Sunday 31 March 2013

Esok Hari Bertarikh 1 April

Assalamualaikum sahabat..

   Maka bermulalah esok cabaran pertama hamba dalam mentarbiyahkan diri sebagai guru di sekolah pada esok pagi sebagai guru praktikum selama sebulan...semoga segalanya dipermudahkan Yang Esa..amin...


   Maka esok jugalah genap umur hamba yang lahir tahun 1991..unik tarikh lahir hamba hingga selalu dipermain-mainkan banyak pihak..huhuk (T.T)...tapi syukur juga sebab tarikh ini mudah diingati semua..hehe

gambar hiasan semata-mata
p/s : mahu beradu dahulu..esok pagi perlu bangun awal ke sekolah..hehe..
perhimpunan oh perhimpunan!!

Monday 25 March 2013

Nokhtah Cinta Mereka

Cerita duka yang aku dengari
Membuat fikiran tidak berdiam sesekali
Mengenangkan nasib kakak sendiri
Sehingga sendiri termimpi-mimpi

Saat berjumpa
Tika bertemu mata
Tampak luarnya amat tenang
Aku tahu dalamnya bergenang

Perginya bakal suami menghadap Illahi
Langsung tidak diketahui
Hingga saat jenazah dikebumi

Datang insan yang baik budi
Mengkhabarkan berita meluluhkan hati
Sanggupnya keluarga sang lelaki
Tidak merestui hubungan hingga ke mati

Hinggalah segalanya lenang
Alisnya juga kontang
Datang pula ujian

Tuduhan dari sana
Bukan calang peritnya
Menggauli maruah dan keluarga

Aduhai manusia yang bijaksana
Janganlah menyeksa orang yang tiada
Jangan memedihkan luka sedia ada
Cukuplah tamat kisahnya di dunia

Sampai di sini sahaja cinta mereka
Tidak perlu lagi segala usaha
Menghapuskan rasa cinta yang ada
Kerana cinta yang setia 
Akan sampai ke syurga
Walau berjuta halangannya

p/s : Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah...

Thursday 14 March 2013

Khabar Itu

Sedang aku menyusuri perjalanan
Terpukul daku dek angin nan kencang
Menerbangkan sejuta tabir kelapangan
Mendamparkan khabar ragu kerisauan
Kerana kematian itu bukan mainan

Bila ombak menampar tepian
Riak megah pecah berderai
Nyawa badan terpisah terlerai
Sekali mara berkali tergadai

Perginya mereka sempurnakan bakti
Masih tenang dikepung rapi
Bagai berpaut pada dahanan sepi
Menanti rapuh retak berkeping

Ingin sekali kuterbang tinggi
Dan aku selalu juga bermimpi
Tentang sebuah kehidupan abadi
Penuh tenang penuh harmoni
Tanpa dendam tanpa benci
Tiada fitnah tiada caci...


p/s : Dari hamba yang hanya mampu berdoa...

Monday 11 March 2013

Episod Baharu

Assalamualaikum sahabat...

   Alhamdulillah setelah segala kesulitan berlalu maka bermulalah episod baharu hamba bersama "lappy" baharu hamba yang digelar ASUS...huhuk (melayang elaun)...Banyak perkara yang ingin dikongsi bersama sepanjang masa dan kekangan yang menjarakkan hamba untuk berhalaman ini..

   Buat kali ini cukuplah hamba kongsikan kejayaan hamba pada hari Sabtu baru-baru ini dalam Kejohanan Merentas Desa yang diadakan di tempat pengajian hamba ini..syukur hamba berjaya menyelitkan diri dalam gelaran naib johan (walaupun sudah lama tidak turun padang untuk bersenam)..hehe...


p/s : Dua sahabat cuba mereka cerita dongeng cinta pandang pertama si kaca mata pada hamba..huhu..tak masuk akal! (Jakel Melaka)

Saturday 2 March 2013

Tamat Riwayat

Assalamualaikum sahabat..

   Pagi nan dingin ini membuatkan hamba rindu akan "lappy" hamba yang sudah tamat riwayatnya beberapa hari yang lepas..dek sebab itu jugalah hamba lama tidak berkampung di halaman sendiri dan halaman sahabat-sahabat hamba..rindu juga untuk berjalan dari halaman ke halaman ...

   Apalah malangnya nasib.."lappy" pula yang meninggalkan hamba terkontang-kanting dengan tugasan yang perlu disiapkan tanpa arah tujuan..barulah hamba tahu bagaimana sukarnya menjalani kehidupan nan susah kiranya tiada kemudahan seperti "lappy" ini...saat sukar hamba ini hanya sementara. mungkin..tapi apa pula nasib mereka yang hidup susah di luar sana...

   Alhamdulillah..hamba punya sahabat yang senantiasa bersama susah dan senang..antara itu ada juga sahabat yang bersimpati dengan kekalutan waktu akhir hamba untuk menyiapkan tugasan sebelum tamatnya tarikh..dan sahabat itu meminjamkan hamba "lappy" lamanya yang masih boleh digunakan walau skrin agak berbalam-balam dengan warna yang tidak menentu...syukur yang amat pada Tuan Yang Maha Mengasihani kerana mengutuskan hamba sahabat sebegini..Alhamdulillah.....

   Hamba masih dalam proses mencari pengganti "lappy" hamba yang akan senantiasa kekal dalam memori..dan selagi itu terjadi..maka jaranglah hamba akan menapak ke sini lagi...doakan semoga segalanya dipermudahkan...amin.......


 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail