Thursday 31 January 2013

Ohh...Olahraga


Assalamualaikum sahabat...

   Dek kerana Olahraga adalah subjek wajib tahun ini..maka terpaksalah kami sekelas bertungkus lumus untuk belajar bermacam jenis acara olahraga yang ada..bukan sekadar teori tapi juga amali dan cara untuk jadi jurulatih dan pegawai dalam olahraga..

   Bukan mudah tau sahabat nak jadi pegawai..kami perlu hadapi peperiksaan peringkat kebangsaan terlebih dahulu dan kiranya lulus pula, perlu jalani praktikal sebagai pegawai kejohanan olahraga sebanyak 4-5 kali..barulah disahkan sebagai Pegawai Gred 3..huhuk (T.T) -->semester yang sangat mencabar...

   Setelah beberapa minggu kami jalani latihan lompat jauh, larian 100 meter, larian 4x100 meter, dan lontar peluru..maka tibalah hari ini ke acara lompat tinggi yang boleh dikatakan majoriti daripada kami tidak pernah sertai sukan ini...jadi terpaksalah bermula dengan teknik ansur maju...

~~~> Jom layan gambar pula eh...tulang-temulang hamba perlukan rehat setelah penat tergolek sana-sini..

ansur maju..palang rendah (^_^)
Nasib pernah sertai masa sekolah rendah..hehe
agaknya sahabat hamba ni sentuh palang tak??
rakan hamba yang gayat melompat
bermacam gaya sahabat-sahabat hamba..hihi

p/s : Seronok gelakkan orang..padahal sendiri pun cuak..hehhe

Wednesday 30 January 2013

Rabu Tanpa Kata

Assalamualaikum sahabat...


p/s : 3 tahun setengah belum mematangkan kami...TAKE FIVE!!

Monday 28 January 2013

Sahabat Yang Dirai

Assalamualaikum...

   Seperti yang hamba sudah nukilkan lama dahulu..kali ini akan hamba raikan sahabat baru hamba yang ke-200 iaitu Sahabat Hanum yang mula menapak ke halaman hamba bermula dari penyertaan segmen yang sama..jika lihat pada bilangan sahabat hamba memang agak menyedihkan dek dua tahun berkecimpung hanya 203 sahabat sahaja yang hamba perolehi..namun hamba tetap gembira kerana persahabatan ini tiada paksa dan sahabat-sahabat hamba hebat-hebat belaka!! (^_^)

   Setelah meninjau-ninjau halaman sahabat baru hamba nan seorang ini yang asalnya negeri Pahang..hamba dapati Sahabat Hanum kurang berkata tapi banyak berbicara melalui gambar sahaja..dan jika terdapat ujaran, pasti ringkas dan padat penyampaiannya..cukuplah sekadar pembaca faham gerak kerjanya di halaman (yer dak andaian hamba ni..hehe)

   Jadi untuk mengesahkan bicara hamba tadi..adalah lebih baik sahabat pergi menziarah sendiri halaman tuan empunya halaman yang diperkatakan..untuk ke sana, klik sahaja nama sahabat hamba ni yer.....

l
l
l
l
l
v

p/s : Terima kasih sudi menerima hamba yang naif ini sebagai sahabat kalian (^_^)

Sunday 27 January 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......

Assalamualaikum sahabat...

   Sementara ada masa yang terlapang ni maka hamba dengan hati yang berbunga-bunga menerima jemputan Sahabat Keri untuk menyertai satu segmen yang dianjurkan Sahabat Apit...

Klik banner untuk ikut serta..!!
   Seperti yang diketahui ramai sahabat-sahabat hamba di halaman (chewaahh..konon!) ...asal hamba dari negeri Cik Siti Wan Kembang..yakni satu negeri dengan Sahabat Keri iaitu negeri Kelantan..jajahan yang hamba diami sahaja yang berlainan...bertapak hamba di daerah Machang....

   Di daerah kediaman hamba tidak banyak yang boleh dibanggakan melainkan Pasar Isnin yang sangat terkenal dengan barang-barang yang murah..maka tiada bandinganlah di kawasan lain..huhu..apatah lagi pada hari Isnin, paginya digelar Pasar Isnin, petangnya pula pasar petang dan diikuti dengan pasar malam...yakni tiba sahaja hari Isnin maka bertambahlah masalah lalu lintas di Machang...

   Malah bagi hamba kawasan jajahan Machang ini tersangatlah strategik kedudukannya yang berhampiran dengan Jeli untuk masuk ke Gerik, juga hampir dengan Kuala Krai untuk ke Kuala Lumpur melalui Gua Musang, dan hanya mengambil 15 minit untuk ke Tanah Merah yang semakin gigih dengan pembangunan serta kemajuan...

   Negeri hamba amatlah kaya dengan makanan yang pelbagai jenis..terutamanya kuih-muih yang tidak dinafikan tidak boleh didapati dengan sewenangnya di negeri lain..Lompat Tikam, Akok, Jala Emas, Buah Tanjung, Tahi Itik, Ketupat Sotong, dan banyak lagi..!! (tak sanggup hamba membayangkan semuanya dek perut sudah berghazal..huhuk)

   Perkara paling best di negeri hamba selain makanan pula...mengenai Menteri Besar yang kami bangga-banggakan iaitu Tuan Guru Nik Aziz..tiada pemimpin sehebat beliau abad ini dan hamba tersangat sayang serta hormat beliau walau tidak pernah bersua muka..kedua best pula bagi hamba semestinya Pasukan Red Warriors yang menggambarkan semangat kesatuan kami penduduk negeri Kelantan....mungkin cukuplah dua..terlalu banyak kelak nampak membanggakan negeri sendiri..huhu...

   Bagi memenuhi syarat segmen penganjur ni..maka hamba tag Sahabat Dylla dan Sahabat Baru (tidak hamba tahu nama panggilannya) kerana hamba juga berminat untuk tahu mengenai negeri-negeri lain (^_^)

Friday 25 January 2013

Tugasan Pertama

Assalamualaikum...

   Seperti yang dikhabarkan baru-baru ini..maka inilah tugasan pertama hamba sebagai Jawatan Perwakilan Pelajar (JPP)  walau belum dilantik secara rasminya..iaitu menguruskan pasukan qasidah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang telah berlangsung awal pagi tadi..huhu..

   Terpaksalah hamba mengendalikan bab-bab persembahan bila yakni berlangsungnya sesuatu majlis dek jawatan hamba sebagai Exco Kesenian dan Kebudayaan..dengan itu hamba pasrah sahaja agar semua gerak kerja dilakukan dengan ikhlas dalam mengejar keredaan Allah...

   Maka inilah hasil persembahan qasidah...kerjasama daripada ahli Badan Dakwah dan Rohani yang banyak memudahkan perjalanan kerja hamba.....


p/s : Tugas mengurus dan sekaligus guru vokal..huhuk


Thursday 24 January 2013

Tuesday 22 January 2013

Moon Ring

Assalamualaikum sahabat..

   Satu desakan untuk hamba memperbaharui nukilan kali ini walau sudah agak lewat malam adalah untuk berkongsi mengenai keajaiban alam ciptaan Tuhan Yang Maha Besar yang telah terjadi pada malam ini...bersamaan dengan 10 Rabiul Awal 1434 H..tarikh yang begitu hampir dengan kelahiran Rasulullah s.a.w yang kita sanjungi.....


p/s : Kredit kepada rakan sahabat hamba dari unit Sains yang bertugas mengkaji bulan pada setiap malam dek tugasan mereka pada semester ini..

Saturday 19 January 2013

Bersabarlah...

Assalamualaikum sahabat...

Walau sebaik mana tingkah pada manusia
Belum tentu diri dihargai mereka
Lebih pedih bila dicemuh sahaja

Mungkin saat itu kita mula berputus asa
Tapi ingatlah senantiasa
Allah Yang Maha Mendengar ada bersama
Susah-senang kita tidak dilupa

Manusia itu bakal terima padahnya
Dan kita teruskanlah usaha
Berbuat baik sesama manusia
Mungkin balasannya bukan di dunia
Tapi bekal itu kelak dibawa ke syuga

Halang rasa amarah merajai jiwa
Senyumlah kerana itu penawar duka
Biarkan aliran jernih merawat luka
Andai itu bisa mengundang bahagia



p/s : BERSABARLAH WAHAI HATI...

Thursday 17 January 2013

Wang vs Ikatan Keluarga

Assalamualaikum sahabat...

   Pernah atau tidak sahabat mengalami perselisihan faham dalam keluarga sebelum ini? Cuba sahabat kaji semula punca kerap berlakunya salah faham dan pertelingkahan dalam keluarga...

   Pada pandangan hamba melalui pengalaman di sekeliling, kerap kali pertelingkahan kecil atau pergaduhan berlaku apabila perihal wang ringgit yang dipersoalkan...sama ada kes mengungkit jasa lama melalui wang mahupun kes perebutan harta pusaka yang juga dinilai melalui wang...

   Dari hal itulah hamba sebolehnya cuba mengelak daripada mendapat bantuan kewangan daripada keluarga, terutamanya dalam kalangan adik-beradik..yakni mempunyai hubungan darah paling dekat...sebolehnya hamba tidak mahu kami adik-beradik bertelingkah semata-mata hanya kerana wang ringgit yang tidak boleh dibawa ke mati...cukuplah kiranya hamba meminjam sahaja wang mereka sekiranya   kewangan hamba terlalu terdesak dek tidak mahu pula menyusahkan ayahanda yang semakin ditelan usia...dan tiba masanya akan hamba segera melunaskan segala hutang tersebut agar tidak tertangguh dan tidak pula diungkit..

   Namun terkilan dan sedih juga dek terkadang ada juga yang mementingkan wang daripada ikatan keluarga..tika ulu hati mecucuk pedih..hamba hanya mampu diam dan beristighfar panjang...betapa wang boleh mempengaruhi segalanya.....


p/s : Walau sama darah..belum tentu hati juga sama...

Sunday 13 January 2013

Dari Tingkap Hati

Kala hati mula menjengah dari tingkap kusamnya
Mata membentangkan hamparan ketidakjujuran
Fikiran mengembleng rencana keraguan
Pengalaman meniup ancaman rencam

Tiada yang lebih mengerikan
Melain sifat lelaki yang kurang dimengerti

Pada kaumnya cinta itu boleh dibahagi
Konon mengikut sunnah berpoligami
Sedangkan sempurna sifat si isteri

Padah jua percaya akan cinta
Maruah tercalar pada sang buaya
Sekadar memaknakan erti setia

Apa ada pada kasih nan suci
Jika hati yang bakal kuberi ini
Bakal jua dihancuri dan disakiti
Seperti yang pernah aku lalui

Masih tegar pedihnya hingga kini
Hilang dayaku untuk rawatinya lagi


Saturday 12 January 2013

Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen

Assalamualaikum...

   Sebelum kesibukan melanda jadual harian hamba..eloklah hamba cuba bergiat aktif di halaman ini sementara masa masih ada..huhu...dan kali ini hamba terpaut pada segmen yang dianjurkan oleh Hanif yang buat pertama kalinya hamba ke halaman sahabat baru tersebut..

Klik Banner untk turut sama sertainya (^_-)
   Dan hamba berbesar hati untuk menjemput Sahabat Dylla dan Sahabat Kancil  yang pada kiraan hamba semakin sibuk dengan tugasan masing-masing untuk turut sama memeriahkan segmen ini (^_^)

Wednesday 9 January 2013

Rabu Yang Tidak Berkata-kata

Assalamualaikum....

Abam

Kak Ngah


Dua budak nakal

p/s : Sesak dada merindukan anak-anak asuhan...

Tuesday 8 January 2013

Pilihan Raya...Nama Tercalon!!

Assalamualaikum semua...

   Sibuk yang melanda belakangan ini  sedikit pun tidak menggugat keterujaan awal tahun hamba..namun segalanya bertukar semerta apabila nama hamba tercalon dalam pilihan raya yang akan diadakan pada minggu hadapan bagi menggantikan tampuk pimpinan lama..

    Sukar mahu menterjemah hati hamba kini yang kusut memikirkan tanggungjawab yang sedia ada terbeban di pundak bakal ditambah lagi sekiranya hamba menang pilihan raya nanti..bukan tidak sudi tetapi cukuplah sudah gelaran pengerusi Kelab Tarian dan Nasyid di kampus ini..

   Dan tika inilah hamba menyesali sifat yang ada pada diri..terlalu ramah dengan persekitaran menjadikan majoriti di sini mengenali hamba tanpa perlu bermanisfesto lagi..dan peluang untuk kalah tak hamba nafi memang nipis sekali..huhuk...


p/s : Doakan sahaja agar segala keputusan adalah yang terbaik buat hamba yang sedang kusut ini

Monday 7 January 2013

Aizat vs Yuna

Assalamualaikum sahabat...

   Alhamdulillah sempat hamba mencuri sedikit masa yang semakin padat semester ni untuk memperbaharui nukilan hamba pada halaman..dan hambalah antara manusia yang tercuit rasa gembira dek kemenangan Aizat yang telah menyanyikan lagu Yuna semalam pada pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-27...

   Mungkin ramai yang tidak berpuas hati tetapi diingatkan bahawa pertandingan tersebut adalah dinilai dari segi kesesuaian melodi dan lirik lagu yang dicipta oleh barisan penggiat seni..sememangnya hamba tidak nafikan lagu Terukir di Bintang sangat hebat penulisan liriknya yang disertakan dengan melodi yang indah..begitu juga dengan lagu Ku Akui nyanyian hafiz dan lagu Teman Pengganti nyanyian Black...jika dihayati makna dan alunan muziknya, pendengar mampu menitiskan gugusan air mata tanpa sedar...

   Apatah lagi lagu ciptaan Yuna dinyanyikan oleh Aizat dengan gayanya yang tersendiri..namun pada masa yang sama masih mengekalkan ciri-ciri lagu asal yang dinyanyikan oleh pencipta lagu itu sendiri...kedua-dua versi tu memang mencuit minat di hati hamba (^_-) 


p/s : Tiba-tiba bersemangat  menukil tentang ni sebab lagu ni antara lagu kegemaran hamba..hehe


Saturday 5 January 2013

"Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod"

Assalamualaikum..

   Setelah lama tidak hamba menyertai mana-mana segmen mahupun giveaway..maka kali ini hamba mahu mencuba nasib melalui giveaway sahabat baru hamba anjurkan..Sahabat Wak Gelas telah sudi menjengah ke halaman hamba tempoh hari dan tidak salah rasanya hamba pula menyertai serta menyokong aktiviti yang dianjurkan sahabat nan satu ini...

Klik banner di atas untuk sama-sama memeriahkan (^_^)
   Selalunya hamba tidak bernasib baik dalam setiap anjuran giveaway...tapi tidak hamba bersedih dek niat hamba cuma mahu memeriahkan dan menyokong sahabat dalam membina identiti halaman masing-masing...jadi jom turut sama sertai segmen ni..tak susah pun kan (^_-)



p/s : Ini entri yang terlekat..entri baharu di bawah tau...!!


 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail