Showing posts with label Teduhan Seorang Hamba. Show all posts
Showing posts with label Teduhan Seorang Hamba. Show all posts

Friday, 19 October 2012

Pertandingan Nasyid Terbuka IPT / IPTS

Assalamualaikum sahabat hamba...

   Alhamdulillah dapat juga hamba menapak di halaman ini setelah beberapa hari terleka dengan keletihan duniawi dek sibuk dengan latihan nasyid untuk pertandingan anjuran Institut Latihan Perindustrian terbuka bagi IPT dan IPTS...Setelah dua minggu berhempas-pulas menjalani latihan siang dan malam..maka dua malam yang lepas berlangsung sudah pertandingan yang ditunggu-tunggu.....


   Syukur ke hadrat Illahi ekoran kami memperoleh tempat ketiga dek kalah pada dua pasukan lelaki..huhu..tapi kiranya kami di tempat pertama sekiranya kategori dibahagikan kepada wanita dan lelaki..hehe...Walau bagaimanapun kami tetap bersyukur ekoran kami dapat menjangkakan bahawa kami akan kalah pada pasukan lelaki berikutan kekuatan suara yang dimiliki mereka...

   Maka inilah pertandingan kali terakhir bersama kakak senior yang bakal menempatkan diri di sekolah pada tahun hadapan..secara tidak langsung hambalah bakal peneraju kumpulan nasyid baharu kelak..bukan mudah dapat hamba cari pengganti ahli dek ramai yang pandai menyanyi tapi tidak semua memiliki suara nasyid yang tersendiri (-.-;) ...doakan hamba berjaya nanti!!

Thursday, 11 October 2012

Angklung_SDP_Seni Dalam Pendidikan

Assalamualaikum sahabat...

   Pada sesi terakhir kelas Seni Dalam Pendidikan beberapa hari yang lepas, kami mempelajari cara bermain angklung..hehe..pada firasat hamba..semestinya ramai yang tidak tahu alat muzik ni...jom sama-sama tengok video kami...lagu ni bertajuk "Keroncong Untuk Ana"....



p/s : Kami tengok depan tu sebab ada kod / not muzik..hehe

Wednesday, 3 October 2012

Program Profesion Saham Akhirat

Assalamualaikum sahabat...

   Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar semalam..persembahan kami pada awal majlis mendapat banyak pujian daripada sahabat yang lain..syukur sangat kerana hamba yang menjalani hanya tiga kali latihan  bersama kakak-kakak senior dapat melakukannya sehabis baik...kakak senior nasyid semuanya sekelas dan hamba sahaja yang junior..huhu (betapa tak pemalunya hamba ini)


   Seronok dapat mendengar ceramah mengenai "Profesion Saham Akhirat" yang disampaikan oleh Ustaz Asyraf...sesuai dengan kami bakal pendidik..sayangnya hamba tak berpeluang mengambil video penuh ceramah tersebut dek terpaksa balik awal..esok harinya hamba mempunyai ujian subjek Seni Dalam Pendidikan...memang agak kalut jugalah dek tidak menyentuh kulit buku sekalipun (-.-") 

p/s : Ujian tadi tersangatlah "mudah"..sadis yang amat

Sunday, 2 September 2012

Oppa Gangnam Style_Menghibur Hati

Assalamualakum..

   Saat hamba sedang berperang dengan emosi dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang perlu dihantar dalam tempoh waktu terdekat ni..hamba rasa amat memerlukan sesuatu hiburan bagi menghilangkan semua tekanan..

   Dek kini sibuk dengan lagu Oppa Gangnam Style..hamba pun turut sama menyibukkan diri melihat-lihat video di Youtube..tersangat banyaklah yang keluar termasuk Raya Style dan macam-macam lagi..tergelak juga hamba menonton aksi yang pelbagai semua tu untuk meniru video yang sebenar ni..huhu


p/s : Selamat berhibur (^_^)

Sunday, 20 May 2012

Legasi Mat Che Su

Assalamualaikum sahabat..

   Walau hamba diperantauan tidak dapat cuti dek kemenangan Kelantan malam tadi..tapi tempias kejuaraan tetap terasa hingga sanggup tidak menyentuh mana-mana buku malam tadi untuk menonton bola..alhamdulillah semuanya berbaloi..hehe (^_-) ...


   Bawah ni pulak lagu penaik semangat anak-anak negeri Cik Siti Wan Kembang...


Mungkin ini rahsia kejayaan...

Saturday, 14 April 2012

Wali Band - Doaku Untukmu Sayang

Assalamualaikum sahabat..

Kala hati kesepian
Titisan manik jernih mudah sahaja keguguran
Walau hanya lagu ini kudengarkan


Saturday, 7 April 2012

15 Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:


1) Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2) Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3) Zakat dijadikan hutang.
4) Suami memperturutkan kehendak isteri.
5) Anak derhaka terhadap ibunya ---> sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
6) Suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
7) Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
8) Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
9) Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
10) Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
11) Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
12)Para artis-artis disanjung-sanjung.
13) Muzik banyak dimainkan.
14) Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). 


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

Hadis Riwayat Termizi...

p/s : Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Tuesday, 28 February 2012

Urusan Pertama

Assalamualaikum..!

Setelah dua minggu penat hamba menjalani kesibukan..usailah sudah urusan pertama hamba..yang berkehendakkan hamba dan ahli tarian membuat persembahan pada Karnival Permainan Tradisional 

Inilah Tarian Zapin Malaysia (raptai)

p/s : Masih berbaki satu persembahan setelah lagi satu persembahan terpaksa ditolak dengan alasan yang kukuh dek kesibukan yang melampau

Tuesday, 31 January 2012

PENDAM_Shahir

Assalamualaikum sahabat...

   Agak terkilan pula hamba kali ini dek tidak dapat menukarkan lagu di halaman hamba ini...gusar juga di hati andai sahabat kian bosan melayani halwa telinga yang sama bila berkunjung ke sini...

  Setelah terjumpa hamba dengan lagu yang terkena terus terlekat di jiwa..maka mahulah hamba memperdengarkannya..namun apakan daya bila lagu baharu ini belum lagi ada dalam senarai lagu yang ditawarkan...huhuk (T.T)




Aku yang mengejar bayang
Cinta kian terbiar
Terpendam kata tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Aku yang mengejar bayang cinta

p/s : sungguh mendalam setiap garis liriknya

Monday, 9 January 2012

PATAH SERIBU_Shila Amzah

Assalamualaikum dan selamat malam!!
Alangkah baik andai dia tahu lagu ni dituju khas buat dirinya...



Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Patah seribu hatiku
Bila mengenang segala yang kita bina bersama
Haruskan ku lupa engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relaku
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkan dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kn ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua
Hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskan ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga diriku
Pergilah...

Friday, 6 January 2012

Lagu Klasik

Assalamualaikum sahabat hamba...

   Serasanya tidak cukup sepuluh jari mahu hamba memohon ampun kerana terabaikan halaman hamba ini dek kesibukan sebermulanya kehidupan seseorang yang perlu mendahulukan mencari ilmu di perantauan ni..

   Kelapangan ini..teringat pula hamba dengan cerita klasik yang satu ni..satu lagunya terlekat di hati hamba dek keunikan muzik..kesantunan suara dan yang paling penting..liriknya mengusik jiwa hamba..Maka hamba perdengarkan.....



Monday, 21 November 2011

20.11.2011

Assalamualaikum dan selamat malam buat sahabat yang sudi bertandang ke halaman hamba (^_^)

   Mungkin ramai yang tidak sedar akan keunikan tarikh hari ini...walhal tarikh 11.11.11 diagung-agungkan..sedangkan ada sahabat hamba yang bercerita mengenai kebangkitan anak iblis pada hari yang dijulang itu..Nauzubillah.....

   Maka sempena tarikh 20.11.2011 ini..hamba nukilkan sebuah puisi buat sahabat tentang.....


"CINTA"

Cinta itu buta
Tak mengenal usia
Tidak juga pada rupa
Tapi hanya pada hatinya

Andai cinta itu datang dari hati
Sayang pasti meruapi sanubari
Kasih sudah tidak dapat disingkapi
Hanya gurindam rindu yang memahami

Cinta ibarat mawar yang berduri
Keindahan yang pasti melukai 
Walau parah hatinya dijahanami
Tapi cinta tetap disanjungi

Barangkali sakit itu bahagia
Bukan derita diseksa
Sedangkan bergelumang sakit yang dirasa
Seperti cinta itu boleh merawat segalanya


p/s : Mood terumbang-ambing di rumah dek rasa kehilangan yang tidak diketahui punca

Monday, 7 November 2011

Ciri Lelaki Yang Aku Idamkan

Maka dikhabarkan di hari raya ini hamba kurang dapat memerah fikiran untuk menukil sebarang entri buat pengunjung halaman hamba...dan disebabkan itulah hamba menyertai segmen empunya doodle yang comel ni..Nak bagi pendapat jugak x?? Klik la kat gambar kat bawah eah...
Setelah diteliti sedalamnya..dengan itu tersenarailah 10 ciri lelaki idaman hamba atau dengan kata yang mudah..ciri-ciri inilah yang selalu hamba doakan agar ada dalam diri lelaki bergelar suami hamba nanti...

1) Bertanggungjawab
2) Beriman
3) Penyayang
4) Prihatin
5) Penyabar
6) Menjaga kebersihan
7) Mempunyai pekerjaan yang boleh menampung keluarga
8) Tidak merokok
9) Mementingkan keluarga
10) Boleh bertolak-ansur

Selesailah sudah pencirian lelaki idaman hamba..apa pula ciri-ciri Dylla Abbas, Lala Lalang, Bai'ah Wafiyah & Eida Arina.....?? 

Sunday, 16 October 2011

Hanya ini yang mampu hamba kongsikan...

Setelah beberapa lamanya hamba tidak berkongsi rasa dan segala di sini dek kesibukan yang melampau..hamba cuba untuk berkongsi pekerjaan hamba yang sibuk itu..TARIAN + BOLA BALING + PEPERIKSAAN + KENDURI DI RUMAH SAHABAT dan bermacam lagi..

Maka hamba cuma mahu berkongsi beberapa persembahan tarian yang telah hamba jayakan bersama ahli tarian hamba yang lain sepanjang dua minggu ini sempena Program Sukarelawan Muda Mudi ( VIP : Yang Berhormat Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil) & Minggu Kokurikulum di tempat pengajian hamba..

Terdapat tiga jenis tarian kesemuanya...akan tetapi hamba sungguh terkilan dek tidak dapat berkongsi dengan para sahabat disebabkan saiz videonya yang terlalu besar..

Serakian itu..hamba dengan rasa terkilan..hanya mampu berkongsi video sem lepas..saat hamba dan rakan-rakan menyertai Pertandingan Nasyid Minggu Penghayatan Islam dan mendapat johan..sekaligus menjadi pelapis nasyid di tempat pengajian hamba ini..




p/s : maaf andai perkongsian ini menyakitkan telinga para sahabat

Wednesday, 12 October 2011

lirik lagu : ISTIKHARAH CINTA

Lirik lagu ini hamba pamerkan khas buat sahabat yang datang melawat di halaman hamba..silalah menyanyi ek sambil menitip tulisan di halaman ini...hanya ini yang mampu hamba hulurkan buat sahabat yang sudi berkunjung..mengikut kiraan hamba..ramai sahabat hamba yang suka akan lagu ni..jomlah nyanyi.....

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta...

Thursday, 22 September 2011

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail