Assalamualaikum...
Teramat rindulah hamba untuk menukil sesuatu..tapi apalah daya hamba yang tidak lari dari sedihnya hidup di dunia dek angin yang membawa khabar berita duka..pemergian insan tua yang sudah dianggap nenda sendiri sebermula perkenalan di surau kampung..duduknya selalu bersebelahan hamba mahupun sebelah arwah bonda hamba...
Tidak lengkap hamba rasa andai ke surau tak bertemu mata dengannya..apa lagi andai tidak mencium tangannya..Sungguh hamba terkilan dek kejutan yang menimpa..perginya di penghulu hari dengan penuh seksa sakitnya..Pedih tangkai hati hamba mendengar kisah malangnya...
Tidak pula hamba sempat berjumpa kali terakhir dengan dia yang dianggap nenda dek segala persiapan disegerakan di rumah orang sakit..Hamba mengerti itu kerana keluarganya sungguh mendukacitakan hati tuanya..tidak pernah dirinya dihormati oleh mereka.. Siapa pula hamba mahu menglipurkan semuanya..hamba bukanlah sesiapa dalam siratan darah daging mereka....
Tapi kini arwah juga sudah kembali bertemu arwah bonda hamba..Semoga keduanya sentiasa dicucuri rahmat daripadaNya dan akan ditempatkan dalam kalangan para solehin dan solehah..amin...
6 comments:
Al Fatihah... sama2 doakan moga rohnya ditempatkan di kalangan org2 beriman
takziah buat keluarga arwah. semoga beliau aman di sana. aminnn
takziah....
keri ikhwan + hira + Cikgu Ma : sama2 kita doakan moga arwah dilimpahi rahmat di sana...amin
al-Fatihah untuk arwah..moga rohnya dicucuri rahmat selalu..
Dylla Abas : al-fatihah...
Post a Comment