Sunday, 13 January 2013

Dari Tingkap Hati

Kala hati mula menjengah dari tingkap kusamnya
Mata membentangkan hamparan ketidakjujuran
Fikiran mengembleng rencana keraguan
Pengalaman meniup ancaman rencam

Tiada yang lebih mengerikan
Melain sifat lelaki yang kurang dimengerti

Pada kaumnya cinta itu boleh dibahagi
Konon mengikut sunnah berpoligami
Sedangkan sempurna sifat si isteri

Padah jua percaya akan cinta
Maruah tercalar pada sang buaya
Sekadar memaknakan erti setia

Apa ada pada kasih nan suci
Jika hati yang bakal kuberi ini
Bakal jua dihancuri dan disakiti
Seperti yang pernah aku lalui

Masih tegar pedihnya hingga kini
Hilang dayaku untuk rawatinya lagi


12 comments:

Edy Fee said...

Gadaikn mruah dmi cinta ....sgt mgarut

Remy hazza said...

manusia camtu lah... kekadang tak puas... dah ada yg terbaik...tetap nak menduga lautan dalam... pastinya ego jadi taruhan....

3no gr33ny said...

Edy Fee : hamba juga hairan dengan persoalan itu..tapi benar memang berlaku..terbukti

3no gr33ny said...

Remy hazza : semuanya membuatkan hamba sukar melatakkan kepercayaan pada lelaki selain ayahanda hamba

Alif Ismail said...

salam singgah menanyakan khabar tuan hamba... Puitis sungguh...

keri ikhwan said...

fuuh.. ayat...
isteri2 Rasulullah juga sempurna sifat :P
jodoh itu perencanaan Allah, istikharah itu jalan usaha.
ramai bila jatuh cnta, mengabaikan istikharah.
eh, klu stakat nk couple, takyah istikharah sgt haha

3no gr33ny said...

Alif Ismail : w'slm..alhamdulillah makin "sihat"..huhu

3no gr33ny said...

keri ikhwan : Rasulullah berpoligami ekoran mempunyai alasan yang kukuh..bukan bermakna cinta baginda boleh dibahagi

Edy Fee said...

hehehhee hakikat dunia....

nak komen lg..hurmmm
kaum lelaki ade byk alasan untuk berpoligami....selagi tak diharamkan islam...takde siapa pon boleh ckap benda tu tak patot dilakukan

3no gr33ny said...

Edy Fee : alasan memang banyak untuk diciptakan...antara logik akal atau nafsu semata

Kancil 8349 said...

cantik...

Dylla Abas said...

t'lalu sakit hati sahabat sy ni kan..sabar la..ada hikmah yg t'baik sedang menanti..yg pasti,serahkan la hati itu pd Yang Hakiki..in shaa Allah tak sakit lagi :)

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail