Saturday 28 April 2012



Biarlah aku dibelenggu timbunan kesibukan
Dari aku menangis berterusan
Kuibaratkan hamba perasaan
Rapuh untuk terus bertahan
Kutersenyum hanya pada luaran
Lukaku masih berdarah dalaman


p/s : Usai segala kerja dan kesibukan

Saturday 21 April 2012

Gelombang Kedua

Assalamualaikum sahabat...

   Maka hamba mohon maaf dek terpaksa meninggalkan halaman buat kali keduanya memandangkan gelombang kedua kesibukan telah melanda hamba..usai saja tugasan nan bertimbun..datang pula sukan dan tarian yang bertimpa-timpa..semoga segala urusan kita dipermudahkan-Nya....

Sedang mempelajari tarian Sumazau untuk Program Senam Tari

p/s : Esok pagi sibuk pula dengan merentas desa..huhu

Wednesday 18 April 2012

Hati Bertuan

Berhentilah hati dari merindu yang tidak sepatutnya
Berhentilah dari mengganggu yang bukan hak
Berhenti menunggu selamanya
Berhentilah..!!

Tahulah hati
Pilihan itu berhak
Pilihan itu bertuan
Tanah itu milik orang



p/s : Kecewa dengan hati sendiri

Monday 16 April 2012

Makan-makan (3)

Assalamualaikum sahabat..

Alhamdulillah dapat juga hamba hilangkan rasa rindu akan kampung halaman di Jusco tadi (^_^)

Nasi Kerabu

Saturday 14 April 2012

Wali Band - Doaku Untukmu Sayang

Assalamualaikum sahabat..

Kala hati kesepian
Titisan manik jernih mudah sahaja keguguran
Walau hanya lagu ini kudengarkan


Friday 13 April 2012

Tidak Akan Terganti


Manakan mahuku cari kasih seluhur ibu
Sesungguhnya aku merindu...

Hilang ibu tidak terganti
Sayangnya mekar abadi...

Pemergian ibu jauh di mataku
Namun dekat di kalbu...

Bezanya ranjau tiada dirimu
Seandainya dari dulu sudah kutahu...

Thursday 12 April 2012

Sebahagian Dari Iman


Assalamualaikum sahabat...!!

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang beriman...


Tuesday 10 April 2012

Duhai Hatiku

Duhai hati

 Halusnya sifatmu kini
Membuatkan air mataku laju menuruni
Melalui deras dari alis ke pipi

Pantang terlihat nan susah
Pantang terdengarkan yang kesah
Pasti hati jua akan resah

Mana kekuatanmu dulu
 Sungguh lemah ku melihatmu
Tegarnya berubah sebegitu

Mahu kupandangmu seperti silam
Pedih sakit disimpan dalam
Hanya dihambur kala malam

Pintaku padamu hatiku
Kembalilah kamu yang dulu
Jangan pergi kerana waktu
Apatah dek liku dahulu

Sunday 8 April 2012

Berbaloi Ke??

Assalamualaikum sahabat..

   Sementara masih ada kesempatan hamba menukil sesuatu di halaman..mahulah hamba berkongsi rasa gembira dek dapat juga hamba dan sahabat rakan IPG menikmati baucer buku yang diperoleh sahabat di lain-lain IPT..

   Tapi menjadi persoalan bila kami mendapat baucer terlalu lewat dan terpaksa membelanjakannya sebelum tamatnya tempoh sebulan..masing-masing buntu mahu membelanjakan baucer tersebut dek keperluan belajar sudah dipenuhi pada awal semester seperti kebiasaannya..

   Dan hari ini hamba merebut lapangan yang ada untuk berbelanja dek sibuk nan memanjang dengan tugasan dan urusan lesen motor kereta tiap hujung minggu....

Berbaloi tak??

Koleksi buku di hostel sahaja..!
p/s : Masih ada 1 lagi baucer dan tidaklah hamba tahu mahu berbelanja gerangan apakah...

Saturday 7 April 2012

15 Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:


1) Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2) Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3) Zakat dijadikan hutang.
4) Suami memperturutkan kehendak isteri.
5) Anak derhaka terhadap ibunya ---> sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
6) Suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
7) Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
8) Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
9) Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
10) Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
11) Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
12)Para artis-artis disanjung-sanjung.
13) Muzik banyak dimainkan.
14) Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). 


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

Hadis Riwayat Termizi...

p/s : Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Wednesday 4 April 2012

RABU yang tidak berkata-kata...

Assalamualaikum...!!


Jangan..!!


Jangan perasan perfect
Selalukan reflek
Jangan perasan sempurna
Kerana itulah bahana
Jangan suka bermuka-muka
Kelak tempatmu Neraka!!

p/s : Maaf andai puisi ini terlalu kasar bahasanya..tapi inilah daya melahirkan rasa yang terbuku lama

Monday 2 April 2012

Usiaku...

Assalamualaikum sahabat..

Alhamdulillah kerana Yang Maha Pencipta masih memberi hamba peluang bernyawa untuk bertaubat kepada-Nya..maka semalam genaplah usia hamba ...
Alhamdulillah (^_^)



 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail