Assalamualaikum sahabat...
Sementara ada masa yang terlapang ni maka hamba dengan hati yang berbunga-bunga menerima jemputan Sahabat Keri untuk menyertai satu segmen yang dianjurkan Sahabat Apit...
Klik banner untuk ikut serta..!! |
Seperti yang diketahui ramai sahabat-sahabat hamba di halaman (chewaahh..konon!) ...asal hamba dari negeri Cik Siti Wan Kembang..yakni satu negeri dengan Sahabat Keri iaitu negeri Kelantan..jajahan yang hamba diami sahaja yang berlainan...bertapak hamba di daerah Machang....
Di daerah kediaman hamba tidak banyak yang boleh dibanggakan melainkan Pasar Isnin yang sangat terkenal dengan barang-barang yang murah..maka tiada bandinganlah di kawasan lain..huhu..apatah lagi pada hari Isnin, paginya digelar Pasar Isnin, petangnya pula pasar petang dan diikuti dengan pasar malam...yakni tiba sahaja hari Isnin maka bertambahlah masalah lalu lintas di Machang...
Malah bagi hamba kawasan jajahan Machang ini tersangatlah strategik kedudukannya yang berhampiran dengan Jeli untuk masuk ke Gerik, juga hampir dengan Kuala Krai untuk ke Kuala Lumpur melalui Gua Musang, dan hanya mengambil 15 minit untuk ke Tanah Merah yang semakin gigih dengan pembangunan serta kemajuan...
Negeri hamba amatlah kaya dengan makanan yang pelbagai jenis..terutamanya kuih-muih yang tidak dinafikan tidak boleh didapati dengan sewenangnya di negeri lain..Lompat Tikam, Akok, Jala Emas, Buah Tanjung, Tahi Itik, Ketupat Sotong, dan banyak lagi..!! (tak sanggup hamba membayangkan semuanya dek perut sudah berghazal..huhuk)
Perkara paling best di negeri hamba selain makanan pula...mengenai Menteri Besar yang kami bangga-banggakan iaitu Tuan Guru Nik Aziz..tiada pemimpin sehebat beliau abad ini dan hamba tersangat sayang serta hormat beliau walau tidak pernah bersua muka..kedua best pula bagi hamba semestinya Pasukan Red Warriors yang menggambarkan semangat kesatuan kami penduduk negeri Kelantan....mungkin cukuplah dua..terlalu banyak kelak nampak membanggakan negeri sendiri..huhu...
Bagi memenuhi syarat segmen penganjur ni..maka hamba tag Sahabat Dylla dan Sahabat Baru (tidak hamba tahu nama panggilannya) kerana hamba juga berminat untuk tahu mengenai negeri-negeri lain (^_^)
24 comments:
cantik segmen nie...Selamat bersegmen...
Kancil 8349 : banner segmen ke maksud sahabat?? kalau banner..tengoklah siapa empunya segmen..huhu sahabat Apit kan memang kreatif
puyoooo...machang.....kampung saya tu ^^
IBkartun by Amin Aizuddin : err..jumpa sahabat sekampung pula yer..huuhu
semua yang berkaitan dengan segmen nie kawan...hehehe
Sis..sahabat baru nk komen,rupanya kita jiran sahaja,hamba stay kt psr puteh tp belajar kt SMKA Wataniah kt Machang,lima tahun kt sna & ramai kwn2 yg berasal dr machang jgk..& lps b'khidmat di KL setahun,hamba terpanggil untuk berbakti di negeri sendiri :)
selamat bersegmen....
tak pernah sampai machang lagi....mungkin satu hari nanti....kita tak tahu kan....
Kancil 8349 : betul kata sahabat Kancil =)
theseventhmuhammad : huhu..elok sangatlah tu sahabat..hamba asal Machang tapi bersekolah di Sen.Men.Sains Pasir Puteh..Pasir Puteh dah semacam daerah kedua kediaman hamba pula..
Remy hazza : jemputlah datang sahabat Remy..hehe (^_^)
as salam... cik azue datang vertandang...selamat bersegmen....by the way..dtg ni nak menjemput tuan umah join my GA..meh la..semoga ukhwah berpanjangan..
http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html?m=1
kemaren sikit lg wak nk masuk pekan Kusial machang nk tgk jembatan Guilemard.., tp ujan banjir tapii.., uuhuuu
salam ziarah rumah tuan hamba... hamba pun ingin promosi jugaklah negeri hamba di kayangan nih..hehe..
Kuazue Mohd : insyaAllah akan hamba turut serta...tapi masuk GA selalu sahaja kecewa dek tidak pernah dapat hadiahnya
Wak Gelas™ : ohhh terlalu banyak tapi wak yer
Alif Ismail : cepat2 yer sahabat..hamba pun tidak sabar mahu mengetahi lebih terperinci mengenai negeri kayangan tu..huhu
wah syoknya. apepun selamat bersegmen :)
Ooo ,, Machang rupanya... lalu sokmo nak balik kg... :P
deno : terima kasih =)
محمد رازيق ; sahabat boleh juga turut serta (^_^)
keri ikhwan : hehe..kan hamba sudah khabar..daerah hamba agak strategik
Singgah dari Kelantan ;)
Done follow awk :)
Jom singgah back :D
http://aichrah.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
Cik Aichrah ; sama asal usul =)
Cik Aichrah ; insyaAllah kelak hamba ke sana=)
Post a Comment