Showing posts with label Jejak Seorang Hamba. Show all posts
Showing posts with label Jejak Seorang Hamba. Show all posts

Thursday, 22 August 2013

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran buat Sahabat Dylla

Assalamualaikum...

    Entri kali ni hamba khaskan buat sahabat Dylla yang tidak jemu berkunjung ke sini..semoga sahabat dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh-Nya..amin



Wednesday, 15 May 2013

LUPUS Awareness Month


Assalamualaikum...

   Pada awalnya tidak hamba mahu menukil sesuatu pada hari ini..niatnya hanya mahui berjalan-jalan di halaman sahabat lain..namun bila disedari bahawa hamba ditag Sahabat Dylla..hamba teruskan lagi perjalanan ke halaman sahabat baru untuk mengetahu tentang LUPUS (SLE) yang dijadikan sebagai tajuk segmen..

   Maka terus tergerak jejari menyiapkan penyertaan bagi segmen ini dek betapa ceteknye ilmu hamba dek tidak mengetahui 1% pun mengenai perkara ini...kepada sahabat yang juga belum tahu..jomlah sama sertai segmen ni  (^_^) ..hamba tag Sahabat Remy dan Sahabat Alif..hehe
Klik banner untuk sertai

p/s : Semoga Sahabat Deno terus cekal!

Monday, 4 February 2013

"2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away"

Assalamualaikum...

   Alhamdulillah sempat juga hamba sertai GA yang dianjurkan Sahabat Remy..sangka hamba sudah terlepas tarikh yang ditetapkan penganjur dan kecewalah hati dek tidak dapat menyertai GA sahabat yang baik hati ini..Namun syukur yang amat sangat kerana Sahabat Remy sanggup bertandang ke halaman hamba semata-mata untuk mengkhabarkan bahawa hamba sudah tersalah faham..hehe...rupanya tarikh tutup adalah pada bulan Februari (*.*)

Klik banner untuk ke halaman penganjur!!

   GA yang dianjurkan sahabat hamba ini tidak terlalu rumit..dengan itu, hamba seru semua pembaca nukilan hamba ini untuk turut serta dalam GA Sahabat Remy..tak rugi sahabat ikut serta..malah rugi kiranya tidak turut sama memeriahkannya...

p/s : Sahabat Remy antara sumber inspirasi hamba terus menukil di halaman

Sunday, 27 January 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......

Assalamualaikum sahabat...

   Sementara ada masa yang terlapang ni maka hamba dengan hati yang berbunga-bunga menerima jemputan Sahabat Keri untuk menyertai satu segmen yang dianjurkan Sahabat Apit...

Klik banner untuk ikut serta..!!
   Seperti yang diketahui ramai sahabat-sahabat hamba di halaman (chewaahh..konon!) ...asal hamba dari negeri Cik Siti Wan Kembang..yakni satu negeri dengan Sahabat Keri iaitu negeri Kelantan..jajahan yang hamba diami sahaja yang berlainan...bertapak hamba di daerah Machang....

   Di daerah kediaman hamba tidak banyak yang boleh dibanggakan melainkan Pasar Isnin yang sangat terkenal dengan barang-barang yang murah..maka tiada bandinganlah di kawasan lain..huhu..apatah lagi pada hari Isnin, paginya digelar Pasar Isnin, petangnya pula pasar petang dan diikuti dengan pasar malam...yakni tiba sahaja hari Isnin maka bertambahlah masalah lalu lintas di Machang...

   Malah bagi hamba kawasan jajahan Machang ini tersangatlah strategik kedudukannya yang berhampiran dengan Jeli untuk masuk ke Gerik, juga hampir dengan Kuala Krai untuk ke Kuala Lumpur melalui Gua Musang, dan hanya mengambil 15 minit untuk ke Tanah Merah yang semakin gigih dengan pembangunan serta kemajuan...

   Negeri hamba amatlah kaya dengan makanan yang pelbagai jenis..terutamanya kuih-muih yang tidak dinafikan tidak boleh didapati dengan sewenangnya di negeri lain..Lompat Tikam, Akok, Jala Emas, Buah Tanjung, Tahi Itik, Ketupat Sotong, dan banyak lagi..!! (tak sanggup hamba membayangkan semuanya dek perut sudah berghazal..huhuk)

   Perkara paling best di negeri hamba selain makanan pula...mengenai Menteri Besar yang kami bangga-banggakan iaitu Tuan Guru Nik Aziz..tiada pemimpin sehebat beliau abad ini dan hamba tersangat sayang serta hormat beliau walau tidak pernah bersua muka..kedua best pula bagi hamba semestinya Pasukan Red Warriors yang menggambarkan semangat kesatuan kami penduduk negeri Kelantan....mungkin cukuplah dua..terlalu banyak kelak nampak membanggakan negeri sendiri..huhu...

   Bagi memenuhi syarat segmen penganjur ni..maka hamba tag Sahabat Dylla dan Sahabat Baru (tidak hamba tahu nama panggilannya) kerana hamba juga berminat untuk tahu mengenai negeri-negeri lain (^_^)

Saturday, 12 January 2013

Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen

Assalamualaikum...

   Sebelum kesibukan melanda jadual harian hamba..eloklah hamba cuba bergiat aktif di halaman ini sementara masa masih ada..huhu...dan kali ini hamba terpaut pada segmen yang dianjurkan oleh Hanif yang buat pertama kalinya hamba ke halaman sahabat baru tersebut..

Klik Banner untk turut sama sertainya (^_-)
   Dan hamba berbesar hati untuk menjemput Sahabat Dylla dan Sahabat Kancil  yang pada kiraan hamba semakin sibuk dengan tugasan masing-masing untuk turut sama memeriahkan segmen ini (^_^)

Saturday, 5 January 2013

"Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod"

Assalamualaikum..

   Setelah lama tidak hamba menyertai mana-mana segmen mahupun giveaway..maka kali ini hamba mahu mencuba nasib melalui giveaway sahabat baru hamba anjurkan..Sahabat Wak Gelas telah sudi menjengah ke halaman hamba tempoh hari dan tidak salah rasanya hamba pula menyertai serta menyokong aktiviti yang dianjurkan sahabat nan satu ini...

Klik banner di atas untuk sama-sama memeriahkan (^_^)
   Selalunya hamba tidak bernasib baik dalam setiap anjuran giveaway...tapi tidak hamba bersedih dek niat hamba cuma mahu memeriahkan dan menyokong sahabat dalam membina identiti halaman masing-masing...jadi jom turut sama sertai segmen ni..tak susah pun kan (^_-)



p/s : Ini entri yang terlekat..entri baharu di bawah tau...!!


Wednesday, 8 August 2012

Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama phat corner

Assalamualaikum (^_^)

   Setelah beberapa hari sibuk dan tidak sempat mengikuti mana-mana panggilan bagi menyertai segmen..maka kali ini hamba melapangkan masa untuk turut serta berikutan sahabat Remy telah menjemput hamba...

Klik banner yer untuk ke halaman penganjur
   Tersurat sudah buat hamba yang sudah kehilangan nenek dan atuk kedua-dua belah ayahanda serta bonda hamba..maka raya hamba hanyalah di rumah hamba..di bawah bayungan daerah yang diberi nama Machang di negeri Cik Siti Wan Kembang...

   Ini bukanlah kisah atau kenyataan yang menyayat hati dan sedih kerana rumah hamba adalah tempat berkumpulnya keseluruhan keluarga yang besar daripada kedua-dua belah keluarga ayahanda serta bonda hamba...termaktublah ayahandan hamba sebagai abang yang terutama dan mendiang bonda pula puteri satu-satunya dalam keluarga..malah anak terkecil pula...

   Kesudahannya memang teramat meriah dan gamatlah rumah hamba yang tidak seberapa besar itu setibanya hari lebaran...memang tersangatlah penat melayan tetamu dari pagi ke malam...akan begitu, keseronokannya tak tergambar hebat dengan kegembiraan yang dikongsi bersama setelah lama tak bertemu mata...

Ini keluarga hamba..keluarga besar 10x ganda ramai dari ni..huhu 

Dengan segala hormatnya hamba menjemput sahabat-sahabat hamba untuk turut serta juga (^_^)

Sunday, 29 July 2012

Aku Terjah! Aku Follow! Apakah Itu?


Assalamualaikum...

   Setelah agak lama hamba tidak menyertai segmen..maka terbukalah hati ini dengan jemputan daripada sahabat Kancil yang pada kira hamba sudah lebih tiga hari memaklumkan hamba mengenai segmen ni ..

Klik pada banner ek untuk ke halaman penganjur
   Terjawab sudah sebab hamba mengikuti segmen ini selain turut sama memeriahkan segmen yang dianjurkan.. dan soalan kenapa hamba terjah pula dek kerana hamba juga turut diterjah sama..err..betul ke jawapan hamba ni (-.-) ..mohon maaf pada penganjur...

   Dengan sukacitanya pula hamba memaklumkan bahawa dengan ini hamba menjemput sahabat Remy, sahabat Dylla, dan sahabat Korn untuk turut sama sertai segmen ni..maaf andai menyusahkan..tapi hanya nama tuan hamba sekalian saja yang terseru di hati ..hehe...

p/s : Tapi hamba kurang pasti pula sama ada sahabat hamba yang diseru tu sudah turut serta segmen ini atau tidak..cuba jaya saja (-.-")


Wednesday, 4 July 2012

Cairan Bekuan

Assalamualaikum sekalian sahabat...


   Terkial juga hamba untuk menukil puisi ini dek terlalu lama mungkin meninggalkan kata-kata berbunga sebegini..tapi sebelum itu,mahulah hamba mengajak sahabat-sahabat hamba untuk turut sertai segmen gabungan dua sahabat ini.....

Klik banner di atas jika berminat
Jom turut serta :
____________________________________________________________


Lama sudah tersimpan
Sejuknya mencapai bekuan
Tak lebur dek pancaran
Tak hancur dek sinaran

Tika angin bertandang
Dinginnya bukanlah calang
Serasa ke si hitam tulang
Membawa rupa asalku datang

Itulah hati duhai tuan
Mudah saja terkena jangkitan
Marahnya mahu berlamaan
Tapi kasihan jua diutamakan

Ini bukan pacaran
Termaktub sekadar teman
Terbitkan kesucian hubungan
Jangan sekali dikotorkan

Kugenggam hati
Agar tak dibawa lari
Cukuplah berderai disakiti
Parutnya masih bersisa duri

Wednesday, 27 June 2012

Segmen Dari Jiakreatifelt : Header Dulu Hingga Kini Yang Terbaik

Assalamualaikum...

   Dek kekangan masa dan tidak sempat menyertai segmen yang dianjurkan setelah dijemput oleh sahabat Kancil..Maka hamba dengan sukarelanya mengundi tiga "header" milik halaman berikut sebagai pilihan hati hamba....

Alynn
Sahabat Kancil


this is me~kinara kinatara~cumey saje~
Kina

Jom mengundi sama...!!

   p/s : Hamba bukan undi sahabat Kancil sebab ambil hati ek..ni disebabkan motif "header" beliau dengan nama halaman sangat logik dek akal fikiran hamba (^_*)

Wednesday, 14 March 2012

Contest : Aku Suka Makan Coklat

Assalamualaikum semua..!!

   Percutian hamba yang agak panjang ni menyemarakkan rasa ingin menyertai apa sahaja jemputan dari para sahabat dan kali ini hamba teringin pula turut serta dalam contest ni dek kegilaan hamba pada coklat..tapi apalah daya dek sekarang hamba terpaksa berhati-hati memilih coklat kerana ketidakhalalnya kandungan coklat tersebut...huhuk (T.T)

Klik banner dan join!!
   Termaktub hamba sukakan coklat dek kemanisannya seolah memberi hamba tenaga untuk bekerja..sekiranya hari hamba agak lesu kerana mengantuk..coklat jugalah yang dapt memberikan hamba satu kuasa yang menaikkan semula semangat hamba (^_^)
   Apatah lagi andai hamba kekurangan selera untuk makan...lihat sahaja coklat mesti selera hamba akan kembali semula..malah hamba juga dapat mengenyangkan perut dengan memakan coklat sahaja seharian..hehe (tabiat yang agak teruk) 

Tuesday, 13 March 2012

Jom Jadi Geng Kami Blogger Malaysia

Assalamualaikum sahabat..!!

   Dek kelapangan yang ada (sebab malas lapangkan masa dengan tugasan)..maka hamba dengan berlapang hati ikut serta dalam segmen kali ni setelah dialukan oleh sahabat Kancil 

Klik banner ek ikut serta (-_^)
   Asal usulnya hamba datangnya dari negeri Cik Siti Wan Kembang..hamba ini orang jatinya Kelantan..maka dengan ini hamba juga harapkan sahabat hamba dapat turut serta...

Tuesday, 14 February 2012

Segmen Sahabat Alif

Assalamualaikum sahabat..!!

   Dek kerana hamba ini tidaklah kreatif dalam melukis..maka hamba cuba juga untuk menolong sahabat hamba..Alif Ismail..untuk mempromosi segmen yang dianjurkan...

Segmen Seni : Make Over Me Contest

Entri Melekat 2012


Anda seorang yang kreatif, berimaginasi tinggi serta mempunyai bakat melukis yang terpendam???

curahkan segalanya dalam segmen:

"Make Over Me Contest 2012"





Hadiah Utama:
1. Wang Tunai / Top-up RM50.00
2. Satu Karekter Doodle Istimewa
3. Sijil Pemenang

Hadiah Kedua:
1. Wang Tunai / Top-up RM20
2. Satu Karekter Doodle Istimewa
3. Sijil Pemenang

5 Hadiah Saguhati
Karekter Doodle Istimewa
Sijil Penyertaan



Bagaimana???? anda dapat lihat dengan jelas gambar hamba Allah di atas tu??? apa tunggu lagi, serlahkan bakat anda dengan menyertai segmen ini. Jangan risau, penilaian BUKAN bergantung kepada kepakaran semata-mata tetapi, ke-KREATIFAN anda adalah keutamaan yang DIBURU..!!!!

""Segalanya boleh berlaku dengan kuasa imaginasi anda!!""

klik di sini untuk sumber gambar original


TARIKH TUTUP: AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN



Syarat-syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada semua warganegara malaysia yang mempunyai bakat dan kreativiti dalam melukis.

2. Kaedah lukisan adalah bergantung kepada anda samada ingin menggunakan teknik tradisional (lukisan tangan) ataupun teknik moden (menggunakan software komputer). Ingat, kepakaran bukan yang dicari, tetapi kreativiti anda dalam mengolah gambar tersebut yang DIUTAMAKAN..!!
3. Seperti biasa anda perlu membuat satu entry dan menampal poster diatas (link kan ke entry ini) beserta hasil karya agung anda kemudian tinggalkan link penyertaan anda di bahagian kotak komen entry ini.

3. Pertandingan akan dibatalkan andai peserta kurang dari 20 blogger (jadi, anda perlulah mengajak rakan-rakan blogger seramai yang boleh..)

4. Pertandingan ini hanya menggunakan gambar yang dibekalkan di link ini dan bukan gambar anda, saudara-mara anda atau rakan-rakan anda ye. 

5. Segala keputusan pengadilan tidak boleh dipertikaikan...

Apa tunggu lagi??? serlahkan kreativiti anda sekarang juga!!!!!!!!


MEMBURU IMAGINASI

Monday, 13 February 2012

Saya Tersenarai dalam 1,000 blog terhebat

Assalamualaikum semua!!

   Seusai semua segala kerja hamba malam nan dingin ni..sempatlah hamba menyertai segmen seorang sahabat baru yang telah datang bertandang ke halaman hamba..Maka tersuratlah hamba dijemput oleh tuan empunya segmen untuk turut sama dan hamba dengan rela hatinya.....

  Jika tidak salah ingatan hamba..hamba ini pengguna blog design.. Maaflah andai salah dek hamba ini cepatlah lupa perihal ini..huhu..ampun yer tuan segmen (^_-)
Klik banner ek untuk turut sama


Monday, 6 February 2012

SEGMEN PENGOMEN TEGAR BY FYQA COMEL

Assalamualaikum!!

Setelah sekian lama tudak bersegmen..maka kali ini hamba sedikit lapang untuk menyertai dan menyokong sahabat di halaman (^_^)

Klik banner ke halaman Anak Munsyi
   Halaman sahabat baru hamba ni tersangatlah kemas..tidaklah berserabut seperti halaman hamba ini..huhu..kalau tuan hamba idak percayakan hamba..apa salahnya tuan hamba pergi menapak sendiri di halamannya dan lihat sendiri..

Jadi jomlah sama-sama kita membantu sahabat hamba yang masih baru berhalaman ni!!


Thursday, 26 January 2012

Hamba terkena kali ke-6!!

Assalamualaikum!!

   Hamba ingatkan sudah tamat permainan ni tapi masih wujud lagi..Jadi demi sahabat baik hamba, Cikgu Kancil..maka hamba terjebak lagi kali ini..dan nah ini peraturannya..hamba juga hampir terlupa..hehe.....


   Ini pula soalan yang diajukan dari sahabat hamba...

Siapa idola anda?
Hamba jadikan ayahanda hamba sebagai idola mengejar cita-cita...

Apa sebabnya anda memilih dia menjadi idola anda?
Walaupun ayahanda hanya guru mengaji al-Quran di kampung tetapi dirinya sabar meneledani setiap muridnya yang pelbagai karenah hingga kebanyakkannya berjaya khatam sebelum sekolah menengah

Pandangan anda mengenai negeri Sabah?
Sabah pada hamba negeri yang damai..teringin pula mahu menikmati ketenangan di sana 

Tempat yang paling cantik pernah anda kunjungi?
Pada hamba..tempat yang sejuk mata memandang semuanya cantik..apa lagi andai lamannya dihiasi sawah padi..nyaman je rasa hati


Nama tempat paling pelik pernah anda dengar atau lihat?
Sudah terlalu banyaklah nama tempat yang pelik hamba dengari dan lihat sendiri...huhu...

Kereta impian anda?
Hamba peminat kereta CRV


Rumah impian anda?
Lebih kurang macam ni la...halaman yang bertatahkan kehijauan alam


Negara yang anda ingin lawati?
Teringin sekali hamba ke Mekah dan Madinah...menatap indahnya ukiran masjid di sana..terutamanya Masjid Nabawi


Kenalkan Kancil satu blog yang paling baik?
Sahabat hamba yang selalu berkunjung ke halaman hamba semuanya baik..

Mengapa pilih blog tersebut?

Tidaklah hamba tahu yang mana paling baik sebab kesemuanya memang terbaik (^_^)

Jika ada lima bintang, kamu bagi blog Kancil berapa bintang?
Hamba bagi halaman tuan hamba full marks..heheh

   Ini pula soalan hamba untuk sahabat yang singgah membaca di sini..andai sudi..jawablah di ruangan 'bermadah pujangga" tu ek (^_-)

1) Serabut ke idak halaman hamba ni?
2) Sahabat bagi pendapat cket boleh tak tentang halaman hamba?
3) Teruk ke penulisan hamba?
4) Sahabat ada cadangan tak tentang cara hamba menukil ni?
5) Apa pandangan sahabat tentang hamba dan halaman?
6) Siapa antara sahabat yang meminati CRV seperti hamba?
7) Tuan hamba sukakan kereta yang berwarna...?
8) Bagaimana pula dengan rumah idaman kalian semua?
9) Warna pilihan rumah impian tuan hamba?
10) Kenapa tuan hamba memilih warna tu yer?

Monday, 16 January 2012

"SEGMEN NASZ : AKU DAN RAKAN-RAKAN BLOGGERKU"

Jom klik banner untuk turut serta
   Sudah beberapa purnama jugalah hamba tidak menyertai mana-mana segmen sehinggalah En.Nasz, sahabat hamba yang sering berkunjung ke sini sendiri yang menganjurkannya...Maka itu hamba perlulah mencerekakan cerita yang dipanggil blogreview salah seorang sahabat hamba...

   Dengan ini hamba dengan bermurah hatinya telah memilih sahabat hamba yang selalu meninggalkan kata-kata hikmah dan pendapatnya di halaman hamba tanpa diminta..Sahabat hamba ini digelar Keri Ikhwan yang terkadang agak terus-terang dalam menyampaikan seuatu pengajaran dan teguran terhadap karenah manusia di duniawi ini..

   IlusiDunia

   Jemputlah ke halaman sahabat hamba nan seorang ini..Sahabat hamba ini tak lokek ilmu berkongsi ilmu duniawi mahupun untuk bekalan di akhirat nanti..terkadang ada juga si empunya halaman akan berpuisi dalam menyampaikan maksud di hati...tapi tuan hamba sekalian harus ingat tag line sahabat hamba ni sebelum terjah ke halamannya..huhu..
"Awas! Ada kaitan dengan orang yang masih hidup dan yang akan mati"

Sunday, 8 January 2012

Segmen Siapakah Nama Saya?

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Klik banner ek (^_^)
   Setelah ditag oleh sahabat hamba, Keri Ikhwan...maka hamba dengan hati yang senang turut serta dalam segmen yang kiranya sudah agak lama hamba tidak turun padang ini..huhu..Terima kasih juga pada empunya segmen yang memiliki halaman yang tersangatlah comel...

   Beberapa minit yang memakan masa hampir setengah jam..tidaklah hamba mahu membuang masa lagi termenung ke luar tingkap seorang diri di malam hujung minggu..maka fikir hamba mungkin nama ini yang sesuai dek kecomelannya itu...
"Cuty Mia"
   Kartun tu meningatkan hamba pada anak buah kesayangan hamba bernama Damia...muka yang bulat dan comel..Cuty pula untuk menambah kecomelan semasa menyebut  nama Mia tu..ce tuan hamba sebut dengan muka yang agak comel..mesti terasa diri sendiri pon comel kan..heheh (hamba tengah merapu ke ni??)

   Maka di sini hamba perlu mentag dua orang sahabat hamba..dan inilah yang menjadi pilihan......Tuan PuteriDylla Abas...hehe...

DAMIA

Monday, 26 December 2011

ALIF ISMAIL buatkan free animated

Assalamualaikum..!! (^_^)

Bagaikan ceria hari hamba bila mengetahui perihal sahabat hamba yang baik hati sudi meringankan tangan membantu menceriakan halaman hamba yang daif ini..Maka inilah tiga gambar yang hamba jadikan pilihan...

Dek kebaikan hati sahabat yang sudi membantu..kantoi sudah wajah hamba..huhu

I
I
I
I
I
I
I
I
I
V







p/s : Terima kasih En.Alif yang baik hati (^_-)



Wednesday, 7 December 2011

Contest : I Love My Blog

Klik banner ek untuk join!
   Hamba diminta menyatakan sebab hamba sangat sayang akan halaman hamba ini..maka tidak lainlah jawapannnya..melainkan.....

Hadir halamanku ini
Sebagai titik takdirku

Meluahkan yang terpendam
Dalam kiasanku

Mengikis memori silam
Walau penuh syahdu

Melupus manisnya kenangan
Digenangi sendu

Mengembali semangat juang
Yang hampir tidak berlagu

Inilah halamanku
Dipenuhi penulisanku
Dihiasi titipan kasihku
Dicurahi kedegilan batinku!

p/s : tiba-tiba hamba mahu menukil puisi..maaf yer empunya penganjur..hehe

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail