Assalamualaikum semua...
Sibuk yang melanda belakangan ini sedikit pun tidak menggugat keterujaan awal tahun hamba..namun segalanya bertukar semerta apabila nama hamba tercalon dalam pilihan raya yang akan diadakan pada minggu hadapan bagi menggantikan tampuk pimpinan lama..
Sukar mahu menterjemah hati hamba kini yang kusut memikirkan tanggungjawab yang sedia ada terbeban di pundak bakal ditambah lagi sekiranya hamba menang pilihan raya nanti..bukan tidak sudi tetapi cukuplah sudah gelaran pengerusi Kelab Tarian dan Nasyid di kampus ini..
Dan tika inilah hamba menyesali sifat yang ada pada diri..terlalu ramah dengan persekitaran menjadikan majoriti di sini mengenali hamba tanpa perlu bermanisfesto lagi..dan peluang untuk kalah tak hamba nafi memang nipis sekali..huhuk...
p/s : Doakan sahaja agar segala keputusan adalah yang terbaik buat hamba yang sedang kusut ini
8 comments:
u got the talent dear., and gudluck yee..,ehHHe
Wak Gelas™ : tak pasti juga dengan istilah "talent" yang Wak sebutkan dek hamba sendiri kurang yakin pada diri
lepas ni jd wakil rkyat plak. senang dpt projek mega
keri ikhwan : huhu..yang ini pun sudah tak terkendali dek hamba
tahniah2...be a good leader
Edy Fee : amin..huhu (masih belum bersedia)
insyaAllah... segalanya akan dipermudahkan nanti... buat yg terbaik....
Remy hazza : amin..hamba juga harapkan begitu
Post a Comment