Monday 31 December 2012

Ke Jalan Ilmu

Tahun yang bakal diakhiri
Langsungnya meriah sekali

Tapi kali ini
Aku hanya ditemani
Perjalanan panjang dan sunyi
Dingin hujuan nan tak terperi

Hatiku merintih sepi
Aku gagal walau nekad berkali
Kenangan lama harus pergi
Agarku kecap bahagia kembali


p/s : Saat yang lain menunggu detik 12..hamba berhempas pulas di dalam perut bas..
Doakan hamba selamat sahaja tiba di tempat pengajian esok hari yer semua...



Saturday 29 December 2012

Citizen 2020


Assalamualaikum sahabat..

   Setelah penat berjalan-jalan ke halaman sahabat-sahabat hamba di laman sesawang tadi..tertarik pula hamba dengan entri Sahabat Remy..seronok mencuba nasib walaupun tahu semuanya tidak mungkin akan berlaku kelak..tapi sekurang-kurangnya kita dapat tahu diri kita dikategorikan dalam golongan mana..

   Keputusan daripada permainan ini sedikit sebanyak tepat mengenai diri hamba..dan memang patutlah warna hijau menjadi warna kegemaran hamba..hehe


You're
Ecomaniac
You live your life according to 3 simple rules - Reduce, Reuse, Recycle. If Captain Planet was a real person, it would be you. Your passion for the environment and your community's well-being is what drives you to show people that green is definitely IN.
  • Relentless social activist
  • Creator of a new kind of Yoga
  • Mayor of a fully Eco-friendly city


Tekan bawah ni jika sahabat mahu mencuba nasib jua (^_-)

I
I
I
V




Tuesday 25 December 2012

Mengharap Pendusta Itu

Sudahlah kau berdiri
Sia saja usahamu menanti
Hatiku terlalu disimpan rapi 
Kuncinya sudah lama dicuri

Berulang kubaca pesanan darimu
Hatiku resah diulit pilu
Jikalau benar kau masih menunggu

Rembesan cecair pada matamu
Jauhnya tempias hingga ke pipiku
Dan kubiarkannya dialir bayu
Meresap ke jiwa yang sedia ngilu

Senja dan malam berganti
Aku pasti
Hati ini masih begini
Tidak akan dicuri
Tidak akan diberi
Untuk dikhianati oleh pendusta janji

Jauh dilubuk hati
Aku masih mengharapkan kamu

Janganlah hanya menunggu
Datanglah segera padaku
Kembalikan kepercayaanku dulu
Pasti terlerai kusut dan rindu


Friday 21 December 2012

Hadiah Pengganti

Assalamualaikum sahabat..

   Pejam celik hari sudah pun makin mampir ke tarikh bermulanya alam persekolahan semula..begitulah jua hamba yang bercuti sama seperti sekolah ni..seperti biasa cuti sebegini memang tarikh tidak terlalu dititikberatkan dan akibatnya hamba terlupa akan beberapa peristiwa penting seperti tarikh kelahiran sahabat baik hamba..

   Fikir hamba mungkin hadiah menjadi perkara wajib sebagai pengganti ucapan..tetapi buntu pula hamba memikirkan hadiah apa yang patut diberikan..apa kata sahabat??

p/s : Adat orang bersalah memang serba tak kena...huhuk!!


Monday 17 December 2012

Aku Masih Begini

Aku masih sendiri
Dan selesa begini
Bukan terlalu memilih
Bukan jua tidak dipilih
Tapi sengaja aku menyisih
Kukuburkan saja perihal ini

Lemparkanlah semua kata
Sedangkan hatiku belum terbuka
Dek dasarnya tersimpan sisa

Sayang itu masih ada
Apatah lagi parut luka lama
Tegar aku diganggu bayangan
Entah bila bakal menghilang
Makin rancak mengusik kenangan

Apa yang aku harapkan
Pergilah segala ingatan
Agar nafasku terhambur tenang
Tiadalah hidup bercangkaliwang

Astagfirullah'alazim...
Terduduk kaku beristghfar panjang


p/s : Jiwaku rencam dek kosong berlamaan
dan alunan zikir mengembalikan kedamaian..

Thursday 13 December 2012

Renungilah Hati

Amat mudah bagi dirimu
Menyenarai panjangkan tiap satu salah lakuku
Sedangkan tak termuhasabah oleh kamu
Walau satu kelemahan pada dirimu

Betul ibarat pepatah
Kuman di seberang laut nampak
Gajah di depan mata tidak terlihat

Entah bila mahu dikau ingatkan sendiri
Agar perbanyak renungi diri
Jangan terleka dengan hati
Kelak rosak sebuah institusi suci
Yang digelar barat sebagai famili
Dek lidahmu nan lancang tak terperi

Sunday 9 December 2012

Suri Rumah vs Pengasuh

Assalamualaikum sahabat hamba...

   Alhamdulillah..dapat juga peluang hamba memperbaharui entri lama dek kesibukan kerjaya di rumah sebagai suri rumah tangga dan pengasuh..huhu..walau penat tapi gembira yang teramat sangat kerana masa inilah dapat hamba kosongkan fikiran daripada pelajaran dan buku-buku segalanya..dan penat yang sedikit ini berbaloi bila bersama keluarga..terutamanya apabila melayan karenah dua beradik yang sudah setahun tidak hamba ketemu...bahkan masa bagaikan cepat saja berlalu..

Penat seharian bermain
p/s : Harap cuti lagi panjang..huhuk


Friday 7 December 2012

Renungan Sebelum Melayar Mimpi

Assalamualaikum...


p/s : Jangan lupa baca doa tidur dan selawat sebelum mula merenung..hehe

Saturday 1 December 2012

Menurut Imam Shafei

Assalamualaikum sahabat...

   Kali ini mahu hamba kongsikan bersama sahabat mengenai perkara diperkatakan oleh Imam Shafie yang terkadangnya kita hanya mengambil remeh sahaja....

*Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

*Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

... *Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

*Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat...

*Empat perkara menajamkan fikiran...
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

*CARA TIDUR...
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

p/s : Selamat beramal!! (^_-)

Thursday 29 November 2012

Terabai

Assalamualaikum sahabat..

Bukan tidak mencuba
Malah kerap kali juga
Tapi tidak terlawan dek daya
Bertawakkal sahaja jalannya
Tiap kali berpeluang
Fikiran sendiri yang mengabaikan
Apatah sibuk yang bermacam
Ibarat punya anak kecil keliling pinggang
Adakalanya tak tersalahkan orang
Sendiri patut bijak merencanakan
Hingga halaman menjadi rencam
Pada sawang nan tumbuh bagai berbulan
Terimalah huluran kemaafan
Kiranya telah diabaikan

p/s : Maaf dek mengabaikan halaman ini berikutan kelajuan internet berkurangan di musim hujan...


Monday 19 November 2012

Maafkan Aku

Assalamualaikum sahabat...

Calitan warna yang hilang itu
Mendebarkan sukmaku

Aku biarkan kau pergi begitu...
Tergamaknya aku!!

Tungkus-lumusku
Tak berbaloi dengan waktu
Peritku mencari penggantimu
Inilah balasan lakuku padamu

Kiranya bisa di undur detik waktu
Tidakku leraikan kasih itu

p/s : Terdelete antivirus laptop...huhu


Thursday 15 November 2012

LULUS!!!

Assalamualaikum sahabat...

      Hamba memohon sejuta kemaafan dek membiarkan halaman hamba ini bersawang hampir seminggu..hamba cuma mahu fokus kepada perkara yang lebih penting dan Alhamdulillah segala penat lelah tidak sia-sia...hamba berjaya memperoleh keputusan lulus dalam ujian JPJ untuk kereta semalam..hehe..seronoknya memang tak terkata!!

   Syukur sangat sebab salah satu azam tahun lalu tercapai dan tak perlu hamba bawa ke tahun baru sekiranya tidak lulus..huhu..agak takut juga semalam bila tengok sahabat seperjuangan tak lepas di parking..Petua lulus hamba cuma fikirkan bab duit dek akhir semester ni memang akaun dah kosong..malas pula nak pinjam meminjam ni...



p/s: Semoga perjalanan hamba pulang ke kampung halaman pada malam ini selamat dan berjalan dengan lancar sahaja..tak sabar nak balik tukar lesen L kepada lesen P..hehe (^_^)

Friday 9 November 2012

Tamat Untuk Tahun Ini

Assalamualaikum sahabat...

   Selesai sudah segala perit lelah semester ini dan tamatlah perjuangan hamba dan rakan seperjuangan buat tahun ini..pagi nanti merupakan hari terakhir yang tercatat dalam jadual kuliah sebelum semua guru pelatih meninggalkan kampus...maka sibuklah masing-masing mengemas dan mengangkat barang-barang untuk disimpan di bilik stor bagi yang masih meneruskan pengajian..huhu... dan hambalah antara orangnya yang masih berbakikan 2 tahun.... (-.-")


   Memandangkan ini malam terakhir di hostel, maka hamba dan sahabat baik a.k.a rakan sebilik dengan jayanya memasak ayam celup tepung (Adabi) sebagai makan malam kami..ehehe...dan inilah proses menghasilkan ayam tersebut sambil mengemas barang-barang ke dalam kotak dan beg...

 

p/s : Semoga segala pekerjaan kita semua dipermudahkan Allah s.w.t...amin (^_^)

Saturday 3 November 2012

Kala Musim Hujan

Assalamualaikum (^_^)

   Syukur dek kesihatan hamba semakin pulih dari demam selsema yang melanda dah lebih seminggu ni...musim hujan ni memang mencabar kekuatan fizikal dan mental insan seperti hamba yang lemah..huhu..apa lagi dengan kesibukan menghadapi peperiksaan akhir semester...tak daya rasanya untuk menghabiskan lagi dua ujian daripada lima kesemuanya pada minggu hadapan...

   Hujan yang tidak jemu menghadirkan diri membuatkan hamba teringin pula mahu menjamu selera dengan makanan ruji saat negeri hamba dilanda musim hujan..hehe.....pernah tak sahabat makan ubi kayu rebus dengan kelapa yang digaul sedikit garam dan gula beserta kopi atau teh panas?? Memang menyegarkan badan yang sejuk kala dingin ni (^_-)


p/s : Terpaksa tangguh balik kampung dek perlu menghadapi ujian JPJ kereta..huhu

Thursday 1 November 2012

Kelebihan Mandi Sebelum Subuh

Assalamualaikum sahabat hamba (^_^)


   Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan kita. Mandi sebelum waktu subuh bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

p/s : Susahnya nak bangun sebelum tibanya subuh..huhu

Wednesday 31 October 2012

Don't Allow

Assalamualaikum sahabat...

LOVE : DON'T ALLOW
(if u think it may harmful yours)

 

Monday 29 October 2012

Thursday 25 October 2012

Salam Aidiladha


Assalamualaikum sahabat...

   Hamba dahulukan ucapan salam Aidiladha terlebih awal ni dek sesawang internet yang agak bermasalah belakangan ini ekoran cuaca yang tidak menentu..huhu...Alhamdulillah hamba telah selamat tiba di kampung halaman pada hari Isnin (^_^) dan menjadi suri rumah sepenuh masa seperti yang telah dijangka..huhu..

My Lovely Daddy 2011
p/s : Jangan lupa solat sunat Aidiladha!! hehe...

Sunday 21 October 2012

Menang!!

Assalamualaikum sahabat..

   Tak bertualang hati gembira dek kemenangan pasukan bola negeri hamba malam ini..tidak sabar pula hamba mahu pulang ke tanah negeri tercinta pada esok malam dengan harapan agar semuanya selamat dan berjalan dengan lancar..terlupa sekejap hamba dengan kerja mengulangkaji ekoran minggu peperiksaan akan menjelang setelah tamatnya cuti Raya Korban nanti..huhu..seminggu di rumah tak terjamin buku bakal disentuh sekalipun (jangan contohi tabiat buruk hamba ini)


p/s : Tahniah buat pemain negeri Kelantan atas penat lelah!!

Friday 19 October 2012

Pertandingan Nasyid Terbuka IPT / IPTS

Assalamualaikum sahabat hamba...

   Alhamdulillah dapat juga hamba menapak di halaman ini setelah beberapa hari terleka dengan keletihan duniawi dek sibuk dengan latihan nasyid untuk pertandingan anjuran Institut Latihan Perindustrian terbuka bagi IPT dan IPTS...Setelah dua minggu berhempas-pulas menjalani latihan siang dan malam..maka dua malam yang lepas berlangsung sudah pertandingan yang ditunggu-tunggu.....


   Syukur ke hadrat Illahi ekoran kami memperoleh tempat ketiga dek kalah pada dua pasukan lelaki..huhu..tapi kiranya kami di tempat pertama sekiranya kategori dibahagikan kepada wanita dan lelaki..hehe...Walau bagaimanapun kami tetap bersyukur ekoran kami dapat menjangkakan bahawa kami akan kalah pada pasukan lelaki berikutan kekuatan suara yang dimiliki mereka...

   Maka inilah pertandingan kali terakhir bersama kakak senior yang bakal menempatkan diri di sekolah pada tahun hadapan..secara tidak langsung hambalah bakal peneraju kumpulan nasyid baharu kelak..bukan mudah dapat hamba cari pengganti ahli dek ramai yang pandai menyanyi tapi tidak semua memiliki suara nasyid yang tersendiri (-.-;) ...doakan hamba berjaya nanti!!

Sunday 14 October 2012

Johan Kawad Kaki Minggu Kokurikulum 2012

Assalamualaikum sahabat...

   Tempat pengajian hamba mengadakan Majlis Penutup Minggu Kokurikulum pada Jumaat lepas..alhamdulillah kami Pasukan Pengakap Kanak-kanak telah menjuarai Pertandingan Kawad Kaki sekaligus memecah rekod tradisi dek kebiasaannya gelaran johan dipegang oleh Pasukan Kadet Remaja Sekolah..hehe..gembira tak terkata kami semua kerana semua penat lelah kami berbaloi walau pada awalnya kami tidak meletakkan harapan..

   Kami hanya menjangkakan juara bakal milik kami hanya selepas selesai pertandingan..itu pun hanya kerana ramai yang memuji dan ada khabar angin yang menyampaikan bahawa markah kawad kaki kami adalah tertinggi..cuma markah pakaian yang belum diketahui..huhu...

   Adat pertandingan ada kalah dan menang...tapi masih ada yang tidak berpuas hati dengan kemenangan kami..mungkin juga mereka tidak boleh menerima hakikat dek kalah pada Pasukan Pengakap yang hanya 3 hari menjalani latihan berbanding mereka yang mengambil masa selama sebulan...bermacam kata, tohmahan, dan umpatan kami terima...

   Terdetik rasa terkilan dan hairan dengan sikap manusia yang tidak menerima hakikat serta Qada' dan Qadar Allah ni..bersikap kekanak-kanakan pun ada juga..bukan sahaja dalam kalangan pelajar malah ada di antara pensyarah sendiri...di lain entri nanti hamba ceritakan...huhu..mungkin juga ini ujian buat kami...Insya-Allah kami tidak akan pernah berbangga diri dengan kemenangan tak dijangka yang diperoleh ni..jom sama-sama tengok bagaimana kami peroleh gelaran johan (^_-)


Hamba paling depan dan tengah..hehe

Thursday 11 October 2012

Angklung_SDP_Seni Dalam Pendidikan

Assalamualaikum sahabat...

   Pada sesi terakhir kelas Seni Dalam Pendidikan beberapa hari yang lepas, kami mempelajari cara bermain angklung..hehe..pada firasat hamba..semestinya ramai yang tidak tahu alat muzik ni...jom sama-sama tengok video kami...lagu ni bertajuk "Keroncong Untuk Ana"....



p/s : Kami tengok depan tu sebab ada kod / not muzik..hehe

Monday 8 October 2012

Kawad Kaki Selesai

Assalamualaikum sahabat..

   Hamba mohon  maaf daripada sahabat dek tidak menjengah ke halaman ini sepanjang hujung minggu baru-baru ni..jadual agak padat dek pagi hari lagi pergi ke kelas memandu...petang dan malamnya pula ada latihan kawad kaki untuk pasukan Pengakap sempena pertandingan pada  Minggu Kokurikulum yang baru sahaja bermula hari ini..dan pertandingan tersebut telah pun dijayakan pada 2.30 petang tadi...

   Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...insya-Allah jika tiada aral melintang, gelaran johan bakal menjadi milik kami..hehe..chewwahh!! (*o*) ...walau kami baru saja memulakan latihan pada  hujung minggu baru-baru ini berbanding pasukan lain yang telah pun menjalani latihan selama sebulan, tapi saya sangat berpuas hati dengan kerjasama rakan-rakan dan persembahan yang dilakukan tadi..

Gambar hiasan semata..
Nanti akan hamba kongsikan gambar dan videonya

doakan kejayaan menjadi milik kami yer (^_-)

Saturday 6 October 2012

Tolong Hamba....

Assalamualaikum sahabat...

   Setelah beberapa jam hamba menghadiri kelas kereta..hamba mendapati bahawa hamba masih lagi tidak yakin untuk memandu..boleh tak kiranya sahabat sudi untuk berkongsi tip-tip ketika memandu?? Buntu hamba dek tidak lama lagi akan melalui ujiannya pula..huuhuk (T.T)


Friday 5 October 2012

Kita Hanya Hamba-Nya



Senangnya kau meludahkan kata itu
Tanpa menoleh sedikit di sekelilingmu
Bahkan kau meneruskan langkah 
Dengan segaris senyum sinismu

Terlupa aku akan kedudukanmu
Hidup senang itu asal kamu
Gah tak terkata kehidupanmu nan lalu
Sedangkan kampung sahaja asalku

Fikir aku
Kita milik Allah
Sama saja di mata DIA
Iman pembeza kita

Firasatku..fikirmu lain
Megah milikmu tak tertanding
Sebangga mungkin menunjukkan gading

Ingatlah wahai manusia
Hebatkah kamu jika dibanding Yang Maha Pencipta

Asal kita sama dari tanah jua
Bukan api tidak pula cahaya
Allah Maha Adil Maha Saksama

Maka bersyukurlah kita
Dengan nikmat dunia yang sementara
Tak usah kau mengata mencerca
Kerana kita hanya hamba DIA

Wednesday 3 October 2012

Program Profesion Saham Akhirat

Assalamualaikum sahabat...

   Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar semalam..persembahan kami pada awal majlis mendapat banyak pujian daripada sahabat yang lain..syukur sangat kerana hamba yang menjalani hanya tiga kali latihan  bersama kakak-kakak senior dapat melakukannya sehabis baik...kakak senior nasyid semuanya sekelas dan hamba sahaja yang junior..huhu (betapa tak pemalunya hamba ini)


   Seronok dapat mendengar ceramah mengenai "Profesion Saham Akhirat" yang disampaikan oleh Ustaz Asyraf...sesuai dengan kami bakal pendidik..sayangnya hamba tak berpeluang mengambil video penuh ceramah tersebut dek terpaksa balik awal..esok harinya hamba mempunyai ujian subjek Seni Dalam Pendidikan...memang agak kalut jugalah dek tidak menyentuh kulit buku sekalipun (-.-") 

p/s : Ujian tadi tersangatlah "mudah"..sadis yang amat

Monday 1 October 2012

Satu Kepuasan

Assalamualaikum...

   Dek terleka menyiapkan "puppet"...terlupa hamba akan halaman yang sering diabaikan belakangan ini..Walau sudah jadual hamba bebas dari tugasan demi tugasan, namun hamba masih terjebak dengan tugasan-tugasan sampingan seperti laporan dan refleksi Pengakap, tutorial-tutorial yang masih berlonggokan, dan macam-macam hal lagi...

   Perkara utamanya yang bermain di benak hamba sebenarnya mengenai persembahan nasyid pada malam esok kerana tetamu yang bakal berkunjung bukan sebarangan..penceramah malam esok merupakan Imam Muda Asyraf...Rabu pula pertandingan kawad kaki..sedangkan hamba dan sahabat baru sahaja sehari menjalani latihan..cuak, takut, seram dan bermacam rasa bergelodak rasanya..huhu

   Doakan hamba berjaya menghadapi semuanya yer sahabat (-_-) ...tapi setiap perkerjaan tu, jika kita sudah melakukannya dengan sehabis baik..kita tetap akan berpuas hati walaupun tidak memperoleh sebarang kejayaan kerana kita telah cuba sehabis daya untuk mendapatkan hasil yang memuaskan semua pihak serta diri sendiri..!! (kata-kata ni sebenarnya lebih untuk meransang motivasi diri sendiri yang sedang huru-hara..huhuk)

Inilah hasil "puppet" bersama En. Bear Bear

Saturday 29 September 2012

Sahabat

Assalamualaikum sahabat..

   Selama mana kita berkawan dengan seseorang..wajib akan terjadi salah faham atau pertelingkahan walaupun sekejap..tapi kadang-kadang kita tak sedar bahawa tanpa rakan-rakan kita, terutamanya yang paling rapat dengan kita..hidup kita akan tersangatlah bosan..

   Seperti hamba sekarang ni dek sahabat baik a.k.a sahabat sebilik a.k.a sahabat sekelas a.k.a sahabat yang senantiasa bersama dalam apa jua pekerjaan hamba terlibat dengan program Biro Tatanegara (BTN) ..lebih membosankan bila rakan yang lain juga balik dan yang tinggal masing-masing sibuk dengan kerja sendiri..terkadang rasa tak waras bila sehari tak bercakap dengan sesiapa dek jiran tetangga hamba kebanyakkannya telibat dengan BTN (T.T)

   Nasiblah hamba ni agak tak pemalu..merayap di bilik rakan yang berlainan kelas untuk ajak mereka keluar makan sama-sama..tak sanggup rasanya untuk makan seorang diri..bertambah tidak waras kelak hamba..huuu...! Betullah pepatah lama...bila tiada di depan mata baru nak hargai orangnya...



p/s : Semoga sahabat hamba selamat kembali ke hostel esok..
Gua udah kangan bangat sama kamu..hehe (*-*)

Friday 28 September 2012

Takdir Penentu

Aku yang semakin hilang
Bertebaran ditiup angin kencang
Tak terkesan di tanah nan gersang

Bukan tidakku sudi
Tidak juga kusanggupi
Dek tiada lagi secebis memori

Pergilah bergembira
Pergilah berbahagia
Aku mahu sendiri sahaja

Hatiku tertutup rapi
Ruang ini bakal didiami
Hanya untuk si suami


Wednesday 26 September 2012

Rabu Yang Brkata-kata

Assalamualaikum semua...

   Alhamdulillah kesihatan hamba semakin baik dek selsema yang panjang dan sekarang hamba sedang sibuk pula dengan aktiviti Minggu Kokurikulum..ada jemputan persembahan nasyid dan petandingan kawad kaki pula pada minggu hadapannya...

   Kali ni hamba mahu berkongsi pengalaman melalui gambar ni..pengalaman pertama hamba dan sahabat yang lain mengendalikan program bersama Murid Tahun 6...agak mencabar walaupun kami mengendalikannya beramai-ramai..Program ini diadakan pada hari Sabtu minggu lepas (^_-)

Pembahagian kumpulan dan fasilitator

Penutup program

Si kembar

Kenangan bersama
p/s : Lega dek mendapat respon yang baik daripada pelajar dan semuanya tampak seronok

Friday 21 September 2012

Cerita Hutan_Mowgli

Assalamualaikum...

   Maka seperti yang dijanjikan..kali ini hamba akan menukil mengenai Cerita Hutan, iaitu Mowgli yang terdapat dalam pembelajaran badan beruniform Pengakap Kanak-kanak...

   Ceritanya bermula apabila seorang renjer hutan Inggeris di India yang masih dijajah India yang bernama Gisborne ketika itu menemui seorang pemuda bernama Mowgli yang memiliki kemahiran memburu dan menjejak yang luar biasa. Lalu diajaknya si Mowgli untuk menyertai perkhidmatan perhutanan. Lama-kelamaan, Gisborne tahu mengenai punca kebolehan luar biasa yang dimiliki Mowgli.

    Al-kisahnya Mowgli asalnya tercicir oleh ibu bapanya di hutan akibat serangan harimau dan dijumpai oleh sepasang serigala. Mereka menggelarkan Mowgli si Katak tak berbulu. Shere Khan iaitu si harimau menuntut agar diserahkan Mowgli kepadanya tetapi ditentang serigala dan Mowgli pun dibesarkan mereka sehingga setanding dengan kekuatan serigala yang lain. Demikian itu, Shere Khan terus menganggap Mowgli sebagai buruannya sehinggalah Mowgli berjaya menghalau Shere Khan melalui kelemahannya, iaitu api.

   Namun pada suatu hari, ketika mengembala kerbau, Mowgli dapat menghidu niat jahat si Shere Khan yang mahu membunuhnya. Ekoran itu, Mowgli mendapatkan bantuan dua ekor serigala yang lain untuk memerangkap Shere Khan menggunakan ngarai agar dapat diinjak-injak oleh rempuhan kerbau sehinggalah tamat riwayatnya. Akhirnya berjayalah si Mowgli menamatkan riwayat musuh ketatnya yakni sekaligus musuh ketat seisi hutan rimba yang dihuninya itu....

   Begitulah Cerita Hutan yang diwar-warkan dalam Pengakap..dan hamba pula memainkan watak Mowgli waktu perkhemahan baru-baru ini..antara terpaksa dan rela..tarian hutan itu wajib dilaksanakan setelah selesai lakonan..awalnya malu tapi seronok pula..hehe

Inilah Mowgli yang burn dek memasak di tengah panas waktu berkhemah..huhu

Wednesday 19 September 2012

Rabu Yang Berkata-kata

Assalamualaikum sahabat...

   Ada tak antara sahabat hamba tahu mengenai kisah Mogli..kisah ni sangat terkenal dalam bdan uniform Pengakap..tiap kali malam kebudayaan bila berkhemah..kami diwajibkan mengadakan persembahan mengenai kisah tersebut..maka..




p/s : Lain entri akan hamba ceritakan kisah ni..sekarang masih sibuk dengan tugasan..huhu

Monday 17 September 2012

Tak Tergapai

Rasa yang bertandang ini
Menyedarkan aku masih punyai hati
Datangnya menyentuh sanubari
Sekian lama jauh menyepi

Aduhai..
Setelah kunjungnya kembali
Terlupaku akan fitrah insani

Tak mampu kugapai pelangi
Hanya dapatku pandang menjauhi
Sirna warnanya yang menghiasi bumi

Aku berpegang pada takdir Illahi
Kerana janji-Nya pasti ditepati


Sunday 16 September 2012

Berakhirnya Syawal

Assalamualaikum sahabat..

   Memandangkan hari ini bakal berakhirnya bulan Syawal..hamba mahu berkongsi kenangan sambutan Aidilfitri di tempat yakni hamba belajar (^_^)

Shot sambil menunggu sahabat lain

Sahabat hamba

Seronok makan

Makan banyak!!

Bila siap makan =)
p/s : Tahun ni kami sangat berpuas hati dek dapat makan banyak..berbaloi-baloi turun awal (^_-)


 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail