini..
hehehe..

masuk ni.. ini tag ketiga yang hamba masuk dalam buku hutang..

terima kasihlah tag hamba..

ada masa nanti hamba jawab tag ini.. ^^,

NasZ said...

tahniah. hehehe.

Kancil 8349 said...

rajinnya....apapun mencabar juga soalan kamu nie

keri ikhwan said...

no. 8 ngan no.9 terbaik jawapan tu... susah nak berenti gelak nih... haha

3no gr33ny said...

CikGu Ma : andai pnjg umur...jadi jugaklah ckigu hamba ni

3no gr33ny said...

Faaein Talip Roy : hutang wajib dibayar walau tidak dituntut..igt tu tuan hamba

3no gr33ny said...

NasZ : agak jahat yer tuan hamba

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : mencabar..En.Kancil nak jugak ke?? hehee

3no gr33ny said...

keri ikhwan : hamboii..gelak yer...

QueeN TerataI said...

salam tuan hamba.. sungguh mencabar soalan tuan hamba ni.. hehehehe anyway thanx tag hamba... akan tetapi nak dimaklumkan mungkin lewat sedikit hamba akan buat yer sbb minggu ni hamba sibuk meeting sana dan sini... harap maklum yer.. jgn kecil hati jika lewat hamba membalasnyer...

3no gr33ny said...

QueeN TerataI : hamba faham akan kekangan masa dan kerja tuan hamba itu kerana hamba juga sibuk dengan urusan duniawi kini

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail