Thursday, 31 January 2013

Ohh...Olahraga


Assalamualaikum sahabat...

   Dek kerana Olahraga adalah subjek wajib tahun ini..maka terpaksalah kami sekelas bertungkus lumus untuk belajar bermacam jenis acara olahraga yang ada..bukan sekadar teori tapi juga amali dan cara untuk jadi jurulatih dan pegawai dalam olahraga..

   Bukan mudah tau sahabat nak jadi pegawai..kami perlu hadapi peperiksaan peringkat kebangsaan terlebih dahulu dan kiranya lulus pula, perlu jalani praktikal sebagai pegawai kejohanan olahraga sebanyak 4-5 kali..barulah disahkan sebagai Pegawai Gred 3..huhuk (T.T) -->semester yang sangat mencabar...

   Setelah beberapa minggu kami jalani latihan lompat jauh, larian 100 meter, larian 4x100 meter, dan lontar peluru..maka tibalah hari ini ke acara lompat tinggi yang boleh dikatakan majoriti daripada kami tidak pernah sertai sukan ini...jadi terpaksalah bermula dengan teknik ansur maju...

~~~> Jom layan gambar pula eh...tulang-temulang hamba perlukan rehat setelah penat tergolek sana-sini..

ansur maju..palang rendah (^_^)
Nasib pernah sertai masa sekolah rendah..hehe
agaknya sahabat hamba ni sentuh palang tak??
rakan hamba yang gayat melompat
bermacam gaya sahabat-sahabat hamba..hihi

p/s : Seronok gelakkan orang..padahal sendiri pun cuak..hehhe

24 comments:

TheSeventh Muhammad said...

hebat-hebat semuanya..teruskan bersukan,ambo pun lama dah tak bersenam,badminton yang dianjurkan ofis semalam pun tak hadir sebab tak berapa sihat.

Kancil 8349 said...

wow...teruja plak tengok nie...Kancil paling tinggi melompat palang nie 153 cm je'

Budak Kampung said...

teringt zaman2 skolah dulu iman kena msuk nh xsuke la.dh le laki negok malu

Cheq Kaq said...

Tabik spring pada yang minat main olahraga..haha

3no gr33ny said...

TheSeventh Muhammad : hamba dengan sukan tak boleh dipisahkan dari sekolah rendah lagi..walau penat tapi seronok..rugi rasanya bila tak sertai sama

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : hamba lompat ni pun tak samapi 153cm..hehe..kira hebat dh sahabat tu

3no gr33ny said...

Budak Kampung : syukurlah hamba dari sekolah menengah sampai sekaeang ditempatkan sekaum sahaja..hehe..senang hamba nak bersukan tanpa menimbulkan fitnah dan dosa

3no gr33ny said...

Cheq Kaq ; tidakkah satu permainan olahraga pun sahabat tak minat??

Remy hazza said...

acara feberet masa sukan sekolah dulu...... he3....

3no gr33ny said...

Remy hazza : terbaiklah sahabat Remy =)

Nasz said...

saya rasa dah tak mampu kot nak buat olahraga ni? hehehe. dah lama gila tak bersukan. last bersukan tahun lepas, saya main jogging sekejap pun dah termengah-mengah. huhuhu.

From,

Nasz

www.mohdnaser.com

3no gr33ny said...

Nasz : kena juga bersukan utk kesihatan..apa lagi sahabat sudah berumahtangga kan

Dylla Abas said...

rindunya dgn team olahraga masa sekolah dulu..huhu >_<

Wak Gelas™ said...

lompat adik lompat.., ehHHee

Hanif Idrus said...

Gambar yang cantik.....
Tu ler ...kecik-kecik tak mahu main teng-teng kan dah kena main lompat2..ehheheheheh
Good luck!!!!!!

3no gr33ny said...

Dylla Abas : tak syak lagi sahabat Dylla pemain olahraga sekolah dek badan yang kurus

3no gr33ny said...

Wak Gelas™: baiklah bos!!

3no gr33ny said...

Hanif Idrus : dari kecil ke besar ni haa teng-teng tetap menjadi pojaan hatiku =P

keri ikhwan said...

Kecik2 dulu suka sukan menembak. Yg pakai lastik atau buluh tu. Haha
Skang ni main bdmnton je.

3no gr33ny said...

keri ikhwan : xpela..sekuranya bersenam juga dari tuan hamba melastik burung tu..huhuk =P

wantie said...

acara ni akak memang fail masa sekolah dulu. hehehe

3no gr33ny said...

wantie : haha..hamba juga tak pernah mendpaat nombor

Kancil 8349 said...

boleh bah berlatih tu

3no gr33ny said...

Kancil 8349 : hamba akan berlatih sukan yang hamba minat sahaja..hehe...lompat kijang dan lompat jauh

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail