“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
gambar hiasan |
bila hamba fikirkan balik..tersangatlah betulnya apa yang Rasulullah sarankan buat kita umatnya..terutamanya umat akhir zaman semacam kini..buktinya selalu kita dengar orang bertunang awal tahun..tapi bila masa berganjak ke akhir tahun..berita terputusnya ikatan tunang terkhabar di telinga..
bagi mereka..mungkin bertunang tu sebagai lesen untuk bersenang lenang berpegangan tangan dan dot dot dot..mereka tak fikir pula kos yang dikeluarkan sekali bertunang tu..kos wang ringgit tu memang la wajib dan dapat dilihat..kos malu dan jatuhkan maruah keluarga jika terputus ikatan tu pula macam mana??? huhuk..
hamba tiba-tiba terdetik mahu memerihalkan topik bertunang malam begini hanyalah sebab kebelakangan ni hamba lihat ramai pula yang menghebahkan majlis pertunangan mereka dengan majlis yang sungguh sepetala langit meriah dek hiasan dan segala..dan ingat dan berjaga-jagalah kerana biasanya..yang hebah itu tidak kekal lama..
pada hamba..majlis bertunang biarlah ala kadar sahaja..tidak perlu rasa hamba pelamin dan sebagainya..nanti kalau putus kita juga yang malunya..maka......
RENUNG HABISAN
SEBELUM ADA KEPUTUSAN!
No comments:
Post a Comment