Friday 30 March 2012

Kenapakah Wahai Halaman??

Apakah yang sedang berlaku pada halamanku
Kenapakan tidak dibenarkan daku 
Meninggalkan sedikit kata pujangga di situ
Merajukkah dek lama dibiarkan sendiri tanpa perhatianku

Ujian Dari-Nya

Ya Allah Ya Tuhanku
amat besar ujian-Mu nan menimpa aku dan keluargaku
tapi andai ini satu tanda sayang-Mu pada kami
aku redha menerima kasih luhur-Mu ini
cuma kupohon belas-Mu Ya Illahi
berilah seluruh keluargaku kekuatan hati
hilangkanlah rasa benci
apa lagi dendam yang menguasai diri
moga ada hikmat satu hari nanti

p/s : Maafkan hamba dek terlalu sibuk dengan beberapa urusan dan terpaksa membiarkan halaman bersawang..maaf sangat!

Monday 19 March 2012

Kedatangan Dialukan

Assalamualaikum..


   Siang tadi kedatangan hamba ke Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, Nilai dialukan kedatangan dengan penuh keterbukaan..apatah lagi murid yang seronok dapat cikgu baru..huhu..semogaenam hari yang mendatang lebih baik dari hari ini





p/s : itu gambar kelas Pendidikan Khas (^_-)

Saturday 17 March 2012

Nyawa Diambang Maut

Tidak keruan degupan jantung berlari
Berserah dengan nasib yang tidak menyebelahi
Membiarkan diri meninggalkan jasad dan pergi
Tawakkal..hanya berserah pada Illahi

Assalamualaikum..!!

   Alhamdulillah kerana hamba masih bernyawa setelah melalui perjalanan yang panjang penuh liku dari kampung halaman ke Kuala Lumpur siang tadi dek kereta yang hamba naiki berdepan dengan kemalangan kecil yang agak ngeri kerana sebelum ini hamba belum lagi pernah melalui pengalaman sebegini...

   Pada awalnya kereta yang kami naiki berada di tengah-tengah antara lori besar dan belakang lori sebelah kanan hampir melanggar sisi kereta kami..tetapi dek sempat mengelak sedikit..hanya cermin sisi sahaja yang terlanggar dan patah...

  Kemudian pula brek kereta kurang menjadi dan kereta kami terlanggar kereta hadapan di persimpangan Raub..malangnya kereta kami rosak pada bahagian hadapan dan terpaksa ke bengkel kereta terlebih dahulu untuk pemeriksaan..perjalanan kami memakan masa yang lama namun syukur hamba masih berpeluang untuk hidup di muka bumi Allah lagi setelah nyawa berada di ambang maut beberapa jam lepas...

Kereta kami tadi ok cket je dari dalam gambar ni

Thursday 15 March 2012

Picnic di Telaga Bijih

Assalamualaikum sahabat hamba..!!

   Seusai Subuh, hamba dan keluarga bersiap untuk bermandi-manda di kawasan air terjun sambil berseronok..inilah aktiviti kami kala cuti tiap kalinya dek kerana cuti kami biasanya sama sahaja..keluarga cikgu ler katakan..huhu (^_^)

ni baru warming up..hehe

Kak Ngah..Cikgu Seni
Anak buah pertama hamba
p/s : penat tapi gembira sangat!! Tiada masa yang lebih berharga selain bersama keluarga...

Wednesday 14 March 2012

RABU yang tidak berkata-kata...

Assalamualaikum..!!

 

Contest : Aku Suka Makan Coklat

Assalamualaikum semua..!!

   Percutian hamba yang agak panjang ni menyemarakkan rasa ingin menyertai apa sahaja jemputan dari para sahabat dan kali ini hamba teringin pula turut serta dalam contest ni dek kegilaan hamba pada coklat..tapi apalah daya dek sekarang hamba terpaksa berhati-hati memilih coklat kerana ketidakhalalnya kandungan coklat tersebut...huhuk (T.T)

Klik banner dan join!!
   Termaktub hamba sukakan coklat dek kemanisannya seolah memberi hamba tenaga untuk bekerja..sekiranya hari hamba agak lesu kerana mengantuk..coklat jugalah yang dapt memberikan hamba satu kuasa yang menaikkan semula semangat hamba (^_^)
   Apatah lagi andai hamba kekurangan selera untuk makan...lihat sahaja coklat mesti selera hamba akan kembali semula..malah hamba juga dapat mengenyangkan perut dengan memakan coklat sahaja seharian..hehe (tabiat yang agak teruk) 

Tuesday 13 March 2012

Jom Jadi Geng Kami Blogger Malaysia

Assalamualaikum sahabat..!!

   Dek kelapangan yang ada (sebab malas lapangkan masa dengan tugasan)..maka hamba dengan berlapang hati ikut serta dalam segmen kali ni setelah dialukan oleh sahabat Kancil 

Klik banner ek ikut serta (-_^)
   Asal usulnya hamba datangnya dari negeri Cik Siti Wan Kembang..hamba ini orang jatinya Kelantan..maka dengan ini hamba juga harapkan sahabat hamba dapat turut serta...

Monday 12 March 2012

Diamkan Butiran Kata

Diam lebih baik dari berkata
Andai ujaran membuahkan luka
Dan duka kian merajai jiwa

Telinga menadah pendengaran
Sekadar tahu kebenaran
Bukan menghuru-harakan

Mudahnya mencanang berita
Tak ditahu usul cerita
Menyusul nanti bakal derita

Apalah nasib sebuah keluarga
Jika ikatan sudah tidak berharga
Asalnya dari onar si "laga"

Alangkah baik tiada kelahi
Usah dipilih pihak disebelahi
Hanya perlu diamkan diri


Wednesday 7 March 2012

RABU yang tidak berkata-kata...

Assalamualaikum sahabat..!!

Apa yang bermain di fikiran sahabat kala melihat gambaran ni..??

I
I
I
I
I
V

Hati Yang Sunyi

Hati berbisik minta mencari
Minta halamannya didiami
Tapi sayang itu belum kutemui
Hanya bersetia dengan cinta Ya Rabbi

Tak ternafi diselubungi sunyi
Kosongnya hati tak disayangi
Sedu terkadang berbunyi
Duka jua tak ku terlayani

Sayup suara kedengaran sayu
Rupanya jiwaku sedang merayu
Esakan halus terhambur mendayu
Mengenangkan jiwa yang hampir layu

Sabarlah wahai sang hati
Ghairah jangan perlu berhati
Kelak nanti kau akan dimiliki
Oleh insan yang bernama suami


Monday 5 March 2012

Keringat Tuanya

Ceriteranya digali sedalam  pasti
Kehidupan deritanya menyayatkan hati
Membayangkan kasih ibu yang telah pergi
Tak membantu maka aku tak berhati

Tulang tua mengerah keringat
Seikhlasnya memberi sepenuh khidmat
Tak terluah keluh mahupun penat
Mengharapkan peroleh rezeki nan berkat

Secebis kasih kutaburi
Moga dirinya dijulang dihargai
Harapan daku setinggi-tinggi
Selamanya dia diiring restu Illahi

Gambar hiasan dari Google

Saturday 3 March 2012

Ujian Undang-undang

Assalamualaikum sahabat semua (^_^)

   Hari ni gembira tak berwalang lagi hamba dek mendapat keputusan LULUS ujian undang-undang yang diambil tengah hari tadi..maka tidak sabarlah pula hamba mahu cuba memegang stereng kereta..bukanlah hamba tidak teruja dengan motorsikal tapi hamba selalu sahaja pandu secara haram kebiasaannya..huhuk

   Sedang elok jugalah sudah semakin menghampiri tawarikh cuti..maka bolehlah hamba cuba-cuba memandu di rumah dahulu...ehehe...masih berbunga riang dek tersangat bersyukur kerana hamba hanya memulakan ulangkaji mengenai undang-undang malam semalam..cuak juga tadi menghadapi ujian tanpa persediaan yang cukup..Alhamdulillah..!!

Google semata-mata

Thursday 1 March 2012

Luahan Simpanan

Lama sudah madah tidak berbicara
Bersebaran susun alunan kata
Bungaan hilang memeri wacananya

Jiwa itu kaku
Terpalitkan ragu
Andai ujarankan layu

Telitian terdahulukan
Menyandang inci pemikiran
Moga terluhur nan sepadan
Hati terguris ditiadakan

Zapin Malam Seni Suara

Assalamualaikum sahabat!!

   Alhamdulillah..selesai juga tugasan hamba yang satu ini setelah tamat majlis tadi..tiadalah alasan lagi bagi hamba untuk memulakan tugasan akademik nan bertimbun banyak dan menjenguk ke halaman ni selalu (^_^)


p/s : menggunakan tarian yang sama iaitu Zapin Malaysia

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail