Wednesday 31 August 2011

SALAM AIDILFITRI

terasa sudah lama hamba tidak menjejak di sini..serasa bersalah meninggalkan tanpa sebarang khabaran..oleh itu di sini hamba mahu mempersembahkan..kad raya khas hasil buatan sebagai gantian...





Thursday 25 August 2011

MAK Yang Dirindu

Rindunya pada mak...
Dah lama rasanya tak menatap wajah
Apa lagi menumpang teduh kasih
Semacam berkurun tidak mendengar bibir itu meletari diri

Tiba sudah bila mak merincih bawang di dapur
Aku mula mencuri bau
Tidak sabar melahap lauk itu
Pasti perut ini puas dan sendawa pasti berlagu

Mahu saja saat ini pulang menemui mak
Ingin sekali menghadap melepaskan rasa
Akan nanti berikan mak hadiah teristimewa
Surah Yassin yang akan dibaca

Biarlah hanya memandang pusara
Itu cukup memadai bila lama tak berjumpa
Jangan sampai bertitisan air mata
Kerana gembira juga mahu berpesta ria

tenungan rindu
 sirami kasih


dia kembali lagi

NAFASKU SESAK LAGI
KENAPA DIA MENERJAH KEMBALI
MENGAPA AKU TERBEBAN SEBEGINI
BAGAIMANA MAHUKU LALUI
KEMANA TUJU JALAN ITU NANTI


Monday 22 August 2011

dia yang melahirkan aku

kasih ditatang dari hanya sebesar dua jari
bila aku meningkat usia
aku semakin jauh darinya
aku tidak pernah menzahirkan kasih padanya
malu dan marah yang tersimpan sekian lama
membina tembok ego di dada

namun kini...
hanya surah suci yang mengirimkan segalanya
hanya angin yang melebarkan rinduku padanya
hanya masa yang mengubah semuanya

setelah itu...
walau seribu tahun bakal berlalu
akanku semat janjiku
menemani abah meniti hari nokhtahnya

Hamba nak dodol Alif!


sebelum hamba meminta en.Alif buatkan hamba dodol jugak..hamba terlebih dahulu menyusun sepuluh jari kaki dan sepuluh jari tangan..minta maaf kalau hamba ini menyusahkan diri en.Alif...

Setelah itu barulah hamba bersukacita untuk menceritakan mengape hamba berminat dengan dodol en.Alif...maka hamba telah menyenaraikan beberapa sebabnye dibawah.....
1) dodol tu sangat3 comel
2) hamba pon nak ada dodol sendirik jugak..kan kan...
3) nanti bolehlah hamba promote jugak pada teman-teman hamba yang lain..dan en.Alif famous la nanti yer..hehhe

al maklumlah hamba ini tiadalah keturunannya daripada darah orang penjajah..asal darah yang mengalir dalam badan hamba belum dicapur dengan darah dari negara atau bangsa lain..maka hamba dengan setegasnya nak mata doodle hamba warna hitam =)

* harap tidaklah hamba yang hina ini menyusahkan en.Alif

SEGMEN HIRA : " Aku reti memasak, kau reti? "


cakap bab masak ni..hamba bukanlah seorang chef terkenal..bukan jugalah pakar masakan yang serba serbi tahu tentang dunia masakan yang pelbagai...
hamba hanya seorang gadis yang masih bertatih dalam alam masakan dengan tunjuk ajar dari arwah mak dulu dan kakak-kakak hamba...
kalau nk minta hamba hidangkan masak kari ke gulai ke..memanglah hamba xberapa tahu, melainkan kakak hamba ada bersama saat tu..huhu..
kalau masakan lain-lain tu..insyaAllah..boleh la sekarang..

tapi nak dijadikan cerita masa awalan nak masuk ke dapur dulu..selalu je kena komen..naknye kalau abang hamba yang cerewet...rasa malas nak masak dah masa tu..tapi sebab minat..jadi hamba teruskanlah juga kalau berpeluang turun ke medan masakan...

pengalaman masak paling teruk...masak sayur air xrase hape pon..aduss..sadis betul!! masa try tu hamba ingatkan lidah hamba ada something wrong sampai lidah xboleh rase hape..
dan yang paling memalukan pulak..bakar ikan keli sikit pon tak dikelarnye ikan tu..huhu..
abah hamba dengan muka yang redha telan jelah ikan tu dengan sayur bayam tu..
huhuk..memanglah makanan yang sihat untuk kesihatan hari tu..kurangkan gula dan garam dalam masakan..

masakan paling hamba boleh berlagak..masak lemak cili padi...versi kelantan punye la...maklumlah hamba ni darah pekat Cik Siti Wan Kembang..
ahha..ada satu lagi..masak air..hehek..abah hamba selalu puji hamba empunye buatan air..ala-ala air di kedai kopi tu rasenye..setakat ni..semua air hamba boleh buat..Alhamdulillah.....

ada satulah rahsia mahu hamba kongsikan..
tika dulu..hamba tersangatlah liat mahu ke dapur..namun setelah kepergian insan yang melahirkan hamba ke dunia..terdetik sesal bila mana hamba belum pun menuntut segala ilmu masakan daripadanya..apa lagi mahu merasa masakannya lagi =(
setelah itu..hamba tekad mahu menajamkan bakat yang ada bagi mengisi perut abah yang masih bernyawa..cukuplah arwah mak yang tidak berpeluang merasai air tangan hamba..

nasihat hamba pada sekelian manusia..
berjasalah pada mereka
sebelum mereka meninggalkan kita

macam ni la kot masa awalan hamba berjuang di dapur






Sunday 21 August 2011

my avatar (^o^)

Setelah hamba meneroka ke seluruh negeri jajahan teman-teman yang berblogging, hati hamba terpaut untuk mengabdikan sebuah pantun dua rangkap yang bertemakan cerita kura-kura sebagai pembuka utusan terbaharu hamba..adalah terdapat paling bawah catatan hamba kali ini...dan kepada sesiapa yang terpaut minat untuk menjelajah menciptanya juga bolehlah klik di sini.

Kura-kura melihat sang rerama,
Berjalan melawat teman lama.

Kura-kura bersalam terjatuh dahan,
Mencari ihlam sebagai nukilan.

Kura-kura merawat rerama dahaga,
Tertarik membuat avatar juga.

Kura-kura larangan membalut luka,
Marah jangan untuk bersuka.

Kura-kura terharu rama-rama ria,
Bukan meniru hanya menceria.

ini la avatarnye =)

agaknye sama x yang di atas??


Saturday 20 August 2011

Segmen | Cerita Aku dengan Bulan



awalnya..hamba hanya pandang sekilas segmen ini ekoran tugasan yang bertimbun banyaknya...
tapi disebabkan sahabat lama empunya segmen..maka hamba pun mula menggali cerita lama yang sudah hampir menjadi kerak bumi di dasar hati ini...dan hamba olahkan dalam bicara puisi..antara aku, dia dan bulan....

dulu..tika adanya saat bahagia
susah senang dikongsi bersama
tiadalah rasa gundah mahu nestapa

dulu...walau sering bertanya khabar berita
rindu tetap berkunjung jua
dan dirinya selalu luhur berbicara

dulu..bicaranya...
tiap kali rindu datang menjengah
akan dia menatap bulan nun jauh di sana
maka..pudar sedikitlah rasa itu di dada

dulu...teramatlah bahagia dan berbunga
aku juga berbuat hal yang sama
namun..tika dan saat ini
memandang bulan pun ku tak sudi

bukanku benci bulan
tapi kubenci hati yang merindu
rindu mengerling bulan lagi
dan rembulan pun telah menghilang pergi


Thursday 18 August 2011

Frasa Kematian


Bukan sebarang frasa
Bukan sekadar membaca
Bukan hanya sepelaung bicara

Kematian...
Frasa yang sangat ditakuti
Mungkin belum bersedia untuk mati
Belum puas menikmati dunia
Atau belum penuhkan tabung pahala

Perihal mati....
Ada yang terusik
Takut jika lima saat lagi nyawakan ditarik oleh Sang Pemilik
Ada hati yang terkutik
Masa itu masih jauh dengan dia atau mereka yang pasti

Rancak soal mati meniti pendengaran
Tapi terdetikkah penyesalan..
Dek masa dulu diabaikan
dan segala ibadah tak kesampaian
Mungkin...dijadikan bahan gurauan
Sedangkan terbentang didepan
Kematian yang hanya Dia tentukan...
tidak kenal makna muda, kaya, dan segala

Sekali nyawa diberi..
maka hargai...
Sedetik kembalinya nyawa pada azali
Tidak dia akan menoleh lagi
Bila itu..frasa sesal sudah tak berguna
makna mati lebih mencakna erti dunia

*puisi nan satu ini, hamba kaitkan dek rasa rindu akan seorang rakan yang terpisah nyawa setahun yang lalu...sama-sama kite sedekahkan al-Fatihah buat rakan hamba...moganya arwah sentiasa dicucuri rahmatNya dan tergolong dalam golongan para solihin dan solehah..dan tidak akan pernah diri ini lupa juga buat insan yang pernah lahirkan hamba ke dunia..al-Fatihah.........









Monday 15 August 2011

YAKINKU

jauh ke pedalaman hati
terkemas simpanan rasa di lubuk sanubari
mekaran bunga cinta padamu
membusuk dalam nuraniku
percaya tidak padamu
ingin dan tersangat sekali
tapi bukan dayaku 
yakin padamu sudah lama tergugur



Friday 12 August 2011

KECINDAN dia

pesanan datang terus kubaca
tampak lebat kasih membara
senyumku tatang mata berkaca
hati terubat walang gembira

Thursday 11 August 2011

AKU mungkin GILA bayang

kenangan datang bertandang lagi...
memori dulu tak jemu datang menjengahku
air jernih tak pernah serik turun dari alisku
hati bagai disiat sembilu
segalanya dek kasihmu dulu

tika ini...
hanya aku berlinangan
hanya aku bermadah rindu
hanya aku bermain perasaan
iabarat orang gila bayang
sedang dia..mungkin dalam kegembiraan

Tuesday 9 August 2011

ISTANA BIRU: SEGMEN:::saya nak berkenalan ngan korang

kalau sekalian nak join this..klik la bawah ni ek..same2 la kite menceriakan hari yang walau tampak redup ni (^_^)



makna nama yang dianugerahkan..

SITI = saidatina (ala2 camtu la)
NOOR = cahaya (sme tau ni)
FARHAN = gembira
ANIS = teman setia

so in a nutshell (kuang3), nama penuhku ni membawa persiratan
"Saidatina" Cahaya Teman Setia Kegembiraan anak Pok Yeh (IDRIS)

sedih jugak..ramai rakan amik kesempatan atas diri ni sebab sifatku samalah seperti nama yang kuperolehi..huhu =(
tapi macam mana pon..suke sangat nama ni sebab nama sebenarnya berperanan membentuk character someone..

psss...! dengan kwn2 lame ENO je..kawan2 yang update cket pggil NOOR..kawan2 baru (biasanya) and ckg + lecturer panggil HANIS..gtu la..anak2 buah pulak CIK SU (macam comel2 cket kan..kui2)

umm.......tiadalah terlalu banyak kebaikan pada diri...sekarang cuma mahu tidak terlalu menonjol dalam perlakukan segala sesuatu...terlebih nanti dicemburui orang..terkurang makin dikata belakang..so low profile je la yang termampu..hmmm....

penutupnye...hamba perdengarkan serangkap pantun rekaan khas...

Main redah sarang kekatu
Sudah terhempap terkaku malu
Cukup sudah bicara daku
Hadirku harap sangat dialu

Monday 8 August 2011

Tidurlah......

tidurku ngeri diulit titisan air dipipi kerap kali
sehingga masaku terlena sendiri
ingin sekali dibuai tidur  indah seperti dulu
shhh..jgn kian diungkit..
hatiku sebak menahan sayu
selamat tinggal kenangan itu

Sunday 7 August 2011

RAJUKKU

Rajukku rajuk seumur hidup
Sakit menyakitkan jauh di kejauhan lubuk
Pedih perit payah kutempuh
Harapan dia jua kian melumpuh
Tegar lagi dia mengguris
Hati sedia sudah tergores
Tiada ubat tidak berpenawar
Ibarat tertusuk duri si mawar
Makin kudamping ego bak saka
Memegahkan rajuk yang bertapa

Thursday 4 August 2011

kuasa MENTARI

hadirmu dulu
ku anggap mentari
mengizinkan aku menoreh tiap hari
membenarkan nelayan ke laut lagi
memudahkan kerja si petani ini

tapi...
hadirmu kini
jua seperti mentari
melelahkan kerja buruh mencari sepinggan nasi
menyulitkan aliran keringat ini setiap kali
melayukan bungaku di taman lagi

tapi...
hilangnya mentari
kelam suram dingin malam
banjir gerimis hujan jernih
segaran bunga menghilang harum
kemana arah terbangnya daun

tapi...
apakah aku.....
bahagia bila terbitnya mentari
tapi kenapa.....
terlalu benci akan terik cahaya itu lagi
tapi tetap tercalit.....
kehilangan tanpa mulusnya sinar didinahari

mentari itu...
senantiasa menampakkan diri
walau awan selalu menghalangi
dan bulan..kerap mencemburui

tapi...
entah bila mentari mampu menahani
segala musibah bakal didepaninya nanti
sungguh pelaut, penoreh, petani ini pasti
rezeki tidak mencurah hingga ke hari mati

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail