Friday 31 August 2012

Patut Tak Patut??

Assalamualaikum sahabat

   Maka sudah termaktublah kini hamba dalam musim menyiapkan tugasan-tugasan yang perlu dihantar selewat-lewatnya pada minggu hadapan dan tidaklah banyak masa hamba terlapang di halaman ni..huuhuk..Maafkan hamba yer halaman serta sahabat sekalian (T.T) 

   Tapi dalam masa tu sempat juga hamba membuka sesawang Muka Buku dan membaca segala macam status sahabat dan kenalan hamba..tiba-tiba mata hamba rasa kegelian dek terbaca satu status yang ditulis oleh seorang insan kepada kekasih hatinya yang masih belum mempunyai ikatan yang sah..insan tersebut meminta pasangannya melihat link "Tips menjaga hubungan suami isteri mengikut cara Rasulullah"...

   Bunyi macam baguskan ikut cara Rasulullah..tapi ingatkah dia akan hubungannya yang masih belum sah dalam agama untuk lakukan semua tip-tip tersebut..huhu..bagaimanalah agaknya pemikirannya..?? Apa pula kata sahabat-sahabat hamba...??

Inilah antara petua dalam tips tu..huhuk

p/s : Salam Merdeka buat sahabat sekalian..!! Merdeka itu maknanya kebebasan..tapi kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah tidaklah terlalu boleh membebaskan diri daripada segala hukum-hakam agama..Ingatlah kita dan berpeganglah pada tali Allah s.w.t...

Tuesday 28 August 2012

Semendung Hari

Sabar!
Kuatkan iman!
Pegang itu sebagai pedoman!
Aku tahu kau beriman!

Mendung hari ini
Semuram rasa di hati
Selirih mata yang memerhati

Apalah saja ada di matamu
Jika dibanding beban di bahuku
Menggeledah khilaf itulah laku "si anu"

Kacang mencari kesalahan
Nah, majukan langkahmu ke hadapan!
Bentangkan segala ilmu yang kau dapatkan

Walangnya gelodak ini
Teman hanya angguk menyakini
Alis kalian rapat menutupi
Tidur! Itulah yakni!!

Kecewaku lara
Subur api membara
Semangatku kendur kian ketara

Friday 24 August 2012

Salam Lebaran

Assalamualaikum...

   Walau terlewat tapi hamba tetap mahu ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri buat sahabat sekalian..hamba mohon ampun kiranya ada kata-kata nukilan hamba yang mengguris perasaan sahabat semua..hamba juga memohon maaf dek tidak mengendahkan halaman ni berikutan masalah sesawang yang agak lembab..huhu (T.T)


Keluarga Hamba

Saturday 18 August 2012

Kad Raya Dari Sahabat Dylla

Assalamualaikum sahabat hamba

   Mula katanya ingin hamba mohon maaf kiranya tidak menukilkan sesuatu yang baru belakangan ini dek terlalu sibuk mengejar puasa yang bakal meninggalkan kita dan sibuk jugalah dengan kerja mengemas rumah untuk menyambut Aidilfitri yang bakal tiba...

  Nukilan kali ini khas untuk mengucapkan terima kasih yang teramat sangat kepada Sahabat Dylla yang sudi memenuhi permintaan kad raya hamba..hehe...surat ini sudah pun hamba terima dua hari yang lepas tapi dek kesibukan terpaksalah hamba menunda entri ni..maaf yer sahabat (^_-)





p/s : Tulisan sahabat Dylla tidaklah teruk seperti yang dikhabarkan..cuma hamba tergelak tengok nama disampul tu je..huhu

Wednesday 15 August 2012

Redup Pandangannya

Mata redup itu menunggu
Mata kemerahan itu setia menunggu
Mata kepenatan itu masih menunggu

Pandangan tuanya jauh dari situ
Hanya jasadnya wujud dan kaku
Fikirannya tak tertelah olehku

Di sisinya seorang anak kecil
Logikku anaknya mungkin
Terlelap di batuan pangkin

Waktu setengah jam berlalu
Senyum hormatnya dihulur buatku
Kemerahan pipi diperlaku begitu

Aku tunduk senyum termalu
Terlihatkan balutan pakaianku
Jelas aku seorang guru

Sorakan gembira kedengaran
Berpusu anak-anak berlarian
Menandakan tiba saat untuk pulang

Teduh mata itu bersinar memandang
Melihat anaknya datang berlenggang
Meraih beg keduanya menyilang
Berjalan dan hilang dari mata memandang


p/s : Saat ini hamba terharu melihat seorang ayah yang sanggup menunggu kedua anaknya dari sekolah pada waktu kerjanya...kelesuan tampak dimuka tapi masih tegar tersenyum mesra...

Tuesday 14 August 2012

Usaha Akhir

Assalamualaikum..

   Dateline masih tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menamatkan pengajian sepanjang bulan ini...dan inilah antara markah yang menyumbang kepada peratusan markah kita semua..hamba masih lagi cuba untuk melengkapkannya dan sekiranya ada masa..tidak hamba sia-siakannya....


p/s : Jom sama-sama berusaha di saat akhir ni (^_^)

Sunday 12 August 2012

Insya-Allah Sama

Assalamualaikum...

Langkah pertamaku bermula
Ungkapan Basmallah diutama
Gemuruhku berkunjung tak lama
Kuanggap semuanya bakal sama

   Maka bermula kisah hamba di alam persekolahan dalam masa seminggu cuma buat kali keempat dalam lipatan hidup hamba yang masih bertatih untuk mentarbiah diri sebagai seorang guru kelak..semoga segalanya berjalan dengan lancar..


p/s : Maaf..hamba agak sibuk untuk menukil perincian hati ini

Friday 10 August 2012

Selamat Tinggal (^_^)

 Assalamualaikum sahabat..

   Setelah dua hari berdiam diri dari halaman dek kesibukan mengejar tarikh terakhir penghantaran tugasan..maka tibalah hari ini untuk hamba pulang ke pangkuan keluarga di kampung..doakan keselamatan hamba sepanjang perjalanan nan jauh ni yer (^_-)

Bunga-bunga di hati tak dapat kusembunyi
Liang-liuk girangnya membunyikan melodi
Damainya rasa setenang air Tasik Chini

Kebas seluruh jemari jari
Melayan fikirku membilang hari
Seolah mahuku membawa waktu ini berlari

Masih tiga hari berbaki
Dan aku tidak sabar menanti
Menghilangkan jejak di negeri ini

Debarannya sungguh gemilang
Menunggu saat untuk pulang
Bersama keluarga tersayang...

Dan kini baki itu telah pergi...

p/s : Mengulangi puisi ini sebagai tanda girang yang amat..hehe

Wednesday 8 August 2012

Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama phat corner

Assalamualaikum (^_^)

   Setelah beberapa hari sibuk dan tidak sempat mengikuti mana-mana panggilan bagi menyertai segmen..maka kali ini hamba melapangkan masa untuk turut serta berikutan sahabat Remy telah menjemput hamba...

Klik banner yer untuk ke halaman penganjur
   Tersurat sudah buat hamba yang sudah kehilangan nenek dan atuk kedua-dua belah ayahanda serta bonda hamba..maka raya hamba hanyalah di rumah hamba..di bawah bayungan daerah yang diberi nama Machang di negeri Cik Siti Wan Kembang...

   Ini bukanlah kisah atau kenyataan yang menyayat hati dan sedih kerana rumah hamba adalah tempat berkumpulnya keseluruhan keluarga yang besar daripada kedua-dua belah keluarga ayahanda serta bonda hamba...termaktublah ayahandan hamba sebagai abang yang terutama dan mendiang bonda pula puteri satu-satunya dalam keluarga..malah anak terkecil pula...

   Kesudahannya memang teramat meriah dan gamatlah rumah hamba yang tidak seberapa besar itu setibanya hari lebaran...memang tersangatlah penat melayan tetamu dari pagi ke malam...akan begitu, keseronokannya tak tergambar hebat dengan kegembiraan yang dikongsi bersama setelah lama tak bertemu mata...

Ini keluarga hamba..keluarga besar 10x ganda ramai dari ni..huhu 

Dengan segala hormatnya hamba menjemput sahabat-sahabat hamba untuk turut serta juga (^_^)

Melodi Menanti

Bunga-bunga di hati tak dapat kusembunyi
Liang-liuk girangnya membunyikan melodi
Damainya rasa setenang air Tasik Chini

Kebas seluruh jemari jari
Melayan fikirku membilang hari
Seolah mahuku membawa waktu ini berlari

Masih tiga hari berbaki
Dan aku tidak sabar menanti
Menghilangkan jejak di negeri ini

Debarannya sungguh gemilang
Menunggu saat untuk pulang
Bersama keluarga tersayang...

Rindu ayahanda hamba 

Rindu sangat dengan dua beradik ni

Tiga beradik yang becok ni pun sama

p/s : Terasa mahu pulang segera dek kipas bilik tak berfungsi...hamba hidup mewah di sauna percuma kini..huhu

                                             


Monday 6 August 2012

Syair Terindah

Assalamualaikum sahabat semua (^_^)

Maka sukalah hamba untuk berkongsi kata-kata ni dengan sahabat hamba di halaman ni...


Dan ayat suci Al-Quran adalah syair terindah yang membawa seribu kebaikan dalam hidup kita dunia mahupun akhirat kelak..Sama-sama kita beramal dengannya (^_-)

Sunday 5 August 2012

Peringatan Bersama

Assalamualaikum...

   Kali ini hamba hanya mahu menyampaikan sekadar ingatan buat diri hamba dan juga sahabat sekaum hamba sekalian dek ramai yang memandang remeh hal ni...


p/s : Hamba juga tidak sempurna..tapi masih hamba akan sentiasa mencuba

Saturday 4 August 2012

Kesumatku Memberontak 2

Dendamku belum tamat
Ini dendam kesumat


Lelah aku berlari
Bayang ini terus megikuti
Salahmu meyulit kembali
Hanya menyemarakkan si api


Fikiranku hilang arah
Kutahu bahana amarah


Sekali suaramu membidik
Hancur megah frasa pendidik


Walau kamu kudendamkan kesumat
Masih aku waras dan hormat
Walau dendamku sekerikil keramat
Didikanmu kubawa ke kiamat


Ilmu kamu kujadikan tauladan
Sikapmu kujadikan sempadan


Kerana aku bakal pendidik berwawasan!



Thursday 2 August 2012

Makan-makan 6

Assalamualaikum...

Buah Tanjung
p/s : Rindu pula hamba dengan kuih tradisional negeri hamba ini walau hamba tidak berapa gemar dek manisnya kadang terlampau..tapi hamba tetap berbangga dengan kepelbagaian kuih yang ada di sana (^_-)

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail