Assalamualaikum semua sahabat...
Maka kini bermulalah fasa kesibukan dek selepas cuti berhari raya, pensyarah dan guru pembimbing masing-masing berpusu-pusu datang untuk menyelia...belum lagi dihitung tentang penulisan rancangan pengajaran harian, persediaan bahan bantu mengajar, dan fail yang perlu dilengkapkan...tambah lagi dengan assignment yang wajib dihantar pada minggu ini..bukan satu, tapi dua...huhuk...
Berjagalah hamba dan rakan sebilik pada setiap malamnya..dan genap dua malam hamba tidak tidur malam dek cuba menyiapkan kerja-kerja yang perlu dijayakan dalam tempoh masa tertentu ni...amatlah tertekan dengan kerja serta kesihatan diri yang semakin teruk dek batuk yang berpanjangan selama dua bulan serta demam yang belum kebah sepenuhnya...
Setelah melelapkan diri sekejap dek menanggung pening yang amat apabila terkena hujan waktu Pendidikan Jasmani tadi pagi, tiba-tiba hamba merasakan fikiran, emosi, dan jiwa ini terlalu tertekan...semuanya bercampur dengan masalah hati mungkin...
Kemudiannya teringatlah hamba akan perkara yang hamba lakukan sekiranya sedang bersedih, iaitu mendengar lagu himpunan zikir dan alunan nasyid yang mendayu...terus hamba bukakan lappy dan menghyati tiap bait kata..sekejap sahaja rasa tertekan tu hilang entah ke mana...tenang jiwa hamba...Alhamdulillah.....inilah ubatnya!! (^_^)
10 comments:
jangan memaksa diri...kita nie manusia biasa...perlukan rehat juga
Kancil 8349 : setiap semester pasti ada saat sibuk sebegini dan hamba reda sahaja...assignment dan praktikum..keduanya penting
lumrah la tu hidup sbg pelajar dan pekerja.
ambik masa relaks2 kejap.
yang penting kawal diri...
yang penting kawal diri...
Keri Ikhwan : itulah kan...dua dalam satu
Kancil 8349 : insyaAllah ...terima kasih sahabat atas nasihat
semoga dapat selesaikan kerja dengan berkualiti.
selamat pengantin baru. moga kekal bahagia hingga ke syurga
Guru praktikum di sekolah saya, sebelum raya pensyarah mereka dah datang.
Saya yakin saudari pasti boleh buat.
Post a Comment