Thursday 29 November 2012

Terabai

Assalamualaikum sahabat..

Bukan tidak mencuba
Malah kerap kali juga
Tapi tidak terlawan dek daya
Bertawakkal sahaja jalannya
Tiap kali berpeluang
Fikiran sendiri yang mengabaikan
Apatah sibuk yang bermacam
Ibarat punya anak kecil keliling pinggang
Adakalanya tak tersalahkan orang
Sendiri patut bijak merencanakan
Hingga halaman menjadi rencam
Pada sawang nan tumbuh bagai berbulan
Terimalah huluran kemaafan
Kiranya telah diabaikan

p/s : Maaf dek mengabaikan halaman ini berikutan kelajuan internet berkurangan di musim hujan...


Monday 19 November 2012

Maafkan Aku

Assalamualaikum sahabat...

Calitan warna yang hilang itu
Mendebarkan sukmaku

Aku biarkan kau pergi begitu...
Tergamaknya aku!!

Tungkus-lumusku
Tak berbaloi dengan waktu
Peritku mencari penggantimu
Inilah balasan lakuku padamu

Kiranya bisa di undur detik waktu
Tidakku leraikan kasih itu

p/s : Terdelete antivirus laptop...huhu


Thursday 15 November 2012

LULUS!!!

Assalamualaikum sahabat...

      Hamba memohon sejuta kemaafan dek membiarkan halaman hamba ini bersawang hampir seminggu..hamba cuma mahu fokus kepada perkara yang lebih penting dan Alhamdulillah segala penat lelah tidak sia-sia...hamba berjaya memperoleh keputusan lulus dalam ujian JPJ untuk kereta semalam..hehe..seronoknya memang tak terkata!!

   Syukur sangat sebab salah satu azam tahun lalu tercapai dan tak perlu hamba bawa ke tahun baru sekiranya tidak lulus..huhu..agak takut juga semalam bila tengok sahabat seperjuangan tak lepas di parking..Petua lulus hamba cuma fikirkan bab duit dek akhir semester ni memang akaun dah kosong..malas pula nak pinjam meminjam ni...



p/s: Semoga perjalanan hamba pulang ke kampung halaman pada malam ini selamat dan berjalan dengan lancar sahaja..tak sabar nak balik tukar lesen L kepada lesen P..hehe (^_^)

Friday 9 November 2012

Tamat Untuk Tahun Ini

Assalamualaikum sahabat...

   Selesai sudah segala perit lelah semester ini dan tamatlah perjuangan hamba dan rakan seperjuangan buat tahun ini..pagi nanti merupakan hari terakhir yang tercatat dalam jadual kuliah sebelum semua guru pelatih meninggalkan kampus...maka sibuklah masing-masing mengemas dan mengangkat barang-barang untuk disimpan di bilik stor bagi yang masih meneruskan pengajian..huhu... dan hambalah antara orangnya yang masih berbakikan 2 tahun.... (-.-")


   Memandangkan ini malam terakhir di hostel, maka hamba dan sahabat baik a.k.a rakan sebilik dengan jayanya memasak ayam celup tepung (Adabi) sebagai makan malam kami..ehehe...dan inilah proses menghasilkan ayam tersebut sambil mengemas barang-barang ke dalam kotak dan beg...

 

p/s : Semoga segala pekerjaan kita semua dipermudahkan Allah s.w.t...amin (^_^)

Saturday 3 November 2012

Kala Musim Hujan

Assalamualaikum (^_^)

   Syukur dek kesihatan hamba semakin pulih dari demam selsema yang melanda dah lebih seminggu ni...musim hujan ni memang mencabar kekuatan fizikal dan mental insan seperti hamba yang lemah..huhu..apa lagi dengan kesibukan menghadapi peperiksaan akhir semester...tak daya rasanya untuk menghabiskan lagi dua ujian daripada lima kesemuanya pada minggu hadapan...

   Hujan yang tidak jemu menghadirkan diri membuatkan hamba teringin pula mahu menjamu selera dengan makanan ruji saat negeri hamba dilanda musim hujan..hehe.....pernah tak sahabat makan ubi kayu rebus dengan kelapa yang digaul sedikit garam dan gula beserta kopi atau teh panas?? Memang menyegarkan badan yang sejuk kala dingin ni (^_-)


p/s : Terpaksa tangguh balik kampung dek perlu menghadapi ujian JPJ kereta..huhu

Thursday 1 November 2012

Kelebihan Mandi Sebelum Subuh

Assalamualaikum sahabat hamba (^_^)


   Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan kita. Mandi sebelum waktu subuh bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

p/s : Susahnya nak bangun sebelum tibanya subuh..huhu

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail