Tuesday 15 November 2011

Hamba terkena kali ke-4!!

Maka terkenalah lagi hamba dengan sahabat hamba, Cikgu Kancil...Keterlanjuran itu..ini syaratnya seperti biasalah.....


Rules Of This Game
1. Post this rules
2. Write 11 thing about yourself
3. Answer the question that the tagger have set for you
4. Create 11 new question for the people you have tagged to answer
5. Choose 11 blogger to be tagged and link then on the post
6. No tag back


Tentang diri hamba yang tidak seberapa pula..rujuk sini yer ---> Hamba terkena kali ke-2

Setelah itu...masuklah pula sesi bersoal jawab antara hamba dan En.Kancil :

1. Kereta idaman anda?
---> Hamba teringin sekali memilik kereta berjenama Honda...yang mana blom pasti..hamba macam berangan nak yang paling latest keluarannya.. (huhu...angan-angan lebih dari realiti je...)


2. Kalau datang ke Semporna, pulau mana yang nak pergi?
---> Hamba kurang tahu tentang pulau di Semporna..mintak tunjuk ajar En.Kancil..boleh tak?? (hamba ke tuan hamba ler yang patut jawab ni...hee...)


3. Berikan nama penuh sekolah rendah anda bersertakan tahun sekali?
---> Hamba mecari ilmu di Sek.Keb.Machang Satu (1) sebermula tahun 2008 hinggalah 2003 (btol la ni kot..huhuh)


4. Cinta pertama anda ketika usia berapa tahun?
---> Cinta pertama hamba walaupun monyet-monyet...pada usia hamba emm.......... (form 4 umut berapa ek?? lupa pulak hamba)


5. Blog yang anda cemburukan?
---> Halaman tuan hambalah hamba cemburui disebabkan keramaian peminat setia tuan hamba (hamba salah seorangnya..hehe..)


6. Follower anda yang paling cool?
---> Pada hamba semua sahabat hamba 'cool'..tapi En.Nasz ni hamba agak kagum sebab memiliki banyak idea untuk menulis pada halamannya..sehari boleh dikatakan lebih dua entri yang dikeluarkan ( En.Nasz kira ditag yang kena jawab soalan hamba nanti yer..hihhi...)


7. Apa universiti impian anda?
---> Tidak pernah pula hamba memasang impian sebegitu..hamba hanya fikirkan hanya mahu menjai pendidik..maka mana-mana universiti atau institut pengajian yang ada menawarkan jurusan pendidikanlah impian hamba


8. Tempat pelancongan yang mana paling menarik anda pernah pergi?
---> Pada hamba..semua tempat menarik andai di samping keluarga hamba...merekalah yang membuatkan pelancongan hamba lebih bermakna


9. Nama guru yang masih kamu ingat dalam ingatan kamu? (max 5 orang)
---> Cikgu Osman (BM,UPSR)...Teacher Mahani (BI,UPSR)...Cikgu Zainuddin (Maths,UPSR)...Cikgu Hayati (Sains,UPSR)...Ustaz Deraman (KAFA sekolah rendah)... (kesemua guru hamba masih ingat sebab tanpa mereka siapalah hamba)


10. Beg sekolah kamu bertahan berapa tahun?
---> Daya ingatan hamba nampaknya semakin kurang..huhu..tapi yang hamba ingat beg hamba memang bertahan laman sehinggakan terkoyak dan berapa kali jahit sehinggalah sebtolnya rosak barulah hamba belikan lain (tidak sukalah hamba membazir duit ayahanda hamba dek perkara remeh)


11.Sejak bila anda mengenali blog Kancil 8349?
---> En.Kancil antara sahabat hamba yang paling awal hamba kenali..maka hamba mula mengenali tuan hamba seawal hamba mula berhalaman


Selesai sesi soal dan jawab tadi..maka inilah soalan hamba kepada En.Nasz, Amalina & Aisha..hehe

1) Tuan hamba bersekolah rendah dimana?
2) Pengalaman pahit sekolah rendah tuan hamba?
3) Tuan hamba pernah bercinta monyet tak masa sekolah rendah?
4) Bagaimana prestasi akademik tuan hamba ketika sekolah rendah?
5) Tuan hamba terlibat aktif tak dalam kokurikulum sekolah rendah?
6) Besar ke tidak beg sekolah tuan hamba di bangku sekolah rendah?
7) Tuan hamba antara mangsa buli ke orang yang suka membuli waktu sekolah?
8) Berapa wang belanja tuan hamba tika sekolah rendah?
9) Selalu tak tuan hamba membawa bekalan makan dari rumah semasa sekolah rendah?
10) Waktu sekolah rendah..tuan hamba pernah bawa air selain air kosong tak? Teh ke..Milo ke...??

p/s : Doakan kejayan hamba esok dalam dewan peperiksaan!

10 comments:

Faaein Talip Roy said...

memang baguslah.. rajin betul menjawab segala tag itu.. hehehe..

maaf yer tuan hamba.. hamba masih belum dapat melunaskan tag tuan hamba itu.. [-__-"]

3no gr33ny said...

Faaein Talip Roy : tidak mengapalah andai kesibukan tuan hamba yang melampau..hamba mengerti itu

Unknown said...

huhuhu...

nasib bek alif tak di tagged lagi...letih dah nak menjawab soklan esaimen cam nih..hehe..

Kancil 8349 said...

good luck...semoga dapat menjawab dengan baik... dan terima kasih kerana sudi menjawab semua soalan tag Kancil

Dylla Abas said...

hehehe...nasib baik kena tag juga kan..ada la juga entri yg boleh dibuat :)

3no gr33ny said...

alif ismail : andai ditag hamba tidaklah marah..cuma kekangan masa je..ni tandanya sahabat ingat kite..hee.. (positif..positif..)

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : sama2...terima kasih jgk..alhamdulillah segalanya dipermudahkan td

3no gr33ny said...

Dylla Abas : alhamdulillah...

-aishah- said...

oh, x sangka pulak kene tag kt sini.. nnt akak buat ok. thx btw sudi singgah blog akak. ;)

good luck for your exam. and remember, knowledge is power!

3no gr33ny said...

~aishah♥ : hehe...terimas =)

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail