Sunday, 9 March 2014

Tempoh Praktikum

Assalamualaikum sahabat yang ditinggal lama...

   Berjuta maaf dek masa amat singkat bagi hamba yang berada di tahun akhir pembelajaran ni..tidak sempat menjenguk sahabat di laman masing-masing, apatah lagi mahu memperbaharui entri seperti kebiasaannya...

   Tempoh praktikum tiga bulan, yakni yang terahkir ini banyak mengajar hamba untuk mendalami bidang keguruan secara keseluruhannya...sama ada dari segi pelaksanaan pengajaran, kokurikulum, dan perkara di luar bidang seperti melatih murid bersyair dan sajak, nasyid, serta bola baling  bagi mewakili sekolah....

   Malah seperti siswa siswi IPT tahun akhir yang lain juga, hamba perlu menyiapkan proposal bagi kajian tindakan yang akan dilaksanakan pada semester hadapan...dan kemungkinan mini pembentangan proposal akan dilaksanakan seusainya hamba berpraktikum kelak...

   Maka perlulah hamba bertindak bijak menguruskan masa belajar sambil bekerja sementara tempoh praktikum ini...Syukur kerana warga sekolah menerima dan menganggap saya dan rakan sebagai keluarga baharu..banyak tunjuk ajar yang diberikan =)

   
Sekolahku Syurgaku..hihi
Slot tazkirah Jumaat
antara program sekolah
p/s : Hamba tetap gembira menikmati tempoh praktikum ini walaupun sibuk kerana bidang ni sememangnya minat hamba dari kecil lagi..doakan hamba berjaya yer semua..! (^_^)

***Tidak lupa juga doa buat mereka yang terlibat dengan tragedi MH 370...semoga semuanya selamat sahaja

Friday, 17 January 2014

Aku Bukan Milik Aku

Wajahnya kusingkapkan perlahan
Belaiku penuh keayuan
Hujung jariku menyentuh rembesan
Menghilangkan segala daki kotoran

Keluhku terhambur dalam diam
Sunyi menggamit isi alam
Hanya kipas riang berdendang

Lama jemari tidak menari

Bercanggung rambongkan puisi di hati
Jasad didodoi sibuknya duniawi
Bekalan fardhu yang harus dilengkapi

Maafkan aku penghuni maya
Jasadku hanya satu
Sama jua hatiku
Berbeza dengan nafsu

Berkias dalam bait puisi

Satu dari nafsu beribu
Namun bukan itu keutamaanku
Kerana aku milik Allah Yang Satu


p/s : Makan masa juga memaknakan rasa ini dek terlalu lama meninggalkan hamparan taman di hati...lagi teruja sekaligus terkilan membaca nukilan lama yang jauh berbeza hebat lakarannya...Seorang insan sepatutnya berubah kepada yang lebih baik tetapi sebaliknya pula berlaku pada nukilan hati hamba (T.T)

Tuesday, 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum sahabat...



p/s : maaf dek terlalu lama meninggalkan halaman ni hingga bersawang...tahun akhir yg sangat sibuk (-.-")

Wednesday, 30 October 2013

EXAM!!


Assalamualaikum sahabat yang dirindui...


p/s : Doakan agar segalanya dipermudahkan...amin


Friday, 13 September 2013

Mingu Belajar Sambil Berjimba

Assalamualaikum semua (^_^)

 Mari bersenam elak obesiti,
Ingat sunnah semasa makan;
Tenang damai berbunga di hati.
Penyeliaan minor langsai  dilaksanakan.

   Lama hamba fikirkan nak siapkan serangkap pantun dek sudah berkarat memandangkan sudah lama tidak hamba nukilkan sebarang pantun mahupun puisi..huhu...Alhamdulillah berjaya juga meluahkan rasa hati melalui puisi tradisional ni...heheh

   Syukur kepada Yang Esa dek terlangsainya penyeliaan subjek minor hamba tadi pagi, iaitu Pendidikan Jasmani Tahun 4..lega yang amat sangat kerana hanya tinggal lagi satu penyeliaan major yang tidaklah seperit penyeliaan minor di aliran perdana dan yakni di kelas paling akhir...tapi Alhamdulillah berakhir dengan senyuman jua (^_^)

   Minggu ni hamba namakan minggu berjimba-jimba dek dua kali keluar sekolah untuk membawa murid-murid Pendidikan Khas menjalankan terapi sempena UPSR yang berlangsung..pada hari Selasanya murid dibawa ke IPG bagi Terapi Fisio, Terapi Alternatif, dan Terapi Hidro..hari Khamis pula murid dan cikgunya sekali jalankan Terapi Fisio melalui permainan boling...hehhe


Bath tab untuk si kecik sahaja yer..hihi
Terapi Hidro
Terapi Alternatif
Kenangan di IPG
Photo: Nak main boling..jom2
Terapi Fisio - boling
p/s : Guru Pendidikan Khas dianggap satu pekerjaan yang mudah tapi hanya Allah yang tahu.....belum cuba belum tahu

Thursday, 29 August 2013

Alternatif Pengajaran

Assalamualaikum sahabat...

   Dek berpuasa hari ni, maka sempatlah hamba memperbaharui keluaran entri di watu rehat hari ni..hehe...Alhamdulillah hari ni hari terakhir berpuasa sunat enam di bulan Syawal.....

   Berbalik kepada tajuk..hari ni hamba akan diselia oleh guru pembimbing dan hamba akan mengajar tajuk Kebersihan dan Kesihatan Diri dalam mata pelajaran Pengurusan Diri...kerja amali hari ni pula adalah cara memberus gigi dengan betul...

   Kebiasaannya, di Program Pendidikan Khas terdapat model gigi, namun tersalahlah tafsiran hamba..carilah pula hamba model gigi di makmal sains dan merata tempat yang lain tetapi telah tersahihlah bahawa sekolah ini tidak mempunyai model gigi....rancangan pengajaran pula tidak dapat diubah dek sudah ditulis..

   Akhirnya timbullah idea bagi membina model sendiri beberapa minit yang lepas dan inilah hasilnya..sahabat jangan gelak pula yer..hihihi (^_-)


p/s : Doakan kejayaan hamba berpraktikum yer...


Thursday, 22 August 2013

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran buat Sahabat Dylla

Assalamualaikum...

    Entri kali ni hamba khaskan buat sahabat Dylla yang tidak jemu berkunjung ke sini..semoga sahabat dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh-Nya..amin



Wednesday, 21 August 2013

Penenang Jiwa

Assalamualaikum semua sahabat...

   Maka kini bermulalah fasa kesibukan dek selepas cuti berhari raya, pensyarah dan guru pembimbing masing-masing berpusu-pusu datang untuk menyelia...belum lagi dihitung tentang penulisan rancangan pengajaran harian, persediaan bahan bantu mengajar, dan fail yang perlu dilengkapkan...tambah lagi dengan assignment yang wajib dihantar pada minggu ini..bukan satu, tapi dua...huhuk...

   Berjagalah hamba dan rakan sebilik pada setiap malamnya..dan genap dua malam hamba tidak tidur malam dek cuba menyiapkan kerja-kerja yang perlu dijayakan dalam tempoh masa tertentu ni...amatlah tertekan dengan kerja serta kesihatan diri yang semakin teruk dek batuk yang berpanjangan selama dua bulan serta demam yang belum kebah sepenuhnya...

   Setelah melelapkan diri sekejap dek menanggung pening yang amat apabila terkena hujan waktu Pendidikan Jasmani tadi pagi, tiba-tiba hamba merasakan fikiran, emosi, dan jiwa ini terlalu tertekan...semuanya bercampur dengan masalah hati mungkin...

   Kemudiannya teringatlah hamba akan perkara yang hamba lakukan sekiranya sedang bersedih, iaitu mendengar lagu himpunan zikir dan alunan nasyid yang mendayu...terus hamba bukakan lappy dan menghyati tiap bait kata..sekejap sahaja rasa tertekan tu hilang entah ke mana...tenang jiwa hamba...Alhamdulillah.....inilah ubatnya!! (^_^)


Saturday, 17 August 2013

Raya 2013

Assalamualaikum sahabat...

    Pertamanya..maaf dek terlambat mengucapkan Salam Aidilfitri berikutan sibuk yang memanjang di rumah dan dicampur pula dengan masalah internet yang agak tak memberangsangkan..huhu..dan esok harinya akan bertolaklah hamba balik ke tempat pengajian dengan tidak rela hatinya....

   Dalam sibuk menyambut Aidilfitri..hamba masih berkesempatan lagi menghadiri akad nikah kakak senior hamba di tempat pengajian yang sekampung dengan hamba...semoga kekal hingga ke syurga dengan izin-Nya..amin......

Kad raya yang terlambat
4 masih kosong...huhuk!!

My Big Family

Kaum Hawa sahaja yer

Baby of the year...anak buah tahun ni
Kakak Senior dan Si Suami

Bersama dua kakak senior

Sunday, 28 July 2013

Andainya Aku Tak Setia

Andai aku tidak setia
Mudah bagiku bernafas di dunia
Tidak lagi memikirkan cinta lama
Tak pula berserah pada takdirnya

Mungkin aku sedikit berusaha
Mencari cinta yang direda Dia
Agar bisa kuterjemah cinta pada jalan-Nya
Menghalalkan hubungan dua jiwa

Indahnya cinta
Baik khabar dari rupa
Sekali terluka
Sakitnya lama terasa

Doaku pada Sang Pencipta
Hilangkan sedikit rasa setia
Supaya masih ada tersisa
Buat suami yang selayaknya


p/s : Hamba sering mempersoalkan..mengapa sahabat-sahabat hamba yang tidak setia memperoleh jodoh yang baik dan berakhir dengan hubungan yang halal.....Adakah mungkin hamba juga perlu begitu?? (T.T)

Thursday, 25 July 2013

Jimat..heheh!!

Assalamualaikum sahabat...

   Sahabat pun dah sedia maklum hamba sedang berpraktikum dan agak sibuk untuk melayari internet..apatah lagi hendak menukil di halaman ini..maka hanya maaflah yang mampu hamba pinta dek terkadang lambat membalas kunjungan sahabat...

   Cuma kali ini hamba agak teruja untuk berkongsi pengalaman berpraktikum dek buat pertama kalinya hamba memperoleh kelas yang mempunyai pelbagai masalah muridnya..kesemuanya empat orang tetapi masing-masing masalah yang berbeza, iaitu Sindrom Down, Autisme, Serebral Palsi, dan Terencat Akal...huhu...

   Namun mudah pula untuk hamba menyediakan peneguhan kerana masing-masing tidak berminat dengan barang atau hadiah melainkan makanan..lebih mudah lagi apabila mereka hanya meminta hamba menangkap gambar sahaja sekiranya mereka menyudahkan kerja dengan cepat dan betul....

   Maka jimatlah duit hamba untuk membeli peneguhan yang mahal-mahal...hehe...ini buktinya!


p/s : Agak lapang dek pensyarah hanya akan menyelia selepas musim raya..hihi

Wednesday, 17 July 2013

Kuih Muih 2

Assalamualaikum sahabat..

   Maka bermulalah fasa kesibukan saat berpraktikum di sekolah..tapi masih bersyukur dek hanya mengajar 10 jam seminggu..nasiblah kalau dapat masa maksimum sebanyak 12 jam..agaknya patah tangan hamba menulis rancangan pengajaran harian sehari-hari..huhu

   Namun sekolah kali ini agak tidak seronok berbanding sekolah yang lepas ekoran  sikap guru di aliran Pendidikan Khas yang suka "menganyam ketupat" walaupun di bulan puasa...masing-masing mempertikaikan komitmen dan tugas yang diperoleh...

   Hairan juga hamba kerana inilah pertama kali hamba ke sekolah yang persekitarannya kurang mesra, terutamanya di aliran Pendidikan Khas yakni majoriti gurunya selalu bersikap ceria, keratif, dan mesra alam...Sebagai guru pelatih, hamba hanya mampu tersenyum mendengar dan melihat orang di sekeliling "menganyam ketupat"...orang baru mestilah kena bermanis muka..yer dak? hehe...

   Bak kuih ni yang terkenal dengan rasa manisnya...mungkin ada sahabat yang tahu namanya dan pernah mecuba (^_-)


Saturday, 13 July 2013

Genap 4 Tahun

Assalamualaikum (^_^)

   Alhamdulillah...hari ni genap empat tahun hamba dan sahabat siswi menuntut ilmu di kampus "ehem-ehem" yakni tempat hamba belajar sekarang..dan masih berbaki setahun setengah lagi..huhu..pejam celik, sudah empat tahun hamba bermusafir mencari ilmu di negeri bersejarah ini...

   Sedar tak sedar juga minggu hadapan akan bermula praktikum fasa-2 selama dua bulan di Sekolah Kebangsaan Pulai..cuak juga memikirkan pertama kali mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di aliran perdana bagi subjek elektif hamba..huhu..bagi subjek major InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja..amin...

   Masalah datang silih berganti..itulah nasib hamba sekarang ini yang masih keliru dengan tarikh sebenar cuti sekolah memandangkan tiket bas yang sudah pun hampir habis di pasaran..huhu...harapnya sekolah menyahut seruan cuti berganti dan hamba dengan lapangnya dapat pulang bersama kakanda hamba menaiki kereta..hihi...doakan moga hamba dapat menjayakan praktikum dengan lancar dan memperoleh keputusan cemerlang kali ini yer sahabat (*_*)

Alhamdulillah, berjaya memperoleh "A" praktikum lepas

Antara kejayaan tahun ni (^_^)

Wednesday, 10 July 2013

Kuih-Muih 1

Assalamualaikum...

   Salam Ramadhan buat semua sahabat (^_^) ..pasti lebih seronok kiranya dapat berpuasa di kampung halaman dan menikmati pelbagai pilihan kuih-muih..malangnya kurang pilihan kuih tradisional di sekitar tempat hamba menuntut ilmu ni..huhu

   Kuih ini antara kegemaran hamba..mungkin sahabat juga tahu namanya..hehe.....cubalah teka!



Sunday, 7 July 2013

Runtuhan Sebuah Ukhuwah

Kusangka sudah temui sahabat sejati
Rupanya hanya mimpi di siang hari
Firasatku mengatakan dia teman suka dan duka
Rupanya dia senang bertandak kalaku terluka

Hatiku menidakkan keburukannya
Jasadku membutakan perlakuannya
Sehingga menular sakit di dada
Meriaskan rasa tersinggung bermaharaja
Meruntuhkan ukhuwah yang dibina

Kucari khilaf sebuah hubungan
Agar dapat disimpul semula ikatan
Namun tidak daya aku lakukan
Andai hanya bertepuk sebelah tangan

Kudidik sabar pada diri
Kerana aku bisa hidup bersendiri
Membiarkan rasa menyakitkan itu pergi
Walau tanpa teman sejati

Photo

Saturday, 29 June 2013

Ladies Night

Assalamualaikum sahabat..

   Setelah hampir seminggu di IPGK Bahasa Melayu bagi Temasya Pantun dan Dondang Sayang, akhirnya semalam pulanglah hamba dan tiga lagi sahabat ke kampus untuk menjalani rutin biasa seorang guru pelatih...Alhamdulillah...kami berjaya membawa pulang trofi kejayaan sebagai tempat pertama dalam pertandingan dondang sayang...

   Namun belum pun sempat merehatkan badan, pada malamnya berlangsung pula Program Ladies Night sempena Festival Pengahayatan Islam kali ke-3..Alhamdulillah juga kerana hamba dan naib pengerusi program dapat menjayakan majlis dengan lancar dan meriah..syukur juga kerana semua pihak banyak memberi sokongan dan kerjasama (^_^)

   Program Ladies Night kali ini menganjurkan dua pertandingan iaitu Muslimah Show dan Muslimah Talent..jom sama-sama layan kenangan...

AJK yang membantu
Persembahan pembukaan
Peserta Muslimah Show
Hadirin yang memenuhi dewan
Para Juri
Pertandingan Muslimah Talent
Senior yang bersemangat
Silat ke??
Keharmonian gabungan suara
5 Finalis akhir Muslimah Show
Nasyid dan puisi tempat ke-2
Tiga muslimah yang berjaya
Adik yang berani bermaharaja lawak
Sesi Fotografi dan yang berjubah hitam dan berselendang itu adalah
 JUARA DONDANG SAYANG PERINGKAT KEBANGSAAN

p/s : Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua (^_^)

Friday, 14 June 2013

Khabar Duka

Assalamualaikum sahabat..

   Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah walau penat melalui hari yang penuh dengan perjalanan yang panjang...dari kampung ke tempat pengajian untuk melaksanakan tugasan pada petangnya dan malam pula bertolak balik ke rumah abang sulung di negeri berhampiran..Alhamdulillah Yang Esa atas nikmat setiap nafas dan perjalanan yang lancar tanpa halangan...

   Setelah kehilangan seorang sahabat yang diseru Illahi tiga tahun yang lepas, semalam hamba dikejutkan lagi dengan kehilangan seorang junior yang agak rapat di tempat pengajian..lebih terkilan adalah punca kehilangan arwah yang amat menyayat hati.......

   Sepanjang perkenalan, arwah tidak pernah kering idea dengan gelagat lucunya dan mampu melaksanakan amanah kerja yang diperoleh..kisah pemergiannya tak mampu hamba ceritakan...mungkin sahabat boleh rujuk di sini..

l
l
l
V


p/s : Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah...semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah

Sunday, 9 June 2013

Majlis Kahwin

Assalamualaikum..

   Niat mahu aktif di halaman tika cuti tidak kesampaian dek line yang agak lembap belakangan ni..huhu...hari ni kiranya bernasib baik dek berkesempatan memperbaharui halaman ni..heheh...

   Kali ni hamba hanya mahu berkongsi pengalaman ke majlis kahwin sahabat hamba yang diadakan belah lelaki pada Khamis baru-baru ni...berdekatan pula dengan kampung hamba ini..


Photo: selamat pengantin baru Natrah Fadzil ^^

Photo: selamat pengantin baru Natrah Fadzil ^^

p/s : semoga berbahagia selalu buat sahabat!

Monday, 3 June 2013

Hentikan Gurauan

Jangan memberi harapan kiranya engkau tak mampu
Jangan menabur janji kiranya tak daya kau penuhi
Malah dakianku makin tinggi dan tinggi
Cukuplah kisah duka
Hentikan singkapan cinta dusta

Andai tanpa bukti di hadapan mata
Ibarat berkata tanpa suara
Yakni tak bisa untuk kufaham dan cakna
Erti kasihmu yang luhur atau berbisa

Hentilah mencarik sulaman jahitan
Kerana hatiku pulih hanya pada luaran
Sakit pedih hanya aku rasakan
Degupan rindu masih padamu seorang


p/s : tahniah buat sahabat hamba yang baru sahaja bergelar isteri

Photo: alhamdulillah...dengan sekali lafaz...


Monday, 27 May 2013

3 dalam Setahun

Assalamualaikum..

   InsyaAllah cuti semester tiga minggu ini memberi peluang untuk hamba menukil aktif semula di laman hamba..terima kasih kepada sahabat yang tidak jemu menjalinkan persahabatan (^_^)

   Alhamdulillah..ini tahun hamba bakal memperoleh tiga anak buah..memecahkan rekod keluarga selama ini yang hanya dua orang setahun kebiasaannya..hehe..dua sudah selamat membesar dan seorang lagi dijangka mendaftar diri di bumi Allah ini pada bulan hadapan...doakan semoga semuanya selamat..amin

Muhammad Fayyad Haziq
Photo: Hana Amani 50 hari
Hanna Amani
   Tak sabar pula menunggu yang ketiga dek dengar khabarnya kakanda hamba sudah mula sakit perut walaupun masih belum cukup bulan..semoga bayi lahir dengan sihat dan selamat sahaja hendaknya...

p/s : Tak sabar juga menunggu tarikh perkahwinan sahabat hamba  yang bakal berlangsung minggu hadapan (-_*)

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail