Wednesday, 30 May 2012

Detik

Telekuku kaku
Dayaku tak mampu
Cuma duduk termangu
Mengira sisa-sisa waktu
Tidak mahu terus pergi berlalu
Detik ini sangat hasad dan cemburu
Memutar saat masa tanpa izin dariku


p/s : Masa cuti hamba kian singkat...

Saturday, 26 May 2012

Kelemahan Iman Sendiri

Assalamualaikum...

   Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan-Nya..hamba berjaya mengharungi kesemua kertas peperiksaan dengan sabar dan berjaya dalam pra-test motor siang tadi...lapang rasa di dada dek sedikit beban hanya tinggal sisa berbaki...

   Tapi hati tetap rasa terkilan dari peristiwa siang tadi..betapa lemahnya iman hamba yang hanya mampu membenci di hati tanpa menzahirkannya dek kata dan tingkah nan terkunci rapi...astaghfirullahalazim....sedih dengan diri sendiri melebihi dari apa yang terpandang dek mata ini..

   Maka tersebutlah al-kisah hamba ke tempat pra-test motor siang tadi menaiki van yang tidak jemu membawa hamba dan sahabat lain ke tempat pengambilan lesen dan menghantar kami pulang semula ke destinasi asal seperti selalunya...sesampainya kami ke satu destinasi...arakian naiklah seorang insan yang berpakaian cantik sekali..siap dengan segala perhiasan diri..terdetiklah pujian hamba di dalam hati

   Setelah itu..insan ini meminta pemandu mengambil rakannya di satu kedai makan...maka rakannya terus menaiki van setibanya kami di situ..melihatkan warna rambut dan cara berpakaian kedua-dua sahabat ini..hamba fikir mungkin ini keturunan baba nyonya dek bahasa mereka tidaklah pelat untuk berbahasa Melayu...sebelum menutup pintu van..rakannya insan tadi mengurut dada dek keletihan dan mengujarkan, "Astaghfirullahalazim..." dan menutup pintu dengan ungkapan " Bismillahirrahmanirrahim.."

   Terkedulah hamba dengan tidak terkutik dan tidak terkata apa-apa...insan nan seorang lagi dibelakang pula menguap..seraya menuturkan "Allahuakbar.." ...Maka bertambah nanarlah fikiran hamba lalu berpaling pada sahabat hamba di sebelah..rupanya sahabat hamba juga seperti bingung memikirkan sesuatu dan kami berpandangan sekejap membiarkan hati masing-masing menyimpulkan setiap sesuatu...

   Dan hingga ke saat ini hamba agak tidak tenang mencernakan fikiran hamba yang masih kurang ilmu dunia ini..banyak persoalan yang bermaharajalela sewenangnya bersarang di kepala...harap sahabat sekalian mampu membantu hamba sekurang-kurangnya...

--> Tidakkah mereka tahu hukum agama?
--> Tidak takutkan mereka pada Allah yang Esa?
--> Salah siapa dalam membina jati diri mereka?
--> Bagaimana mahu menyedarkan insan seperti mereka?
--> Didikan agama kurang atau mereka masih kurang kesedaran..?

   Terlalu banyak perkara yang mahu hamba persoalkan..tapi biarlah setengahnya hamba simpan sahaja dalam ingatan agar tidak keterlaluan...bukanlah hamba mahu menghina mereka atau membenci golongan seperti ini..tapi timbul  rasa kasihan dengan insan-insan sebegini..mungkin mereka ada sebab sendiri kerana dari percakapan mereka tadi seperti golongan yang baik-baik..hanya pakaian dan penampilan sahaja yang membezakan kami...
Wallahu'alam.....

p/s : Maaf..coretan kali ini panjang dek rasa hati yang terbungkam

Wednesday, 23 May 2012

Tuesday, 22 May 2012

Hubungan Sesama Manusia

Assalamualaikum..

   Alhamdulillah sempat hamba mengintai dari tabir halaman walau sibuk dengan minggu belajar..apa lagi dengan persediaan untuk pertandingan sukan antara IPG nanti..Jumaat pula pra-test motor..huu (~.~) hamba hanya mampu harapkan Yang Esa untuk membekalkan hamba kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala..

  Tapi dalam masa yang sama..tidaklah patut kita melupakan hubungan sesama manusia yang perlu dijaga..mana mungkin kita tahu kebaikan atau kekhilafan kita ini bakal memperoleh balasan dunia atau akhirat atau kedua-duanya...Jadi tidaklah salah jika kita berhati-hati dalam menutur sebaris kata kerana itu mungkin akan menjadi bisa..tingkah kita juga jangan lupa untuk dijaga agar tiada yang akan terasa...
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesan yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhakakan kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya."
(Al-Israa' 17:7)

   Coretan ini khas ditujukan buat diri hamba sendiri yang masih dalam proses memperbaiki kekhilafan diri..semoga sama-sama kita beramal dengan segala ilmu yang diperolehi..!


p/s : kakak kedai makan bagi buah Kuini..rezeki hamba hari ni (^_^)


p/s : Doakan keberjayaan hamba menjawab kertas Anatomi & Fisiologi esok hari yee..!!

Sunday, 20 May 2012

Legasi Mat Che Su

Assalamualaikum sahabat..

   Walau hamba diperantauan tidak dapat cuti dek kemenangan Kelantan malam tadi..tapi tempias kejuaraan tetap terasa hingga sanggup tidak menyentuh mana-mana buku malam tadi untuk menonton bola..alhamdulillah semuanya berbaloi..hehe (^_-) ...


   Bawah ni pulak lagu penaik semangat anak-anak negeri Cik Siti Wan Kembang...


Mungkin ini rahsia kejayaan...

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail