Thursday, 29 August 2013

Alternatif Pengajaran

Assalamualaikum sahabat...

   Dek berpuasa hari ni, maka sempatlah hamba memperbaharui keluaran entri di watu rehat hari ni..hehe...Alhamdulillah hari ni hari terakhir berpuasa sunat enam di bulan Syawal.....

   Berbalik kepada tajuk..hari ni hamba akan diselia oleh guru pembimbing dan hamba akan mengajar tajuk Kebersihan dan Kesihatan Diri dalam mata pelajaran Pengurusan Diri...kerja amali hari ni pula adalah cara memberus gigi dengan betul...

   Kebiasaannya, di Program Pendidikan Khas terdapat model gigi, namun tersalahlah tafsiran hamba..carilah pula hamba model gigi di makmal sains dan merata tempat yang lain tetapi telah tersahihlah bahawa sekolah ini tidak mempunyai model gigi....rancangan pengajaran pula tidak dapat diubah dek sudah ditulis..

   Akhirnya timbullah idea bagi membina model sendiri beberapa minit yang lepas dan inilah hasilnya..sahabat jangan gelak pula yer..hihihi (^_-)


p/s : Doakan kejayaan hamba berpraktikum yer...


12 comments:

alif ismail said...

Salam...

Wah, kretip sungguh ye sahabat... cantik giginya tersusun rapi...

3no gr33ny said...

alif ismail : w'slm..haha..gigi palsu pun tak tersusun rapi sebegini agaknya

Faarihin said...

wah.. sudah praktikum..

semoga selamat segala-galanya..

cantik model gigi itu.. hehe..

3no gr33ny said...

Faarihin : amin...hehe...terima kasih sahabat

Tetamu Istimewa said...

Hebat cikgu ni. Tahniah! Semoga berjaya.

Salam kemerdekaan.

Faarihin said...

setiap kali masuk blog ni.. teringat dulu sering saja kita membahasakan diri 'hamba dan tuan hamba' kan..

hehe.. rindu masa zaman blog dedulu.. =D

3no gr33ny said...

Tetamu Istimewa : sebagai cikgu perlulah kreatif..yer dak...salam merdeka juga buat sahabat

3no gr33ny said...

Faarihin : itulah..lama sahabat berdiam diri..hamba masih begini =)

Zul Fattah said...

noh.. mu lg kreatif.. siap boleh wat gigi lg.. apa2pun, gud luck yup

Hanif Idrus said...

Semangat pendidik sebegini yg kita mau.....cayalahhh

wantie said...

besaunya gigi. ..

kiranya jadi pendidik ni kena ada banyak prop yg perlu di fikirkan.
bertabahlah...

Kancil 8349 said...

budak mesti takut tengok gigi tu

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail