Tuesday, 15 May 2012

Si Lidang Bercabang



Mungkin lidah kamu bercabang dua
Menyampaikan apa yang aku tidak perkata

Ibarat lidah ular berbisa
Menyengat mangsa tanpa berkata

Hak yang lain untuk percaya
Kutelan segala hembus dusta

Moga dirimu terhapus dari dosa
Tidakku mahu dendam berlama


Sunday, 13 May 2012

Elusan Kasihmu

Dalam kekalutan mengejar waktu
Tak terlalai aku tentang ibu
Mendodoi lenaku tika dulu
Menjagaku saban waktu tanpa jemu

Wahai angin yang bertandang
Elusan lembutmu yang menerawang
Wajah ibu nan terbayang
Salam rindu termampu kulayang



p/s : Semoga roh ibu senantiasa tenang

Thursday, 10 May 2012

Makan-makan (4)

Assalamualaikum sahabat..

   Sudah lama hamba tidak pulang kampung halaman..teramatlah rindu pada ayahanda dan keluarga nun jauh di sana..tidak kurang juga rindu akan masakan pelbagai di negeri hamba..seraya inilah salah satu daripadanya...manakah mahu hamba cari disini?? Tidak sabar mahu kembali ke kampung walau sekejap cuma masa yang diberi...

Nasi dagang

Monday, 7 May 2012

Tak Teraih Simpati


Malam yang pekat tanpa mentari
Mengalukan hadir embun didinahari
Tapi tanganku masih ligat menari
Dan duduk ku disini tak berkutik tak berlari


Pabila sesuatu membebani
Pasti aku begini
Tidak berhabis muhasabah diri
Mencari khilaf diri sendiri


Musykil menggamit deria
Mengapa perlu hadirnya dia
Mengingatkan aku duka
Merobek parut lama yang tersedia


Tika tenang menyelubungi
Dia datang meraih simpati
Dengan harapan peluang mencintai
Sayangnya hatiku terkunci


Kukenal hati ini
Penuh tekad selain pasti
Aku akan terus menyendiri
Tak betah menangis lagi


Bukan tiada perasaan dalam hati
Ku enggan imbas mahu ulangi
Segalanya telahku pasrah pada Illahi
Tiap inci tentuan-Nya ku redha lalui

Wednesday, 2 May 2012

Hasil Kesibukan

Assalamualaikum sahabat..

   Usai sudah segala kesibukan..yang menanti hanya peperiksaan beberapa minggu sahaja lagi..Syukur hamba panjat pada Illahi dek usaha dua minggu ini tidak tersia..acara yang hamba sertai mendapat tempat kesemua sekali..inilah Pertandingan Senam Seni yang julung-julung kali diadakan dan pasukan kami mencipta sejarah  dengan memperoleh gelaran juara tahun ini (^_-) ..

   Walaupun nyata ada langkah yang sumbang dek terdapat perubahan pergerakan yang kami lakukan setelah layak ke final..namun hasil kerjasama dan berkat kesabaran..hasilnya sangat memuaskan...


   Namun dek kemenangan jugalah hamba terpaksa berkorban masa dan tenaga..termasuk cuti seminggu semester hamba yang dipendekkan dek terpilih mewakili tempat hamba belajar untuk acara lompat kijang...hamba reda tapi masa bersama keluarga tinggal dua minggu sahaja..mungkin ada hikmah juga disebaliknya...doakan kejayaan hamba

p/s : sedang sibuk pula berlatih tiap petang di hari-hari "study week"

 
Copyright 2012

Template Blogger Dihasilkan oleh alif ismail