Friday, 31 August 2012

Patut Tak Patut??

Assalamualaikum sahabat

   Maka sudah termaktublah kini hamba dalam musim menyiapkan tugasan-tugasan yang perlu dihantar selewat-lewatnya pada minggu hadapan dan tidaklah banyak masa hamba terlapang di halaman ni..huuhuk..Maafkan hamba yer halaman serta sahabat sekalian (T.T) 

   Tapi dalam masa tu sempat juga hamba membuka sesawang Muka Buku dan membaca segala macam status sahabat dan kenalan hamba..tiba-tiba mata hamba rasa kegelian dek terbaca satu status yang ditulis oleh seorang insan kepada kekasih hatinya yang masih belum mempunyai ikatan yang sah..insan tersebut meminta pasangannya melihat link "Tips menjaga hubungan suami isteri mengikut cara Rasulullah"...

   Bunyi macam baguskan ikut cara Rasulullah..tapi ingatkah dia akan hubungannya yang masih belum sah dalam agama untuk lakukan semua tip-tip tersebut..huhu..bagaimanalah agaknya pemikirannya..?? Apa pula kata sahabat-sahabat hamba...??

Inilah antara petua dalam tips tu..huhuk

p/s : Salam Merdeka buat sahabat sekalian..!! Merdeka itu maknanya kebebasan..tapi kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah tidaklah terlalu boleh membebaskan diri daripada segala hukum-hakam agama..Ingatlah kita dan berpeganglah pada tali Allah s.w.t...

8 comments:

Gen2Merah said...

ish ish ish, memang x patut... ptut nya kena jaga adab dan kelakuan jika belum mempunyai ikatan yang sah.. better kawin cepat2 lah kan.. hehe

salam aidilfitri, dan salam kemerdekaan ke 55 buat cikgu Enor

3no gr33ny said...

Gen2Merah : hamba juga fikirkan yang sama..kenapa tidak pula kahwin cepat2 kiranya nak lakukan sunnah2 Rasulullah semua tu..huhu


p/s : Salam Aidilfitri dan salam kemerdekaan jua buat sahabat Gen2Merah =)

teha said...

xpatut xpatut

3no gr33ny said...

teha : semoga kita dijauhkan dengan tabiat sebegitu

Remy hazza said...

moga dijauhkan.... salam merdeka dari remy !

3no gr33ny said...

Remy hazza : amin =)

Kancil 8349 said...

ndak belajar habis kot salah pemahaman

Dylla Abas said...

diorang nak buat persediaan awal kot..mcm2 la budak2 zaman sekarang ni..ngee :p

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail