Senangnya kau meludahkan kata itu
Tanpa menoleh sedikit di sekelilingmu
Bahkan kau meneruskan langkah
Dengan segaris senyum sinismu
Dengan segaris senyum sinismu
Terlupa aku akan kedudukanmu
Hidup senang itu asal kamu
Gah tak terkata kehidupanmu nan lalu
Sedangkan kampung sahaja asalku
Fikir aku
Kita milik Allah
Sama saja di mata DIA
Iman pembeza kita
Firasatku..fikirmu lain
Megah milikmu tak tertanding
Sebangga mungkin menunjukkan gading
Ingatlah wahai manusia
Hebatkah kamu jika dibanding Yang Maha Pencipta
Asal kita sama dari tanah jua
Bukan api tidak pula cahaya
Allah Maha Adil Maha Saksama
Maka bersyukurlah kita
Dengan nikmat dunia yang sementara
Tak usah kau mengata mencerca
Kerana kita hanya hamba DIA
Fikir aku
Kita milik Allah
Sama saja di mata DIA
Iman pembeza kita
Firasatku..fikirmu lain
Megah milikmu tak tertanding
Sebangga mungkin menunjukkan gading
Ingatlah wahai manusia
Hebatkah kamu jika dibanding Yang Maha Pencipta
Asal kita sama dari tanah jua
Bukan api tidak pula cahaya
Allah Maha Adil Maha Saksama
Maka bersyukurlah kita
Dengan nikmat dunia yang sementara
Tak usah kau mengata mencerca
Kerana kita hanya hamba DIA
13 comments:
bila menghina seseorang...hina kita lebih besar dari orang yang kita hina...berhati2
smuge kte djauhkn drpd sifat suke mhina org lain
Kancil 8349 : betul kata sahabat..emoga mereka ini ditunjukkan jalan yang nyata
Mira Adzlia : amin...semoga begitu hendaknya
tiada siapa yg hebat didunia ini selain dari yg maha kuasa..... jgn memandang rendah org lain..... sebab kita sendiri pun belum tentu tinggi martabatnya.....
cuba yg kita boleh lakukan.....
kebaikan dan ehsan sesama manusia....
terok perangai terok macam binatang .. kadang binatang lagi bagus
Remy hazza : bekalan kita ke akhirat buka semata buat baik dengan Allah..tapi juga berbuat baik sesama manusia
Sanji Ngatmi : gelagat manusia ni pelbagai..rambut saja sama warnanya
Jauhkan kita dari menjadi manusia yg sering membuka aib seseorang serta menzalimi org lain.. menggumpat tu umpama kita makan daging saudara kita sendiri kan?
Kecuali dalam kes yg dibolehkan ^^
Everything's Everythings : betul kata sahabat..tapi apa kes yang dikecualikan tu yer..huhu
kadangkala nikmat senang menjadi ujian yg kita sering gagal untuk tempuhi.
sebab kita mudah lupa diri
keri ikhwan : itulah nikmat yang menguji
manusia mmg mudah lupa..kadang2 bila dia ada kelebihan,dia terasa dirinya lebih "tinggi" dari org sekeliling..padahal dia tak sedar semua itu sebenarnya nikmat yg Allah beri utk menduga keimanannya..wallahu'alam :)
nice entri sis...suka >_<
Post a Comment