Thursday, 25 July 2013

Jimat..heheh!!

Assalamualaikum sahabat...

   Sahabat pun dah sedia maklum hamba sedang berpraktikum dan agak sibuk untuk melayari internet..apatah lagi hendak menukil di halaman ini..maka hanya maaflah yang mampu hamba pinta dek terkadang lambat membalas kunjungan sahabat...

   Cuma kali ini hamba agak teruja untuk berkongsi pengalaman berpraktikum dek buat pertama kalinya hamba memperoleh kelas yang mempunyai pelbagai masalah muridnya..kesemuanya empat orang tetapi masing-masing masalah yang berbeza, iaitu Sindrom Down, Autisme, Serebral Palsi, dan Terencat Akal...huhu...

   Namun mudah pula untuk hamba menyediakan peneguhan kerana masing-masing tidak berminat dengan barang atau hadiah melainkan makanan..lebih mudah lagi apabila mereka hanya meminta hamba menangkap gambar sahaja sekiranya mereka menyudahkan kerja dengan cepat dan betul....

   Maka jimatlah duit hamba untuk membeli peneguhan yang mahal-mahal...hehe...ini buktinya!


p/s : Agak lapang dek pensyarah hanya akan menyelia selepas musim raya..hihi

14 comments:

Zul Fattah said...

salam.. fuhh.. cikgu ino.. kijo molek deh..

Tetamu Istimewa said...

Memang satu cabaran yang besar kalau dapat murid macam ni kan.

Kancil 8349 said...

comelnya anak - anak muridmu 3no...alhamdulillah...semoga teruskan perjuanganmu mendidik mereka walaupun praktikum...

3no gr33ny said...

Zul Fattah : hahah...beres boh!!

3no gr33ny said...

Tetamu Istimewa : sangat mencabar tapi kadang-kadang murid sebegini boleh belajar

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : memang tersangatlah comel..insyaAllah..amin

Keri Ikhwan said...

lepas ni kena bawak kuih raya bnyak2 sbg peneguhan

3no gr33ny said...

Keri Ikhwan : haha...budak-budak macam ni mana boleh makan makanan yang keras sangat

MystoryPic said...

mengajar anak2 istimewa ni mengajar kita bersabar... good luck ye dalam kerjaya sebagai pendidik

3no gr33ny said...

MystoryPic : memang sangat memerlukan kesabaran yang tinggi...insyaAllah hamba kan cuba yang terbaik

Aimaniman Ezaiza said...

Mesti adik ni tabah dan cekal... semoga berjaya menjadi keluarga besar kami...

3no gr33ny said...

Aimaniman Ezaiza : mana-mana cikgu pun perlu tabah dan cekal menghadapi masalah murid yang pelbagai...err tapi apa maksd sahabat tentang keluarga besar kami??

wantie said...

wah.. memang jimat betul betul jimat ni...

pas ni bagi la saguhati kat deme tu semua. sian tau. asyik tangkap gambar je.

3no gr33ny said...

wantie : hamba memang sediakan hadiah tapi mereka pula yang nak bergambar sahaja

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail