Thursday, 14 March 2013

Khabar Itu

Sedang aku menyusuri perjalanan
Terpukul daku dek angin nan kencang
Menerbangkan sejuta tabir kelapangan
Mendamparkan khabar ragu kerisauan
Kerana kematian itu bukan mainan

Bila ombak menampar tepian
Riak megah pecah berderai
Nyawa badan terpisah terlerai
Sekali mara berkali tergadai

Perginya mereka sempurnakan bakti
Masih tenang dikepung rapi
Bagai berpaut pada dahanan sepi
Menanti rapuh retak berkeping

Ingin sekali kuterbang tinggi
Dan aku selalu juga bermimpi
Tentang sebuah kehidupan abadi
Penuh tenang penuh harmoni
Tanpa dendam tanpa benci
Tiada fitnah tiada caci...


p/s : Dari hamba yang hanya mampu berdoa...

17 comments:

Dylla Abas said...

al-fatihah buat semua pejuang2 yg m'pertahankan negara yg telah pergi...bakti mereka hanya Allah saja yg mampu membalasnya...amin

THE AUTHOR said...

Puisi yang penuh kesedaran..

Unknown said...

Promosi Rainbow AlQuran & Ribbon Watch! Sehingga 23 Mac 2013. Siapa cepat dia dapat.

http://bit.ly/cd2aQx

3no gr33ny said...

Dylla Abas : semoga jihad mereka dijalan Allah diredhai Dia

3no gr33ny said...

Hanif Idrus : puisi ini untuk dihantar kepada Berita Harian

PISMP PK 2011 said...

pendeklamasian penuh bermakna.. hehe.. rugi x amek video.. ngee

Unknown said...

titipan semangat utk perajurit negara.... yg berkorban jiwa dan raga.....

3no gr33ny said...

PISMP PK 2011 : sungguh cis tuan hamba =P

3no gr33ny said...

Remy hazza : ini sahaja yang mampu

PISMP PK 2011 said...

aippp. Ade eden kesahh :-)

wakgelas said...

aminn..,

Kancil 8349 said...

semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali

wantie said...

satu sajak yang begitu menyentuh qalbu

3no gr33ny said...

Wak Gelas™ : amin

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : amin..begitulah hendaknya

3no gr33ny said...

Remy hazza : inilah sahaja yang mampu

3no gr33ny said...

wantie : alhamdulillah jika begitu

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail