Wednesday 28 December 2011

Adab dengan Al-Quran

Assalamualaikum & selamat malam buat sahabat...

   Terdetik pula di sudut hati hamba dan jemari pula tidak sabar mewakili fikiran untuk berbicara...segalanya bermula tatkala hamba menyedari kehilangan adab-adab dalam diri manusia kini..terlebih utamanya adab dengan utusan Allah s.w.t iaitu Al-Quran yang patut menjadi kebanggaan orang beragama Islam...

  Maka banyaklah tersenarainya adab membaca Al-Quran...namun masih ada dalam kalangan kita yang memperlekehkan adab yang perlu dijaga dengan Kitab Suci..tidaklah hamba tahu juga perkara yang terkandung dalam fikiran mereka sebegini...

   Satu daripada adab membaca Al-Quran yang ada mengenai keadaan tempat...walau sedaif mana pun seseorang itu dalam kehidupannya..kebersihan tetap perlu dijaga..dan dek sebab itulah Allah s.w.t menegaskan bahawa kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman..segalanya jelas dalam Surah Al-Baqarah, ayat 222 yang bermaksud...
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri"
   Berikutan itulah juga antara adab dengan Al-Quran yang lain..kita wajib mempunyai wuduk untuk menyentuh 'Kalam Allah'..hal ini juga jelas dalam hadis Amr bin Hazm bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengutuskan surat kepada penduduk Yaman yang menyebutkan tentang...
"Hendaklah seseorang tidak menyentuh 

Al-Quran kecuali orang yang dalam keadaan suci"
  Dan adab terakhir yang mahu hamba kongsikan pula mengenai bacaan semasa membaca Al-Quran iaitu memperindah, melagukan, dan memerdukan dalam bacaan ayat-ayat suci Al-Quran..janganlah kita pula sebagai manusia biasa mahu menghakimi manusia lain dengan menuding kata bahawa orang yang sedang cuba mengalunkan bacaan ayat suci dari 'Kalam Allah' dengan selunak suara itu hanya mahu menunjuk semata-mata..
Firman Allah s.w.t : (...dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan)
Surah Al-Muzzammil : ayat 4
Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda, " Bukan dari golongan kita orang-orang yang tidak memperindahkan suaranya ketika membaca Al-Quran."
( Riwayat Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a juga, bahawa beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, " Allah tidak mengizinkan sesuatu seperti yang Dia izinkan kepada seorang nabi yang bagus suaranya, di mana beliau melagukan Al-Quran dengan keras."
( Riwayat Bukhari & Muslim)

 Seeloknya kita yang perlu mendalami dan belajar serta memperbaiki tajwid dan harakah dalam bacaan agar dapat kita mengelak dari tergesa-gesa dalam sebutan..Berbanggalah kita sebagai umat Islam yang dianugerahkan Kalam Tuhan yang penuh dengan ilmu alam..kandungannya penuh tersurat dan tersirat membuktikan betapa hebatnya Al-Quran...


p/s : Jom jengah adab lain sebelum, semasa mahupun selepasa membaca Al-Quran





10 comments:

Keri said...

tak perlu baca bnyak2 pn xpe asalkan istiqamah.
lg bagus kalau tengok skali terjemahannya..

3no gr33ny said...

keri ikhwan : hamba setuju dengan kata tuan hamba

Faaein Talip Roy said...

tetiba je rasa jauh aje dari kalam Ilahi..

banyak adab yang kita kena jaga..

3no gr33ny said...

Faaein Talip Roy : sebenarnye semakin kita pelajari sesuatu perkara..kita akan rasakan seperti banyak lagi yang kita tak tahu dan nak tahu..btol tak??

Dylla Abas said...

bagusnya entri ni..walaupun dah sekian membaca al-Quran, masih ada lagi perkara yg terlepas pandang..

merahitujambu said...

thanks info.=)

3no gr33ny said...

Dylla Abas : terkadang yang remeh kita kurang endahkan

3no gr33ny said...

merahitujambu : sekadar saling ingat-mengingati =)

Cikgu Ma said...

membaca al-quran dengan menghayati maksudnya boleh membentuk hati yang sentiasa takut..takut utk berdosa

fenomena akhir tahun

3no gr33ny said...

Cikgu Ma : 200% hamba setuju dgn kata Cikgu =)

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail