Saturday 29 September 2012

Sahabat

Assalamualaikum sahabat..

   Selama mana kita berkawan dengan seseorang..wajib akan terjadi salah faham atau pertelingkahan walaupun sekejap..tapi kadang-kadang kita tak sedar bahawa tanpa rakan-rakan kita, terutamanya yang paling rapat dengan kita..hidup kita akan tersangatlah bosan..

   Seperti hamba sekarang ni dek sahabat baik a.k.a sahabat sebilik a.k.a sahabat sekelas a.k.a sahabat yang senantiasa bersama dalam apa jua pekerjaan hamba terlibat dengan program Biro Tatanegara (BTN) ..lebih membosankan bila rakan yang lain juga balik dan yang tinggal masing-masing sibuk dengan kerja sendiri..terkadang rasa tak waras bila sehari tak bercakap dengan sesiapa dek jiran tetangga hamba kebanyakkannya telibat dengan BTN (T.T)

   Nasiblah hamba ni agak tak pemalu..merayap di bilik rakan yang berlainan kelas untuk ajak mereka keluar makan sama-sama..tak sanggup rasanya untuk makan seorang diri..bertambah tidak waras kelak hamba..huuu...! Betullah pepatah lama...bila tiada di depan mata baru nak hargai orangnya...



p/s : Semoga sahabat hamba selamat kembali ke hostel esok..
Gua udah kangan bangat sama kamu..hehe (*-*)

Friday 28 September 2012

Takdir Penentu

Aku yang semakin hilang
Bertebaran ditiup angin kencang
Tak terkesan di tanah nan gersang

Bukan tidakku sudi
Tidak juga kusanggupi
Dek tiada lagi secebis memori

Pergilah bergembira
Pergilah berbahagia
Aku mahu sendiri sahaja

Hatiku tertutup rapi
Ruang ini bakal didiami
Hanya untuk si suami


Wednesday 26 September 2012

Rabu Yang Brkata-kata

Assalamualaikum semua...

   Alhamdulillah kesihatan hamba semakin baik dek selsema yang panjang dan sekarang hamba sedang sibuk pula dengan aktiviti Minggu Kokurikulum..ada jemputan persembahan nasyid dan petandingan kawad kaki pula pada minggu hadapannya...

   Kali ni hamba mahu berkongsi pengalaman melalui gambar ni..pengalaman pertama hamba dan sahabat yang lain mengendalikan program bersama Murid Tahun 6...agak mencabar walaupun kami mengendalikannya beramai-ramai..Program ini diadakan pada hari Sabtu minggu lepas (^_-)

Pembahagian kumpulan dan fasilitator

Penutup program

Si kembar

Kenangan bersama
p/s : Lega dek mendapat respon yang baik daripada pelajar dan semuanya tampak seronok

Friday 21 September 2012

Cerita Hutan_Mowgli

Assalamualaikum...

   Maka seperti yang dijanjikan..kali ini hamba akan menukil mengenai Cerita Hutan, iaitu Mowgli yang terdapat dalam pembelajaran badan beruniform Pengakap Kanak-kanak...

   Ceritanya bermula apabila seorang renjer hutan Inggeris di India yang masih dijajah India yang bernama Gisborne ketika itu menemui seorang pemuda bernama Mowgli yang memiliki kemahiran memburu dan menjejak yang luar biasa. Lalu diajaknya si Mowgli untuk menyertai perkhidmatan perhutanan. Lama-kelamaan, Gisborne tahu mengenai punca kebolehan luar biasa yang dimiliki Mowgli.

    Al-kisahnya Mowgli asalnya tercicir oleh ibu bapanya di hutan akibat serangan harimau dan dijumpai oleh sepasang serigala. Mereka menggelarkan Mowgli si Katak tak berbulu. Shere Khan iaitu si harimau menuntut agar diserahkan Mowgli kepadanya tetapi ditentang serigala dan Mowgli pun dibesarkan mereka sehingga setanding dengan kekuatan serigala yang lain. Demikian itu, Shere Khan terus menganggap Mowgli sebagai buruannya sehinggalah Mowgli berjaya menghalau Shere Khan melalui kelemahannya, iaitu api.

   Namun pada suatu hari, ketika mengembala kerbau, Mowgli dapat menghidu niat jahat si Shere Khan yang mahu membunuhnya. Ekoran itu, Mowgli mendapatkan bantuan dua ekor serigala yang lain untuk memerangkap Shere Khan menggunakan ngarai agar dapat diinjak-injak oleh rempuhan kerbau sehinggalah tamat riwayatnya. Akhirnya berjayalah si Mowgli menamatkan riwayat musuh ketatnya yakni sekaligus musuh ketat seisi hutan rimba yang dihuninya itu....

   Begitulah Cerita Hutan yang diwar-warkan dalam Pengakap..dan hamba pula memainkan watak Mowgli waktu perkhemahan baru-baru ini..antara terpaksa dan rela..tarian hutan itu wajib dilaksanakan setelah selesai lakonan..awalnya malu tapi seronok pula..hehe

Inilah Mowgli yang burn dek memasak di tengah panas waktu berkhemah..huhu

Wednesday 19 September 2012

Rabu Yang Berkata-kata

Assalamualaikum sahabat...

   Ada tak antara sahabat hamba tahu mengenai kisah Mogli..kisah ni sangat terkenal dalam bdan uniform Pengakap..tiap kali malam kebudayaan bila berkhemah..kami diwajibkan mengadakan persembahan mengenai kisah tersebut..maka..




p/s : Lain entri akan hamba ceritakan kisah ni..sekarang masih sibuk dengan tugasan..huhu

Monday 17 September 2012

Tak Tergapai

Rasa yang bertandang ini
Menyedarkan aku masih punyai hati
Datangnya menyentuh sanubari
Sekian lama jauh menyepi

Aduhai..
Setelah kunjungnya kembali
Terlupaku akan fitrah insani

Tak mampu kugapai pelangi
Hanya dapatku pandang menjauhi
Sirna warnanya yang menghiasi bumi

Aku berpegang pada takdir Illahi
Kerana janji-Nya pasti ditepati


Sunday 16 September 2012

Berakhirnya Syawal

Assalamualaikum sahabat..

   Memandangkan hari ini bakal berakhirnya bulan Syawal..hamba mahu berkongsi kenangan sambutan Aidilfitri di tempat yakni hamba belajar (^_^)

Shot sambil menunggu sahabat lain

Sahabat hamba

Seronok makan

Makan banyak!!

Bila siap makan =)
p/s : Tahun ni kami sangat berpuas hati dek dapat makan banyak..berbaloi-baloi turun awal (^_-)


Monday 10 September 2012

Buat Sementara

Assalamualaikum sahabat..

   Pulang hamba kali ini hanya sementara di halaman dek lusa hamba akan berkhemah sekali lagi untuk Bina Insan Guru (BIG)...perkhemahan kali ini merupakan program anak angkat..3 hari dua malam di sekitar negeri ini juga..

   Penat memang tak dinafikan tapi keseronokan, ilmu, dan pengalaman tidaklah dapat hamba kutip sebegini banyak jika tidak berkhemah seperti ini..apatah lagi lusa nanti dek hamba diberikan kepercayaan sebagai penolong pengerusi bagi menguruskan segala macam perkara...

p/s : Insya-Allah..bila selesai segalanya akan hamba kongsikan semua pengalaman hamba bersama


Wednesday 5 September 2012

Rabu Yang Tidak Berkata-kata

Assalamualaikum...


p/s : Perkhemahan Pengakap 4 hari 3 malam..tengokkan halaman hamba yer (",)

Tuesday 4 September 2012

Bila Jatuh Sakit

Assalamualaikum sahabat hamba...


   Apabila seorang hamba Allah JATUH SAKIT, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

   Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa...


p/s : Hamba baru sahaja baik dari selsema dek seminggu berjaga malam menyiapkan tugasan-tugasan..masih ada dua yang berbaki..malam ini bakal menemani hamba sekali lagi hingga ke dinahari.. (*_*) Mataku kini ibarat burung hantu...huhuk


Sunday 2 September 2012

Oppa Gangnam Style_Menghibur Hati

Assalamualakum..

   Saat hamba sedang berperang dengan emosi dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang perlu dihantar dalam tempoh waktu terdekat ni..hamba rasa amat memerlukan sesuatu hiburan bagi menghilangkan semua tekanan..

   Dek kini sibuk dengan lagu Oppa Gangnam Style..hamba pun turut sama menyibukkan diri melihat-lihat video di Youtube..tersangat banyaklah yang keluar termasuk Raya Style dan macam-macam lagi..tergelak juga hamba menonton aksi yang pelbagai semua tu untuk meniru video yang sebenar ni..huhu


p/s : Selamat berhibur (^_^)

Saturday 1 September 2012

Jangan Berani Bertandang

Selama aku bernafas
Selama itu aku perlu menggalas

Setiap saat yang berdetik
Tiap kali itu juga rasa turut berkutik

Mainan iblis ini sangat mengujikan
Senjataku hanya sabar dan iman

Harapku bekalan ini senantiasa tajam
Agar dapatku hapuskannya sekali tikam

Dan ia tidakkan berani lagi berhadapan
Dengan hatiku bak sekental pahlawan!

p/s : Kenapalah kerap amarah ini bertandang

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail