Sunday 29 July 2012

Aku Terjah! Aku Follow! Apakah Itu?


Assalamualaikum...

   Setelah agak lama hamba tidak menyertai segmen..maka terbukalah hati ini dengan jemputan daripada sahabat Kancil yang pada kira hamba sudah lebih tiga hari memaklumkan hamba mengenai segmen ni ..

Klik pada banner ek untuk ke halaman penganjur
   Terjawab sudah sebab hamba mengikuti segmen ini selain turut sama memeriahkan segmen yang dianjurkan.. dan soalan kenapa hamba terjah pula dek kerana hamba juga turut diterjah sama..err..betul ke jawapan hamba ni (-.-) ..mohon maaf pada penganjur...

   Dengan sukacitanya pula hamba memaklumkan bahawa dengan ini hamba menjemput sahabat Remy, sahabat Dylla, dan sahabat Korn untuk turut sama sertai segmen ni..maaf andai menyusahkan..tapi hanya nama tuan hamba sekalian saja yang terseru di hati ..hehe...

p/s : Tapi hamba kurang pasti pula sama ada sahabat hamba yang diseru tu sudah turut serta segmen ini atau tidak..cuba jaya saja (-.-")


Saturday 28 July 2012

Kesumatku Memberontak

Sekali kau meludahi
Selamanya aku membenci
Walau tegarnya aku sedari
Diri kamu tidak wajarku musuhi

Seorang pendidik sejati
Tidak memilih untuk mengasihi
Tapi sentiasa sedia memberi
Segenap ilmu yang dipegangi

Sungguh aku dendami
Segala lakumu lampau dan kini
Hinggaku jauhi minat sendiri
Ketekalan seni dalam diri


Friday 27 July 2012

Bahasa Kita

Assalamualaikum..

   Kerap kali juga hamba ditegur pensyarah bahasa hamba mengenai penggunaan bahasa terkadang yang terlalu ringkas sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan para pembaca, terutamanya di halaman muka buku satu ketika dahulu...dan kini hamba sedaya upayanya cuba memperbaiki dan mengelakkan dari penggunaan bahasa yang salah dari segenap seginya...

   Maka kali ini mahulah juga hamba berkongsi ilmu mengenai penggunaan bahasa dengan sahabat sekalian..dek terlalu luas lingkup bahasa ini..hamba terdorong untuk menyedarkan sahabat dan diri hamba sendiri mengenai penggunaan beberapa perkataan yang disertakan dengan nama-nama Allah..moga sama-sama kita teladani ejaan yang tekal ini...

...insya-Allah
...masya-Allah
...kudrat dan iradat-Mu
...dengan izin-Nya
...hamba-Mu
...ya Allah ya Tuhanku, Tuhan Yang Maha Pengasih...


P/S: Bak kata orang bijak pandai dalam bahasa..mengeja dengan betul pun dapat mendamaikan hati dan mendinginkan jiwa....


Monday 23 July 2012

"Moreh"

Assalamualaikum sahabat..

   Alhamdulillah..dugaan berpuasa dah berjaya kita lalui dalam masa tiga hari ni dengan penuh kesabaran..ibadah terawih juga semakin sebati dalam diri..tapi kebiasaannya selepas terawih di surau atau masjid..makanan "moreh" mesti tak terkecuali dengan menu yang berbeza tiap harinya...

   Andai hamba di kampung halaman, hamba juga tak terkecuali menyediakan makanan moreh di rumah selepas terawih..Inilah waktunya untuk bermesra sesama ahli keluarga sambil makan, berborak, menonton tv, dan lain-lain..Tidaklah masing-masing buat hal sendiri yang membolehkan sesuatu hubungan tu renggang...

   Inilah antara makanan "moreh" paling popular dalam bulan Ramadhan biasanya di rumah hamba..rindu pula mahu pulang ke kampung (T.T) ..


p/s : hargailah orang sekeliling kita..apatah lagi keluarga (^__-)


Sunday 22 July 2012

Perkongsian Ramadhan

Assalamualaikum sahabat..

   Salam Ramadhan hamba hulurkan..Sebermulanya ibadah wajib bagi ummat Islam..masing-masing sibuk berpuasa, menahan diri daripada perkara yang boleh membatalkan puasa serta berterawih dimalam hari...jangan pula sahabat lupa akan sunnah lain pada bulan yang mulia ini.

  Maka sama-samalah kita berusaha untuk khatam Al-Quran pada Ramadhan ini walau apa halangan pun yang terpaksa kita hadapi..apatah lagi bagi kaum yang memperoleh cuti "free" dari berpuasa..huhu (-.-") ..Tapi bukanlah sekadar kita membaca..hayatilah dengan merujuk tafsirnya...

   Samalah jua bagi amalan Qiamullai..janganlah hanya menunggu malam 10 terakhir untuk mengejar malam Lailatul Qadar..tampak sangatlah niat kita tidak ikhlas kerana Allah bagi mendapatkan rahmat-Nya serta keampunan daripada-Nya..namun untuk mengutip pahala bagi diri sendiri semata-mata bagi bekalan kelak..

   Tepuk dada tanya iman..perubahan diri hanya kita yang mampu lakukan wahai sahabat seagama sekalian..bersama kita berubah ke arah mendapatkan keredhaan...


Saturday 21 July 2012

Tingkah Lama

Terpisat bangun
Kejap terpegun
Berkelip matanya menahan
Cahaya menerobos perlahan

Digagah jua kaki
Membersihkan segala saki
Datangnya duduk disisi
Merenung pinggan dan isi

Tak tergugat kantuk
Hampir saja dahi terhantuk
Tawa ditahan terbatuk-batuk
Melihat dirinya tertunduk-tunduk

Terhibur hati kala pagi
Melihat bayang diri sendiri
Tingkah lamaku terus dilangkaui
Itulah karenah sahurku didinahari


p/s : Selamat Berpuasa buat semua muslimin dan muslimah (^_^)
Hamba memulakan ibadat puasa bersama abang dan keluarga jauh dari negeri tercinta...

Wednesday 18 July 2012

Rabu Yang Tidak Berkata-kata

Assalamualaikum semua (^_^)

Maafkan hamba yang terlalu sibuk nan memanjang sahaja pada semester ini..huhu..Tapi sahabat semua pernah  tak tengok situasi gambar di bawah ni?? Dimana..bila..??


Saturday 14 July 2012

Makan-makan 5

Assalamualaikum..

   Dek kerinduan pada kampung halaman..maka rindulah juga hamba akan makanan-makanan di sana yang kebanyakannya tiada di sini..huhu..dan inilah salah satu darinya..iaitu makanan tradisional sejak zaman turun-temurun lagi yang digelar Lompat Tikam..


p/s : Lain hari pula hamba kongsikan cara menghasilkan ni ek (^_^)

Tuesday 10 July 2012

Senamrobik Serentak

Assalamualaikum semua..

   Dek kesibukan tugasan untuk pembentangan yang melampau banyaknya..maka hamba mahu kongsikan sahaja gambar sebagai tatapan dan kenangan sempena Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan yang bermula tepat jam 8pagi tadi..harap sahabat terhibur (^_-)


Instruktor
Kanak-kanak prasekolah
Sesi memanaskan badan
Kedudukan mengikut rumah sukan

Sunday 8 July 2012

Hujung Minggu

Assalamualaikum sahabat yang ditinggal lama..

Girangnya riang
Hatiku berlagu senang
Berbunga-bunga kelapangan

Hilang..
Tekanan itu terbang
Tertinggal hanya bayang-bayang

Hari-hariku tak terbilang
Bagaikan menahan dari pulang
Mahuku undurkan masa kebelakang

p/s : Hujung minggu yang menyeronokkan (^_^)

Pemandangan dari chalet
Penaja percutian..my Along 
Anak buah yang berangan
7 pagi dah terjun kolam dalam bilik

Wednesday 4 July 2012

Cairan Bekuan

Assalamualaikum sekalian sahabat...


   Terkial juga hamba untuk menukil puisi ini dek terlalu lama mungkin meninggalkan kata-kata berbunga sebegini..tapi sebelum itu,mahulah hamba mengajak sahabat-sahabat hamba untuk turut sertai segmen gabungan dua sahabat ini.....

Klik banner di atas jika berminat
Jom turut serta :
____________________________________________________________


Lama sudah tersimpan
Sejuknya mencapai bekuan
Tak lebur dek pancaran
Tak hancur dek sinaran

Tika angin bertandang
Dinginnya bukanlah calang
Serasa ke si hitam tulang
Membawa rupa asalku datang

Itulah hati duhai tuan
Mudah saja terkena jangkitan
Marahnya mahu berlamaan
Tapi kasihan jua diutamakan

Ini bukan pacaran
Termaktub sekadar teman
Terbitkan kesucian hubungan
Jangan sekali dikotorkan

Kugenggam hati
Agar tak dibawa lari
Cukuplah berderai disakiti
Parutnya masih bersisa duri

Tuesday 3 July 2012

Usai Perkhemahan

Assalamualaikum...

Kembali hamba di teratak pusaka,
Bukan semata bersuka ria;
Hilang sudah nestapa nan duka, 
Datang bersama berita gembira.

   Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah sebermula hari pertama hamba berkhemah sehinggalah memperoleh pangkat manik kayu dua dalam badan beruniform Pengakap..inilah tunjang buat hamba untuk menjadi guru pemimpin kelak...insyaAllah..terima kasih hamba hulurkan buat sahabat yang mendoakan kesejahteraan hamba sepanjang hamba tiada di singgahsana ini (^_^)

Usai majlis penutup

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail