Ceriteranya digali sedalam pasti
Kehidupan deritanya menyayatkan hati
Membayangkan kasih ibu yang telah pergi
Tak membantu maka aku tak berhati
Tulang tua mengerah keringat
Seikhlasnya memberi sepenuh khidmat
Tak terluah keluh mahupun penat
Mengharapkan peroleh rezeki nan berkat
Secebis kasih kutaburi
Moga dirinya dijulang dihargai
Harapan daku setinggi-tinggi
Selamanya dia diiring restu Illahi
Gambar hiasan dari Google |
12 comments:
hargailah semasa masih ada...
doakanlah pabila sudah tiada
keri ikhwan : yang masih ada sememangnya sgt2 perlu dihargai...tidaklah nanti menyesal dikemudian hari
hurm...kadang2 tengok org tua yang terbiar kasihan sangat... terus ingat kat nenek sendiri... sedih sangat...
Sayangi ibu kita seadanya
hargai mereka sepertimana mereka menghargai kehadiran kita
PeRmAtA bIrU : hamba paling tidak boleh tgk org tua yang masih bekerja utk sara keluarga =(
Gen2Merah : hargailah sementara mereka masih ada =(
Kancil 8349 : tapi kita masih muda2 dulu selalu tak hargai mereka..
kagum sekejap,,, macamane boleh susun ayat sebaik inikah?? :O
akuamir : segalanya lahir dari hati =)
benda yang lepas jangan dibiarkan berterusan...menyedari telah melakukan kesilapan...ndak salah kita mulakan semula
Kancil 8349 : yang hilang sebegini sukar pula mahu memulakan semula melainkan bertemu nanti di syurga
Post a Comment