Sunday 14 October 2012

Johan Kawad Kaki Minggu Kokurikulum 2012

Assalamualaikum sahabat...

   Tempat pengajian hamba mengadakan Majlis Penutup Minggu Kokurikulum pada Jumaat lepas..alhamdulillah kami Pasukan Pengakap Kanak-kanak telah menjuarai Pertandingan Kawad Kaki sekaligus memecah rekod tradisi dek kebiasaannya gelaran johan dipegang oleh Pasukan Kadet Remaja Sekolah..hehe..gembira tak terkata kami semua kerana semua penat lelah kami berbaloi walau pada awalnya kami tidak meletakkan harapan..

   Kami hanya menjangkakan juara bakal milik kami hanya selepas selesai pertandingan..itu pun hanya kerana ramai yang memuji dan ada khabar angin yang menyampaikan bahawa markah kawad kaki kami adalah tertinggi..cuma markah pakaian yang belum diketahui..huhu...

   Adat pertandingan ada kalah dan menang...tapi masih ada yang tidak berpuas hati dengan kemenangan kami..mungkin juga mereka tidak boleh menerima hakikat dek kalah pada Pasukan Pengakap yang hanya 3 hari menjalani latihan berbanding mereka yang mengambil masa selama sebulan...bermacam kata, tohmahan, dan umpatan kami terima...

   Terdetik rasa terkilan dan hairan dengan sikap manusia yang tidak menerima hakikat serta Qada' dan Qadar Allah ni..bersikap kekanak-kanakan pun ada juga..bukan sahaja dalam kalangan pelajar malah ada di antara pensyarah sendiri...di lain entri nanti hamba ceritakan...huhu..mungkin juga ini ujian buat kami...Insya-Allah kami tidak akan pernah berbangga diri dengan kemenangan tak dijangka yang diperoleh ni..jom sama-sama tengok bagaimana kami peroleh gelaran johan (^_-)


Hamba paling depan dan tengah..hehe

6 comments:

Unknown said...

tahniah dari remy.....
memang selayaknya menjadi johan..... usah dilayan mulut2 org tu..... biasa ler.... mana ada yg puas hati.....

Kancil 8349 said...

Tahniah...kalau dah biasa johan...bila datang ke sekolah nanti senang jadi johan

3no gr33ny said...

Remy hazza : itu ler..kami hanya berdiam diri dan terima segala cemuhan tu..redha jelah..

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : mungkin ini rahsia kejayaan kawad kaki sekolah sahabat Kancil =)

Kancil 8349 said...

hehehe...semoga kemenangan sentiasa dimiliki oleh eno

3no gr33ny said...

Kancil 8349: alhamdulillah..insya-Allah =)

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail