Wednesday 30 October 2013

EXAM!!


Assalamualaikum sahabat yang dirindui...


p/s : Doakan agar segalanya dipermudahkan...amin


Friday 13 September 2013

Mingu Belajar Sambil Berjimba

Assalamualaikum semua (^_^)

 Mari bersenam elak obesiti,
Ingat sunnah semasa makan;
Tenang damai berbunga di hati.
Penyeliaan minor langsai  dilaksanakan.

   Lama hamba fikirkan nak siapkan serangkap pantun dek sudah berkarat memandangkan sudah lama tidak hamba nukilkan sebarang pantun mahupun puisi..huhu...Alhamdulillah berjaya juga meluahkan rasa hati melalui puisi tradisional ni...heheh

   Syukur kepada Yang Esa dek terlangsainya penyeliaan subjek minor hamba tadi pagi, iaitu Pendidikan Jasmani Tahun 4..lega yang amat sangat kerana hanya tinggal lagi satu penyeliaan major yang tidaklah seperit penyeliaan minor di aliran perdana dan yakni di kelas paling akhir...tapi Alhamdulillah berakhir dengan senyuman jua (^_^)

   Minggu ni hamba namakan minggu berjimba-jimba dek dua kali keluar sekolah untuk membawa murid-murid Pendidikan Khas menjalankan terapi sempena UPSR yang berlangsung..pada hari Selasanya murid dibawa ke IPG bagi Terapi Fisio, Terapi Alternatif, dan Terapi Hidro..hari Khamis pula murid dan cikgunya sekali jalankan Terapi Fisio melalui permainan boling...hehhe


Bath tab untuk si kecik sahaja yer..hihi
Terapi Hidro
Terapi Alternatif
Kenangan di IPG
Photo: Nak main boling..jom2
Terapi Fisio - boling
p/s : Guru Pendidikan Khas dianggap satu pekerjaan yang mudah tapi hanya Allah yang tahu.....belum cuba belum tahu

Thursday 29 August 2013

Alternatif Pengajaran

Assalamualaikum sahabat...

   Dek berpuasa hari ni, maka sempatlah hamba memperbaharui keluaran entri di watu rehat hari ni..hehe...Alhamdulillah hari ni hari terakhir berpuasa sunat enam di bulan Syawal.....

   Berbalik kepada tajuk..hari ni hamba akan diselia oleh guru pembimbing dan hamba akan mengajar tajuk Kebersihan dan Kesihatan Diri dalam mata pelajaran Pengurusan Diri...kerja amali hari ni pula adalah cara memberus gigi dengan betul...

   Kebiasaannya, di Program Pendidikan Khas terdapat model gigi, namun tersalahlah tafsiran hamba..carilah pula hamba model gigi di makmal sains dan merata tempat yang lain tetapi telah tersahihlah bahawa sekolah ini tidak mempunyai model gigi....rancangan pengajaran pula tidak dapat diubah dek sudah ditulis..

   Akhirnya timbullah idea bagi membina model sendiri beberapa minit yang lepas dan inilah hasilnya..sahabat jangan gelak pula yer..hihihi (^_-)


p/s : Doakan kejayaan hamba berpraktikum yer...


Thursday 22 August 2013

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran buat Sahabat Dylla

Assalamualaikum...

    Entri kali ni hamba khaskan buat sahabat Dylla yang tidak jemu berkunjung ke sini..semoga sahabat dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh-Nya..amin



Wednesday 21 August 2013

Penenang Jiwa

Assalamualaikum semua sahabat...

   Maka kini bermulalah fasa kesibukan dek selepas cuti berhari raya, pensyarah dan guru pembimbing masing-masing berpusu-pusu datang untuk menyelia...belum lagi dihitung tentang penulisan rancangan pengajaran harian, persediaan bahan bantu mengajar, dan fail yang perlu dilengkapkan...tambah lagi dengan assignment yang wajib dihantar pada minggu ini..bukan satu, tapi dua...huhuk...

   Berjagalah hamba dan rakan sebilik pada setiap malamnya..dan genap dua malam hamba tidak tidur malam dek cuba menyiapkan kerja-kerja yang perlu dijayakan dalam tempoh masa tertentu ni...amatlah tertekan dengan kerja serta kesihatan diri yang semakin teruk dek batuk yang berpanjangan selama dua bulan serta demam yang belum kebah sepenuhnya...

   Setelah melelapkan diri sekejap dek menanggung pening yang amat apabila terkena hujan waktu Pendidikan Jasmani tadi pagi, tiba-tiba hamba merasakan fikiran, emosi, dan jiwa ini terlalu tertekan...semuanya bercampur dengan masalah hati mungkin...

   Kemudiannya teringatlah hamba akan perkara yang hamba lakukan sekiranya sedang bersedih, iaitu mendengar lagu himpunan zikir dan alunan nasyid yang mendayu...terus hamba bukakan lappy dan menghyati tiap bait kata..sekejap sahaja rasa tertekan tu hilang entah ke mana...tenang jiwa hamba...Alhamdulillah.....inilah ubatnya!! (^_^)


Saturday 17 August 2013

Raya 2013

Assalamualaikum sahabat...

    Pertamanya..maaf dek terlambat mengucapkan Salam Aidilfitri berikutan sibuk yang memanjang di rumah dan dicampur pula dengan masalah internet yang agak tak memberangsangkan..huhu..dan esok harinya akan bertolaklah hamba balik ke tempat pengajian dengan tidak rela hatinya....

   Dalam sibuk menyambut Aidilfitri..hamba masih berkesempatan lagi menghadiri akad nikah kakak senior hamba di tempat pengajian yang sekampung dengan hamba...semoga kekal hingga ke syurga dengan izin-Nya..amin......

Kad raya yang terlambat
4 masih kosong...huhuk!!

My Big Family

Kaum Hawa sahaja yer

Baby of the year...anak buah tahun ni
Kakak Senior dan Si Suami

Bersama dua kakak senior

Sunday 28 July 2013

Andainya Aku Tak Setia

Andai aku tidak setia
Mudah bagiku bernafas di dunia
Tidak lagi memikirkan cinta lama
Tak pula berserah pada takdirnya

Mungkin aku sedikit berusaha
Mencari cinta yang direda Dia
Agar bisa kuterjemah cinta pada jalan-Nya
Menghalalkan hubungan dua jiwa

Indahnya cinta
Baik khabar dari rupa
Sekali terluka
Sakitnya lama terasa

Doaku pada Sang Pencipta
Hilangkan sedikit rasa setia
Supaya masih ada tersisa
Buat suami yang selayaknya


p/s : Hamba sering mempersoalkan..mengapa sahabat-sahabat hamba yang tidak setia memperoleh jodoh yang baik dan berakhir dengan hubungan yang halal.....Adakah mungkin hamba juga perlu begitu?? (T.T)

Thursday 25 July 2013

Jimat..heheh!!

Assalamualaikum sahabat...

   Sahabat pun dah sedia maklum hamba sedang berpraktikum dan agak sibuk untuk melayari internet..apatah lagi hendak menukil di halaman ini..maka hanya maaflah yang mampu hamba pinta dek terkadang lambat membalas kunjungan sahabat...

   Cuma kali ini hamba agak teruja untuk berkongsi pengalaman berpraktikum dek buat pertama kalinya hamba memperoleh kelas yang mempunyai pelbagai masalah muridnya..kesemuanya empat orang tetapi masing-masing masalah yang berbeza, iaitu Sindrom Down, Autisme, Serebral Palsi, dan Terencat Akal...huhu...

   Namun mudah pula untuk hamba menyediakan peneguhan kerana masing-masing tidak berminat dengan barang atau hadiah melainkan makanan..lebih mudah lagi apabila mereka hanya meminta hamba menangkap gambar sahaja sekiranya mereka menyudahkan kerja dengan cepat dan betul....

   Maka jimatlah duit hamba untuk membeli peneguhan yang mahal-mahal...hehe...ini buktinya!


p/s : Agak lapang dek pensyarah hanya akan menyelia selepas musim raya..hihi

Wednesday 17 July 2013

Kuih Muih 2

Assalamualaikum sahabat..

   Maka bermulalah fasa kesibukan saat berpraktikum di sekolah..tapi masih bersyukur dek hanya mengajar 10 jam seminggu..nasiblah kalau dapat masa maksimum sebanyak 12 jam..agaknya patah tangan hamba menulis rancangan pengajaran harian sehari-hari..huhu

   Namun sekolah kali ini agak tidak seronok berbanding sekolah yang lepas ekoran  sikap guru di aliran Pendidikan Khas yang suka "menganyam ketupat" walaupun di bulan puasa...masing-masing mempertikaikan komitmen dan tugas yang diperoleh...

   Hairan juga hamba kerana inilah pertama kali hamba ke sekolah yang persekitarannya kurang mesra, terutamanya di aliran Pendidikan Khas yakni majoriti gurunya selalu bersikap ceria, keratif, dan mesra alam...Sebagai guru pelatih, hamba hanya mampu tersenyum mendengar dan melihat orang di sekeliling "menganyam ketupat"...orang baru mestilah kena bermanis muka..yer dak? hehe...

   Bak kuih ni yang terkenal dengan rasa manisnya...mungkin ada sahabat yang tahu namanya dan pernah mecuba (^_-)


Saturday 13 July 2013

Genap 4 Tahun

Assalamualaikum (^_^)

   Alhamdulillah...hari ni genap empat tahun hamba dan sahabat siswi menuntut ilmu di kampus "ehem-ehem" yakni tempat hamba belajar sekarang..dan masih berbaki setahun setengah lagi..huhu..pejam celik, sudah empat tahun hamba bermusafir mencari ilmu di negeri bersejarah ini...

   Sedar tak sedar juga minggu hadapan akan bermula praktikum fasa-2 selama dua bulan di Sekolah Kebangsaan Pulai..cuak juga memikirkan pertama kali mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di aliran perdana bagi subjek elektif hamba..huhu..bagi subjek major InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja..amin...

   Masalah datang silih berganti..itulah nasib hamba sekarang ini yang masih keliru dengan tarikh sebenar cuti sekolah memandangkan tiket bas yang sudah pun hampir habis di pasaran..huhu...harapnya sekolah menyahut seruan cuti berganti dan hamba dengan lapangnya dapat pulang bersama kakanda hamba menaiki kereta..hihi...doakan moga hamba dapat menjayakan praktikum dengan lancar dan memperoleh keputusan cemerlang kali ini yer sahabat (*_*)

Alhamdulillah, berjaya memperoleh "A" praktikum lepas

Antara kejayaan tahun ni (^_^)

Wednesday 10 July 2013

Kuih-Muih 1

Assalamualaikum...

   Salam Ramadhan buat semua sahabat (^_^) ..pasti lebih seronok kiranya dapat berpuasa di kampung halaman dan menikmati pelbagai pilihan kuih-muih..malangnya kurang pilihan kuih tradisional di sekitar tempat hamba menuntut ilmu ni..huhu

   Kuih ini antara kegemaran hamba..mungkin sahabat juga tahu namanya..hehe.....cubalah teka!



Sunday 7 July 2013

Runtuhan Sebuah Ukhuwah

Kusangka sudah temui sahabat sejati
Rupanya hanya mimpi di siang hari
Firasatku mengatakan dia teman suka dan duka
Rupanya dia senang bertandak kalaku terluka

Hatiku menidakkan keburukannya
Jasadku membutakan perlakuannya
Sehingga menular sakit di dada
Meriaskan rasa tersinggung bermaharaja
Meruntuhkan ukhuwah yang dibina

Kucari khilaf sebuah hubungan
Agar dapat disimpul semula ikatan
Namun tidak daya aku lakukan
Andai hanya bertepuk sebelah tangan

Kudidik sabar pada diri
Kerana aku bisa hidup bersendiri
Membiarkan rasa menyakitkan itu pergi
Walau tanpa teman sejati

Photo

Saturday 29 June 2013

Ladies Night

Assalamualaikum sahabat..

   Setelah hampir seminggu di IPGK Bahasa Melayu bagi Temasya Pantun dan Dondang Sayang, akhirnya semalam pulanglah hamba dan tiga lagi sahabat ke kampus untuk menjalani rutin biasa seorang guru pelatih...Alhamdulillah...kami berjaya membawa pulang trofi kejayaan sebagai tempat pertama dalam pertandingan dondang sayang...

   Namun belum pun sempat merehatkan badan, pada malamnya berlangsung pula Program Ladies Night sempena Festival Pengahayatan Islam kali ke-3..Alhamdulillah juga kerana hamba dan naib pengerusi program dapat menjayakan majlis dengan lancar dan meriah..syukur juga kerana semua pihak banyak memberi sokongan dan kerjasama (^_^)

   Program Ladies Night kali ini menganjurkan dua pertandingan iaitu Muslimah Show dan Muslimah Talent..jom sama-sama layan kenangan...

AJK yang membantu
Persembahan pembukaan
Peserta Muslimah Show
Hadirin yang memenuhi dewan
Para Juri
Pertandingan Muslimah Talent
Senior yang bersemangat
Silat ke??
Keharmonian gabungan suara
5 Finalis akhir Muslimah Show
Nasyid dan puisi tempat ke-2
Tiga muslimah yang berjaya
Adik yang berani bermaharaja lawak
Sesi Fotografi dan yang berjubah hitam dan berselendang itu adalah
 JUARA DONDANG SAYANG PERINGKAT KEBANGSAAN

p/s : Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua (^_^)

Friday 14 June 2013

Khabar Duka

Assalamualaikum sahabat..

   Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah walau penat melalui hari yang penuh dengan perjalanan yang panjang...dari kampung ke tempat pengajian untuk melaksanakan tugasan pada petangnya dan malam pula bertolak balik ke rumah abang sulung di negeri berhampiran..Alhamdulillah Yang Esa atas nikmat setiap nafas dan perjalanan yang lancar tanpa halangan...

   Setelah kehilangan seorang sahabat yang diseru Illahi tiga tahun yang lepas, semalam hamba dikejutkan lagi dengan kehilangan seorang junior yang agak rapat di tempat pengajian..lebih terkilan adalah punca kehilangan arwah yang amat menyayat hati.......

   Sepanjang perkenalan, arwah tidak pernah kering idea dengan gelagat lucunya dan mampu melaksanakan amanah kerja yang diperoleh..kisah pemergiannya tak mampu hamba ceritakan...mungkin sahabat boleh rujuk di sini..

l
l
l
V


p/s : Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah...semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah

Sunday 9 June 2013

Majlis Kahwin

Assalamualaikum..

   Niat mahu aktif di halaman tika cuti tidak kesampaian dek line yang agak lembap belakangan ni..huhu...hari ni kiranya bernasib baik dek berkesempatan memperbaharui halaman ni..heheh...

   Kali ni hamba hanya mahu berkongsi pengalaman ke majlis kahwin sahabat hamba yang diadakan belah lelaki pada Khamis baru-baru ni...berdekatan pula dengan kampung hamba ini..


Photo: selamat pengantin baru Natrah Fadzil ^^

Photo: selamat pengantin baru Natrah Fadzil ^^

p/s : semoga berbahagia selalu buat sahabat!

Monday 3 June 2013

Hentikan Gurauan

Jangan memberi harapan kiranya engkau tak mampu
Jangan menabur janji kiranya tak daya kau penuhi
Malah dakianku makin tinggi dan tinggi
Cukuplah kisah duka
Hentikan singkapan cinta dusta

Andai tanpa bukti di hadapan mata
Ibarat berkata tanpa suara
Yakni tak bisa untuk kufaham dan cakna
Erti kasihmu yang luhur atau berbisa

Hentilah mencarik sulaman jahitan
Kerana hatiku pulih hanya pada luaran
Sakit pedih hanya aku rasakan
Degupan rindu masih padamu seorang


p/s : tahniah buat sahabat hamba yang baru sahaja bergelar isteri

Photo: alhamdulillah...dengan sekali lafaz...


Monday 27 May 2013

3 dalam Setahun

Assalamualaikum..

   InsyaAllah cuti semester tiga minggu ini memberi peluang untuk hamba menukil aktif semula di laman hamba..terima kasih kepada sahabat yang tidak jemu menjalinkan persahabatan (^_^)

   Alhamdulillah..ini tahun hamba bakal memperoleh tiga anak buah..memecahkan rekod keluarga selama ini yang hanya dua orang setahun kebiasaannya..hehe..dua sudah selamat membesar dan seorang lagi dijangka mendaftar diri di bumi Allah ini pada bulan hadapan...doakan semoga semuanya selamat..amin

Muhammad Fayyad Haziq
Photo: Hana Amani 50 hari
Hanna Amani
   Tak sabar pula menunggu yang ketiga dek dengar khabarnya kakanda hamba sudah mula sakit perut walaupun masih belum cukup bulan..semoga bayi lahir dengan sihat dan selamat sahaja hendaknya...

p/s : Tak sabar juga menunggu tarikh perkahwinan sahabat hamba  yang bakal berlangsung minggu hadapan (-_*)

Wednesday 15 May 2013

LUPUS Awareness Month


Assalamualaikum...

   Pada awalnya tidak hamba mahu menukil sesuatu pada hari ini..niatnya hanya mahui berjalan-jalan di halaman sahabat lain..namun bila disedari bahawa hamba ditag Sahabat Dylla..hamba teruskan lagi perjalanan ke halaman sahabat baru untuk mengetahu tentang LUPUS (SLE) yang dijadikan sebagai tajuk segmen..

   Maka terus tergerak jejari menyiapkan penyertaan bagi segmen ini dek betapa ceteknye ilmu hamba dek tidak mengetahui 1% pun mengenai perkara ini...kepada sahabat yang juga belum tahu..jomlah sama sertai segmen ni  (^_^) ..hamba tag Sahabat Remy dan Sahabat Alif..hehe
Klik banner untuk sertai

p/s : Semoga Sahabat Deno terus cekal!

Monday 13 May 2013

Manusia Lembut Gigi

Assalamualaikum sahabat...

   Hilangnya hamba selama ini bersebab..huhu..tamatnya praktikum selama 4 mingu di sekolah dan kemudiaannya terpaksa pula mengikti Kem Jati Diri Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di Johor selama 4 hari..sibuk pula dengan urusan Kejohanan Balapan dan Padang sebagai pengelola dan peserta..tak ketinggalan juga persembahan semasa kejohanan dilangsungkan..

   InsyaAllah jika masa mengizinkan, akan hamba kongsikan video dan gambar lalu...Buat masa ini hamba sedang sibuk pula dengan minggu peperiksaan yang sedang berlangsung...maka hari ini tamatlah kertas pertama dan lagi empat kertas pula bakal dihadapi pada minggu hadapan...

  Sungguhlah panjang mukaddimah kali ini dek lama tak menukil..hehe..berbalik pada tajuk..pernah atau tidak sahabat bertemu dengan manusia yang lembut gigi berbanding gusi?? err...atau lebih dikenali sebagai hipokrit...huhu..Maka hari-hari jugalah hamba menghadapi manusia ini dan lama-kelamaan rasa jemu tu menjadi benci..lemah sunggu hati hamba ini dek cepat membenci..

   Buntu hamba melalui saat ini..terkadang hamba membawa diri untuk mengelak bersama manusia ini agar tidak terlepas amarah di hati..ada tak sahabat yang mungkin tahu cara tangani masalah ni dek terkadangnya membuatkan hamba tertekan seorang diri...hurmmm (T.T)

Pesanan buat sahabat dan diri sendiri...

l
l
l
l
l
V


Sunday 7 April 2013

Seminggu Sekali Mungkin!

Assalamualaikum sahabat..

   Maafkan hamba belakangan ini..mungkin hamba hanya akan berkesempatan untuk memperbaharui entri hamba sekali sahaja dalam seminggu dek kesibukan menghadapai praktikum..amatlah mencabar bila kali pertama melangkah sebagai guru praktikum ini..huhu..doakan semuanya baik-baik saja eh (^_^)

   Setelah berhempas pulas menahan sakit perut dek gastrik pagi tadi..maka petangnya terpaksa jugalah hamba keluar membeli barang untuk persiapan mengajar minggu ini..pada masa yang sama dengan niat untuk menghabiskan baucer buku yang diterima..alhamdulillah semuanya licin hari ini akhirnya..hehe


p/s : Doa hamba..moga sahabat juga senantiasa dalam limpah rahmat-Nya

Sunday 31 March 2013

Esok Hari Bertarikh 1 April

Assalamualaikum sahabat..

   Maka bermulalah esok cabaran pertama hamba dalam mentarbiyahkan diri sebagai guru di sekolah pada esok pagi sebagai guru praktikum selama sebulan...semoga segalanya dipermudahkan Yang Esa..amin...


   Maka esok jugalah genap umur hamba yang lahir tahun 1991..unik tarikh lahir hamba hingga selalu dipermain-mainkan banyak pihak..huhuk (T.T)...tapi syukur juga sebab tarikh ini mudah diingati semua..hehe

gambar hiasan semata-mata
p/s : mahu beradu dahulu..esok pagi perlu bangun awal ke sekolah..hehe..
perhimpunan oh perhimpunan!!

Monday 25 March 2013

Nokhtah Cinta Mereka

Cerita duka yang aku dengari
Membuat fikiran tidak berdiam sesekali
Mengenangkan nasib kakak sendiri
Sehingga sendiri termimpi-mimpi

Saat berjumpa
Tika bertemu mata
Tampak luarnya amat tenang
Aku tahu dalamnya bergenang

Perginya bakal suami menghadap Illahi
Langsung tidak diketahui
Hingga saat jenazah dikebumi

Datang insan yang baik budi
Mengkhabarkan berita meluluhkan hati
Sanggupnya keluarga sang lelaki
Tidak merestui hubungan hingga ke mati

Hinggalah segalanya lenang
Alisnya juga kontang
Datang pula ujian

Tuduhan dari sana
Bukan calang peritnya
Menggauli maruah dan keluarga

Aduhai manusia yang bijaksana
Janganlah menyeksa orang yang tiada
Jangan memedihkan luka sedia ada
Cukuplah tamat kisahnya di dunia

Sampai di sini sahaja cinta mereka
Tidak perlu lagi segala usaha
Menghapuskan rasa cinta yang ada
Kerana cinta yang setia 
Akan sampai ke syurga
Walau berjuta halangannya

p/s : Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah...

Thursday 14 March 2013

Khabar Itu

Sedang aku menyusuri perjalanan
Terpukul daku dek angin nan kencang
Menerbangkan sejuta tabir kelapangan
Mendamparkan khabar ragu kerisauan
Kerana kematian itu bukan mainan

Bila ombak menampar tepian
Riak megah pecah berderai
Nyawa badan terpisah terlerai
Sekali mara berkali tergadai

Perginya mereka sempurnakan bakti
Masih tenang dikepung rapi
Bagai berpaut pada dahanan sepi
Menanti rapuh retak berkeping

Ingin sekali kuterbang tinggi
Dan aku selalu juga bermimpi
Tentang sebuah kehidupan abadi
Penuh tenang penuh harmoni
Tanpa dendam tanpa benci
Tiada fitnah tiada caci...


p/s : Dari hamba yang hanya mampu berdoa...

Monday 11 March 2013

Episod Baharu

Assalamualaikum sahabat...

   Alhamdulillah setelah segala kesulitan berlalu maka bermulalah episod baharu hamba bersama "lappy" baharu hamba yang digelar ASUS...huhuk (melayang elaun)...Banyak perkara yang ingin dikongsi bersama sepanjang masa dan kekangan yang menjarakkan hamba untuk berhalaman ini..

   Buat kali ini cukuplah hamba kongsikan kejayaan hamba pada hari Sabtu baru-baru ini dalam Kejohanan Merentas Desa yang diadakan di tempat pengajian hamba ini..syukur hamba berjaya menyelitkan diri dalam gelaran naib johan (walaupun sudah lama tidak turun padang untuk bersenam)..hehe...


p/s : Dua sahabat cuba mereka cerita dongeng cinta pandang pertama si kaca mata pada hamba..huhu..tak masuk akal! (Jakel Melaka)

Saturday 2 March 2013

Tamat Riwayat

Assalamualaikum sahabat..

   Pagi nan dingin ini membuatkan hamba rindu akan "lappy" hamba yang sudah tamat riwayatnya beberapa hari yang lepas..dek sebab itu jugalah hamba lama tidak berkampung di halaman sendiri dan halaman sahabat-sahabat hamba..rindu juga untuk berjalan dari halaman ke halaman ...

   Apalah malangnya nasib.."lappy" pula yang meninggalkan hamba terkontang-kanting dengan tugasan yang perlu disiapkan tanpa arah tujuan..barulah hamba tahu bagaimana sukarnya menjalani kehidupan nan susah kiranya tiada kemudahan seperti "lappy" ini...saat sukar hamba ini hanya sementara. mungkin..tapi apa pula nasib mereka yang hidup susah di luar sana...

   Alhamdulillah..hamba punya sahabat yang senantiasa bersama susah dan senang..antara itu ada juga sahabat yang bersimpati dengan kekalutan waktu akhir hamba untuk menyiapkan tugasan sebelum tamatnya tarikh..dan sahabat itu meminjamkan hamba "lappy" lamanya yang masih boleh digunakan walau skrin agak berbalam-balam dengan warna yang tidak menentu...syukur yang amat pada Tuan Yang Maha Mengasihani kerana mengutuskan hamba sahabat sebegini..Alhamdulillah.....

   Hamba masih dalam proses mencari pengganti "lappy" hamba yang akan senantiasa kekal dalam memori..dan selagi itu terjadi..maka jaranglah hamba akan menapak ke sini lagi...doakan semoga segalanya dipermudahkan...amin.......


Thursday 21 February 2013

Baucer Buku!


Assalamualaikum sahabat...

   Alhamdulillah "lappy" hamba masih bernyawa walau keadaannya dikatakan tenat oleh sang doktor..menurut doktor sakitnya tak dapat diubati..dan inilah antara masa kami bersama sebelum jangka hayatnya tamat dek penyakit kronik yang digelar "motherboard"..oleh itu hamba reda dan terima suratan-Nya...

   Sebelum terlebih kata, maka baiknya hamba meneruskan ujaran bermula dengan topik utama iaitu baucer buku 1 Malaysia..Alhamdulilah jua dek sudah pun hamba dan sahabat lain menerimanya..namun banyak persoalan yang berligar sahaja tanpa jawapan...namun akan hamba nyatakan salah satu sahaja kemusykilan antara seribu itu dek risau pula nukilan kali ini meleret panjangnya..huhu

   Majlis penerimaan tadi telah dirasmikan oleh seorang YB dan hamba berada antara salah satu pihak yang menjayakan majlis tersebut beriktan jawatan hamba kini di tempat pengajian..Berikutan itu, kami di pihak penganjur hanya maklum bahawa hanya dua pihak media sahaja yang akan hadir semasa majlis berlangsung..tetapi pada kelangsungan majlis siang tadi, kami dikejutkan dengan kehadiran hampir semua media yang tersohor seperti TV3, RTM, METRO, Berita Harian, Utusan, dan lain-lain lagi...

   Ketika menguruskan kedudukan pihak media di dalam dewan, kami diberitahu bahawa ada di antara mereka yang tidak memerlukan tempat duduk di dalam dewan...Maka bertanyalah kami kenapa mereka berbuat sedemikian..dan mereka menyatakan bahawa mereka sudah pun hafal skrip YB terbabit dek beliau akan menggunakan skrip yang sama bagi majlis-majlis sebegini..

   Tetapi perkara yang lebih mengejutkan ialah....pihak YB sendiri yang menjemput pihak media yang lain untuk hadir bersama dalam majlis perasmian dan pembahagian baucer buku kepada kami..huhuk..apa pendapat sahabat??



p/s : Syukur sangat kerana segala kerja yang rumit dipermudahkan-Nya..Alhamdulillah.....

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail