Assalamualaikum sahabat...
Walau sebaik mana tingkah pada manusia
Belum tentu diri dihargai mereka
Lebih pedih bila dicemuh sahaja
Mungkin saat itu kita mula berputus asa
Tapi ingatlah senantiasa
Allah Yang Maha Mendengar ada bersama
Susah-senang kita tidak dilupa
Manusia itu bakal terima padahnya
Dan kita teruskanlah usaha
Berbuat baik sesama manusia
Mungkin balasannya bukan di dunia
Tapi bekal itu kelak dibawa ke syuga
Halang rasa amarah merajai jiwa
Senyumlah kerana itu penawar duka
Biarkan aliran jernih merawat luka
Andai itu bisa mengundang bahagia
p/s : BERSABARLAH WAHAI HATI...
20 comments:
bersabarlah selalu...
senyuman itu harga sebuah kesabaran..
usah gelar diri hamba sebagai chef... hamba masih di tahap 'kitchen helper'...huhuhu...
Alif Ismail : insyaAllah..terima kasih sahabat (^_^)
p/s : gelaran tu sekadar bergurau..bukan perli yer..tak kisah apa gelaran itu, yang penting tak ramai yang rajin ke dapur..terutamanya kaum tuan hamba
Setiap kesabaran itu ada hikmahnya
Hanif Idrus : insyaAllah...
ada hikmah atas setiap yg berlaku.
TiranaAduka : semoga begitulah hendaknya..amin
seperti rakan2 lain cakap...banyakkan bersabar 3no...
wak pon kadang2 nak marah x sabar jugakk.,Yyhuus
Sesungguhnya orang yang berjaya adalah orang yang mampu mengawal rasa marah nye..beruntunglah orang yg sabar..
sabar itu buahnya manis..
besar ganjarannya bg org yg b'sabar sahabat :)
Kancil 8349 : makin meningkat usia semakin kesabaran ini diuji
Wak Gelas™ : dalam setiap diri kita ada tahap kesabaran masing2
Cheq Kaq : sama2 lah kita didik diri kita dengan sifat sabar ini
Warna Warni Kehidupan : insyaALLAH...
Dylla Abas : semoga memperolehinya daripada kesabaran kita
bersabar selagi termampu.....
mungkin itu dugaan utk sebuat kebahagiaan.....
Remy hazza ; semoga bahagia itu milik kita dunia dan akhirat..amin
Sayangku siti noor farhanis binti idris. Di mana sayang. Tolonglah. Jangan tinggalkan saya.
Sayangku 3nogr33ny.
Post a Comment