Friday 17 January 2014

Aku Bukan Milik Aku

Wajahnya kusingkapkan perlahan
Belaiku penuh keayuan
Hujung jariku menyentuh rembesan
Menghilangkan segala daki kotoran

Keluhku terhambur dalam diam
Sunyi menggamit isi alam
Hanya kipas riang berdendang

Lama jemari tidak menari

Bercanggung rambongkan puisi di hati
Jasad didodoi sibuknya duniawi
Bekalan fardhu yang harus dilengkapi

Maafkan aku penghuni maya
Jasadku hanya satu
Sama jua hatiku
Berbeza dengan nafsu

Berkias dalam bait puisi

Satu dari nafsu beribu
Namun bukan itu keutamaanku
Kerana aku milik Allah Yang Satu


p/s : Makan masa juga memaknakan rasa ini dek terlalu lama meninggalkan hamparan taman di hati...lagi teruja sekaligus terkilan membaca nukilan lama yang jauh berbeza hebat lakarannya...Seorang insan sepatutnya berubah kepada yang lebih baik tetapi sebaliknya pula berlaku pada nukilan hati hamba (T.T)

2 comments:

Keri said...

uish yg ni lagi dalam maksudnya.
nak tafsir pun berkerut dahi.

akhirnya, tiada apa yg menjadi milik kita. semua kembali kepada penciptanya.

3no gr33ny said...

Alhamdulillah...berjaya juga sahabat menyingkap maknanya


Terima kasih sebab masih sudi bertandanh ke sini (^-^)

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail