Saturday, 12 November 2011

Awan Nan Biru

Klik pada gambar untuk ke halaman empunya  peraduan

Pada awan nan biru
Kulakar kata-kata
Pada langit cerah itu
Kan ku panah segala cereka

Dengarlah duhai mentari
Suara hatiku yang sedang menyanyi
Menerbangkan jiwa
Merentasi warna-warni pelangi

Belum tiba giliranmu gerimis
Jangan lagi engkau menitis
Biarkan jalanan panjangku
Menjadi pentas luahan

Andai kau fahami hikayat ini
Seribu tahun belum terhakis
Sebagai arca pembuktian
Pengertian sahabat yang setia

Waima hanya kucing biasa
Aku tahu duka manusia
Mengerti juga hati mereka
Walau dianggap hanya hamba

p/s : hamba interpretasikan dari sudut fikiran Si Kucing

Friday, 11 November 2011

Hamba terkena kali ke-2!!

Arakian ditag oleh sahabat hamba..maka terpaksa relalah hamba melayani setiap soalan mengikut terma dan syaratnya..huhuk..

 Rules

1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back.
7. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.


Sekali undang-undangnya dalam bahasa penjajah kita pulak..dan bagai digertak..fikiran hamba terketar-ketar memikirkan perkara apa yang patut hamba tebarkan bersama di sini yang segalanya memperihalkan tentang diri hamba......

1) Hamba 3nogr33ny (urmm...boleh eah macam ni??)
2) Samaran hamba Hanis / Noor / Eno / Mc Noor / Cik Su / Farhanis... ( ada lagi tak ek?)
3) Hamba guru pelatih
4) Bakal mendidik anak-anak istimewa
5) Hamba anak ke-9
6) Minat hamba menari
7) Hamba suka bersukan
8) Hijau sebagai kegemaran
9) Kuning bukan kesukaan
10) Rasa nak pengsan menglipur lara diri sendiri 

Usai itu..mulalah hamba merentas soalan daripada En.Junk...

1. Siapa nama cinta pertama kamo?
---> andai cinta monyet..Fazuanlah jawapannya...andai cinta manusia..Irwanlah orangnya

2. Kalo anda ada duit sejuta, kemana kamo nak habiskan duit tu?
---> teringin sekali hamba mahu ke Tanah Suci bersama ayahanda hamba...dan selebihnya akan hamba belanjakan untuk memenuhi kehendak diri dan orang yang hamba sayangi...termasuklah mereka yang bernasib agak malang

3. Binatang ape yang korang paling takut?
---> hamba takut dengan binatang yang boleh membawa maut semacam berbisa dan bergigi taring

4. Bahagia tak dgn GF/BF sekarang?? jujur ye!!!
---> tanpa cinta manusia..hamba masih bahagia dengan cinta Yang Maha Kuasa

5. Dah brape lama korang kapel?? 
---> hamba dan Yang Maha Pengasih sudah lama bercinta..cuma hamba sahaja yang seakan baru sedar cinta Dia lebih dari segalanya

6. Bila nak kawin??
---> sesudahnya tiba jodoh hamba yang sebetulnya hadir dalam hidup hamba dan kedudukan ekonomi hamba sudah stabil

7. Nak bulan madu brape lama?
---> tidak pulak terlintas di fikiran hamba..mungkin jugak tidaklah terlalu lama memikirkan bebanan sebagai guru kelak yang tidak boleh tidak hamba mengabaikan anak didik terlalu lama

8. kalo kamo diberi kebenaran untuk bunuh orang, sape orang pertama anda nak bunuh? hahaha
---> disebabkan tidak terlintaskan sesiapa...maka tuan hambalah calonnya

9. Beri sebab kepada soalan no 8.
---> menyebabkan hamba terjebak dalam soalan bermacam bagai ini

10. Ape yang best sgt smpai korang berblogging ni??
---> sahabat hamba yang kenalkan hamba dengan dunia berhalaman ni dan hamba pula petagih yang tegar terhadap aktiviti ini dek rasa kesukaan yang melampau

11. Kenapa korang tak komen blog aku? haha..
---> tuan hamba jangan tipu tau..hamba komen ler..ce tuan hamba tengok balik..hehe.....

Belum selesailah tugasan hamba kali ini tanpa mengemukakan semula beberapa soalan kepada...Queen Teratai, Faaeinz & Gen2Merah..hehe..jangan marah ea...

1) Apa warna kegemaran tuan hamba?
2) Kenapa tuan hamba suka akan warna tu?
3) Bagaimana boleh tuan hamba terjatuh cinta pada warna tu?
4) Siapakah inspirasi penulisan tuan hamba di halaman atau blog?
5) Bila tuan hamba selalu mendapat curahan fikiran untuk menulis setiap kalinya?
6) Siapakah penulis kegemaran tuan hamba di halaman sesawang?
7) Siapa pula penulis yang tuan hamba disukai dalam novel, majalah, atau seumpama dengannya?
8) Kenapa tuan hamba suka akan penulisan seperti penulis yang digemari?
9) Penulisan hamba ini pada pandangan tuan hamba..bagaimana yer? Ikhlaskan diri tau...
10) Sudi tak kiranya tuan hamba memberi pendapat bagi penambahbaikan penulisan hamba??

p/s : Terima kasih hamba hulurkan pada orang yang mentag dan orang yang ditag
Moga ukhuwah antara sahabat di halaman makin erat dek aktiviti soal-menyoal ni...

Syukran Ya Allah..!


Ujian yang bertimpa dariMu
Kian meracau dalam diri aku
Namun masih bukan musibah bagiku
Seluruhnya menggambarkan sesuatu

Dan aku tahu
Itulah lambang cintaMu padaku
Juga seluruh kerabatku

Sabarku meniti waktu itu
Mengocak keimanan
Mencabar ketaqwaan

Maka benarlah
Engkau menyayangiku
Kerana bahagia masih milik aku
Terima kasih Ya Allah!


p/s : motor ayahanda hamba sudah ditemui...alhamdulillah!

"SEGMEN SIMPLE : NASZ AJAK BACA POST PERTAMA SAYA"

Oleh itu..inilah entri pertama hamba...
Klik pada header hamba yang lama ni ea...



p/s : Maaflah andai belakangan ni hamba sibuk je dengan segmen..ini je yang mampu supaya halaman hamba tidak bersawang...
hamba kurang mendapat pemikiran dek sibuk dengan peperiksaan.....

Thursday, 10 November 2011

segment | Santai Blogger!

Barangsiapa nak join..klik banner ek

   Ramai sahabat hamba sudah maklum hal ni...tapi bagi memenuhi syarat segmen..maka hamba dengan rela hati memperihalkan semula sebab dan akibat hamba menamakan halaman hamba sebegini...

3nogr33ny sebenarnye dari Enogreeny...

   Eno antara panggilan sahabat zaman muda mudi hamba...tapi sekarang sudah meningkat usia lain pulalah penggilannya..dan sememangnya banyaklah nama timangan hamba dek nama sebenar hamba yang panjang dan gelaran-gelaran dalam keluarga yang telah pun hamba dapat sejak kecik hingga memperoleh 15 orang anak buah..huuu....

   Greeny tu hijaulah kan..ke tuan hamba fantasikan warna lain?? huurmm...
Maka teramat sukalah hamba dengan warna yang diibaratkan penuh kedamaian ini...dari hamba kecik sampai sekarang besar sudah hamba masih setia menyukai warna nan satu ini...

   Dan dengan bangganya hamba tag sahabat hamba yang bernama Siti Hidayah & Zulfattah...

   Setelah itu..tamatlah critera hamba kali ini..dan hamba mohonkan maaf andai panjang pula nukilan paling ringkas hamba ini.. (^_-)v PEACE NO WAR!!

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail