Assalamualaikum...
Seperti yang hamba sudah nukilkan lama dahulu..kali ini akan hamba raikan sahabat baru hamba yang ke-200 iaitu Sahabat Hanum yang mula menapak ke halaman hamba bermula dari penyertaan segmen yang sama..jika lihat pada bilangan sahabat hamba memang agak menyedihkan dek dua tahun berkecimpung hanya 203 sahabat sahaja yang hamba perolehi..namun hamba tetap gembira kerana persahabatan ini tiada paksa dan sahabat-sahabat hamba hebat-hebat belaka!! (^_^)
Setelah meninjau-ninjau halaman sahabat baru hamba nan seorang ini yang asalnya negeri Pahang..hamba dapati Sahabat Hanum kurang berkata tapi banyak berbicara melalui gambar sahaja..dan jika terdapat ujaran, pasti ringkas dan padat penyampaiannya..cukuplah sekadar pembaca faham gerak kerjanya di halaman (yer dak andaian hamba ni..hehe)
Jadi untuk mengesahkan bicara hamba tadi..adalah lebih baik sahabat pergi menziarah sendiri halaman tuan empunya halaman yang diperkatakan..untuk ke sana, klik sahaja nama sahabat hamba ni yer.....
l
l
l
l
l
v
p/s : Terima kasih sudi menerima hamba yang naif ini sebagai sahabat kalian (^_^)
18 comments:
takpe.. 1000 org pn belum tentu dtg singgah semua.
slow2
keri ikhwan : hehe..betul2.. (^_^) bersemangat balik dapat kata dari sahabat Keri
ana baru ada 4 org follower.ahahaha
untungnya ada sahabat......tapi remy sahabat lama usah dilupai ye....he3
ala.. akak pun tak ramai dik. tahniah kepada sahabat hanum. dapat review lagi tu.
semakin ramai sahabat tuan hamba ye.. jangan dilupa sahabat yg lama tau..
theseventhmuhammad : jumlah yang sedikit tidak mengapa..yang penting sahabat yang ada selalu hadir menjenguk kita =)
Remy hazza : manakan boleh lupakan sahabat Remy yang selalu bertandang ke sini
wantie : hehe...setiap kali genapnya keseratusan jumlah sahabat..hamba pasti akan review
Alif Ismail : sudah hamba khabarkan sahabat2 hamba semuanya hebat..manakan boleh hamba lupakan..apa lagi sahabat Alif sebagai interior designer halaman hamba ni =)
Dah 204 lerrr...heheheheh
Hanif Idrus : baru siang tadi..heehe
Salam kenal..
kadang2 dari gambar pun dah boleh menceritakan semuanya
dh fofuler tuuu ramai sahabat kanns..,eHHhe
MystoryPic : w'slm..bwtul juga tu tapi terkadang timbul juga persoalan
Wak Gelas™ : hamba ni kurang popularnya wak
sama la kita ye..dah lama berblogging tp jumlah sahabat tu tak begitu m'beransangkan...tp xpe..yg penting semangat b'blog tak hilang :)
Dylla Abas : betul2..hamba sokong sahabat Dylla =)
Post a Comment