Monday, 1 October 2012

Satu Kepuasan

Assalamualaikum...

   Dek terleka menyiapkan "puppet"...terlupa hamba akan halaman yang sering diabaikan belakangan ini..Walau sudah jadual hamba bebas dari tugasan demi tugasan, namun hamba masih terjebak dengan tugasan-tugasan sampingan seperti laporan dan refleksi Pengakap, tutorial-tutorial yang masih berlonggokan, dan macam-macam hal lagi...

   Perkara utamanya yang bermain di benak hamba sebenarnya mengenai persembahan nasyid pada malam esok kerana tetamu yang bakal berkunjung bukan sebarangan..penceramah malam esok merupakan Imam Muda Asyraf...Rabu pula pertandingan kawad kaki..sedangkan hamba dan sahabat baru sahaja sehari menjalani latihan..cuak, takut, seram dan bermacam rasa bergelodak rasanya..huhu

   Doakan hamba berjaya menghadapi semuanya yer sahabat (-_-) ...tapi setiap perkerjaan tu, jika kita sudah melakukannya dengan sehabis baik..kita tetap akan berpuas hati walaupun tidak memperoleh sebarang kejayaan kerana kita telah cuba sehabis daya untuk mendapatkan hasil yang memuaskan semua pihak serta diri sendiri..!! (kata-kata ni sebenarnya lebih untuk meransang motivasi diri sendiri yang sedang huru-hara..huhuk)

Inilah hasil "puppet" bersama En. Bear Bear

7 comments:

Remy hazza said...

betul tu... menang atau kalah...berjaya atau tidak... janji kita puas dgn usaha kita sendiri.....

3no gr33ny said...

Remy hazza : terima kasih sahabat Remy =)

Everything's Everythings said...

Setuju ^^
Kalau kita dh cuba sehabis baik, kita akan tetap puas hati tak kira result tu mcm mana :D
tapi inshaAllah Allah maha pengasih utk hambaNya yg sudah berikhtiar dan berusaha serta bertawakal kepadaNya

Kancil 8349 said...

cantik puppet kamu tu 3no...kancil nak satu...hehehe...apapun memang kalau dah akhir tahun nie...kerja guru memang berlambak sana sini...kancil pun ndak terlepas...awal tahun je ringan sedikit

3no gr33ny said...

Everything's Everythings : alhamdulillah..segalanya dipermudahkan Dia =)

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : boleh je..Insya-Allah..hehe..

Kancil 8349 said...

hehehe

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail