Tuesday 27 September 2011

Segmen Kancil8349 : Pengalaman Semasa Perkhemahan Unit Beruniform

sesiapa yang mahu bercerita dengan kancil..silalah klik pada banner


     Mahu hamba bercerita tentang perkhemahan hamba tika di bangku sekolah rendah.Bukan hamba tidak mahu bercerita mengenai sekolah menengah. Akan tetapi untuk menyesuaikan dengan perkhemahan yang sedang tuan empunya halaman sedang lalui, mengendalikan murid sekolah rendah, yer dak?

    Cerita yang hamba mahu kongsikan adalah pengalaman hamba sebagai pengerusi badan beruniform tika itu. Memang agak beratlah tugas hamba. Mengetuai untuk mendirikan khemah, membina gajet, mereka persembahan pertandingan malam kebudayaan, dan menyertai pertandingan. Naye dak? huhu..sabar jelah..tapi yang hamba pasti, pengalaman lampau itulah yang mengajar hamba untuk kuat kini. Itu belum termasuk ketua setiap sekolah yang perlu berucap di hadapan dan yang sewaktu dengannya.

     Semestinya tuan hamba sekalian tertanya-tanya, apakah gerangan badan beruniform yang hamba sertai. Sebak pulak hamba mahu khabarkan. Bukanlah sedih, tapi pada hamba, menganggotai Pergerakan Puteri Islam Malaysia dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah amtlah menyadiskan, btui dak? Terlalu banyaklah sebab hamba terpaksa memilih badan beruniform tersebut dan antaranya ialah paling dapat bajet kewangan memandangkan hamba datang bukanlah dari golongan berada.

     Tempat hamba berkhemah pula..........hamba semacam sudah terlupa. Mungkin hamba ini sudah tua agaknya. Tapi hamba tersangatlah yakin yang hamba memang berkhemah di sebuah sekolah rendah di sekitar Machang, Kelantan. Idak ler Seberang Perai nun di sana yer..

     Hamba dulu menuntut ilmu di Sek.Keb. Machang 1..samalah jugak dengan sahabat hamba yang sorang ini, Zulfattah. Kalau mahu korek cerita kawan hamba ni, hamba dengan rela hati aje mahu berceritra. Janganlah marah yer sahabat. Hamba berkhemah tika hamba Darjah 6 dan kalau tidak tersalah hamba yang kian tua ini, pada tahun 2003. Macam gitu ler..

     Pada kisah hamba, pengalaman paling tersayat seronoknye ialah pertandingan memasak. Pertama kali kot hamba belajar memasak sandwich dan bukanlah sandwich biase tapi yang ada diletakkan nama sebagai 'Sandwich Roll'. Bahan-bahannya ialah beberapa keping roti yang dihiris dua dan dilenyekkan, 1-2 biji telur, 5 keping daging burger, salad, mayonis, dan sos. Oppsss..tersalah rancangan pulak hamba ini. Jikalau tuan hamba berminat untuk mengetahui cara pembikinan sandwich tersebut, silalah request di lain rancangan.

     Keduanya yang seronok pada hamba semestinya pertandingan malam kebudayaan, di mana hamba secara automatik tanpa berlatih naik ke pentas dan bersajak ekoran kami diberitahu lewat mengenai kewujudan malam tersebut. Hamba seronok dengan kedua-dua pertandingan terbabit adalah disebabkan oleh hamba mendapat tempat kedua! Mana idak seronoknye..

     Teringin sekali hamba meletakkan gambar kenangan zaman muda mudi tapi apakan daya, sudah terlalu lama dan hamba pula sedang jauh diperantauan. Walau macam mana cara, hamba tetap menyelitkan gambar hamba dan rakan tika zaman muda..jemputlah tengok..huhu..

manalah hamba yer..?

     

Sunday 25 September 2011

SEGMEN KRITIK DAN PANDANGAN

barangsiapa mahu serta..klik pada banner di atas
Macam mana hamba mahu mulakan kritikan ni yer..?
Emm ok la..setelah beberapa minit hamba memerah otak mengenai blog En.Alif..hamba dengan kata sepakat diri sendiri dengan ini mengisytiharkan bahawa blog hamba Allah tersebut dikategorikan sebagai... KITE SUKA!!!
Bukanlah hamba mahu mengipas-ngipas En.Alif sebab mahukan dodol beliau..tapi sudah ditakdirkan untuk hamba menyukai halaman beliau..bagaimana lagi mahu hamba halang rasa suka ini..?? huhuk..tapikan suka bukanlah bermakna cinta..iyer dak?
Oleh itu..untuk mengukuhkan segala kesukaan hamba pada halaman beliau..di sini hamba nyatakan beberapa sebab musabah hamba melabelkan halaman beliau sebagai KITE SUKA!!!

1) Terdapat doodle yang comel pada halaman En.Alif yang pada pengalaman hamba yang baru ni belum ada pada halaman orang lain
2) Susunan pada halaman beliau tersangatlah kemas (kalah perempuan tau..!
3) Pemilihan warna halaman En.Alif tersangatlah sesuai dengan peringkat umur beliau walau hamba kurang yakin dengan umur En.Alif yang sebenar..huhu

Serasa hamba cukuplah setakat ini kerana tidaklah terlalu manis kiranya memuji terlebih-lebih..apa lagi empunya yang dipuji itu tahu mengenainya..astaghfirullahalazim.....
Hamba akhiri bicara hamba kali ini dengan serangkap pantun khas buat halaman En. Alif

Kisah luka menjadi suam,
Kian gagah dari dahulu;
KITE SUKA halaman tuan,
Selalu singgah tanpa malu.


Saturday 24 September 2011

"Segmen: Himpunan Nama-Nama"

kalau tuan hamba sekalian berminat..klik pada banner di atas yer =)

pertama-tamanya hamba minta maaf sebab hamba tidaklah suka untuk mempromosikan nama..jadi..kalau tuan hamba mahu tahu makna nama hamba..hamba pernah nukil di halaman ini..tapi buat pengetahuan..nama hamba yang terakhir dan kedua akhir tersebut adalah rapat dan tidak perlulah di jarakkan..haisshh...dah macam cikgu BM lak hamba ni..maaf yer

kalau hamba nak nukil semua nama anak-anak buah hamba..rasanya tidak tertidur malamlah hamba dibuatnya..jadi hamba hanya boleh kongsikan nama-nama itu saja tanpa maknanya..tapi hamba yakin dan pasti kakak-kakak dan abang-abang hamba memilih nama berdasarkan maksud yang ada pada nama..bukanlah untuk 'glamour' semata..jadi inilah nama mengikut turutan umur anak-anak hamba..hihhi..

1)Muhammad Iqmal Danial 
2)Nur Fatin Syazwani
3)Nur Dini Alia
4)Muhammad Amirul Aizat
5)Nur Dini Adlina
6)Nur Husna Izzati
7)Nur Ayuni Maisarah
8)Mohd Idlan
9)Muhammad Asif Izuddin
10)Nur Auni Amanina
11)Nur Amni Najihah
12)Muhammad Hanif
13)Ahmad Ariff Ashraff
14)Nur Hasya Amina (hamba kurang yakin ejaan)
15)Nur Afika Damia

ramaikan anak buah hamba..sabar jelah kalau tiba musim cuti..tapi yang hamba pasti..nama sangat menggambarkan sifat seseorang..bukti..anak-anak hamba yang 15 tu la.....
penat sudah jari dan otak hamba bertugas..jenuh jugak hamba mahu perah mengingati nama di atas tu..hamba minta izin beristirehat dulu yer..salam ukhuwah buat semua =)

Penawar Hati

lama hamba meneroka..berjalan-jalan..jenuh ke segenap rentasan desa halaman blogger..
ada yang membuat hamba ketawa..ada juga tidak kurang buat hamba ingat pada rasa kecewa yang pernah ada..
tapi hamba terhenti merenung sekejap pada halaman ini yang bisa jadikan hamba kuat dengan kata nasihat..
maka..hamba tanpa segan mahu silu memetik kata-kata ini.....

"Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
hanya Dia kekasih sejati

Friday 23 September 2011

"SEGMEN JOM KENAL BLOGGER MALAYSIA"


tergerak langkah tangan mahu ikut sama dalam segmen hamba Allah ini
dan hamba sudah kehilangan kata-kata sesungguhnya
hamba masih dalam "mood" 1 Malaysia
baru sahaja pulang dari sambutannya..huhuii..
jadi..akhir kalam hamba...
selamat berkenalan buat semua..
"erat silaturrahum, ukhuwahkan terjalin" (eno hanis,2011)

Thursday 22 September 2011

Wednesday 21 September 2011

hamba masih di sini!

serakian lama sudah hamba tidak bertandang ke sini
alangkah rinduya hamba untuk menerawang perasaan sendiri
bukanlah hamba tidak sudi
tapi hamba terlalu sibuk dek urusan duniawi

telah banyak yang hamba tempuh sebelum tiba hari ini
terlalu semak samunnya jalan yang hamba lalui
tapi hamba cekalkan juga rasa hati
dan nah lihatlah..hamba masih di sini!

berkalung terima kasih buat sahabat lama hamba
yang menghantar pesanan ringkas yang berbunyi......

"Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan,
Kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul,
Kadang-kadang kita minta kebahagiaan tapi huru-hara pula.
Dugaan menjadikan kita kuat, 
Masalah menjadikan kita tabah.
Hebatkan Allah s.w.t?
Semua ada hikmah..
Kalau manusia tahu hadis ini :
'telah berkata Jibrail : Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu
maka Allah menjawab : Biarkanlah hambaKu itu kerana Aku mencintai suaranya
'

Thursday 15 September 2011

Kotak Bulat ajak tukar link

oleh sebab hamba suka akan blog tuan empunye blog ni..jadi tidaklah salah jika hamba mahu masuk dalam senarai bloglistnye...emm logik ke idak jawapan hamba yer..??
macam mana cara pon juge..hamba mahu "follow" blog tuan hamba empunye blog...
barangsiapa juge berminat..boleh ler juge..dengan klik banner di bawah ni yer...




Wednesday 14 September 2011

Hadir dalam damai

terpandangkan rerama yang terbang
sungguh riang tanpa halangan
melihatkan burung yang berkicauan
sungguh gemilang duka menghilang

mahu saja berlamaan membayang
menyegarkan pundak seluruh beban
tapi masih bergelumang malang
harapkan ringan makin berwalang


kurenung heningan
kutenung damaian
kubayang cinta
kulihat dia

air mata yang tidak segan
tangisan kala malam
sudah lama tidak berlagu
biarlah hanya hati yang tahu

Tuesday 13 September 2011

"tidak perlu hebah lagi"

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
gambar hiasan
bila hamba fikirkan balik..tersangatlah betulnya apa yang Rasulullah sarankan buat kita umatnya..terutamanya umat akhir zaman semacam kini..buktinya selalu kita dengar orang  bertunang awal tahun..tapi bila masa berganjak ke akhir tahun..berita terputusnya ikatan tunang terkhabar di telinga..
bagi mereka..mungkin bertunang tu sebagai lesen untuk bersenang lenang berpegangan tangan dan dot dot dot..mereka tak fikir pula kos yang dikeluarkan sekali bertunang tu..kos wang ringgit tu memang la wajib dan dapat dilihat..kos malu dan jatuhkan maruah keluarga jika terputus ikatan tu pula macam mana??? huhuk..
hamba tiba-tiba terdetik mahu memerihalkan topik bertunang malam begini hanyalah sebab kebelakangan ni hamba lihat ramai pula yang menghebahkan majlis pertunangan mereka dengan majlis yang sungguh sepetala langit meriah dek hiasan dan segala..dan ingat dan berjaga-jagalah kerana biasanya..yang hebah itu tidak kekal lama..
pada hamba..majlis bertunang biarlah ala kadar sahaja..tidak perlu rasa hamba pelamin dan sebagainya..nanti kalau putus kita juga yang malunya..maka......
RENUNG HABISAN
SEBELUM ADA KEPUTUSAN!

google gravity

hamba kagum dengan ciptaan tuan empunye idea google gravity sebab dapat aplikasikan graviti dalam laman sesawang..belum pernah hamba terfikir akan adanya seperti itu..pada yang belum tengok boleh ler mencuba..memang terbaiiikkkk!!!

Sunday 11 September 2011

TERISTIMEWA

sungguh hamba sudah jatuh cinta
cinta yang tak mengenal usia
cinta dasarnya ditakdirkan buta
hamba rela dikeji dihina


ehehee....
janganlah sekalian berprasangka
cinta hamba ini pada pelajar hamba
cinta seorang guru pada pelajarnya
pelajar hamba yang ISTIMEWA

tampak biasa
tapi dia digolongan pelajar kurang upaya
sudahlah keluarga tidak berdaya
terpaksa menanggung pelbagai derita

lebih istimewa dihati hamba
pelajar ini sungguh berusaha
untuk mencapai kejayaan yang nyata
namun halangan sentiasa ada
dan dia tidak pernah meminta

Sunday 4 September 2011

selamat di Perak

best kan suasana macam ni
selamat juga hamba menjejakkan kaki di bumi hijau Perak...
doakan hamba berjaya melunaskan segala kewajipan di sini...
agar segala perih menjadi tersangatlah lenang senangnya...
tidak tersangkut dek semua ujian yang bakal melanda...


Saturday 3 September 2011

Ku Syukuri Beban Itu Kini



kini diri ini kembali melayari
dunia yang kian mengusik hati
naluri yang bermain sendiri
melukai kenangan nan abadi

diri ini masih kuat lagi
menahan diri terus berdiri
membiarkan segalanya pergi
hingga nanti ada bersilih ganti

bebanan di bahu kanan mahu kiri
anggap saja anugerah untuk melupai
diri ini hanya tahu mensyukuri
nikmat anugerah dari Illahi

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail