Sunday 28 July 2013

Andainya Aku Tak Setia

Andai aku tidak setia
Mudah bagiku bernafas di dunia
Tidak lagi memikirkan cinta lama
Tak pula berserah pada takdirnya

Mungkin aku sedikit berusaha
Mencari cinta yang direda Dia
Agar bisa kuterjemah cinta pada jalan-Nya
Menghalalkan hubungan dua jiwa

Indahnya cinta
Baik khabar dari rupa
Sekali terluka
Sakitnya lama terasa

Doaku pada Sang Pencipta
Hilangkan sedikit rasa setia
Supaya masih ada tersisa
Buat suami yang selayaknya


p/s : Hamba sering mempersoalkan..mengapa sahabat-sahabat hamba yang tidak setia memperoleh jodoh yang baik dan berakhir dengan hubungan yang halal.....Adakah mungkin hamba juga perlu begitu?? (T.T)

Thursday 25 July 2013

Jimat..heheh!!

Assalamualaikum sahabat...

   Sahabat pun dah sedia maklum hamba sedang berpraktikum dan agak sibuk untuk melayari internet..apatah lagi hendak menukil di halaman ini..maka hanya maaflah yang mampu hamba pinta dek terkadang lambat membalas kunjungan sahabat...

   Cuma kali ini hamba agak teruja untuk berkongsi pengalaman berpraktikum dek buat pertama kalinya hamba memperoleh kelas yang mempunyai pelbagai masalah muridnya..kesemuanya empat orang tetapi masing-masing masalah yang berbeza, iaitu Sindrom Down, Autisme, Serebral Palsi, dan Terencat Akal...huhu...

   Namun mudah pula untuk hamba menyediakan peneguhan kerana masing-masing tidak berminat dengan barang atau hadiah melainkan makanan..lebih mudah lagi apabila mereka hanya meminta hamba menangkap gambar sahaja sekiranya mereka menyudahkan kerja dengan cepat dan betul....

   Maka jimatlah duit hamba untuk membeli peneguhan yang mahal-mahal...hehe...ini buktinya!


p/s : Agak lapang dek pensyarah hanya akan menyelia selepas musim raya..hihi

Wednesday 17 July 2013

Kuih Muih 2

Assalamualaikum sahabat..

   Maka bermulalah fasa kesibukan saat berpraktikum di sekolah..tapi masih bersyukur dek hanya mengajar 10 jam seminggu..nasiblah kalau dapat masa maksimum sebanyak 12 jam..agaknya patah tangan hamba menulis rancangan pengajaran harian sehari-hari..huhu

   Namun sekolah kali ini agak tidak seronok berbanding sekolah yang lepas ekoran  sikap guru di aliran Pendidikan Khas yang suka "menganyam ketupat" walaupun di bulan puasa...masing-masing mempertikaikan komitmen dan tugas yang diperoleh...

   Hairan juga hamba kerana inilah pertama kali hamba ke sekolah yang persekitarannya kurang mesra, terutamanya di aliran Pendidikan Khas yakni majoriti gurunya selalu bersikap ceria, keratif, dan mesra alam...Sebagai guru pelatih, hamba hanya mampu tersenyum mendengar dan melihat orang di sekeliling "menganyam ketupat"...orang baru mestilah kena bermanis muka..yer dak? hehe...

   Bak kuih ni yang terkenal dengan rasa manisnya...mungkin ada sahabat yang tahu namanya dan pernah mecuba (^_-)


Saturday 13 July 2013

Genap 4 Tahun

Assalamualaikum (^_^)

   Alhamdulillah...hari ni genap empat tahun hamba dan sahabat siswi menuntut ilmu di kampus "ehem-ehem" yakni tempat hamba belajar sekarang..dan masih berbaki setahun setengah lagi..huhu..pejam celik, sudah empat tahun hamba bermusafir mencari ilmu di negeri bersejarah ini...

   Sedar tak sedar juga minggu hadapan akan bermula praktikum fasa-2 selama dua bulan di Sekolah Kebangsaan Pulai..cuak juga memikirkan pertama kali mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di aliran perdana bagi subjek elektif hamba..huhu..bagi subjek major InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja..amin...

   Masalah datang silih berganti..itulah nasib hamba sekarang ini yang masih keliru dengan tarikh sebenar cuti sekolah memandangkan tiket bas yang sudah pun hampir habis di pasaran..huhu...harapnya sekolah menyahut seruan cuti berganti dan hamba dengan lapangnya dapat pulang bersama kakanda hamba menaiki kereta..hihi...doakan moga hamba dapat menjayakan praktikum dengan lancar dan memperoleh keputusan cemerlang kali ini yer sahabat (*_*)

Alhamdulillah, berjaya memperoleh "A" praktikum lepas

Antara kejayaan tahun ni (^_^)

Wednesday 10 July 2013

Kuih-Muih 1

Assalamualaikum...

   Salam Ramadhan buat semua sahabat (^_^) ..pasti lebih seronok kiranya dapat berpuasa di kampung halaman dan menikmati pelbagai pilihan kuih-muih..malangnya kurang pilihan kuih tradisional di sekitar tempat hamba menuntut ilmu ni..huhu

   Kuih ini antara kegemaran hamba..mungkin sahabat juga tahu namanya..hehe.....cubalah teka!



Sunday 7 July 2013

Runtuhan Sebuah Ukhuwah

Kusangka sudah temui sahabat sejati
Rupanya hanya mimpi di siang hari
Firasatku mengatakan dia teman suka dan duka
Rupanya dia senang bertandak kalaku terluka

Hatiku menidakkan keburukannya
Jasadku membutakan perlakuannya
Sehingga menular sakit di dada
Meriaskan rasa tersinggung bermaharaja
Meruntuhkan ukhuwah yang dibina

Kucari khilaf sebuah hubungan
Agar dapat disimpul semula ikatan
Namun tidak daya aku lakukan
Andai hanya bertepuk sebelah tangan

Kudidik sabar pada diri
Kerana aku bisa hidup bersendiri
Membiarkan rasa menyakitkan itu pergi
Walau tanpa teman sejati

Photo

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail