Monday 28 November 2011

Kasih Anak Pada Ayahanda Mereka

Assalamualaikum sahabat hamba semua  (^_^)

   Maka kali ini mahu pula hamba kongsikan reaksi anak-anak bila mendapat tahu tentang ayahanda mereka yang sememangnya menghidap penyakit kencing manis..dan telah dikhabarkan oleh orang yang mahir dalam sains perubatan yang dikenali sebagai doktor bahawa ayahanda mereka berkemungkinan mendapat sakit pada buah pinggangnya....

   Inilah ucapan anak terhadap ayahanda kesayangan mereka..masing-masing punya cara tersendiri..sengaja pula hamba selitkan juga kerjaya mereka..manalah tahu bidang mereka berkaitan dengan kata-kata mereka ini..

ALONG (arkitek) :
---> Nanti makan ubat yang kami adik-beradik beli yang harga RM200+ tu je..duit takde masalah untuk semua tu..kami adik-beradik boleh tanggung..jangan makan ubat bukan-bukan..

KAK WAN (Cikgu Pen.Khas)  :
---> Dah lama dah orang cakap..jangan ikut sangat cakap doktor tak bertauliah kat kedai..kena jumpa doktor di hospital tu untuk sahkan tentang penyakit ni..sekarang ni makan dah nak kena jaga..malam makan yang ringan-ringan je..hari-hari kena minum air barli tau..

CHIK (cikgu Sains &Maths) :
---> Boleh tak makan malam tapi sebenarnye kalori pada sekeping roti lebih banyak dari sepinggan nasi..kawan orang yang ada kencing manis pernah tanya doktor..tapi janganlah ikut sangat cakap doktor yang tak bertauliah lagi..

KAK NGAH (cikgu Seni & Sej) :
---> Itulah..orang cakap jaga makan minum tak nak dengar..doktor cakap apa lagi? Sepanjang cuti ni..anak bongsu kena pastikan pemakanan semua dijaga..pegang amanah arwah mak..

ALANG (cikgu BI) :
---> .................. <lebih banyak mendengar>

KAK NIK (cikgu Muzik & BM) :
---> Jaga la kesihatan tu..orang ni jauh...

K-RU (berniaga) :
---> Jangan la makan benda yang bukan-bukan..dah la memang ada penyakit..dapat penyakit lain pulak..

UDA (cikgu BM) :
---> Risau la dengan kesihatan tu..tak sabar nak balik rumah..jaga makan minum..harap takde benda buruk yang berlaku pulak nanti..

SI BONGSU :
---> Jangan makan lagi dah benda bukan-bukan..minum air yang dalam plastik pon jangan..tidur tu letak kaki tinggi sikit..malam-malam jangan makan berat sangat..tapi..err....orang eh dipertanggungjawabkan jaga makan minum semua tu..?? jadi misi la cuti-cuti ni ek?? huuu....

p/s : Marah dan tegur tu kerana sayang..dan inilah kerisauan anak-anak yang takut kehilangan seorang bapa setelah kehilangan ibu yang dicinta...

12 comments:

Ce'gu JAERA said...

Ibu bapa adalah insan yang sensitif dengan teguran anak2... Berbaik2 lah dan tegur lah secara berhemah..

kalau baca kat atas ni, saya pun macam nak terguris juga baca terutama terutama Kak Nik si cikgu Muzik dan BM tu...

Mentang2 lah dia jauh, rasa membebankan lah ya nak jaga orang tuanya yang sakit...

Di sini lah peranan anak2 utk menjaga dan membalas baik budi orang tua yang selama ini mendidik kita sehingga berjaya ke hari ini...

3no gr33ny said...

Gen2Merah : inilah masanya anak2 perlu membalas jasa

Nilam suhana said...

hurm... semoga ayahanda cepat sihat yer... :)

CikHoneyBee said...

huhu. mmg marah marah sbb sayang. kalo sy, sy sentap. jiwa sensitif. hehe. pape pun. semoga ayahanda nya cepat sembuh

Dylla Abas said...

besar ganjarannya berbakti kepada ibubapa kan :)

Faaein Talip Roy said...

adik beradik.. majoriti jadi cikgu eh.. hebat.. ^^

semoga kesihatan si ayah sentiasa dijaga oleh anak2nya..

3no gr33ny said...

PeRmAtA bIrU : harapnya begitulah..terima kassih tuan puteri =)

3no gr33ny said...

CikHoneyBee : ayahanda ni sedikit degil..patut ler hamba juga begitu..huhu

3no gr33ny said...

Dylla Abas : hamba cuma harapkan ayahanda sentiasa sihat

3no gr33ny said...

Faaein Talip Roy : inilah berkat didikan ayahanda dan arwah mak

Kancil 8349 said...

sesiapa pun risau kalau tengok bapa jatuh sakit...sebab bila kita menghadapi situasi tersebut mereka pun pasti risau walaupun kita dah berkahwin...

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : ha'a..btol tu Cikgu Knacil..

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail