Friday 30 December 2011

Luahanku


Berhentilah dari mengingatiku
Jangan lagi meletakkan aku di hatimu
Telahku lepaskan rindu dulu
Kuhanya menunggu cinta yang baru
Jauhi dirimu dariku
Tidakku mahu hatimu terus menunggu
Lepaskan saja rasamu di angin lalu
Azamku hanya ingin ke mercu
Tanpa ada sedikit ragu

Terimalah...
Aku bukan terbaik untuk kamu
Sudah ditakdir kita tidak bersatu
Fahamilah luahanku

Pintaku cuma satu
Jagalah dirimu seperti selalu

Wednesday 28 December 2011

Adab dengan Al-Quran

Assalamualaikum & selamat malam buat sahabat...

   Terdetik pula di sudut hati hamba dan jemari pula tidak sabar mewakili fikiran untuk berbicara...segalanya bermula tatkala hamba menyedari kehilangan adab-adab dalam diri manusia kini..terlebih utamanya adab dengan utusan Allah s.w.t iaitu Al-Quran yang patut menjadi kebanggaan orang beragama Islam...

  Maka banyaklah tersenarainya adab membaca Al-Quran...namun masih ada dalam kalangan kita yang memperlekehkan adab yang perlu dijaga dengan Kitab Suci..tidaklah hamba tahu juga perkara yang terkandung dalam fikiran mereka sebegini...

   Satu daripada adab membaca Al-Quran yang ada mengenai keadaan tempat...walau sedaif mana pun seseorang itu dalam kehidupannya..kebersihan tetap perlu dijaga..dan dek sebab itulah Allah s.w.t menegaskan bahawa kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman..segalanya jelas dalam Surah Al-Baqarah, ayat 222 yang bermaksud...
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri"
   Berikutan itulah juga antara adab dengan Al-Quran yang lain..kita wajib mempunyai wuduk untuk menyentuh 'Kalam Allah'..hal ini juga jelas dalam hadis Amr bin Hazm bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengutuskan surat kepada penduduk Yaman yang menyebutkan tentang...
"Hendaklah seseorang tidak menyentuh 

Al-Quran kecuali orang yang dalam keadaan suci"
  Dan adab terakhir yang mahu hamba kongsikan pula mengenai bacaan semasa membaca Al-Quran iaitu memperindah, melagukan, dan memerdukan dalam bacaan ayat-ayat suci Al-Quran..janganlah kita pula sebagai manusia biasa mahu menghakimi manusia lain dengan menuding kata bahawa orang yang sedang cuba mengalunkan bacaan ayat suci dari 'Kalam Allah' dengan selunak suara itu hanya mahu menunjuk semata-mata..
Firman Allah s.w.t : (...dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan)
Surah Al-Muzzammil : ayat 4
Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda, " Bukan dari golongan kita orang-orang yang tidak memperindahkan suaranya ketika membaca Al-Quran."
( Riwayat Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a juga, bahawa beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, " Allah tidak mengizinkan sesuatu seperti yang Dia izinkan kepada seorang nabi yang bagus suaranya, di mana beliau melagukan Al-Quran dengan keras."
( Riwayat Bukhari & Muslim)

 Seeloknya kita yang perlu mendalami dan belajar serta memperbaiki tajwid dan harakah dalam bacaan agar dapat kita mengelak dari tergesa-gesa dalam sebutan..Berbanggalah kita sebagai umat Islam yang dianugerahkan Kalam Tuhan yang penuh dengan ilmu alam..kandungannya penuh tersurat dan tersirat membuktikan betapa hebatnya Al-Quran...


p/s : Jom jengah adab lain sebelum, semasa mahupun selepasa membaca Al-Quran





Tuesday 27 December 2011

Gift dari Alif Ismail

Assalamualaikum sahabat yang dilimpahi rahmat Allah senantiasa...

   Arakian daripada permintaan..sahabat hamba yang baik hati telah pon menciptakan sesuatu yang menarik buat paparan di halaman hamba..Terima kasih En.Alif yang tidak kedekut berkongsi kepakaran yang ada pada diri..InsyaAllah hamba akan jadikan paparan pada halaman hamba..ni memang menarik...

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V


p/s : Mood teruja habis..!!

Monday 26 December 2011

Doodle dari Sahabat

Assalamualaikum sahabat-sahabat hamba...

  Alhamdulillah rezeki hamba melimpah dek kebaikan hati sahabat hamba yang mengotakan janjinya untuk melakarkan doodle buat sahabat dan termasuklah hamba...


  Walau warna mata tidak memenuhi kehendak yang dipinta namun hati ini tetaplah suka dan gembira dengan kecomelan doodle tuan yang empunya...


  Maka hamba juga mahu menghadiahkan sahabat hamba..En.Alif sebuah puisi yang direka khas...

Tidak berpijak detakan kaki
Meliuk mengikut gerak hati
Menggoncang salasilah didiami
Menyelusuri diruang sanubari

Inilah girang tak terucap
Kata sungguh tiadalah tergambar
Damai yang dititip saban hari
Kujilid kemas ke hujung nadi

Tatapan sinar cenderamu
Memaku gerak tariku
Seolah citra kental wibawa
Mengolah daya penuh bijaksana

p/s : Maaf andai puisi "Tak Terungkai Kata" tidak sehebat dodol pemberian tuan hamba

ALIF ISMAIL buatkan free animated

Assalamualaikum..!! (^_^)

Bagaikan ceria hari hamba bila mengetahui perihal sahabat hamba yang baik hati sudi meringankan tangan membantu menceriakan halaman hamba yang daif ini..Maka inilah tiga gambar yang hamba jadikan pilihan...

Dek kebaikan hati sahabat yang sudi membantu..kantoi sudah wajah hamba..huhu

I
I
I
I
I
I
I
I
I
V







p/s : Terima kasih En.Alif yang baik hati (^_-)



Friday 23 December 2011

Shoutbox "Ukhuwah Kita"

   Assalamualaikum sahabat hamba yang diharapkan senantiasa dalam limpah rahmatNya...

  Sebelum mula menutur patah bicara..mahu pula hamba menghadiahkan pantun buat sahabat hamba bergelar APIT yang sudi berkongsi tentang masalah yang melanda shoutbox..dan kemudiaannya barulah hamba sedar akannya..huhu

Bunga Selasih hendak dimakan,
Sarang tebuan terjolok rotan;
Terima kasih hamba kalungkan,
Jasa tuan bugar di ingatan.

   Sedikit terubat dek rasa terkilan dihati dengan imej baru "Ukhuwah Kita" hamba..



   Sudilah kiranya sahabat hamba menutur pujangga buat shoutbox baharu milik hamba...
"Katakanlah tanpa selindung
Tidakku mahu duduk berkurung
Tunjukkan benar tiada ragu
Jauhi daku seorang berlagu.."

Paksi Saudara

Sapaan lembut bayu dari laman
Membisikkan suara rindu akan pertemuan
Atas asas persaudaraan dan ukhuwah
Banyak bicara mahu diluah
Banyak agenda perlu dirancang
Banyak mehnah tak tertelah juga terkadang
Tidaklah tidak lipatan sejarah
Inilah paksi ikatan darah


Wednesday 21 December 2011

Berkarat


Berterbangan cebisan habuk ditiup bertalu
Meninggalkan hidup si tua berzaman dulu

Digilap berulang cebisan perca
Menampakkan wajah lama ditimbus masa

Kikisan belum tentu berjaya
Bukan lumayan janjinya

Cuba..masih lagi berusaha
Terlazim pasti selesai juga

Inilah percaturan dunia
Tidak selalu setinggi pucuk sahaja

Detik jalanan menelan luka
Karat masih terlekat jua

Termaktub lumrah hati insan tua
Tersenyum waima tercalit rasa luka

Tuesday 20 December 2011

Monday 19 December 2011

Berita Duka

Assalamualaikum...

   Teramat rindulah hamba untuk menukil sesuatu..tapi apalah daya hamba yang tidak lari dari sedihnya hidup di dunia dek angin yang membawa khabar berita duka..pemergian insan tua yang sudah dianggap nenda sendiri sebermula perkenalan di surau kampung..duduknya selalu bersebelahan hamba mahupun sebelah arwah bonda hamba...

   Tidak lengkap hamba rasa andai ke surau tak bertemu mata dengannya..apa lagi andai tidak mencium tangannya..Sungguh hamba terkilan dek kejutan yang menimpa..perginya di penghulu hari dengan penuh seksa sakitnya..Pedih tangkai hati hamba mendengar kisah malangnya...

   Tidak pula hamba sempat berjumpa kali terakhir dengan dia yang dianggap nenda dek segala persiapan disegerakan di rumah orang sakit..Hamba mengerti itu kerana keluarganya sungguh mendukacitakan hati tuanya..tidak pernah dirinya dihormati oleh mereka.. Siapa pula hamba mahu menglipurkan semuanya..hamba bukanlah sesiapa dalam siratan darah daging mereka....

   Tapi kini arwah juga sudah kembali bertemu arwah bonda hamba..Semoga keduanya sentiasa dicucuri rahmat daripadaNya dan akan ditempatkan dalam kalangan para solehin dan solehah..amin...




Friday 16 December 2011

Perginya Kesumat Dendam

Terima kasih hujan...
Gugur air matamu menyentuh birai kelayuan
Genang gerimismu menyingkap kisah semalam
Buatku alpa kisah kesumat berwalang

Terima kasih hujan...
Kau telah sirami amarah dendam
Kau hanyutkannya ke lautan dalam
Kau penuhi takung keinsafan

Terima kasih Tuhan Ar-Rahman
Pencipta segenap isi alam
Memberi rahmat yang tidak berpetualang
Seramah bayu hujan menyapa tiap inci ciptaan


p/s : Kredit kepada Surga Itu Indah untuk gambar..hehhe..terima kasih sahabat

Wednesday 14 December 2011

RABU yang tidak berkata-kata...

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua (^_^)


Andai kurang jelas..klik gambar eah

p/s : Teringat pula hamba dengan Teori Pembelajaran Sosial dan Konstruktivisme

Monday 12 December 2011

Makan-makan (1)

Assalamualaikum buat sahabat yang tidak jemu bertapak di halaman hamba...

Pernah ke idak tuan hamba menjamu makanan di bawah ni...?

I
I
I
I
I
V


Gorengnya garing si ikan kukus,
Mengguna tangan gelojoh menerpa;
Namanya jering yang telah direbus,
Dimakan dengan isi kelapa.

Jualan terlaris diberi piala,
Berbaloi masa bertahun lama;
Kelapanya manis ditambah gula,
Enaknya rasa dihidang bersama.

Bermain sukan mendapat mata,
Berkongsi kaedah bila ditanya;
Nikmat dimakan tidak terkata,
Setelah sudah tanggunglah akibatnya.

Kampung nyonya hujannya lebat,
Kerjanya di sini menjadi liat;
Jangan tertanya apa akibat,
Makanan ini ada khasiat.

p/s : Isnin lepas baru hamba melepaskan rasa mengidam setelah lama tidak menjamunya..ternyata tidak mengecewakan lidah hamba dek rasanya (^_-)
 

Sunday 11 December 2011

Terkesima

terkilan oleh kejujuran
berwalang dek kepastian
kecewa kerana kebenaran
MENYESAL...
hanya itu yang mampu diungkapkan

Saturday 10 December 2011

Ironi Bersaudara

Sakitnya tak sudah
Pedihnya dek lidah
Tercalar hati bukan mudah
Gurisannya kian bernanah

Darah daging.....
Berkongi kesamaan darah
Miliki kesamaan wajah
Malang dek berlainan tingkah

Tiap calit kata yang dirincih
Luka tidakkan terpulih
Dendam pula dipilih
Walau sayang tidak pernah berkalih


SABTU yang tidak berkata-kata

Assalamualaikum kepada yang sudi singgah (^_^)

Pernah ke idak tuan hamba semua jalankan misi seperti gambar di bawah ni waktu belajar dulu-dulu atau sekarang?? 

Kenangan tahun pertama
Semacam yang sedang lena atau yang sibuk berbincang yer tuan hamba? hehe...

p/s : rindu pula pada kenangan dulu...

Wednesday 7 December 2011

Contest : I Love My Blog

Klik banner ek untuk join!
   Hamba diminta menyatakan sebab hamba sangat sayang akan halaman hamba ini..maka tidak lainlah jawapannnya..melainkan.....

Hadir halamanku ini
Sebagai titik takdirku

Meluahkan yang terpendam
Dalam kiasanku

Mengikis memori silam
Walau penuh syahdu

Melupus manisnya kenangan
Digenangi sendu

Mengembali semangat juang
Yang hampir tidak berlagu

Inilah halamanku
Dipenuhi penulisanku
Dihiasi titipan kasihku
Dicurahi kedegilan batinku!

p/s : tiba-tiba hamba mahu menukil puisi..maaf yer empunya penganjur..hehe

Tuesday 6 December 2011

Jom!!

Assalamualaikum!! (^_^)

  Serasa rindu pula hamba dengan sahabat..tempat pengajian..dan bermacam lagi yang tidak menjadi rutin hamba sepanjang cuti yang agak panjang ini..Maka hamba teringatlah saat susah senang bersama sahabat-sahabat hamba dan jatuh bangun kami bersama sejak 3 tahun yang lepas...

Bakal-bakal cikgu
   Ehem.ehemm...lama tenung gambar kat atas tu yer...andai tuan hamba dah berkenan..sudilah singgah di halaman sahabat hamba yang ada manukilkan tentang kami semua..dan ini namanya sambil mempromosi halaman sahabat..hehe..Jom kita tengok apa yang ada di sana!! Klik bawah ni eah...
l
l
l
l
l
V
p/s : Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian

Sunday 4 December 2011

Cukuplah...

Berikanlah sedetik waktu untukku bernafas tanpamu
Berhentilah dari terus menyakiti hatiku

Antara kita tiada lagi ikatan rasa
Melainkan duka dan air mata...

Cukuplah mengocak ketenanganku
Tidakku tabah melalui semua itu

Cintaku kini hanya pada Yang Satu
Engkau juga tahu bukan lagi untukmu

Walau hidup ini lebih sempurna
Bila adanya kamu...

Saturday 3 December 2011

SABTU yang tidak berkata-kata

Assalamualaikum semua yang sudi singgah di halaman hamba..
Alhamdulillah..akhirnya yang ditunggu-tunggu hamba sepanjang cuti ini telah pon tiba seawal subuh tadi..

I
I
I
I
I
V

Ashraff

Damia
p/s : Keriangan kala cuti (^_^)

Friday 2 December 2011

Jangan Mengadili!

tidak tahu cerita
mengapa diwar-war


tidak tahu jalanan sebuah jalinan
kenapa tidak bertanya


tidak tahu kisah hati
bagaimana bisa membicarakan


tidak tahu sedih ini
siapa pun tidak mungkin fahami


tidak tahu mengenai diri
berhenti dari menghakimi


lebih baik kiranya perbanyak muhasabah diri!

Thursday 1 December 2011

Khilafku!

Hidup bersamamu tidak pernah mudah...
Tetapi salahkah jika aku mencuba?

Denganmu aku kecapi rasa bahagia...
Tapi kenapa mesti adanya luka?

Bernafas dalam cintamu...
Itulah khilafku selamanya!

KHAMIS yang tidak berkata-kata

Assalamualaikum sahabat hamba ..

   Pada biasanya penulisan hamba dapat dinukil bila mana emosi yang sedang huru-hara..dan kini pula emosi tersangatlah dalam kawalan..huhu...

   Maka kuranglah idea hamba untuk menukil dek kelapangan masa yang banyak terisi bersama keluarga..terutama bila bersama ayahanda satu-satunya (^_^)

   Tidaklah sabar pula rasanya menunggu kesemuanya pulang dek masing-massing masih perlu bertugas dan ada juga yang belum lagi dapat pulang..tersekat dek banjir di negeri yang mahu dilalui..huhu..

My Family!

Monday 28 November 2011

Kasih Anak Pada Ayahanda Mereka

Assalamualaikum sahabat hamba semua  (^_^)

   Maka kali ini mahu pula hamba kongsikan reaksi anak-anak bila mendapat tahu tentang ayahanda mereka yang sememangnya menghidap penyakit kencing manis..dan telah dikhabarkan oleh orang yang mahir dalam sains perubatan yang dikenali sebagai doktor bahawa ayahanda mereka berkemungkinan mendapat sakit pada buah pinggangnya....

   Inilah ucapan anak terhadap ayahanda kesayangan mereka..masing-masing punya cara tersendiri..sengaja pula hamba selitkan juga kerjaya mereka..manalah tahu bidang mereka berkaitan dengan kata-kata mereka ini..

ALONG (arkitek) :
---> Nanti makan ubat yang kami adik-beradik beli yang harga RM200+ tu je..duit takde masalah untuk semua tu..kami adik-beradik boleh tanggung..jangan makan ubat bukan-bukan..

KAK WAN (Cikgu Pen.Khas)  :
---> Dah lama dah orang cakap..jangan ikut sangat cakap doktor tak bertauliah kat kedai..kena jumpa doktor di hospital tu untuk sahkan tentang penyakit ni..sekarang ni makan dah nak kena jaga..malam makan yang ringan-ringan je..hari-hari kena minum air barli tau..

CHIK (cikgu Sains &Maths) :
---> Boleh tak makan malam tapi sebenarnye kalori pada sekeping roti lebih banyak dari sepinggan nasi..kawan orang yang ada kencing manis pernah tanya doktor..tapi janganlah ikut sangat cakap doktor yang tak bertauliah lagi..

KAK NGAH (cikgu Seni & Sej) :
---> Itulah..orang cakap jaga makan minum tak nak dengar..doktor cakap apa lagi? Sepanjang cuti ni..anak bongsu kena pastikan pemakanan semua dijaga..pegang amanah arwah mak..

ALANG (cikgu BI) :
---> .................. <lebih banyak mendengar>

KAK NIK (cikgu Muzik & BM) :
---> Jaga la kesihatan tu..orang ni jauh...

K-RU (berniaga) :
---> Jangan la makan benda yang bukan-bukan..dah la memang ada penyakit..dapat penyakit lain pulak..

UDA (cikgu BM) :
---> Risau la dengan kesihatan tu..tak sabar nak balik rumah..jaga makan minum..harap takde benda buruk yang berlaku pulak nanti..

SI BONGSU :
---> Jangan makan lagi dah benda bukan-bukan..minum air yang dalam plastik pon jangan..tidur tu letak kaki tinggi sikit..malam-malam jangan makan berat sangat..tapi..err....orang eh dipertanggungjawabkan jaga makan minum semua tu..?? jadi misi la cuti-cuti ni ek?? huuu....

p/s : Marah dan tegur tu kerana sayang..dan inilah kerisauan anak-anak yang takut kehilangan seorang bapa setelah kehilangan ibu yang dicinta...

Sunday 27 November 2011

Hijrah Hati

Kata cinta darimu melukakan hatiku...
Sejak dari dulu
Hingga tiada sekelumit rasa
Dirimu masih menyeksa hatiku...

Hati ini juga mahu berhijrah...
Akhir doaku sebelum berundurnya sang mentari
Moga dapat aku lupakan dirimu dalam diri ini

Bila kala sudah terbenam matahari
Kupohon dariNya agar berikan aku kekuatan dan ketenangan diri
Agar kuperoleh segalanya lebih baik dari hari semalam yang meracau memori...

Telah kutanamkan azam baru
Akanku lupakanmu 
Walau dalam doaku...
Ini tekadku!

Jangan khabarkan lagi padaku 
Tentang pemergianmu
Pasti nanti hanya merampas senyuman di bibirku
Kerana bahagia masih belum kutemu

Maafkan aku andai aku terlalu ego dalam mencintaimu.....
Bukan dirimu tidak tahu kenapa kubiarkan kita sama merindu

Biarkan masa mengubati pilu
Mungkin dirimu bukan untukku
Begitu juga dengan diriku.....

p/s : Salam Tahun Baru Hijrah  (^_^)

Saturday 26 November 2011

Follower Ke-100

Assalamualaikum sahabat yang sering menapak di halaman hamba
Alhamdulillah sahabat hamba di halaman kian bertambah dan mencecah jumlah 104 kesemuanya!!
Maka hamba berbesar hatilah untuk memperkenalkan sahabat baru hamba ni...

Klik di bawah tau andai mahu ke halaman sahabat baru hamba (^_-)

Izzati Zolkifli


Sahabat Ke-100


p/s : Selamat malam semua!

Friday 25 November 2011

JUMAAT yang tidak berkata-kata

Assalamualaikum (^_^)
Tidak dapatlah hamba selalu meluangkan masa di halaman hamba ini dek kelapangan masa hamba bila mana berada di kampung..
Hamba berasa amat kerugian kiranya masa cuti hamba tidak diluangkan bersama keluarga...


p/s : Seronok jugak makan di luar dengan keluarga..lebih banyak masa untuk diluangkan bersama..yer dak?? ( tidaklah susah-susah memasak..hehe )

Thursday 24 November 2011

Oh Diri...!

Kenapa seperti tidak mengenal diri sendiri kini
Selalu fikiran tidak sepakat dengan hati
Firasat sudah tidak sehaluan dengan naluri
Tindakan tidak sekata dengan gumam sendiri

Apa lagi yang tidak melengkapi
Bagaimana baru nanti dipenuhi
Bila saat itu akan dihadapi
Dimana mungkin dapat dicari

Wednesday 23 November 2011

Segmen: Jom Blogwalking Bersama Eiqa Azra..

Maka telah hamba ditag oleh Cik Diadiba dan hamba dukarelanya..eh silap..sukarelanya menyokong sahabat di halaman...
Ditambah lagi dengan banner tuan empunya segmen yang sangat menambat hati hamba

Klik banner ke halaman tuan segmen
Bagi memenuhi syarat..dengan ini hamba dengan semulus hati mentag sahabat hamba...

p/s : Ni blogwalking sambil redah banjir ni..huhuk...

Tuesday 22 November 2011

Diendoi Dingin Hujan

Suramnya hari
Menggigilkan jemari
Membekukan pemikiran
Menahan alis yang berbalam

Siraman hujan
Bunyi guruh dikejauhan
Tamparan angin kencang
Gelapnya dunia ibarat malam

Seperti endoi sedang berdondang
Menerbangkan jiwa kian melayang
Tautan mata menghampiri kelayuan
Mengendahkan segala kekusutan

Empuknya tilam
Semesra gebar bersulam
Fikiran menjadi diam
Berpindah ke lain alam

Monday 21 November 2011

Aja Aja Fighting Skuad Bola Malaysia!!

Assalamualaikum sahabat hamba yang bertapak di Tanah Melayu kita semua (^_^)
Doodle ni APIT punye...
   Dek demam Sukan Sea ke-26..hamba juga terbawa-bawa untuk mengetahui perkembangan pungutan pingat atlet tanah air kita...dan paling membanggakan mestilah sukan nombor satu di dunia..bola sepak! Lebih menambah rasa bangga..adanya pemain Kelantan sebagai tonggak utama iaitu penjaga gol..Maka tak lain tak bukan Khairul Fahmi Che Matlah orangnya (*o*) mata bling-bling

Bukan hebat sebarang hebat,
Sukar dicari paras si gantang;
Mengalir semangat dari kerabat,
Darahnya dari Cik Siti Wan Kembang.



p/s : sama-sama kita alunkan semangat demi maruah negara!

20.11.2011

Assalamualaikum dan selamat malam buat sahabat yang sudi bertandang ke halaman hamba (^_^)

   Mungkin ramai yang tidak sedar akan keunikan tarikh hari ini...walhal tarikh 11.11.11 diagung-agungkan..sedangkan ada sahabat hamba yang bercerita mengenai kebangkitan anak iblis pada hari yang dijulang itu..Nauzubillah.....

   Maka sempena tarikh 20.11.2011 ini..hamba nukilkan sebuah puisi buat sahabat tentang.....


"CINTA"

Cinta itu buta
Tak mengenal usia
Tidak juga pada rupa
Tapi hanya pada hatinya

Andai cinta itu datang dari hati
Sayang pasti meruapi sanubari
Kasih sudah tidak dapat disingkapi
Hanya gurindam rindu yang memahami

Cinta ibarat mawar yang berduri
Keindahan yang pasti melukai 
Walau parah hatinya dijahanami
Tapi cinta tetap disanjungi

Barangkali sakit itu bahagia
Bukan derita diseksa
Sedangkan bergelumang sakit yang dirasa
Seperti cinta itu boleh merawat segalanya


p/s : Mood terumbang-ambing di rumah dek rasa kehilangan yang tidak diketahui punca

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail